HUBUNGI KAMI UNTUK PERTANYAAN

Whatsapp

+6 011 1285 9623

IKUT SERTA

Sertai Perjuangan Kami Hari Ini !

 

15 + 9 =

Sosialis Alternatif berkempen untuk membawa satu perubahan sosialis di Malaysia dan antarabangsa di mana masyarakat akan diorganisasi secara demokratik untuk menampung keperluan sejagat dan bukannya berpaksikan kepada nafsu keuntungan segelintir kapitalis.

Sosialis Alternatif pada ketika ini sedang melibatkan diri dalam kempen bagi meningkatkan penglibatan anak muda dan warga pekerja dalam pembinaan politik kelas pekerja  sebagai alternatif kepada politik pro-kapitalisme yang dicanangkan oleh BN dan Pakatan. Ini adalah sebagai landasan ke arah membentuk satu masyarakat berbilang kaum dan agama yang mampu berkongsi kekayaan dan pembangunan negara bersama secara demokratik serta memelihara alam sekitar untuk keharmonian dan kesejahteraan sejagat.

Kita sedang melalui krisis ekonomi yang terburuk sejak ‘the great depression’ atau ‘kemelesetan hebat’ 1930-an yang sekali lagi membuktikan bahawa kapitalisme bukannya satu sistem yang unggul tetapi penuh dengan konflik dan percanggahan akibat kediktatoran pasaran bebas. Keruntuhan ekonomi biasanya akan membawa pelbagai kesengsaraan kepada berjuta-juta rakyat miskin, anak muda dan juga kelas menengah. Masalah pengangguran, perumahan, infrastruktur asas dan banyak lagi masalah akan timbul dan para kapitalis pula akan terus menindas rakyat biasa bagi memaksimumkan keuntungan dan kuasa mereka.

Malahan puluhan ribu rakyat biasa terbunuh dalam peperangan-peperangan yang dilancarkan semata-mata untuk bersaing untuk mengondol sumber dan kekayaan alam, ini termasuk peperangan Palestin-Israel. Kapitalisme bukan sahaja menghancurkan kehidupan rakyat biasa tetapi juga sedang menghancurkan alam sekitar akibat aktiviti perindustrian dan pembangunan yang tidak mampan dan tidak terkawal.

Anak muda dan kelas pekerja perlu bergabung dan meningkatkan perjuangan untuk membina alternatif kepada sistem kapitalisme. Sosialis Alternatif juga berhasrat untuk membina solidariti antarabangsa di kalangan anak muda, kelas pekerja dan golongan tertindas yang lain melalui pembinaan sosialis Internasional.

Sertai Sosialis Alternatif dalam usaha membina sosialisme berlandaskan perspektif sosialis dan marxis sebagai alternatif kepada sistem kapitalisme di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

PENDIRIAN KAMI

display none
Pendidikan
  • Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.
  •  Menuntut autonomi sepenuhnya kepada universiti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kreatif untuk pembangunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.
  • Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiayaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.
  • Menyokong hak pekerja awam di bidang pendidikan, guru dan pensyarah untuk mempertahankan hak mereka dan autonomi pendidikan.
  •  Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.
  •  Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat – sistem pendidikan sosialis.
Pekerjaan dan Kebajikan
  • Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.
  • Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.             
  • Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau penghambaan pekerja, dengan mewujudkan gaji minimum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.
  • Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kontrak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.
  • Peluang latihan yang adil untuk anakanak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.
  • Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang mengancam penutupan, di bawah kawalan demokratik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.
  • Majikan harus memperuntukkan elaun perumahan, pengangkutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.
  • Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau campurtangan majikan.
  • Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kerajaan dengan faedah yang rendah harus diperluaskan kepada warga pekerja di sektor swasta.
  • Membina tempat-tempat rekreasi awam percuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.
Hak Demokrasi
  • Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi.Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.
  • Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa. • Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan semua bentuk diskriminasi.
  • Pertahankan hak dan budaya semua minoriti termasuk orang asal.
  • Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .
  • Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.
  • Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan di setiap daerah.
  • Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.
  • Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.
  • Hentikan GST, TPPA, pemotongan subsidi dan mula merancang ekonomi berlandaskan keperluan rakyat, bukan keuntungan maksimum
Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme
  • Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.
  • Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.
  • Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.
  • Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hormati hak pembentukan negara Palestin.
  • Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memusnahkan alam.

    Solidariti dengan perjuangan untuk menentukan nasib sendiri warga Papua Barat di Indonesia.

  • Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka – untuk hak bagi semua rakyat untuk menentukan nasib sendiri.
  • Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengeluaran yang tidak akan memusnahkan planet ini.
  • Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam dipergunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.