Sosialis Alternatif
PEKERJA KUASA PERUBAHAN
Arkib

Utama

Sosialis Alternatif

Lebih Kurang 190 Pekerja Migran Bangladesh Mediceram Dipecat Kerana Menuntut Hak Pekerjaan yang Adil

Kami, Jaringan Solidariti Pekerja, Sosialis Alternatif dan AKSI mengecam tindakan majikan yang tamak dan tidak berperikemanusiaan, serta kelemahan kerajaan dalam melindungi pekerja. Perjuangan pekerja Mediceram adalah sebahagian daripada perjuangan kelas menentang penindasan kapitalisme. Hanya perpaduan pekerja tanpa mengira negara, kaum atau agama dapat membina kekuatan sejati menuju ke arah sistem sosialis yang adil.

Sosialis Alternatif

Trump Epitome Sistem Kapitalisme Global dalam Krisis: Ini masanya untuk membina penentangan solidariti kelas pekerja bersama anak muda secara tersusun

Trump — yang memimpin suara sayap kanan, yang mengangkat langkah-langkah militeristik dalam pemerintahan kerajaan untuk mengekang gerakan massa, juga mengangkat politik yang bersifat pecah belah serta pelopor sistem ekonomi kapitalis yang menjadi asas agenda perang — bukanlah satu-satunya figura yang wujud dalam pemerintahan kerajaan dunia dalam era baru yang dipenuhi krisis. Malah figura seperti Trump adalah simptom kepada krisis ekonomi global yang turut memberi impak kepada politik kerajaan kapitalis di seluruh dunia…

Sosialis Alternatif

Kongres Dunia CWI 2025 ke-14, Sosialis Alternatif Menghantar 2 Delegasi

Pada 27 Julai hingga 31 Julai yang lalu, Sosialis Alternatif Malaysia telah menghantar 2 ahli untuk menghadiri Kongres Dunia ke-14 Committee for a Workers International (CWI) yang diadakan di Berlin. Kongres telah menghimpunkan delegasi, ex-officio, dan tetamu dari seluruh dunia. Terdapat 24 delegasi, 28 wakil ex-officio, 28 tetamu CWI, dan 14 pelawat dari organisasi sosialis lain. Komrad dari Australia, Jepun dan negara lain yang tidak dapat hadir secara fizikal telah menyertai kongres melalui Zoom.

Fel

Pinjaman PTPTN Cecah Hampir RM40 Billion Awal 2025: Penyelesaian Reformis Gagal Menangani Akar Krisis

… jelas bagaimana pendidikan telah dikomodifikasikan dan dijadikan alat pengumpulan modal kapitalis. Dengan merendahkan peruntukan kepada pendidikan awam dan mewujudkan PTPTN, kelas kapitalis mengaut keuntungan — pertama melalui pemotongan perbelanjaan kerajaan dalam institusi awam, kemudian melalui hutang pelajar yang dikenakan faedah, dan akhirnya graduan memenuhi pasaran buruh sebagai “pelatih” dengan gaji yang rendah.

Sosialis Alternatif

Kecoh di Pameran Kerja Bekasi Indonesia: Ketidakpastian Kerja di Bawah Kapitalisme

Lebih dari sebulan yang lalu, tepatnya tanggal 27 Mei 2025 Pemerintahan Kabupaten Bekasi melaksanakan acara bursa kerja yang bernama “Job Fair Bekasi Pasti Kerja”. Bursa kerja yang dilaksanakan di President University Convention Center, Jababeka, Cikarang ini dihadiri oleh 25.000 peserta. Padahal, lowongan pekerjaan yang tersedia pada bursa tersebut hanya mencapai 2500 lowongan, yang disediakan oleh 64 perusahaan yang terpisah. Meski venue tempat pelaksanaan bursa kerja dapat terbilang luas, convention center yang dimiliki oleh Universitas Presiden (President University) ini tidak mampu menampung total peserta yang hadir. Alhasil, suasana ricuh pun tak terelakkan. Beberapa diantara peserta yang ikut dalam acara ini sampai ada yang pingsan akibat berdesak-desakan dengan banyak peserta lainnya.

Sosialis Alternatif

“Suara yang Dibisukan”: Lebih 1,000 pekerja bank dan ahli kesatuan NUBE berhimpun di Putrajaya menuntut keadilan sempena Hari Pekerja

Tema yang dibawa dalam perhimpunan bukan sekadar simbolik, tetapi satu ekspresi yang menunjukkan penindasan majikan menggunakan taktik kotor untuk membisukan suara pekerja yang menuntut dan melampaui batas hak berkesatuan. Ini turut mendedahkan bahawa kelas majikan gelisah jika perjuangan pekerja tersebar lebih luas.

Z

Kelas Pekerja Terkapai Dalam Lautan Krisis: MTUC lumpuh, MEF mengganas

Pada 4 Februari 2025, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa MTUC kini dipimpin oleh Presiden Memangku, Datuk Dauzkaply Nor Ghazali dan Setiausaha Agung, Kamarul Bahrain. Mereka telah memecat bekas Presiden Effendy Abdul Ghani, serta melarang beliau daripada mewakili MTUC dalam sebarang kapasiti perwakilan atau bertanding jawatan. Namun, tindakan ini mencetuskan dakwaan balas oleh Effendy yang mendakwa pemecatan tersebut tidak sah, serta beliau masih Presiden sah MTUC. Pertikaian ini hanyalah satu episod terkini dalam sejarah panjang kecelaruan kepimpinan MTUC.

Sosialis Alternatif

Kongres PKR Mencerminkan Krisis Dalaman: Bina parti pekerja massa sebagai alternatif

Keputusan dari pemilihan kongres PKR yang berlangsung Mei lalu menunjukkan parti kekal di bawah pengaruh Anwar Ibrahim walaupun ditentang oleh Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi merebut jawatan Timbalan Presiden parti melalui kempennya HIRUK (Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa) daripada Nurul Izzah. Hasil pemilihan menunjukkan Anwar Ibrahim menang posisi Presiden parti tanpa dicabar oleh mana-mana calon. Manakala jawatan Timbalan Presiden telah dimenangi oleh Nurul Izzah dengan jumlah majoriti 71.72%. Mengalahkan Rafizi Ramli yang hanya memperoleh 28.28% daripada jumlah undi. Walaupun berjaya mengekalkan cabangnya, Pandan, kekalahan ini menunjukkan struktur akar umbinya semakin goyah.