Acara Sosialis

Sosialis Alternatif kerap menganjurkan pelbagai acara bersama pekerja dan anak muda seperti perbincangan awam, forum dan pameran, serta menyertai tindakan industri dan memberikan perspektif sosialis revolusioner kepada kesatuan dan pergerakan pekerja. Ikuti kami melalui media sosial supaya anda tidak terlepas acara dan aksi terkini.

Terkini

14 Jun 2026 | 3PM

Perbincangan: Perspektif Marxis Tentang AI

Persoalan kawalan teknologi di bawah kapitalisme

Pendahuluan oleh Fel

PARC SS12 (berhampiran stesen LRT SS15, Laluan Kelana Jaya)

PENGENALAN

AI sudah mengubah cara kita bekerja, belajar, mencipta dan berkomunikasi. Bagi kebanyakan orang muda, AI menimbulkan persoalan serius:

Adakah AI akan menghilangkan pekerjaan?
Adakah ia akan memusnahkan kreativiti?
Adakah ia akan menggantikan pemikiran manusia?
Adakah ia akan memperdalam ketidaksamaan?

Tetapi persoalan sebenar ialah: siapa yang mengawal teknologi ini, dan untuk tujuan apa?

Di bawah kapitalisme, AI semakin digunakan oleh syarikat untuk mengurangkan pekerjaan, memantau pekerja, melemahkan pekerjaan yang stabil dan menumpukan kekayaan di tangan beberapa gergasi teknologi. Tetapi di bawah masyarakat sosialis, teknologi boleh digunakan untuk mengurangkan waktu bekerja, memperbaiki kehidupan, mengembangkan pendidikan dan berkhidmat kepada manusia.

Sertai perbincangan awam kami Ahad ini sambil kami melihat AI, kapitalisme, Marxisme dan alternatif sosialis.

Semua dialu-alukan — terutamanya pelajar, pekerja muda dan sesiapa sahaja yang berminat

Acara Dahulu

2026 05 31 perbincangan reformasi sudah mati acara sosialis alternatif Acara Sosialis Alternatif

Baca laporan acara (Bahasa Inggeris) di sini.


REFORMASI SUDAH MATI
Bina Alternatif Kelas Kerja Mandiri

PH, MUDA, Rafizi dan politik Reformasi lama tidak boleh menawarkan jalan ke hadapan yang sebenar untuk pekerja dan belia. Sertai perbincangan kami tentang krisis politik reformis di Malaysia — dan mengapa kami memerlukan alternatif politik kelas pekerja yang independen.

2026 05 01 kontinjen hari pekerja 2026 acara sosialis alternatif Acara Sosialis Alternatif

Baca laporan acara di sini.


Sempena sambutan Hari Buruh 1 Mei nanti, ayuh sertai kontinjen Sosialis Alternatif!

Hari Buruh bukan sekadar cuti, tapi warisan perjuangan yang militan.

Kita berarak dengan slogan tahun ini:

🚩Politik reformasi sudah mati, bina politik kelas pekerja!

 

2026 03 15 perbincangan awam hari pekerja wanita sedunia 2026 acara sosialis alternatif Acara Sosialis Alternatif

 

Bagi kita sosialis dan Marxis yang melihat satu-satunya cara untuk menyelesaikan segala penindasan yang wujud dalam sistem kapitalisme yang menyebabkan perang, kemiskinan, kebuluran dan isu-isu nasional — ialah untuk kelas pekerja mengawal cara pengeluaran.

Hari Wanita pernah mewakili ekspresi kelas pekerja, sertai dalam perbincangan kami untuk mempelajari sejarahnya dan bagaimana kami boleh bergerak ke hadapan untuk membawa mesej kelas pekerja kepada pekerja.

2026 03 08 kontinjen hari pekerja wanita sedunia 2026 acara sosialis alternatif Acara Sosialis Alternatif

Baca kenyataan kami di sini.


Sempena Hari Pekerja Wanita Sedunia pada tahun ini Sosialis Alternatif ingin mewujudkan kontinjen bagi menyertai perarakan Hari Wanita Sedunia yang akan diadakan bermula dari Sogo ke Dataran Merdeka.

Acara ini akan disertai sebagai tanda solidariti untuk memperingati perjuangan kelas pekerja wanita dan sosialis terdahulu yang bukan saja telah mengangkat perjuangan wanita ke peringkat internasional tetapi juga mengangkat kesedaran bahawa emansipasi wanita yang benar-benar kekal adalah menghapuskan kapitalisme dan membina sosialisme — mencabut segala kondisi yang membenarkan penindasan terhadap wanita terus berlaku.

Ayuh sertai kontinjen Sosialis Alternatif. Ayuh bina perjuangan sosialisme!

2025 11 01 peringatan 78 tahun selepas hartal acara sosialis alternatif Acara Sosialis Alternatif

Baca laporan acara di sini.


Pameran dan pengenalan Hartal 1947 – Sebuah pameran jangka masa sejarah

Malaysia dari tahun 1917 ke 1947 akan dijalankan. Penjelasan mengenai pameran sejarah yang terkait rapat dengan perkembangan ekonomi kapitalis global dan gerakan massa sedunia juga akan dirungkaikan dalam acara kepada pengunjung yang hadir.

⁠Forum ‘Era baru kapitalisme dalam krisis, apa alternatif untuk anak muda?’

Acara dalam sesi ini akan dihadiri oleh panelis dari AKSI dan Sosialis Alternatif membincangkan isu semasa dari perspektif kiri dan anti kapitalis serta apakah strategi perjuangan yang harus diketengahkan?

Jemput hadir dalam acara memperingati Hartal 1947, untuk mendalami sejarah gerakan massa yang membentuk acuan negara kita hari ini, juga mengangkat kaedah perjuangan yang berasaskan solidariti kelas pekerja dan perjuangan menentang sistem kapitalisme secara kolektif serta tersusun.

2025 10 12 perbincangan strategi sosialis timur tengah acara sosialis alternatif Acara Sosialis Alternatif

Pembunuhan massa dan genosida yang menimpa masyarakat Gaza sedang berterusan tanpa henti selama hampir 2 tahun sekarang. Undang-undang kemanusiaan antarabangsa seolah-olah tidak lagi bermakna di hadapan kekebalan kuasa imperialis Barat dan sekutunya, Israel. Serangan ke atas Yaman, Iraq, dan terbaru terhadap kemudahan nuklear Iran menunjukkan bahawa dunia kini sedang memasuki satu era baharu — era peperangan proksi dan pertembungan antara blok- blok kapitalis yang sedang dalam persaingan yang tajam.

Krisis yang sedang berkembang di Timur Tengah pada waktu ini merupakan ujian terhadap seluruh gerakan kemanusiaan dan sosialisme antarabangsa. Apakah peranan kita sebagai pejuang kiri dan sosialis dalam menghadapi imperialisme dan kapitalisme global yang menjadi punca utama kepada segala krisis yang dihadapi masyarakat dunia? Apakah kaedah perjuangan yang harus dipilih?

Adakah pakatan-pakatan seperti Paksi Penentangan mampu menamatkan krisis yang sedang berkembang pada waktu ini dan menuju ke arah solusi yang munasabah? Dan apakah penyatuan gerakan kiri dan sosialis di bawah panji anti-imperialisme mampu membuahkan alternatif sejati kepada sistem kapitalisme dunia yang sedang membelenggu dunia.

Ayuh sertai perbincangan khas ini untuk menelusuri persoalan yang penting dalam menyusun perjuangan kelas dan sosialisme antarabangsa.

Poster bagi acara perbincangan awam bertajuk "Reformasi atau Revolusi?"

Persoalan politik kuasa ketiga di Malaysia tidak dapat dielakkan lagi. Penukaran kerajaan daripada UMNO kepada kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dilihat tidak ada perbezaan berbanding kerajaan sebelum. Retorik anti perkauman dan parti berbilang kaum yang digunakan oleh PH ketika pembangkang untuk memenangi pilihanraya kini setelah menjadi kerajaan, melihatkan isu rasisme dalam politik kelas pemerintah masih wujud dan terus mempengaruhi rakyat biasa.

Idea politik kuasa ketiga sememangnya semakin diketahui dan diterima terutama di kalangan anak muda dan pekerja disebabkan krisis ekonomi dan politik serta krisis alam sekitar yang semakin membimbangkan. Sementara pihak kerajaan tidak mempunyai solusi terhadap krisis walaupun silih berganti kepimpinan.

Apakah strategi yang harus diambil bagi anak muda dan sosialis untuk membina kuasa ketiga di Malaysia? Sertai perbincangan bersama kami untuk mengupas persoalan mencapai kesimpulan untuk menggantikan sistem kapitalisme yg menjadi asas kepada penindasan dan kehancuran kepada perubahan masyarakat yang lebih adil iaitu demokratik sosialisme.

77 Years After Hartal Event Poster v2.0 BM Acara Sosialis Alternatif

Pembentukkan Tanah Melayu dan Singapura mempunyai sejarah perjuangan kelas pekerja yang cukup signifikan. Mogok umum ataupun Hartal pada tahun 1947 misalnya, merupakan ekspresi tertinggi di mana kelas pekerja di Tanah Melayu dan Singapura berjaya menyatukan kuasa menentang penindasan yang dialami mereka. Mogok umum ini telah menunjukkan kuasa sebenar apabila kelas pekerja bersatu menghentikan ekonomi yang hanya menguntungkan kelas kapitalis segelintir.

Naratif mengenai sejarah perjuangan kelas pekerja dalam negara sering merujuk perjuangan menentang penjajah. Meskipun ada kebenaran dalam naratif ini, tetapi perdebatan dan perbincangan sejarah perjuangan pekerja pada waktu itu harus diberikan penghargaan yang lebih tinggi, iaitu dengan menggunakan analisa yang berasaskan perjuangan kelas menentang sistem kapitalisme yang bersifat eksploitatif.

77 tahun selepas mogok umum di Tanah Melayu, sejarah ini wajar dibawa ke dalam perbincangan di kalangan anak muda dan pekerja. Demi inspirasi, pengajaran dan iktibar dalam sejarah ini. Ayuh sertai pameran dan forum ‘Legasi Hartal dan Kepentingan Parti Pekerja’ bersama kami Sosialis Alternatif dan Anak Muda dan Pekerja Menentang Rasisme dalam mengingati perjuangan pekerja dalam negara terdahulu.

Powered By EmbedPress