Utama & Terkini
Rabu, 8 Januari 2025
Solidariti Pekerja
Isu #31 | Okt–Dis 2024
Dapatkan isu terbaru secara digital atau cetakan sekarang dengan harga RM3 (solidariti RM5). Tempah dari kami sekarang melalui WhatsApp, atau mengimbas dahulu.
Pencetus!
Akan datang...
Dijangka pada awal tahun 2025, SA akan mengeluarkan isu pertama majalah terbaru kami untuk pekerja dan anak muda. Nantikan!
Penerbitan Revolusioner
Penerbitan sosialis 100% bebas daripada pengaruh kapitalis
Baca perspektif dan idea lanjutan kami sambil menyokong penerbitan SA. Setiap ringgit daripada jualan digunakan untuk membina organisasi kami. Tempah dari kami melalui WhatsApp—klik sini—atau lawati kedai [url] kami.
55 Tahun Selepas Peristiwa 13 Mei
Oleh Yuva Balan | Sosialis Alternatif
RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: CN, EN
Apa Itu Sosialisme?
Oleh Parti Sosialis (UK)
RM5 / RM10 (solidariti)
Bahasa lain: CN
Southeast Asia Perspective 2024
Oleh Sosialis Alternatif
RM3 / RM5 (solidariti)
Bahasa Inggeris sahaja
Reformasi atau Revolusi?
Perbincangan awam: Persoalan kuasa ketiga di Malaysia
12/1/25 | Ahad | 1100–1300
Nasi Kandar KL Express, Masjid Jamek
77 Tahun Selepas Hartal Se-Malaya
Forum dan pameran: Legasi Hartal 1947 dan kepentingan parti pekerja
20/10/24 | Ahad | 1030–1500
Restoran Amjal (Berdekatan UM KL)
Kempen Antirasisme
Tiada kapitalisme tanpa rasisme—tiada ras tanpa kelas! Ayuh bina alternatif sosialis!
Kempen nasional kami ini bertujuan untuk melibatkan dan memberikan perspektif sosialis kepada golongan belia, pekerja dan minoriti tertindas, serta mangsa segala bentuk ketaksuban, dalam perang bersatu kita melawan rasisme, selari dengan perjuangan kelas pekerja menentang kapitalisme.
Mengenai CWI
Pekerja sedunia, bersatulah!
SA adalah seksyen CWI (Committee for a Workers' International) di Malaysia, yang beroperasi di hampir 50 negara dan merangkumi setiap benua. Layari laman web CWI untuk mengetahui lebih lanjut tentang perspektif sosialis antarabangsa kami.
Ikuti Kami
Hubungi Kami
Pekerja & Kesatuan
Dari Seluruh Dunia
Menyeliti Asia Tenggara
Pekerja Kuasa Perubahan
Perspektif Sosialis Alternatif berdasarkan kuasa kelas pekerja untuk menggantikan sistem ekonomi kapitalis dengan sistem yang jauh lebih efisien (berasaskan ekonomi terancang) dan saksama (berasaskan politik tanpa kelas), yakni sosialisme demokratik.
Di bawah kapitalisme, kelas pekerja dipaksa bekerja keras dan dieksploitasi demi keuntungan kapitalis, sementara gaji tetap rendah dan kos sara hidup terus meningkat. Tetapi pekerja bukan sekadar mangsa — merekalah kuasa perubahan yang sebenar. Dari kilang ke pejabat, dari sektor swasta ke awam, tiada ekonomi dapat bergerak tanpa pekerja.
Seperti yang kita lihat dalam sejarah kebangkitan revolusi dan gerakan massa di seluruh dunia, hanya kuasa kelas pekerja dapat memansuhkan kapitalisme dan membawa perubahan sejati. Oleh itu, untuk menamatkan eksploitasi, pekerja mesti bersatu dalam perjuangan sosialis.
Reformasi atau Revolusi?
Di seluruh dunia, kapitalisme telahpun gagal menyelesaikan krisis ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Dari krisis kos sara hidup di Malaysia sehingga krisis perumahan di AS, dari eksploitasi buruh migran di Timur Tengah hingga kebangkitan gerakan buruh di Perancis dan Korea Selatan, realitinya tetap sama — kelas pekerja dibebani kesengsaraan sementara segelintir elit kapitalis terus mengaut keuntungan besar-besaran.
Para reformis — sama ada Anwar Ibrahim di Malaysia, Lula di Brazil, atau parti-parti sosial demokrat di Eropah — berjanji untuk “memperbaiki” kapitalisme, namun jelas hakikatnya: sistem kapitalis tidak mungkin boleh direformasi. Di mana-mana sahaja, kepimpinan reformasi akhirnya tunduk kepada kepentingan kapitalis.
Satu-satunya jalan keluar adalah perjuangan revolusi sosialis, di mana kelas pekerja mengambil alih kawalan ekonomi dan politik untuk membina sebuah masyarakat yang berdasarkan keperluan majoriti, bukannya keuntungan minoriti.
Trotskyisme & Teori Revolusi Kekal
Sebagai organisasi Marxis-Trotskyis, Sosialis Alternatif dan Internasional kami, CWI, menekankan bahawa demokrasi borjuis, iaitu demokrasi dalam rangka sistem kapitalis, tidak mencukupi untuk menggulingkan dan menggantikan kapitalisme dengan sosialisme, terutamanya di negara neokolonial seperti Malaysia, di mana kelas borjuis (kapitalis) nasional terlalu lemah dan bergantung kepada kuasa imperialis seperti China dan AS. Maka mereka tidak mampu menyelesaikan masalah asas seperti kemiskinan, eksploitasi, dan ketidaksamaan — apatah lagi warisan kolonial seperti rasisme?
Teori Revolusi Kekal (Permanent Revolution), yang dikembangkan oleh Leon Trotsky, menegaskan bahawa hanya kelas pekerja, dengan memimpin perjuangan massa, dapat menamatkan kapitalisme dan membina masyarakat sosialis. Tugas demokrasi—seperti kebebasan politik dan hak pekerja—hanya boleh dicapai melalui revolusi sosialis yang berterusan, bukan dengan kompromi dengan kapitalis atau reformasi separuh jalan.
Tambahan pula, kapitalisme adalah sistem global, justeru sosialisme tidak boleh wujud dalam satu negara sahaja. Seperti yang ditunjukkan oleh sejarah Revolusi Rusia, mahupun kemunduran USSR akibat Stalinisme, tanpa perluasan ke peringkat antarabangsa, revolusi akan diisolasi dan akhirnya ditewas. Oleh itu, perjuangan pekerja di Malaysia mesti dihubungkan dengan perjuangan kelas global untuk menggulingkan kapitalisme dan membina masyarakat tanpa kelas yang benar-benar demokratik dan bebas daripada eksploitasi.
Ayuh Bina Parti Pekerja!
Parti, Kerajaan, Kelas
Golongan reformis percaya negara boleh diubah dari dalam, tetapi sejarah jelas membuktikan kerajaan (state) adalah alat kelas pemerintah mengawal dan memecahbelahkan kelas pekerja. Dari penindasan gerakan pekerja hingga ke undang-undang anti-mogok, kerajaan berfungsi untuk mempertahankan kuasa dan sistem kapitalis.
Sebuah parti politik bukan sekadar organisasi dengan manifesto dan ahli politik yang pandai berpidato, tetapi ia memihak kepada kelas tertentu.
Parti borjuis, sama ada konservatif atau “progresif”, tetap berfungsi dalam rangka kapitalisme, mencari kompromi dengan pemodal dan mengekalkan ilusi reformasi.
Setiap kompromi dengan kapitalis hanya melemahkan perjuangan; sebaliknya, pekerja mesti membina kekuatan sendiri, mengatur mogok, dan mengambil alih kawalan ke atas ekonomi dan aturan masyarakat secara demokratik.
Justeru itu, sebuah parti revolusioner mesti berakar dalam kelas pekerja, bukan hanya melalui retorik tetapi dengan organisasi yang dibina untuk perjuangan massa—di tempat kerja, di jalanan, dan dalam setiap bentuk penindasan kapitalis.
Hanya politik kelas pekerja yang betul-betul mandiri mampu melaksanakan tugas sejarahnya untuk memimpin perjuangan menumbangkan sistem kapitalis — melalui organisasi massa dan pembinaan kesatuan radikal, yang berasaskan perspektif sosialis revolusioner.
Program Peralihan
Kami tidak hanya menuntut perubahan kecil dan reformasi semata-mata, tetapi sentiasa berusaha demi membina jambatan antara perjuangan harian dan revolusi sosialis demokratik. Oleh itu, kami tidak bergantung pada program minimum yang sering dilaungkan oleh golongan reformis dan parti-parti sosial demokrat.
Sebaliknya, program transisi atau peralihan (transitional program) kami merangkumi tuntutan yang memenuhi keperluan segera kelas pekerja sambil mendedahkan batas kapitalisme.
Kami menuntut sistem yang berbeza — sosialisme yang diperintah oleh rakyat pekerja. Beberapa tuntutan utama kami:
✊Kawalan pekerja ke atas ekonomi: Pemiliknegaraan sektor strategik (tenaga, pengangkutan, kesihatan, dan telekomunikasi) untuk kepentingan rakyat, bukan kapitalis!
✊Gaji bermaruah selaras dengan inflasi: Jaminan pekerja kekal kuasa beli dan mengatasi peningkatan kos hidup, setakat ini iaitu RM20 sejam atau RM3,600 sebulan!
✊Kerja untuk semua: 35 jam kerja seminggu tanpa pemotongan gaji untuk mansuhkan pengangguran!
✊Akhiri rasisme dan segala diskriminasi: Perjuangan berasaskan kelas, bukan kaum, untuk masyarakat tanpa sebarang penindasan dan eksploitasi!
✊Pendidikan percuma bagi semua: Akses universal dari peringkat prasekolah hingga universiti!
✊Hapuskan rasuah dan oligarki: Tiada kuasa untuk kapitalis—hanya demokrasi pekerja sejati!
📖Baca tuntutan penuh Sosialis Alternatif dan Jaringan Solidariti Pekerja.
Sertai Perjuangan Sosialis Revolusioner
Bersama kami di Sosialis Alternatif, ayuh bina parti kelas pekerja melawan kapitalisme!
📢 Sertai Parti Sosialis Alternatif sekarang!
Pendidikan Sosialis Alternatif
Sejarah Kiri
Teori Marxis
bersama
Fendi & Yuva
Dalam episod pertama kali ini, kami melancarkan Wacana Revolusi dengan meneroka asas-asas sosialisme sebagai alternatif kepada kapitalisme, serta persoalan yang membara tentang bagaimana alternatif sosialis ini boleh dicapai.
Wacana Revolusi adalah podcast rasmi Sosialis Alternatif di mana kami membincangkan isu-isu semasa dari perspektif kelas pekerja, dengan fokus kepada perjuangan menentang kapitalisme dan membina solidariti antarabangsa. Dalam setiap episod, Wacana Revolusi meneliti masalah sosial, politik, dan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan dunia, sambil menekankan keperluan untuk gerakan massa yang bebas daripada pengaruh kapitalis dan berdasarkan sosialisme demokratik. Ikuti kami di Spotify dan sertai perjuangan kami!
To enable full Instagram embedding experience, please add your access token by navigating to: Dashboard > EmbedPress > Settings > Sources > Instagram>
31.12.2024 | Solidariti Bersama Suara Mahasiswa UMS Terhadap Protes Gempur Rasuah di Sabah