Akhbar
Solidariti Pekerja
Akhbar Solidariti Pekerja adalah pelantar pembinaan perjuangan rakyat. Suara pekerja perlu diangkat sebagai langkah ke arah pembinaan kuasa politik yang mandiri. Langganan yang akan anda lakukan ini – bukan hanya meletakkan anda sebagai pembaca, tetapi sebagai rakan seperjuangan yang memahami kepentingan matlamat organisasi kami. Bersama-sama kita berjuang mengangkat kepentingan pekerja, satu langganan pada satu masa.
TERKINI
Isu #34 — Edisi Hari Pekerja
Apr–Jun 2026
RM5 (harga biasa) / RM10 (solidariti)
Pergolakan di Timur Tengah, khususnya perang yang sedang berlaku antara Iran dan AS serta sekutunya Israel adalah titik perubahan yang signifikan buat geopolitik dunia dan semestinya, bakal memberi impak yang besar kepada keadaan sosial dan juga ekonomi di seluruh dunia, termasuklah Malaysia.
Ketika ini, kesan langsung masih belum terasa, namun tanda-tanda krisis mulai ketara dengan penularan berita mengenai risiko kehabisan simpanan minyak di negara-negara tertentu…
Antara tahun 2015 hingga 2025, KESUMA telah menerima 246 kes union busting. Ini harus dianggap sebagai sesuatu yang amat merisaukan bagi seluruh kelas pekerja. Kesatuan adalah platform perjuangan pekerja yang dapat menghimpunkan perjuangan pekerja secara kolektif dan dapat memayungi pekerja apabila ditimpa kesusahan.
Dukacitanya, union busting bukan satu berita baru bagi kelas pekerja di Malaysia. Pada tahun 2015, pihak MTUC pernah menghantar memorandum menuntut pihak kerajaan mengambil tindakan tegas…
oleh Yuva Balan
Parti-parti politik yang ada tidak kira di pihak pemerintah atau pembangkang semakin tidak dipercayai oleh rakyat biasa akibat berbagai skandal, rasuah, serangan peribadi, pertaruhan kuasa kepimpinan dan konflik dalaman parti.
Harapan untuk satu kerajaan alternatif yang telus dan berlandaskan kepentingan rakyat biasa semakin berkecai apabila politik Pakatan tidak banyak berbeza dengan politik BN…
oleh Ilyas Husin
Keputusan PRN di Sabah pada hujung tahun 2025 merupakan kayu ukur kepada mandat politik yang diberikan kepada kepimpinan kerajaan Madani setakat ini. Buat pertama kalinya, pada 29 November yang lalu, keputusan pengundian untuk DUN Sabah tergantung tanpa majoriti mudah — tidak ada mana-mana parti politik berjaya memperoleh 37 kerusi untuk membentuk sebuah kerajaan negeri…
oleh Maru
Januari yang lalu 200 individu terdiri daripada petani dan aktivis berkumpul di hadapan Parlimen untuk membantah pindaan UPOV 1991 (… bertujuan untuk mengawal baka benih dan menyekat petani untuk berkongsi benih), dan menuntut reformasi penggredan padi agar harga lantai dinaikkan kepada RM1,800 bagi setiap tan metrik, memperbaiki pengagihan baja dan pengurusan sistem pengairan.
Protes turut menuntut pihak kerajaan segera membayar pampasan dan insurans bencana yang telah lama tertangguh.
Golongan petani, terutama golongan petani kecil sedang merasai taraf kehidupan semakin terhimpit disebabkan kenaikan kos sara hidup dengan harga barangan makanan dan hasil tanaman yang semakin meningkat tetapi tidak tercermin dalam hasil pendapatan petani…
oleh Fel
Januari yang lalu, Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka bagi Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Keselamatan Makanan, sambil menegaskan akan terus berkhidmat sebagai Ketua Pemuda UMNO. Menurutnya, ini adalah prinsip dan maruah UMNO, serta menghormati suara akar umbi…
… Pengumuman ini mencuri perhatian media dan kritikan kerana serangannya terhadap DAP, ia dilihat sebagai lakonan untuk menarik perhatian akar umbi yang wajar berasa kecewa dengan kegagalan kerajaan Madani…
oleh Sosialis Alternatif
Sosialis Alternatif (SA), CWI di Malaysia, telah mengadakan Mesyuarat Nasional dari 16 hingga 18 Januari di Pulau Pangkor… Perbincangan melibatkan beberapa anak muda yang baru sertai sebagai ahli dan menandakan acara politik pertama mereka bersama SA.
Mesyuarat dibuka dengan perspektif antarabangsa yang dipimpin oleh Yuva dalam menganalisis perkembangan global dalam situasi era baru yang muncul daripada krisis kapitalisme yang berpanjangan. Perspektif ini menjadi asas kepada perbincangan seterusnya iaitu perspektif serantau Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Kelvin, serta perspektif nasional Malaysia, yang dipimpin oleh Johan…
oleh Periyar
Kerajaan sedang mengkaji kebolehlaksanaan Pilihan Raya Datuk Bandar Kuala Lumpur. Cadangan ini mendapat sambutan yang baik sebagai langkah demokrasi tempatan, tetapi masih belum menyelesaikan persoalan asas: Siapakah sebenarnya yang menentukan masa depan bandar KL — rakyat atau pemaju hartanah?
Fungsi sebenar PBT Majlis tempatan amat dekat dengan kehidupan harian rakyat setempat…
Namun realitinya, kebanyakan keputusan perancangan bandar hari ini semakin jelas memihak kepada kepentingan pemaju hartanah besar…
oleh Ilyas Husin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia kini memasuki fasa kritikal apabila pertembungan antara Presiden Muhyiddin Yassin dan bekas Timbalan Presiden Hamzah Zainuddin semakin terbuka, terutama selepas pemecatan besar-besaran faksi yang dipimpin Hamzah.
Situasi ini memberi impak signifikan terhadap hala tuju PN, dengan kepimpinan parti saling menyalahkan dan membuka pekung masing-masing…
oleh Ilyas Husin
Skandal yang terpalit dengan Azam Baki bukanlah sebuah hal yang baharu, bahkan sebelum ini pada awal tahun 2022 telah didedahkan bagaimana Azam Baki memiliki jutaan unit saham yang melanggar peraturan pemilikan penjawat awam. Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang tegas telah mencetuskan reaksi protes jalan di Kuala Lumpur yang diberi nama #TangkapAzamBaki.
Tetapi penuh ironinya tentangan ini turut melibatkan Anwar Ibrahim dan sosok kepimpinan kerajaan Madani yang lain, yang ketika ini diam membisu, bahkan membela posisi Azam Baki daripada tuntutan perletakkan jawatan…
oleh Fel
Pada tahun 2024, perbelanjaan isi rumah purata mencecah RM5,566 sebulan — bersamaan 67% hingga 78% daripada pendapatan purata. Namun, separuh daripada isi rumah sebenarnya berpendapatan di bawah paras median iaitu sekitar RM5,900 ke RM6,300 — menjadikan tekanan kewangan jauh lebih berat daripada yang digambarkan oleh angka purata. Setelah mengambil kira cukai, simpanan, dan bayaran hutang, realiti sebenar adalah lebih membebankan…
oleh Kelvin Lai
Mulai 1 Mac, warga asing di seluruh Malaysia tidak dibenarkan lagi membeli minyak masak paket 1kg bersubsidi di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Menurut Anwar, ini bertujuan bagi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia dan tidak disalahguna.
… Ini bermakna kos bahan asas ini meningkat secara mendadak bagi pekerja asing.
Di Malaysia, terdapat lebih 2 juta pekerja migran, tidak termasuk 1.2 hingga 3.5 juta tanpa dokumen. Mereka antara lapisan pekerja paling miskin dan tertindas, bekerja dalam sektor yang sukar, kotor dan berbahaya. Walaupun gaji minimum nasional ditetapkan pada RM1,700, gaji pekerja asing lazimnya lebih rendah dengan jam kerja yang panjang…
oleh Marcus
Ketua Pejabat AI Kebangsaan (NAIO), Shamsul Izhan Abdul Majid, mendedahkan bahawa 700,000 pekerja daripada 18 sektor utama pekerjaan akan mengalami krisis dalam percubaan kerajaan untuk menyesuaikan ekonomi negara dengan kemajuan teknologi AI. Dalam kenyataan yang sama, Shamsul Izhan mengatakan Kementerian Digital melalui Pejabat AI Kebangsaan sedang memulakan inisiatif melatih pekerja yang berisiko untuk hilang pekerjaan dengan kemahiran baru untuk melengkapi kehendak pasaran buruh semasa.
Tetapi program ini tidak membawa sebarang jaminan untuk mendapat pekerjaan. Keadaan ini menyingkap sejarah gelembung dot-com pada tahun 2000 yang mengakibatkan kemelesetan ekonomi dengan kesan terhadap kelas pekerja yang kehilangan pekerjaan dalam jumlah jutaan…
oleh Abang Fadhil
Laporan BERNAMA mendedahkan baru-baru ini seramai 50 individu terkaya di Malaysia telah melonjak kekayaan sebanyak 30 peratus kepada AS$116 bilion (RM458.2 bilion) pada tahun 2026 — meningkat daripada AS$90 bilion (RM355.5 bilion) setahun sebelumnya…
Tidak dapat disangkal bahawa kelas pekerja merupakan kelas yang membangunkan ekonomi melalui tenaga kerja mereka. Namun pada masa yang sama ianya dibangunkan di bawah kerangka eksploitasi yang sistemik…
oleh Wen Jun
Pada 14 November 2025, pekerja dan wakil kesatuan sekerja telah berkumpul di luar bangunan Parlimen … untuk memprotes tindakan union busting oleh syarikat dan pihak kerajaan yang bersuhabat dengan majikan.
Protes telah dianjurkan oleh kesatuan PPPMEU, EIEUNR, NUTEAIW, EIEUSR dan Pertubuhan IndustriALL Malaysia…
oleh Demi Marsinah
Kemelut pengusiran paksa yang melanda beberapa kawasan di Malaysia hari ini bukan sekadar isu terpencil.
Dari Kampung Papan di Klang, ke Kampung Jawa, hingga ke kuarters pekerja KTMB di Klang dan Ipoh.
Kesemuanya mendedahkan satu corak yang sama — kehendak pemodal lebih diutamakan berbanding suara rakyat…
oleh Kelvin Lai
Meskipun Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) telah berkuatkuasa sejak 31 Mac tahun ini, ia tidak membawa perubahan sebenar kepada krisis ekonomi yang semakin mendalam dan kehidupan yang semakin tidak menentu buat lebih 3 juta pekerja gig di seluruh Malaysia.
Persoalan asas di sini pekerja gig yang kini merangkumi hampir 20% tenaga buruh negara masih tidak diiktiraf sebagai pekerja sepertimana yang termaktub dalam Akta Kerja 1955, mereka dianggap bekerja sendiri…
Ini bermakna hak perlindungan dan faedah-faedah sosial yang dinikmati pekerja formal seperti cuti sakit tidak dapat dinikmati pekerja-pekerja gig…
oleh Ilyas Husin
Pada 23 Januari 2026, Bloomberg mendedahkan ketempangan sistem pengambilan pekerja asing di Malaysia, khususnya dari Bangladesh. Laporan ini mendedahkan kewujudan sebuah ‘ekosistem’ yang membolehkan sindiket pemerdagangan manusia berkembang dan mewujudkan bentuk perhambaan moden terhadap pekerja migran.
Pendedahan tersebut turut melibatkan ahli politik, kepimpinan agensi kerajaan, pegawai yang korup serta kelas majikan. Semuanya bersekongkol untuk meraih keuntungan daripada keterdesakan pekerja yang berjuang mencari nafkah untuk diri dan keluarga. Ini mencerminkan ciri barbarik kapitalisme dalam negara pasca-kolonial seperti Malaysia…
oleh Kelvin Lai
NUBE berjaya memperoleh pengesahan Mahkamah Tinggi bahawa bekas Menteri Sumber Manusia, Steven Sim yang kini Menteri Keusahawanan, telah bertindak secara tidak profesional dan tidak beretika dalam pertikaian CA20 (Perjanjian Kolektif ke-20) serta isu bantuan perayaan (festive aid), apabila perkara tersebut dibawa ke mahkamah tanpa rundingan pada Februari lalu. Selama 2024–25 Sim berunding terus tanpa melibatkan kesatuan dengan Majlis Majikan Bank Malaysia (MCBA) yang mewakili 17 bank di seluruh negara…
oleh Qira
Pada tahun 1962, mogok pekerja kereta api secara besar-besaran telah dianjurkan oleh pekerja-pekerja KTM selama 23 hari. Walau bagaimanapun, tidak ada seorang daripada mereka yang dibuang kerja oleh pihak pentadbiran.
Malah, para pekerja kereta api pada ketika itu berjaya mendapat gaji bulanan berbanding gaji hari yang diberikan sebelum itu, sebagaimana yang telah diminta oleh mereka dalam mogok tersebut…
oleh Liam
Dalam tiga bulan pertama 2026, protes berterusan di Papua. Komuniti orang asal turun ke jalanan untuk menentang projek pembangunan berskala besar yang dilaksanakan di bawah rangka kerja Projek Strategik Nasional (PSN). Prabowo Subianto membentangkan projek-projek ini sebagai kemajuan.
Namun bagi rakyat Papua, projek-projek ini dilihat sebagai rampasan tanah untuk menguntungkan syarikat besar dan elit politik — bukan komuniti tempatan. Melalui rangka kerja seperti PSN, kerajaan mempercepatkan proses ini. Kawasan hutan yang luas boleh ditukar statusnya untuk kegunaan industri — sama ada untuk kelapa sawit, tebu, pembalakan atau perlombongan.
Lesen konsesi diberikan kepada syarikat-syarikat besar, termasuk konglomerat tempatan dan pelabur antarabangsa. Dalam banyak kes, proses ini berlaku dengan rundingan yang minimum, tidak telus atau sekadar formaliti…
oleh Sera
Aktivis mahasiswa dan tahanan politik Ma Wutt Yee Aung, berusia 25 tahun, meninggal dunia dalam penjara selepas terlalu lama keperluan perubatan akibat kecederaan kepala diabaikan.
Kecederaannya adalah disebabkan kekerasan oleh kerajaan junta Myanmar yang telah menyeksanya ketika soal siasat dalam tahanan.
Ma Wutt Yee Aung, yang dilahirkan pada tahun 2000, membesar dengan menyaksikan perjuangan demokrasi menentang pemerintahan kuku besi junta. Kemenangan parti NLD pada tahun 2016 terutamanya memberikan harapan dan janji baru kepada anak muda Myanmar untuk sebuah negara yang lebih demokratik…
oleh Sera
Pada 9 Februari yang lalu, sebuah protes di hadapan Parlimen menuntut penghapusan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah diadakan. Protes telah dianjurkan oleh lebih 30 kumpulan pelajar yang membentuk Sekretariat Mansuh AUKU, dan dihadiri oleh kira-kira 50 pelajar.
Setibanya di Parlimen, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Zambry Abdul Kadir, pada mulanya enggan menerima memorandum, namun ia akhirnya diserahkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli. Tuntutan pelajar termasuk menyeru kerajaan untuk memansuhkan sepenuhnya AUKU dan menggantikannya dengan kerangka undang-undang yang lebih progresif, inklusif dan demokratik. Demonstrasi ini mempamerkan rasa kecewa mahasiswa terhadap janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan sekatan autonomi mahasiswa terutama AUKU di universiti untuk berpolitik…
oleh Anis
Kes keganasan seksual dan rogol di Malaysia menunjukkan peningkatan yang membimbangkan. Antara Januari hingga April tahun lalu, sebanyak 1,300 kes melibatkan mangsa berumur lebih 18 tahun direkodkan — bersamaan kira-kira 11 kes sehari. Pada masa yang sama, kes terhadap kanak-kanak juga meningkat…
Keadaan ini diperburukkan oleh kelemahan sistem keadilan dalam mengendalikan kes keganasan seksual. Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, hanya sekitar 40% kes berjaya memulakan siasatan, sementara NGO hak wanita Women’s Aid Organisation (WAO) pula mendapati kurang daripada 8% mangsa tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa…
oleh Marcus
Februari yang lalu, penduduk di Gelang Patah, Johor telah berhimpun untuk membantah operasi pusat data yang terletak berhampiran kawasan perumahan.
Kedudukan projek yang terlalu dekat dengan kediaman telah mengakibatkan pencemaran habuk yang serius… turut mengancam kesihatan penduduk…
Penggunaan air oleh pusat data ini juga masih tidak didedahkan secara telus… Sebagai sebuah kawasan yang bergantung kepada pertanian dan perindustrian, ketidakpastian terhadap kesan projek ini turut menimbulkan risiko punca pendapatan di kalangan kelas pekerja dan pengusaha tempatan…
BACA ISU LEPAS SEPENUHNYA
Isu #33
Okt–Dis 2025
Isu #32
Feb–Apr 2025
Isu #31
Okt–Dis 2024