Scam Slavery in the Death Agony of Capitalism

February 12, 2025: “Scammers” rescued from scam compounds in Myanmar are brought aboard a barge before crossing the border to Thailand. (Source: The Guardian)

The harrowing rise of scam slavery in Southeast Asia, where hundreds of thousands are trafficked or baited into fortified compounds to conduct forced digital fraud under the threat of torture and death, is not a criminal anomaly, but a symptom of global capitalism in deep decay, fueled especially by a glut of Chinese capital and its intensifying exploitation of a growingly desperate surplus labor force from all over the world.

Pelarian Rohingya Bukan Musuh: Bela hak pelarian, pekerja harus bersatu

Lebih daripada separuh populasi pelarian di Malaysia terdiri daripada etnik Rohingya, iaitu kumpulan minoriti Muslim yang berdepan dengan penindasan di Myanmar yang majoritinya beragama Buddha. (Sumber: Bernama)

Tolak pengkambinghitaman berunsur perkauman terhadap pelarian Rohingya. Pertahankan golongan yang tiada warganegara dan tertindas, tuntut hak-hak undang-undang serta perlindungan, dan satukan pekerja Malaysia, pekerja migran dan pelarian dalam perjuangan menentang eksploitasi, perpecahan dan ketidaksamaan kapitalis.

Mogok di Aerofoam Manufacturing: Pekerja migran terus berjuang melawan penindasan!

Aksi pekerja migran mogok di hadapan kilang Aerofoam. (Sumber: Migrant Welfare Network)

Kes Aerofoam tidak boleh dilihat sebagai sebuah kes yang terpencil, tetapi sebagai amaran tentang bentuk-bentuk penindasan yang bakal semakin mencengkam kelas pekerja dalam tempoh mendatang. Krisis kapitalisme yang semakin meruncing akan terus mendorong majikan untuk menekan kos buruh, mencuri upah, dan mengorbankan kebajikan pekerja demi mempertahankan keuntungan mereka.

Perjanjian Kolektif CSB HSBC–NUBE ke-6 Termeterai: Kemenangan separa, ke arah mana seterusnya?

Gambar berkumpulan pada majlis menandatangani perjanjian CSB CA ke-6 antara NUBE dan HSBC pada 23 Mei 2026 (sumber: NUBE)

Rundingan sememangnya boleh menghasilkan kemenangan dan perlindungan, namun terhad jika dijadikan strategi tunggal. Tanpa tekanan industri dari akar umbi pekerja, ia akan tergendala dan seringkali ditunggang oleh bos dan menteri. Maka aksi industri dan mobilisasi bebas daripada majikan dan kerajaan kekal sebagai alat perjuangan utama buat kelas pekerja.

CA CSB ke-6 adalah satu kemenangan sebenar. Ia meningkatkan gaji, memperluaskan perlindungan sosial, dan menyerlahkan kekuatan organisasi pekerja.
Namun ia juga mendedahkan had strategi dan taktik perjuangan sedia ada di bawah sistem kapitalisme. Kerajaan selalu akan berpihak kepada para pemodal. Konsesi hanya akan diperoleh susulan tekanan yang berlarutan.
Oleh itu, perjuangan ke hadapan tidak boleh berhenti di meja rundingan semata-mata. Kita harus memperkukuh organisasi akar umbi pekerja yang mampu merintis jalan perjuangan yang lebih mandiri dan militan.

Perspectives for Malaysia: A Marxist Approach

A visual summary of Malaysia’s reformist crossroads: PSM’s socialist banner, PKR’s liberal opposition politics, MUDA’s youth reformism, and Bersama’s latest attempt to revive the Reformasi brand. This book review revisits the political questions posed by Malaysia at the Crossroads — class independence, electoral compromise, and the need for a genuinely socialist alternative.

A Marxist review of Jeyakumar Devaraj’s Malaysia at the Crossroads, examining PSM’s method, reformism, coalition politics, class independence, and the need for a revolutionary socialist alternative in Malaysia.

Rafizi’s Reformasi Rebrand and the Crisis of Malaysian Capitalist Politics

Anwar passes the old “Reformasi” coat to Rafizi, while the capitalist elites laugh along — same system, same agenda, same old game under a new face.

Bersama presents itself as a fresh alternative, but beneath its reformasi rhetoric lies the same capitalist politics that have failed workers and youth for decades. As Malaysia’s political crisis deepens, this article argues that only an independent socialist working-class movement can offer a genuine alternative.

Hari Pekerja 2026 dan Krisis Kapitalisme

Kontinjen Sosialis Alternatif berarak sambil memegang sepanduk dan bendera CWI (Committee for a Workers' International) pada Hari Pekerja 2026 di Kuala Lumpur.

Dalam suasana sambutan Hari Pekerja tahun ini, kelas pekerja sedunia sedang berhadapan dengan krisis kapitalisme yang semakin mendalam serta ketegangan geopolitik dunia yang semakin meruncing. Peperangan dan konflik bersenjata terus merebak dari Palestin, Sudan, Republik Demokratik Congo hingga Myanmar, sementara ancaman perang dunia semakin nyata melalui peperangan di Timur Tengah dan Ukraine. Jutaan rakyat pekerja dan golongan miskin menjadi mangsa perang, pemindahan paksa, kebuluran serta kemiskinan yang semakin parah. Dalam masa yang sama, krisis kos sara hidup, serangan terhadap hak pekerja, pengangguran, krisis hutang serta dasar penjimatan ekonomi terus menekan kehidupan rakyat di hampir semua negara hari ini.

Skandal Azam Baki: Reformasi Tidak Memadai

Isu ini melangkaui individu seperti Azam Baki, ia membuka persoalan lebih mendasar tentang integriti institusi anti-rasuah itu sendiri: adakah skandal ini berpunca daripada kegagalan individu, atau daripada sebuah ekosistem yang membenarkan rasuah berakar? Dan sejauh mana reformasi serta tuntutan sedia ada benar-benar mampu menyelesaikan krisis yang sedang membelenggu negara?

Skandal Azam Baki telah mendedahkan bagaimana aparatus dan institusi kerajaan, selama berdekad-dekad lamanya tidak pernah memainkan peranan yang sebenar-benarnya berpihak kepada majoriti rakyat pekerja. Ini bukan hanya soal membersihkan institusi kerajaan untuk bebas daripada segala bentuk rasuah, tetapi lebih kepada soal pengambilalihan secara menyeluruh oleh kelas pekerja itu sendiri.