Selamat Hari Pekerja dari kami Sosialis Alternatif. Seperti biasa, tiap tahun organisasi kami telah mengadakan kontinjen perarakan untuk menyambut hari yang bersejarah ini. Kami telah mengangkat slogan ‘Politik reformasi sudah mati, bina politik kelas pekerja!’, dan chanting ‘hancur kapitalis’, ‘bina politik pekerja’, ‘tolak politik rasis’, dan ‘bina parti pekerja’.
Kontinjen kami telah berganda berbanding tahun sebelumnya. Ini bagi kami disebabkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap sistem kapitalis yang semakin merosot dan tidak mampu untuk menawarkan sebarang alternatif melainkan perang, kemiskinan, hutang dan ketidakstabilan ekonomi terutama bagi anak muda yang ingin memulakan kehidupan.



Berikut kami kongsikan leaflet yang kami edarkan ketika perarakan yang berlangsung dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.


Bagi kami, walaupun kami menghargai penganjur yang mengadakan perarakan ini, tetapi kami amat bersetuju dengan seorang pekerja dari kesatuan yang hadir. Beliau memberi komen akan kurangnya perwakilan pekerja dalam acara dan inisiatif penganjur yang amat lemah dalam mengangkat politik pekerja. Sedangkan taraf kehidupan pekerja semakin merosot.


Perarakan tahun ini menyerlahkan lagi cabaran bagi kepimpinan pekerja dan kesatuan untuk membina politik pekerja dan keperluan untuk berjuang untuk membina parti pekerja massa. Ayuh sertai perjuangan ini, hubungi kami untuk berbincang lanjut tentang pembinaan politik pekerja!

Baca analisa politik kami bertajuk Hari Pekerja 2026 dan Krisis Kapitalisme di sini.


