Sosialis Alternatif
Sosialis Alternatif Menyertai Sambutan Hari Pekerja 2026 Sebagai Kontinjen
Join
Workers: the power for change

Sosialis Alternatif Menyertai Sambutan Hari Pekerja 2026 Sebagai Kontinjen

Perarakan Hari Pekerja 2026 menyerlahkan lagi cabaran bagi kepimpinan pekerja dan kesatuan untuk membina politik pekerja dan keperluan untuk berjuang untuk membina parti pekerja massa. Ayuh sertai perjuangan ini, hubungi kami untuk berbincang lanjut tentang pembinaan politik pekerja!
1 Mei 2026: Kontinjen Sosialis Alternatif bersedia di hadapan Masjid Negara untuk berarak ke Dataran Merdeka.
1 Mei 2026: Kontinjen Sosialis Alternatif bersedia di hadapan Masjid Negara untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Selamat Hari Pekerja dari kami Sosialis Alternatif. Seperti biasa, tiap tahun organisasi kami telah mengadakan kontinjen perarakan untuk menyambut hari yang bersejarah ini. Kami telah mengangkat slogan ‘Politik reformasi sudah mati, bina politik kelas pekerja!’, dan chanting ‘hancur kapitalis’, ‘bina politik pekerja’, ‘tolak politik rasis’, dan ‘bina parti pekerja’.

Kontinjen kami telah berganda berbanding tahun sebelumnya. Ini bagi kami disebabkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap sistem kapitalis yang semakin merosot dan tidak mampu untuk menawarkan sebarang alternatif melainkan perang, kemiskinan, hutang dan ketidakstabilan ekonomi terutama bagi anak muda yang ingin memulakan kehidupan.

Kontinjen Sosialis Alternatif membawa banner 'Pekerja Kuasa Perubahan'.
Kontinjen Sosialis Alternatif membawa banner ‘Pekerja Kuasa Perubahan’.
Kontinjen anak muda dari Universiti Malaya mengangkat hak gaji untuk pelatih.
Kontinjen anak muda dari Universiti Malaya mengangkat hak gaji untuk pelatih.
Kontinjen Sosialis Alternatif membawa plakad ‘Solidariti Pekerja Tanpa Sempadan, Rasisme Adalah Alat Majikan’.
Kontinjen Sosialis Alternatif membawa plakad ‘Solidariti Pekerja Tanpa Sempadan, Rasisme Adalah Alat Majikan’.

Berikut kami kongsikan leaflet yang kami edarkan ketika perarakan yang berlangsung dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.

kontinjen Sosialis Alternatif dalam perarakan Hari Buruh menuju Dataran Merdeka
kontinjen Sosialis Alternatif dalam perarakan Hari Buruh menuju Dataran Merdeka
Replika Trump oleh anak muda menonjolkan sentimen anti Trump.
Replika Trump oleh anak muda menonjolkan sentimen anti Trump.

Bagi kami, walaupun kami menghargai penganjur yang mengadakan perarakan ini, tetapi kami amat bersetuju dengan seorang pekerja dari kesatuan yang hadir. Beliau memberi komen akan kurangnya perwakilan pekerja dalam acara dan inisiatif penganjur yang amat lemah dalam mengangkat politik pekerja. Sedangkan taraf kehidupan pekerja semakin merosot.

Kontinjen Sosialis Alternatif membawa plakad ‘Krisis Kapitalisme Dalam Era Baru, Bina Politik Pekerja Sebagai Alternatif'.
Kontinjen Sosialis Alternatif membawa plakad ‘Krisis Kapitalisme Dalam Era Baru, Bina Politik Pekerja Sebagai Alternatif’.
Sesi refleksi bersama ahli berbincang tentang keperluan membina politik pekerja demokratik dan akar umbi.
Sesi refleksi bersama ahli berbincang tentang keperluan membina politik pekerja demokratik dan akar umbi.

Perarakan tahun ini menyerlahkan lagi cabaran bagi kepimpinan pekerja dan kesatuan untuk membina politik pekerja dan keperluan untuk berjuang untuk membina parti pekerja massa. Ayuh sertai perjuangan ini, hubungi kami untuk berbincang lanjut tentang pembinaan politik pekerja!

Pekerja bersama akhbar Solidariti Pekerja edisi ke-34 dengan tajuk muka hadapan 'Ketidakstabilan Perang dan Ekonomi Mengancam Kehidupan Kelas Pekerja'.
Pekerja bersama akhbar Solidariti Pekerja edisi ke-34 dengan tajuk muka hadapan ‘Ketidakstabilan Perang dan Ekonomi Mengancam Kehidupan Kelas Pekerja’.

Baca analisa politik kami bertajuk Hari Pekerja 2026 dan Krisis Kapitalisme di sini.