Solidariti Buat Pekerja Migran di Syarikat Mediceram yang Sedang Mogok Kali Ketiga Dalam Memperjuangkan Hak Mereka!
Kami, organisasi Jaringan Solidariti Pekerja, AKSI dan juga Sekolah Merdeka, menyatakan solidariti sepenuhnya dalam menyokong tindakan pekerja yang sedang mogok demi menuntut hak mereka. Mustahil pokok boleh bergoncang jika tiada angin yang meniupnya. Tindakan mogok yang diteruskan oleh pekerja di Mediceram merupakan reaksi terhadap penindasan yang dilakukan oleh pihak majikan itu sendiri. Perjuangan pekerja migran di Malaysia perlu disokong dan diperkukuhkan oleh organisasi pekerja tempatan — khususnya kesatuan sekerja yang kuat dan berprinsip.