Sosialis Alternatif
PEKERJA KUASA PERUBAHAN
Arkib

Kolum

Ilyas Husin

Quo Vadis, Mahasiswa?

Pada 5hb Julai 2024, lima kesatuan mahasiswa telah bergabung ke dalam sebuah organisasi yang bertujuan untuk merapatkan jurang di antara rakyat tertindas dan mahasiswa; serta bersolidariti sesama kepimpinan anak muda. Hal yang tercetus berikutan penentangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah terhadap pengurusan kerajaan negeri telah menjurus kepada inisiatif kesatuan mahasiswa di semenanjung untuk mula mengatur langkah dan membuat keputusan untuk turut berjuang bersama menentang hal yang sama. Maka tertubuhlah organisasi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) yang terdiri daripada Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Suara Siswa Universiti Malaya, Demokratik Siswa, Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Kongres Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Shaqirah Shauqi

Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang

Kami daripada Sosialis Alternatif ingin memanjangkan kata solidariti kepada inisiatif anak muda dan mahasiswa dalam mewujudkan Sekolah Alternatif bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di Sabah. Sememangnya ia merupakan usaha murni daripada anak muda yang prihatin terhadap isu rakyat. Dan inisiatif ini sememangnya bukan sekadar harus diangkat pada tahap puji-pujian, tetapi perhatian juga harus diberikan pada isu yang didedahkan melalui inisiatif ini. Iaitu isu akses pendidikan, kewarganegaraan dan penempatan yang merupakan sebahagian besar isu yang melatari inisiatif ini.

Liam

Gaji Minimum untuk Semua Pekerja, dan Pelatih Industri (Intern) Juga Pekerja!

Isu pelatih industri yang tidak dibayar gaji atau dibayar rendah di Malaysia bukan sekadar kegagalan etika; ia merupakan masalah sistemik yang mendedahkan kezaliman eksploitasi sistem kapitalisme. Pelatih industri adalah pekerja — sama seperti pekerja sepenuh masa di dalam syarikat, pelatih industri juga tertakluk di bawah ketetapan polisi dan undang-undang syarikat seperti jam bekerja dan skop pekerjaan syarikat. Oleh itu, mereka berhak menerima gaji dan perlindungan yang setimpal seperti pekerja sepenuh masa yang lain. Namun, ketiadaan perlindungan undang-undang bagi pelatih industri di Malaysia mencerminkan operasi pasaran buruh yang menganggap pekerja boleh ‘dipakai-buang’, sambil mengekalkan kitaran eksploitasi terhadap pelatih industri di bawah topeng ‘peluang’ dan ‘latihan’. Kitaran ini amat menguntungkan syarikat terutama CEO dan pihak majikan.

Sosialis Alternatif

Che Guevara: Simbol Perjuangan

“Tembak, pengecut, anda hanya akan membunuh seorang lelaki”. Ini adalah ucapan terakhir Che Guevara sebelum beliau dibunuh pada 9 Oktober 1967 di Bolivia, ketika…