Solidariti buat PPPMEU, EIEUNR, NUTEAIW dan EIEUSR

Pekerja-pekerja dari beberapa kesatuan nasional bersolidariti bangkit lawan union busting pagi ini di hadapan bangunan Parlimen.

Pembinaan kesatuan di setiap tempat kerja adalah sebuah hak asas bagi setiap kelas pekerja di negara kita. Ia merupakan wadah perjuangan kelas pekerja bagi menuntut hak pekerjaan yang bermaruah, dan bagi kelas pekerja untuk berjuang membantah tekanan hidup yang melarat. Persoalan seperti kenaikan gaji, bonus tahunan, elaun kesihatan, pengangkutan dan seumpamanya dapat dirunding bersama majikan melalui perjanjian kolektif – dimeterai secara sah melalui suara kesatuan dan jaminan keadaan pekerjaan yang baik.

Lebih Kurang 190 Pekerja Migran Bangladesh Mediceram Dipecat Kerana Menuntut Hak Pekerjaan yang Adil

Pekerja Mediceram telah beberapa kali mengadakan mogok bagi menuntut bayaran yuran pengambilan dan gaji yang tertunggak. Mereka bekerja dalam keadaan seperti hamba—pasport dirampas, gaji lewat, visa tidak diperbaharui dan sering diugut oleh majikan. Walaupun berulang kali memprotes, majikan tidak menunaikan janji dan pihak berkuasa gagal mengambil tindakan tegas.

Kami, Jaringan Solidariti Pekerja, Sosialis Alternatif dan AKSI mengecam tindakan majikan yang tamak dan tidak berperikemanusiaan, serta kelemahan kerajaan dalam melindungi pekerja. Perjuangan pekerja Mediceram adalah sebahagian daripada perjuangan kelas menentang penindasan kapitalisme. Hanya perpaduan pekerja tanpa mengira negara, kaum atau agama dapat membina kekuatan sejati menuju ke arah sistem sosialis yang adil.

Kelas Pekerja Terkapai Dalam Lautan Krisis: MTUC lumpuh, MEF mengganas

MTUC seharusnya menjadi platform bagi perjuangan rakyat. Kelas pekerja harus bangkit membina alternatif yang demokratik dan berprinsipkan hak pekerja.

Pada 4 Februari 2025, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa MTUC kini dipimpin oleh Presiden Memangku, Datuk Dauzkaply Nor Ghazali dan Setiausaha Agung, Kamarul Bahrain. Mereka telah memecat bekas Presiden Effendy Abdul Ghani, serta melarang beliau daripada mewakili MTUC dalam sebarang kapasiti perwakilan atau bertanding jawatan. Namun, tindakan ini mencetuskan dakwaan balas oleh Effendy yang mendakwa pemecatan tersebut tidak sah, serta beliau masih Presiden sah MTUC. Pertikaian ini hanyalah satu episod terkini dalam sejarah panjang kecelaruan kepimpinan MTUC.

Solidariti Buat Pekerja Migran di Syarikat Mediceram yang Sedang Mogok Kali Ketiga Dalam Memperjuangkan Hak Mereka!

Gelombang mogok di Mediceram: Seramai 190 orang pekerja migran dari Bangladesh berjuang menuntut hak mereka. Pengkhianatan kelas kapitalis perlu ditentang dan solidariti sesama kelas pekerja perlu dibina.

Kami, organisasi Jaringan Solidariti Pekerja, AKSI dan juga Sekolah Merdeka, menyatakan solidariti sepenuhnya dalam menyokong tindakan pekerja yang sedang mogok demi menuntut hak mereka. Mustahil pokok boleh bergoncang jika tiada angin yang meniupnya. Tindakan mogok yang diteruskan oleh pekerja di Mediceram merupakan reaksi terhadap penindasan yang dilakukan oleh pihak majikan itu sendiri. Perjuangan pekerja migran di Malaysia perlu disokong dan diperkukuhkan oleh organisasi pekerja tempatan — khususnya kesatuan sekerja yang kuat dan berprinsip.

Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak Diperkasa, Pekerja Lebih Dilindungi

Penyelarasan Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak dengan Akta Buruh 1955 telah diwartakan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) pada 28 April 2025, berkuatkuasa pada 1 Mei 2025.

Sambutan Hari Pekerja 2025 menyaksikan satu lonjakan besar selepas kerajaan Sabah dan Sarawak mengumumkan penyelarasan Ordinan Buruh negeri tersebut dengan Akta Buruh 1955… Majikan yang melanggar undang-undang buruh boleh dikenakan tindakan denda tidak kurang dari RM 10,000 untuk setiap kes pekerja ataupun penjara paling kurang 2 tahun jika gagal memberikan kerjasama. Perubahan ini harus disambut baik oleh pekerja, persoalannya kini adalah pelaksanaan oleh kelas majikan dan penguatkuasaan kerajaan terhadap majikan yang enggan memberi kerjasama.

Kenyataan Hari Buruh 2025 oleh Sosialis Alternatif: Kelas pekerja harus bangkit bina perjuangan dalam era cabaran baru!

Sepanduk Sosialis Alternatif yang menyeru untuk membina kesatuan sekerja dan membantah union-busting boleh dilihat ketika kami turun ke jalan untuk berkempen dengan surat khabar dan bahan bacaan pekerja kami. Selamat Hari Buruh 2025!

Tahun ini, kelas pekerja di seluruh dunia menyambut Hari Pekerja dalam ketidaktentuan ekonomi dan politik yang mencerminkan cabaran era baru. Perang dagang antara AS dan China, konflik dan kemusnahan di Timur Tengah, telah menjadi ciri utama dalam sambutan hari pekerja tahun ini. Gelombang kebangkitan semula gerakan massa terutama dalam menentang kekejaman Israel, turut menjadi ciri utama sambutan Hari Pekerja.

Public Health for Profits: Malaysian healthcare at the crossroads

Strikes loom once more as the Madani state imposes its increasingly deceiving austerity schemes on our public healthcare workers, such as the latest WBB shift system that, once implemented, will see our public doctors in effect "working less hours for less pay".

The Madani state’s reform agenda has since its rise to power in 2022 turned out to include not only intensifying the exploitation of public health workers via its brutal imposition of one austerity policy after another, but also its continued push for privatization. The lesson could not be any clearer: once the profit motive enters the equation, healthcare ceases to prioritize human need. If the mantle is not taken up by the working class to organize collectively and resist these neoliberal policies, the complete collapse of our public healthcare system becomes not a question of if, but when.

Solidarity with Nurses and Healthcare Workers Against 45-Hour Work Week!

Malaysian nurses are facing a tough time, forced to work extra unpaid hours while the global capitalist crisis deepens.

The government can never, and will never, treat our nurses and doctors fairly, so long as it remains pro-capitalist, not pro-worker. This was the case in the BN-UMNO era, and so is it now with this “progressive” Madani state. So long as the capitalist economic system of general labor exploitation remains unchallenged, and so long as capitalist politics remains the order of the day, all public services, healthcare included, can never truly serve the public — laborers and consumers alike.

Gaji Minimum untuk Semua Pekerja, dan Pelatih Industri (Intern) Juga Pekerja!

Aktivis bergambar dengan sepanduk bertulis "Pelatih Industri (Intern) Bukan Buruh Bercuma".

Isu pelatih industri yang tidak dibayar gaji atau dibayar rendah di Malaysia bukan sekadar kegagalan etika; ia merupakan masalah sistemik yang mendedahkan kezaliman eksploitasi sistem kapitalisme. Pelatih industri adalah pekerja — sama seperti pekerja sepenuh masa di dalam syarikat, pelatih industri juga tertakluk di bawah ketetapan polisi dan undang-undang syarikat seperti jam bekerja dan skop pekerjaan syarikat. Oleh itu, mereka berhak menerima gaji dan perlindungan yang setimpal seperti pekerja sepenuh masa yang lain. Namun, ketiadaan perlindungan undang-undang bagi pelatih industri di Malaysia mencerminkan operasi pasaran buruh yang menganggap pekerja boleh ‘dipakai-buang’, sambil mengekalkan kitaran eksploitasi terhadap pelatih industri di bawah topeng ‘peluang’ dan ‘latihan’. Kitaran ini amat menguntungkan syarikat terutama CEO dan pihak majikan.

Pekerja Yang Enggan Di Vaksin Ditindas Kerajaan!

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, M.Saravanan telah menyatakan bahawa para pekerja yang belum lengkap dengan vaksin Covid-19 boleh dikenakan tindakan. Menurutnya, para pekerja yang menolak vaksin Covid-19 sebenarnya tidak melanggar undang-undang kerana pihak kerajaan tidak mewajibkan rakyat untuk menerima vaksin tersebut. Tetapi mengikut Menteri M.Saravanan, para pekerja yang menolak vaksin akan mengakibatkan suasana tempat kerja […]

Iran: Mogok Pekerja Industri Minyak dan Gas Menyambut Presiden Baru

Sejurus selepas berlangsungnya pilihanraya presiden di Iran pada Jun yang lepas, sebuah mogok nasional menyusul di sektor yang penting iaitu minyak, gas dan petrokimia dan masih berlangsung sehingga kini. Sebuah inisiatif yang digerakkan secara akar umbi, tindakan mogok ini mendapat sokongan yang meluas. Ini disebabkan tuntutan yang di bawa oleh mereka dan juga tuntutan yang […]

Hartal Doktor Kontrak

Baru-baru ini, para doktor yang diambil kerja oleh institut kesihatan awam di bawah kontrak tahunan telah melancarkan sebuah kempen media dan media sosial untuk berjuang menuntut hak mereka. Kempen yang bernama ‘Hartal Doktor Kontrak’ ini sedang bersiap sedia untuk melancarkan satu aksi mogok pada 26 Julai yang akan datang jika pihak kerajaan gagal untuk menyelesaikan […]

Sistem Kapitalisme Semakin Parah – Berjuang Ke Arah Pemerkasaan Gerakan Buruh

Baru-baru ini, akhbar Kosmo melaporkan bahawa selama berlangsungnya PKP, seramai 1700 lebih kematian penunggang yang terlibat di dalam perkhidmatan penghantaran makanan. Jumlah ini merangkumi sebanyak dua pertiga daripada total keseluruhan kematian penunggang motosikal yang terbabit. Seperti kita semua yang turut membaca berita sebelum ini, terdapat banyak kes kematian melibatkan faktor-faktor luaran seperti keadaan jalan raya […]

Penutupan IBM mendedahkan kelemahan ekonomi kapitalis. Bina perjuangan ke arah sosialisme untuk mempertahankan hak kelas pekerja dan rakyat biasa.

Selepas kilang-kilang gergasi mula ditutup akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil, kini industri Teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai IT juga telah mula menjadi lemah apabila beberapa syarikat besar sudah bersiap untuk memindahkan operasi mereka ke negara lain. Pada hujung tahun lepas, hampir 1000 orang pekerja IT di Cyberjaya telah kehilangan kerja dengan penutupan syarikat […]

Top Glove: Ribuan pekerja menjadi mangsa kerakusan kapitalisme

Berita penularan wabak Covid-19 di asrama kilang di serata Malaysia telah datang pada waktu rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan kes jangkitan yang paling tinggi dalam tahun ini. Kluster ‘Teratai’ yang berpunca daripada asrama pekerja migran kilang Top Glove di Meru kini sudah menjangkaui 5000 kes dan sedang terus meningkat setiap hari. Sepertimana yang berlaku di […]

Krisis Pengangguran Mengancam Kehidupan Jutaan Pekerja

Baru-baru ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengeluarkan sebuah laporan yang mendedahkan bahawa seramai 90 ribu orang pekerja telah kehilangan kerja pada tahun ini. Walaupun ini hanya mengambil kira para pekerja yang layak menerima Skim Insurans Pekerja dari PERKESO, angka ini merupakan peningkatan hampir 3 kali ganda berbanding tahun lepas. Jauh lebih ramai pekerja ‘freelance’, […]

Indonesia: Jutaan kelas pekerja dan anak muda bangkit melancarkan mogok dan membantah ‘Omnibus Law’

Sejak pengumuman Presiden Jokowi untuk meluluskan Undang-undang Cipta Kerja atau lebih dikenali sebagai ‘Omnibus Laws’ pada Isnin 5 Oktober, kelas pekerja dan anak muda Indonesia telah bangkit dan sedang melancarkan sebuah bantahan besar-besaran di seluruh negara. Langkah kerajaan untuk meluluskan akta-akta yang akan menghakis hak pekerja disamping mengabaikan kesihatan alam sekitar ini telah meraih kemarahan […]

Laksanakan Gaji Minimum RM2208 Berdasarkan Garis Kemiskinan Baru!

Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia telah menilai semula garis kemiskinan negara dan menetapkan Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) nasional yang baru pada RM2,208 berbanding RM980 sebelum ini. Ini bermaksud bahawa peratus kemiskinan tegar di Malaysia telah di tingkatkan dari 0.4% sebelum ini ke 5.6% sekarang, merangkumi lebih 400 ribu bilangan isi rumah. Walaupun pihak kerajaan […]

Gaji Hidup Wajar Perlu Dituntut untuk Meningkatkan Taraf Hidup Pekerja

Pihak kerajaan telah meluluskan perintah gaji minimum baru pada tahun 2020 ke RM1200 di 57 buah kawasan yang dianggap sebagai bandar utama. Kawasan- kawasan lain yang tidak tersenarai akan masih menerima gaji minimum RM1100 seperti sebelum ini. Berita ini telah mewujudkan kekecewaan di kalangan majoriti daripada pekerja yang telah mengharapkan peningkatan gaji yang lebih banyak […]

Pindaan Undang-undang Sahaja Tidak Cukup, Kesatuan Sekerja yang Demokratik dan Mantap Perlu untuk Memperjuangkan Hak Pekerja

Pada persidangan Dewan Negara terakhir bagi tahun 2019, para Senator telah meluluskan beberapa pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan yang sudahpun dicadangkan oleh Menteri Sumber Manusia Kulasegaran dan diluluskan di peringkat Dewan Rakyat. Proses pindaan akta ini telah berjalan dengan perbalahan dari pelbagai pihak dan tanpa sebuah persetujuan daripada kepimpinan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) […]

Pekerja Foodpanda Melancarkan Aksi Mogok di Seluruh Malaysia!

Pekerja penghantar makanan Foodpanda dari hampir setiap pelusuk negara sedang melancarkan protes dan mogok bagi memperjuangkan hak mereka. Bermula dengan pekerja Pulau Pinang dan Johor pada minggu lepas, kini, mogok tersebut telah tersebar ke Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan termasuk di beberapa kawasan di Lembah Kelang. Pada 30 September lepas, seramai 200 pekerja Foodpanda telah […]

Sambutan Hari Pekerja 2019: Kelas Pekerja Harus Memimpin Perjuangan Rakyat!

Sambutan Hari Pekerja Sedunia berlangsung dengan meriah sekali di Kuala Lumpur pada tahun ini. Pihak Majlis Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan sebuah acara di perkarangan ibu pejabat MTUC di Subang Jaya. Beratus-ratus para pekerja dari seluruh Malaysia telah turun ke acara ini dengan mengibarkan bendera Kesatuan masing-masing bersama rentang perjuangan. Acara yang bermula pada […]

Lebih Seratus Pekerja AIROD Melancarkan Aksi Piket!

Laporan dari akhbar Solidariti Pekerja Seramai lebih 100 pekerja-pekerja AIROD (syarikat penyelengaraan dan pembaikan pesawat terbang) telah berpiket di perkarangan tempat kerja bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak majikan yang menindas para pekerja semalam. Untuk pertama kalinya, kedua-dua Kesatuan Pekerja Airod (KPA) dan Kesatuan Eksekutif Airod (KEA) telah berganding bahu untuk menganjurkan piket […]

Protes Jaket Kuning: Kebangkitan Anak Muda dan Pekerja di France

Untuk hampir 2 bulan, gerakan ‘Gilet Jaunes’ ataupun ‘Jaket Kuning’ telah menarik ratusan ribu rakyat France ke dalam perjuangan menentang Presiden Macron yang di label sebagai ‘Presiden untuk orang kaya’. Sejak 17 November lalu, seramai 300 ribu anak muda dan rakyat biasa telah menyertai gerakan ‘Jaket Kuning’ ini di lebih 2 ribu lokasi di seluruh […]

Bajet 2019 Mengecewakan Para Pekerja: Gaji Minimum RM1100 Tidak Boleh Diterima!

Kenyataan Gabungan Bantah Rm1050 Bajet 2019 mengecewakan para pekerja, gaji minimum RM1100 tidak boleh diterima! Gabungan Bantah RM1050 sangat kecewa dengan pengumuman Belanjawan 2019 dari kerajaan yang menawarkan pelbagai jenis habuan dan kelonggaran cukai kepada korporat kaya disamping memangsakan jutaan rakyat miskin dengan pelbagai jenis penjimatan sosial. Semua kritikan dan cadangan yang diberi oleh perwakilan […]

Tuntut Peningkatan Gaji Minimum dari Kerajaan PH

Gaji Minimum RM1100 : Kerajaan PH menepati kehendak kapitalisme dengan mengabaikan kebajikan pekerja Pada pembentangan Bajet 2019, kerajaan PH mengumumkan peningkatan gaji minimum sebanyak RM100 yang diselaraskan di seluruh Malaysia kepada RM1100. Pengumuman ini telah mewujudkan reaksi yang bercampur dari pelbagai pihak. Seperti yang dijangkakan, organisasi majikan MEF telah mencemuh langkah kerajaan dan menuduh bahawa […]

Perjuangan Pekerja di Malaysia Baru: Protes Menuntut Gaji Minimum yang Adil!

Oktober 17, seramai 300 orang pekerja, badan Kesatuan Sekerja, wakil-wakil NGO, pejuang hak asasi manusia dan aktivis sosial telah turun ke perkarangan Parlimen untuk membantah penetapan gaji minimum kerajaan yang hanya melihat kenaikan sebanyak RM50 yang akan berkuat kuasa mulai Januari tahun depan. Bantahan aman yang diketuai oleh MTUC(Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) dan dianjurkan oleh […]

Kenyataan Akhbar Bersama oleh Gabungan Bantah RM1050 – Menuntut Kerajaan untuk Mengkaji Semula Gaji Minimum RM1050

Selepas berdolak dalik selama berbulan-bulan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah akhirnya mengumumkan kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 untuk pekerja di Semenanjung dan RM130 bagi pekerja di Sabah dan Sarawak. Gaji minimum baru ini merupakan sebuah penghinaan bagi warga pekerja dan mendedahkan watak sebenar kerajaan yang tidak mengambil peduli mengenai keperitan hidup seorang pekerja miskin. Seramai […]

Peranan Kesatuan dalam Menuntut Kebajikan Pekerja

Perubahan kerajaan pemerintah yang telah berkuasa untuk lebih 6 dekad ini sedang membuka jalan baru bagi rakyat Malaysia untuk menuntut pembaharuan dalam kehidupan mereka. Selama ini, rakyat biasa telah dibelenggu oleh kepimpinan kuku besi BN yang mempergunakan sentimen perkauman dan agama untuk memecah-belahkan rakyat bagi meneruskan penguasaan kerajaan. Tetapi selepas perubahan kerajaan kepada PH pada […]

100 Hari PH: Warga Pekerja Mengundi PH, PH Mengutamakan Golongan Terkaya 1%!

Warga pekerja dan rakyat biasa tidak puashati apabila kerajaan PH mengumumkan gaji minimum baru RM1050 iaitu kenaikan sebanyak RM50 dan RM 130 masing-masing di Semenanjung Malaysia, dan, Sabah/Sarawak. Kebanyakan warga pekerja yang telah menyokong dan mengangkat PH sebagai kerajaan dalam PRU14 dengan harapan ‘Malaysia baru’ yang memihak kepada mereka sudah terbina, tetapi merasa hampa dan […]

Kerajaan PH mengkhianati para pekerja! Naikkan Gaji Minimum ke RM1500 dengan serta-merta!

Selepas berdolak dalik selama berbulan–bulan, PM Mahathir akhirnya mengumumkan kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 iaitu dari RM1000 ke RM1050. Berbanding dengan manifesto PRU kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum sebanyak RM500, kenaikan RM50 yang diumumkan ini mendedahkan bahawa kerajaan PH tidak bersedia untuk menunaikan janji mereka. Seramai 14 juta pekerja yang telah memenangkan kerajaan ini pada […]

Hentikan Penindasan Terhadap Pekerja Migran!

Kenyataan MTUC menyokong langkah kerajaan yang sedang menindas pekerja migran tidak mencerminkan kepimpinan yang berwibawa! Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon telah mengeluarkan sebuah kenyataan bagi memberikan sokongannya kepada langkah kerajaan PH yang sedang menggiatkan usaha menangkap pekerja migran tanpa dokumentasi termasuk memecah masuk ke tempat kediaman mereka dan melakukan serbuan dan penindasan yang tidak beretika. […]

Hari Pekerja 2018: Pekerja Kuasa Perubahan!

Mei 1 yang menjadi simbol pengorbanan dan perjuangan kelas pekerja di seluruh dunia kali ini jatuh cuma 8 hari sebelum Pilihan Raya Umum berlangsung. Oleh itu, sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak menjadi tumpuan ramai yang sedang menantikan PRU ke 14 yang dianggap akan mencetuskan persaingan yang sengit diantara pemerintah BN dan pembangkang PH. Kebanyakkan […]

Perubahan Politik Melalui Kuasa Pekerja

Warga pekerja adalah golongan terbesar daripada pengundi dalam setiap pilihanraya umum, dan biasanya akan menjadi kuasa penentu untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan atau memenangi sesuatu kerusi parlimen atau dewan undangan negeri. Semua pekerja sama ada yang berkerja di kilang-kilang di kawasan perindustrian, pekerja perkhidmatan di kawasan bandar seperti pemandu bas, pekerja […]

Pekerja dan Anak Muda Mencabar Rejim Iran

Sejak hujung tahun lepas, sebuah kebangkitan massa telah tercetus di beberapa bandar di Iran disebabkan oleh bantahan rakyat terhadap kegagalan industri kewangan, kenaikan inflasi yang mendadak, korupsi dikalangan golongan elit, polisi neo liberal dari kerajaan dan penindasan terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa oleh kelas majikan kaya selama berdekad-dekad lamanya. Bandar-bandar besar seperti Tehran, Mashhad, […]

Skim Insuran Pekerja (SIP): Manfaat atau Beban?

Pada 1 Ogos, SIP dibentangkan di parlimen untuk dilaksanakan pada tahun 2019 di bawah pengurusan PERKESO (SOCSO) dengan sumbangan bulanan 1 peratus daripada kedua-dua pihak pekerja dan majikan. SIP bertujuan untuk melindungi seramai 6.5 juta pekerja swasta sekiranya diberhentikan kerja akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil. Antara perlindungan yang diberikan adalah menyediakan bantuan kewangan selama […]

Persatuan Pemandu: Pemandu teksi nasional, dari mana dan ke mana arah tujunya?

Baru-baru ini, pemandu-pemandu teksi Malaysia telah menubuhkan jawantankuasa interim untuk menjalankan gerak-kerja penubuhan Persatuan Pemandu Teksi Nasional. Menurut artikel The Malay Mail yang bertajuk ‘National union for cabbies in the works’ diterbitkan pada 4 Julai 2017, tujuan utama penubuhan persatuan ini menurut ketua sekretariatnya, bahawa persaingan sengit dari perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Grab dan Uber yang […]

Pekerja Atlas Membongkar Satu Lagi Penipuan Majikan!

Pekerja Atlas Kepong dan Batu Caves membongkar Satu Lagi Penipuan Majikan Ke Atas Komisen….Mahkamah Denda Majikan Atlas! Pada 9 Mei 2017, pihak Jabatan Tenaga Kerja dibawah Kementerian Sumber Manusia telah mengheret majikan Atlas Edible Ice Sdn. Bhd. ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi beberapa kesalahan melanggar undang-undang buruh. Majikan Atlas yang terlibat daripada cawangan Kepong […]

Kesatuan RUM Bantah Perjanjian RNAA!

Kesatuan Pekerja Kereta api Tanah Melayu (KTMB) yang dikenali sebagai Railwaymen Union of Malaysia (RUM) membantah sekeras-kerasnya perancangan kerajaan untuk membuat perjanjian baru diantara Perbadanan Aset Kereta api (RAC) di bawah Kementerian Pengangkutan dan KTMB. Perjanjian Akses Rangkaian Kereta api (RNAA) ini bertujuan untuk memberikan kawalan urus tadbir KTMB kepada Kementerian Pengangkutan untuk diswastakan kepada […]

Hari Mei 1 dan Kesatuan Sekerja

Satu perarakan Hari Mei diadakan di Kuala Lumpur, di mana Sosialis Alternatif dengan membawa slogan “Mantapkan Perjuangan…Kukuhkan Kesatuan, Lawan Kapitalisme…Bina Alternatif” juga telah melibatkan diri dalam perarakan tersebut yang diorganisasi di bawah Jawatankuasa Satu Mei dengan tuntutan ‘Laksanakan Tabung Pemberhentian Pekerja’. Di kebanyakan negara, perarakan-perarakan sebegini dengan penglibatan pekerja yang lebih ramai akan dipelopori dan […]

Peringatan Hari Pekerja dan 100 Tahun Revolusi Rusia

Sambutan hari pekerja 1 Mei di seluruh dunia pada tahun ini bersamaan dengan peringatan seratus tahun Revolusi Rusia. Revolusi yang mencapai puncaknya pada bulan Oktober tahun 1917 di sebuah negara paling miskin di Eropah pada waktu itu tercatat dalam sejarah sebagai sebuah revolusi yang berjaya menjatuhkan kuasa raja zalim berdasarkan kepada kekuatan golongan miskin yang […]

Pertahankan Peserta Protes Jobstown!

Pada 24 April 2016, sebagai protes terhadap penswastaan ​​air di Republik Ireland, sebuah komuniti kelas pekerja telah menghalang kereta bekas Timbalan Perdana Menteri Joan Burton dalam sebuah aksi duduk dan bantah di bandar Jobstown. Sekarang, para peserta protes tersebut sedang didakwa sebagai melakukan penculikan. Joan Burton yang juga adalah pemimpin Parti Labour merupakan antara orang […]

Pekerja Kilang Ais Meraikan Kemenangan

PEKERJA KILANG ATLAS EDIBLE AIS DI KEPONG DAN BATU CAVES MERAIKAN KEMENANGAN DALAM PERJUANGAN MENUNTUT CARUMAN KWSP KE ATAS KOMISEN Hampir RM800,000 berjaya dituntut oleh 100 pekerja Kilang Atlas Edible Ais di Kepong dan Batu Caves! RM5 juta yang dilesapkan oleh majikan daripada 23 cawangan Kilang Atlas Edible Ais di Lembah Kelang, Selangor dan Negeri […]

Mampukah Kepimpinan Baru Memantapkan MTUC?

Pada bulan November 2016, perhimpunan agung MTUC (Kesatuan Sekerja Malaysia) telah memilih kepimpinan baru dengan Solomon sebagai setiausaha agung. Solomon juga merupakan setiausaha agung NUBE (Kesatuan Sekerja Nasional Pekerja-Pekerja Bank) yang juga merupakan kesatuan yang paling aktif di Malaysia. Sebelum pemilihan kepimpinan MTUC, pasukan Solomon telah berkempen untuk menukar imej MTUC kepada kesatuan kebangsaan yang […]

Bina Kuasa Pekerja dan Anak Muda!

Solidariti Pekerja menyokong tuntutan BERSIH 5.0 seperti ‘Pilihanraya Bersih’, ‘Kerajaan Bersih’, ‘Perkukuh Demokrasi Parlimen’ dan ‘Hak Membantah’ yang disuarakan semenjak tahun 2007 lagi. Sudah lama hak-hak yang diperjuangkan oleh BERSIH dicabuli untuk kepentingan kuasa elit dan parti pemerintah. Rakyat daripada berbagai lapisan, kaum dan agama telah melibatkan diri dalam BERSIH dengan harapan untuk melihat satu […]

Bagaimana hendak mengorganisasi pemandu-pemandu Uber

Temubual bersama Don Creery oleh ahli Socialist Alternative USA ( CWI USA ). Don Creery merupakan seorang pemandu sepenuh-masa Uber dan salah seorang pemimpin di Persatuan Pemandu Aplikasi ( ABDA ) di Seattle, Amerika Syarikat. Soalan: Bagaimana anda bermula memandu untuk Uber? Creery: Saya bermula apabila saya membaca artikel di Seattle Weekly pada musim panas 2013 […]

Kondisi Pekerja Migran di Malaysia

Duta Nepal di Malaysia telah menerima sebanyak 461 laporan kematian bagi pekerja Nepal pada tahun lepas. 70% daripada kematian ini berpunca dari serangan jantung dan majoriti daripada mereka meninggal dalam tidur. Dikatakan bahawa, tekanan hidup,kerja berat dan berkerja di bawah terik matahari sepanjang hari menjadi penyebab bagi kematian ini. Kekurangan masa rehat yang disediakan oleh […]

Perjuangan Pekerja Kilang Ais Atlas

Perjuangan dan Solidariti Pekerja Atlas Ais di Kepong dan Batu Caves Berjaya Menuntut caruman KWSP ke atas komisen Pada bulan Ogos yang lalu, pihak KWSP telah memaklumkan kepada Jawatankuasa Pekerja Atlas Ais Kepong dan Batu Caves bahawa majikan Atlas Ais telah didapati bersalah akibat tidak mencarum KWSP untuk komisen, dan dengan itu KWSP akan menuntut […]

Jutaan Ringgit KWSP Lesap, Pekerja Tuntut Keadilan

Pada Khamis, 2 Jun yang lepas, lebih 80 pekerja Atlas Edible Ice Sdn Bhd, cawangan Kepong dan Batu Caves turun untuk membantah komplot majikan dan pihak KWSP. Dengan berbekalkan sepanduk, kain rentang seperti “Lebih 20 Tahun Majikan Tipu Pekerja”, “Jutaan Ringgit Dari Akaun KWSP Pekerja Lesap “ dan sebagainya, para pekerja turun membantah komplot dan […]

38,000 Pekerja Dihentikan Pada 2015!

Mengorganisasi Pekerja untuk Kukuhkan Kesatuan Sekerja Pada tahun lalu, 38000 pekerja diberhentikan kerja dalam berbagai-bagai sektor. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak tentu, lebih ramai pekerja dijangka akan diberhentikan kerja pada tahun ini. Penindasan dan penganiyaan terhadap hak dan kebajikan pekerja juga dijangka meningkat. Bagaimana pekerja mampu memperkuatkan hak dan perjuangan mereka ? Wujudnya kesatuan […]

1,000 Pekerja MAB Bakal Kehilangan Kerja

Satu lagi berita buruk menimpa pekerja MAB ( Malaysian Airlines Berhad ) apabila dikatakan 1000 pekerja kontrak akan kehilangan kerja pada hujung bulan ini. Selepas melepaskan lebih 3000 pekerja pada September tahun lepas, MAB melihat untuk mengurangkan kos operasi mereka dengan memotong lebih ramai tenaga kerja daripada syarikat tersebut. Walaupun hampir semua 3000 bekas kakitangan […]

Hari 1 Mei: Pekerja Kuasa Perubahan

Dalam dua tahun terakhir, hari pekerja sedunia (Hari 1 Mei) di Kuala Lumpur telah diperingati dengan demonstrasi menolak GST. Beribu-ribu rakyat yang tidak berpuas hati turun ke jalan membantah dasar kerajaan yang mencekik rakyat. Walaupun bantahan tersebut dan pelbagai usaha lain tidak berjaya memaksa kerajaan memansuhkan GST, tetapi rakyat Malaysia boleh mendapatkan beberapa pengajaran berharga. […]

Perancis: Kelas Pekerja dan Anak Muda Bantah Undang-Undang Anti-Pekerja

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Perancis sedang menghadapi tekanan ekonomi dan sosial akibat kemerosotan dalam sektor industri yang mengakibatkan pemotongan perbelanjaan awam dari kerajaan. Pemotongan bajet sedang bertambah dan posisi kerajaan PS ( Parti Socialiste ) yang jelas menyebelahi kelas pemerintah kapitalis semakin terdedah setiap hari. Pada 9 April 2015, sebahagian daripada kelas pekerja yang […]

Ribuan Pekerja Lombong Arang Mogok di China

Beribu-ribu pekerja syarikat lombong arang Longmay di timur utara China sedang bermogok selama lebih seminggu untuk menentang pemotongan kerja dan gaji yang belum dibayar. Mogok itu bermula pada 9 Mac lalu di salah satu daripada 10 lombong arang yang dimiliki syarikat Longmay di bandar Shuangyashan. Longmay adalah syarikat perlombongan milik kerajaan yang terbesar dan mempunyai […]

Kemasukkan 1.5 Juta Pekerja Asing Bangladesh

Berikutan langkah-langkah kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja dari Bangladesh, Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi telah menjadi sasaran utama bagi pengguna media sosial untuk melontarkan sindiran dan pelbagai cemuhan. Pastinya, rakyat Malaysia terutamanya kelas pekerja terasa terancam dengan berita pengambilan tenaga kerja asing dengan kadar yang banyak. MTUC juga melihat perkara ini dengan serius […]

Puisi Pekerja

Pekerja Bangun awal sebelum senja, Mandi-manda bergegas ke kerja, Akur menurut arahan majikan, Rajin memikul beban yang disediakan, Mengumpul harta bagi yang berada, Walaupun maksudnya merompak yang tiada, Keperitan hidup tidak dihiraukan, Asal ada kuli walaupun yang disederhanakan, Kepenatan petang dirasa di badan, Kepenatan pagi dirasa di hati, Satu-satunya risau pekerja, Dapatkah suap anak dan […]

Kemenangan Untuk Politik Kelas Pekerja dan Sosialisme di Seattle, Amerika Syarikat

Pada pemilihan ahli Majlis Bandaraya Seattle di Amerika Syarikat untuk penggal seterusnya pada awal bulan November ini, Kshama Sawant wakil Sosialis Alternatif (CWI Amerika Syarikat) telah memenangi lebih 55 peratus undi untuk berkhidmat empat tahun lagi di Majlis Bandaraya Seattle. Ini adalah satu pencapaian bersejarah bagi pekerja-pekerja di Seattle dan di seluruh Amerika. Dengan sokongan […]

Kepimpinan dan Aksi Kolektif Pekerja Kilang Ais Membawa Satu Lagi Kejayaan

Seramai 55 pekerja kilang ATLAS cawangan Nilai telah berjaya menuntut majikan untuk membuat caruman KWSP untuk bayaran komisen selepas mengetahui salahlaku di pihak majikan yang selama ini telah menyembunyikan hak pekerja tersebut. Majikan kilang ais ATLAS hanya mencarum untuk gaji pokok tetapi tidak membuat caruman KWSP untuk komisen seperti yang diwajibkan oleh undang-undang. Para pekerja […]

Mogok Umum Pekerja Indonesia Menuntut Upah Layak

Saat ini, para pekerja di Indonesia masih sedang berupaya melaksanakan perlawanan umum dalam bentuk Mogok Nasional selama empat hari (24-27 November) menuntut dihapuskannya Peraturan Pemerintah tentang Pengupahan no.78/2015 yang dianggap merugikan para pekerja. Lagipula, Peraturan Pemerintahan itu bertentangan dengan Undang-undang No.13/2003 tentang Tenaga Kerja yang menyatakan bahawa setiap pekerja berhak memperoleh penghasilan untuk memenuhi kehidupan […]