Utama & Terkini

Rabu, 8 Januari 2025
Rabu, 8 Januari 2025

Pekerja & Kesatuan

Menyeliti Asia Tenggara

Pekerja Kuasa Perubahan

Perspektif Sosialis Alternatif berdasarkan kuasa kelas pekerja untuk menggantikan sistem ekonomi kapitalis dengan sistem yang jauh lebih efisien (berasaskan ekonomi terancang) dan saksama (berasaskan politik tanpa kelas), yakni sosialisme demokratik.

Di bawah kapitalisme, kelas pekerja dipaksa bekerja keras dan dieksploitasi demi keuntungan kapitalis, sementara gaji tetap rendah dan kos sara hidup terus meningkat. Tetapi pekerja bukan sekadar mangsa — merekalah kuasa perubahan yang sebenar. Dari kilang ke pejabat, dari sektor swasta ke awam, tiada ekonomi dapat bergerak tanpa pekerja.

Seperti yang kita lihat dalam sejarah kebangkitan revolusi dan gerakan massa di seluruh dunia, hanya kuasa kelas pekerja dapat memansuhkan kapitalisme dan membawa perubahan sejati. Oleh itu, untuk menamatkan eksploitasi, pekerja mesti bersatu dalam perjuangan sosialis.

Reformasi atau Revolusi?

Di seluruh dunia, kapitalisme telahpun gagal menyelesaikan krisis ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Dari krisis kos sara hidup di Malaysia sehingga krisis perumahan di AS, dari eksploitasi buruh migran di Timur Tengah hingga kebangkitan gerakan buruh di Perancis dan Korea Selatan, realitinya tetap sama — kelas pekerja dibebani kesengsaraan sementara segelintir elit kapitalis terus mengaut keuntungan besar-besaran.

Para reformis — sama ada Anwar Ibrahim di Malaysia, Lula di Brazil, atau parti-parti sosial demokrat di Eropah — berjanji untuk “memperbaiki” kapitalisme, namun jelas hakikatnya: sistem kapitalis tidak mungkin boleh direformasi. Di mana-mana sahaja, kepimpinan reformasi akhirnya tunduk kepada kepentingan kapitalis.

Satu-satunya jalan keluar adalah perjuangan revolusi sosialis, di mana kelas pekerja mengambil alih kawalan ekonomi dan politik untuk membina sebuah masyarakat yang berdasarkan keperluan majoriti, bukannya keuntungan minoriti.

Trotskyisme & Teori Revolusi Kekal

trotsky svg Laman Utama Sosialis Alternatif

Sebagai organisasi Marxis-Trotskyis, Sosialis Alternatif dan Internasional kami, CWI, menekankan bahawa demokrasi borjuis, iaitu demokrasi dalam rangka sistem kapitalis, tidak mencukupi untuk menggulingkan dan menggantikan kapitalisme dengan sosialisme, terutamanya di negara neokolonial seperti Malaysia, di mana kelas borjuis (kapitalis) nasional terlalu lemah dan bergantung kepada kuasa imperialis seperti China dan AS. Maka mereka tidak mampu menyelesaikan masalah asas seperti kemiskinan, eksploitasi, dan ketidaksamaan — apatah lagi warisan kolonial seperti rasisme?

Teori Revolusi Kekal (Permanent Revolution), yang dikembangkan oleh Leon Trotsky, menegaskan bahawa hanya kelas pekerja, dengan memimpin perjuangan massa, dapat menamatkan kapitalisme dan membina masyarakat sosialis. Tugas demokrasi—seperti kebebasan politik dan hak pekerja—hanya boleh dicapai melalui revolusi sosialis yang berterusan, bukan dengan kompromi dengan kapitalis atau reformasi separuh jalan.

Tambahan pula, kapitalisme adalah sistem global, justeru sosialisme tidak boleh wujud dalam satu negara sahaja. Seperti yang ditunjukkan oleh sejarah Revolusi Rusia, mahupun kemunduran USSR akibat Stalinisme, tanpa perluasan ke peringkat antarabangsa, revolusi akan diisolasi dan akhirnya ditewas. Oleh itu, perjuangan pekerja di Malaysia mesti dihubungkan dengan perjuangan kelas global untuk menggulingkan kapitalisme dan membina masyarakat tanpa kelas yang benar-benar demokratik dan bebas daripada eksploitasi.

Ayuh Bina Parti Pekerja!

labour day 2016 q Laman Utama Sosialis Alternatif

Parti, Kerajaan, Kelas

Golongan reformis percaya negara boleh diubah dari dalam, tetapi sejarah jelas membuktikan kerajaan (state) adalah alat kelas pemerintah  mengawal dan memecahbelahkan kelas pekerja. Dari penindasan gerakan pekerja hingga ke undang-undang anti-mogok, kerajaan berfungsi untuk mempertahankan kuasa dan sistem kapitalis.

Sebuah parti politik bukan sekadar organisasi dengan manifesto dan ahli politik yang pandai berpidato, tetapi ia memihak kepada kelas tertentu.

Parti borjuis, sama ada konservatif atau “progresif”, tetap berfungsi dalam rangka kapitalisme, mencari kompromi dengan pemodal dan mengekalkan ilusi reformasi.

Setiap kompromi dengan kapitalis hanya melemahkan perjuangan; sebaliknya, pekerja mesti membina kekuatan sendiri, mengatur mogok, dan mengambil alih kawalan ke atas ekonomi dan aturan masyarakat secara demokratik.

Justeru itu, sebuah parti revolusioner mesti berakar dalam kelas pekerja, bukan hanya melalui retorik tetapi dengan organisasi yang dibina untuk perjuangan massa—di tempat kerja, di jalanan, dan dalam setiap bentuk penindasan kapitalis.

Hanya politik kelas pekerja yang betul-betul mandiri mampu melaksanakan tugas sejarahnya untuk memimpin perjuangan menumbangkan sistem kapitalis — melalui organisasi massa dan pembinaan kesatuan radikal, yang berasaskan perspektif sosialis revolusioner.

Program Peralihan

Kami tidak hanya menuntut perubahan kecil dan reformasi semata-mata, tetapi sentiasa berusaha demi membina jambatan antara perjuangan harian dan revolusi sosialis demokratik. Oleh itu, kami tidak bergantung pada program minimum yang sering dilaungkan oleh golongan reformis dan parti-parti sosial demokrat.

Sebaliknya, program transisi atau peralihan (transitional program) kami merangkumi tuntutan yang memenuhi keperluan segera kelas pekerja sambil mendedahkan batas kapitalisme.

Kami menuntut sistem yang berbeza — sosialisme yang diperintah oleh rakyat pekerja. Beberapa tuntutan utama kami:

✊Kawalan pekerja ke atas ekonomi: Pemiliknegaraan sektor strategik (tenaga, pengangkutan, kesihatan, dan telekomunikasi) untuk kepentingan rakyat, bukan kapitalis!

✊Gaji bermaruah selaras dengan inflasi: Jaminan pekerja kekal kuasa beli dan mengatasi peningkatan kos hidup, setakat ini iaitu RM20 sejam atau RM3,600 sebulan!

✊Kerja untuk semua: 35 jam kerja seminggu tanpa pemotongan gaji untuk mansuhkan pengangguran!

✊Akhiri rasisme dan segala diskriminasi: Perjuangan berasaskan kelas, bukan kaum, untuk masyarakat tanpa sebarang penindasan dan eksploitasi!

✊Pendidikan percuma bagi semua: Akses universal dari peringkat prasekolah hingga universiti!

✊Hapuskan rasuah dan oligarki: Tiada kuasa untuk kapitalis—hanya demokrasi pekerja sejati!

📖Baca tuntutan penuh Sosialis Alternatif dan Jaringan Solidariti Pekerja.

Sertai Perjuangan Sosialis Revolusioner

Bersama kami di Sosialis Alternatif, ayuh bina parti kelas pekerja melawan kapitalisme!

📢 Sertai Parti Sosialis Alternatif sekarang!

Pendidikan Sosialis Alternatif

Sejarah Kiri

Teori Marxis

Podcast

SA WR logo 3 e1733573351116 Laman Utama Sosialis Alternatif

bersama
Fendi & Yuva

Dalam episod pertama kali ini, kami melancarkan Wacana Revolusi dengan meneroka asas-asas sosialisme sebagai alternatif kepada kapitalisme, serta persoalan yang membara tentang bagaimana alternatif sosialis ini boleh dicapai.

YouTube