Perjumpaan Nasional 2025 Sosialis Alternatif

Perjumpaan nasional 2025 yang cukup menggalakkan bersama ahli di Pahang. 


Pada 14hb Mac ke 16hb Mac yang lepas, Sosialis Alternatif telah berjaya mengadakan satu perjumpaan nasional untuk kali pertama dalam jangka masa lebih dari 7 tahun.

Perjumpaan ini telah membincangkan perspektif politik dunia dan tempatan secara mendalam dan akan memberikan kejelasan hala tuju dalam menyusun gerak kerja sebagai organisasi revolusioner.

Perjumpaan ini juga menandakan kebangkitan semula organisasi Sosialis Alternatif selepas hampir tersungkur akibat kondisi objektif yang sulit pada beberapa tahun lalu.

Kini, organisasi sudah kembali lengkap dengan anggota yang komited, dengan kemahiran membentuk perspektif dan pengalaman praksis. Keahlian dan kewangan juga sedang bertambah baik, dengan material baru yang diterbitkan dan paparkan di platform seperti akhbar pekerja dan laman web yang sudah dihidupkan kembali.

Selain itu, organisasi sedang terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti intervensi di gerakan-gerakan sosial yang berkembang dan mempunyai profil yang baik dikalangan anak muda. Malah, Perjumpaan Nasional yang baru habis ini juga telah dikunjungi oleh seorang ahli dari Sekolah Merdeka yang juga sedang bergabung tenaga bersama kami untuk menghidupkan kempen bagi pembebasan rakyat Palestin.

Kami dari kepimpinan Sosialis Alternatif ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dalam menjayakan perjumpaan ini. Pada masa yang sama juga tidak lupa pengorbanan ahli-ahli yang walaupun tidak boleh bersama kami pada waktu perjumpaan, tetapi telah tetap memberi sumbangan kewangan dan sokongan solidariti. Perjumpaan ini tidak akan berjaya tanpa usaha dan sokongan daripada setiap ahli. 

Kami harap bahawa sokongan ini akan berterusan bersama dengan partisipasi yang meningkat di masa yang akan datang. Juga berharap bahawa perjumpaan ini akan menjadi titik tolak kepada pembinaan sebuah organisasi revolusioner sosialis yang kukuh di Malaysia dan di serantau.

Perbincangan organisasi dalam sesi mesyuarat nasional.
Perbincangan organisasi dalam sesi perjumpaan nasional.

Kongsi Artikel Ini

Tinggalkan Komen Anda

Artikel Berkaitan

Protest Across Indonesia
2026 07 13 indonesia protest sosialis alternatif Perjumpaan Nasional 2025 Sosialis Alternatif Sosialis Alternatif
Protests have once again erupted across Indonesia as students and workers confront rising living costs, austerity, militarisation, and the contradictions of the Prabowo government. This article examines the social and economic forces driving...
BACA
Protect Aerofoam Workers: No Retaliation, No Deportation, Temporary Documentation Now
2026 06 22 protect aerofoam workers press statement jaringan solidariti pekerja sosialis alternatif scaled Perjumpaan Nasional 2025 Sosialis Alternatif Sosialis Alternatif
Around 120 workers, the majority from Bangladesh, have raised collective grievances concerning unpaid wages, employment conditions, passports, recruitment-related debts, welfare, and immigration insecurity. Workers reported that they had...
BACA
Scam Slavery in the Death Agony of Capitalism
2026 06 16 scam slavery death agony capitalism sosialis alternatif scaled Perjumpaan Nasional 2025 Sosialis Alternatif Sosialis Alternatif
The harrowing rise of scam slavery in Southeast Asia, where hundreds of thousands are trafficked or baited into fortified compounds to conduct forced digital fraud under the threat of torture and death, is not a criminal anomaly, but a...
BACA

Perjumpaan Nasional 2025 Sosialis Alternatif

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *