Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025

Komrad Qira dari Sosialis Alternatif sedang menyampaikan ucapan mengenai peranan wanita revolusioner dalam perjuangan anti-kapitalisme kepada kira-kira 300 peserta semasa perhimpunan Hari Wanita Sedunia 2025.


Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini, Sosialis Alternatif telah menyertai perhimpunan Hari Wanita Sedunia Malaysia yang diadakan di Taman Jaya, Kuala Lumpur. Perhimpunan yang telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa Hari Wanita Sedunia Malaysia yang terdiri dari anak muda dan aktivis akar umbi, telah dihadiri oleh hampir 300 peserta, serta kumpulan NGO hak wanita dan orang asli serta organisasi akar umbi. Antara 5 tuntutan bertema Hari Wanita Sedunia tahun ini, Sosialis Alternatif telah menjadi tetamu jemputan bagi menyahut tuntutan keadilan ekonomi dan anti-kapitalisme.

Ahli jawatankuasa HWS juga telah memberikan ruang bagi tetamu jemputan untuk membuka meja bagi menyebarkan bahan-bahan kempen organisasi masing-masing. Dengan kesempatan ini, kami berkempen mengenai kepentingan perjuangan berasaskan anti-kapitalisme, dan pembinaan parti revolusioner menggunakan akhbar Solidariti Pekerja, risalah dan booklet. Sambutan dari peserta mengenai idea-idea anti-kapitalisme juga rata-rata amat positif dan terbuka. Ini dapat dilihat dari hasil material yang terjual dan jumlah kontak yang berminat untuk melanjutkan perbincangan atau membina organisasi Sosialis Alternatif.

Komrad Qira dari Sosialis Alternatif sedang menyampaikan ucapan mengenai peranan wanita revolusioner dalam perjuangan anti-kapitalisme kepada kira-kira 300 peserta semasa perhimpunan Hari Wanita 2025.

Selain perbincangan yang menggalakkan dalam acara bersama peserta, Sosialis Alternatif juga telah diberikan pentas untuk menyampaikan ucapan. Komrad Qira telah mewakili organisasi untuk berikan ucapan. 5 minit yang telah diberikan telah dimanfaatkan sebaiknya untuk berucap mengenai sejarah Hari Wanita Sedunia yang militan, dan kepentingan membina gerakan wanita bersama-sama solidariti kelas pekerja. Kami juga sempat menyebarkan flyers kepada peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli jawatankuasa kerana telah menjayakan perhimpunan, dan apa yang lebih penting bagi kami adalah keyakinan ahli jawatankuasa untuk mendepankan tuntutan anti-kapitalisme dalam HWS di Malaysia. Sememangnya, ia harus dicontohi oleh organisasi mandiri dan akar umbi yang lain seperti Rakyat Benci Rasuah, mahupun gerakan lain yang ingin menuntut perubahan yang benar-benar konkrit. Sistem kapitalis yang berasaskan eksploitasi keuntungan demi segelintir kapitalis telah membiakkan penindasan ke atas masyarakat yang terpinggir. Dan wanita yang menduduki masyarakat yang terpinggir ini pula ditindas berganda disebabkan status sosial mereka yang dianggap lebih rendah dalam masyarakat secara keseluruhan. Perjuangan anti-kapitalisme harus diteruskan dengan perspektif kelas pekerja sebagai pemimpin masyarakat yang paling progresif. 

Syabas sekali lagi kepada para penganjur, dan semoga HWS pada tahun akan datang akan melangkah sebagai gerakan yang lebih radikal dalam mengangkat tuntutan anti-kapitalisme pada tahun hadapan. Solidariti anti-kapitalisme!

Kenyataan Sosialis Alternatif Hari Wanita Sedunia 2025: Ayuh bina penentangan demi mempertahan serangan ke atas hak wanita!
Kenyataan Sosialis Alternatif Hari Wanita Sedunia 2025: Ayuh bina penentangan demi mempertahan serangan ke atas hak wanita.

Kongsi Artikel Ini

Tinggalkan Komen Anda

Artikel Berkaitan

Scam Slavery in the Death Agony of Capitalism
2026 06 16 scam slavery death agony capitalism sosialis alternatif scaled Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025 Sosialis Alternatif
The harrowing rise of scam slavery in Southeast Asia, where hundreds of thousands are trafficked or baited into fortified compounds to conduct forced digital fraud under the threat of torture and death, is not a criminal anomaly, but a...
BACA
Rohingya Refugees Are Not the Enemy: Defend refugees, unite workers
2026 06 15 defend rohingya refugees sosialis alternatif Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025 Sosialis Alternatif
Reject the racist scapegoating of Rohingya refugees. Defend the stateless and oppressed, demand legal rights and protection, and unite Malaysian, migrant and refugee workers against exploitation, division and capitalist inequality.
BACA
Pelarian Rohingya Bukan Musuh: Bela hak pelarian, pekerja harus bersatu
2026 06 15 defend rohingya refugees sosialis alternatif 1 Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025 Sosialis Alternatif
Tolak pengkambinghitaman berunsur perkauman terhadap pelarian Rohingya. Pertahankan golongan yang tiada warganegara dan tertindas, tuntut hak-hak undang-undang serta perlindungan, dan satukan pekerja Malaysia, pekerja migran dan pelarian...
BACA

Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *