Acara Tahunan Memperingati Hartal 1947: Membincangkan krisis kapitalisme dalam era baru dan kebangkitan anak muda
Pada 1 November 2025, Sosialis Alternatif telah mengadakan acara tahunan memperingati Hartal Se-Malaya, yakni mogok umum terbesar dalam sejarah Malaysia, tercetus 78 tahun yang lepas.
Sejarah mencatatkan sepanjang hari pada 20 Oktober 1947, lebih 70% dari keseluruhan jumlah pekerja, merangkumi kesemuanya dari pelbagai sektor perindustrian dan latar belakang yang berlainan, bersama pekerja ladang, pemilik kedai kecil serta pekerja perkhidmatan awam, telah melibatkan diri di dalam aksi hartal tersebut. Dianggarkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Penjajah British melebihi 4 juta pound, semuanya dalam satu hari sahaja.