Mahasiswa Menentang Agenda Penswastaan Pendidikan

Sejak lima tahun yang lepas, kita menyaksikan pengurangan kadar peruntukan pendidikan, di mana secara keseluruhannya bajet Kementerian Pendidikan pada tahun 2017 telah berkurang sebanyak 9.3% daripada tahun sebelumnya manakala peruntukan keseluruhan bagi 20 universiti awam pada tahun yang sama, telah jatuh sebanyak 19.23%. Pengurangan peruntukan ini telah menjadi suatu penghalang yang besar terhadap kesinambungan pengurusan […]

“Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah”

Perang dagang di antara negara Amerika dan China, yang sudah melebihi setahun masih berlanjutan tanpa sebarang titik noktah, dan ketegangan ini sedang mengkucar-kacirkan pasaran dan ekonomi dunia. Sebagai gergasi ekonomi dunia, Amerika dan China masing-masing menuding jari untuk menuduh punca kepada konflik ini, tetapi pada masa yang sama berlumba-lumba untuk menjadi jaguh ekonomi dunia. Donald […]

Papua Barat: Bina Perpaduan Pekerja Untuk Memperjuangkan Hak Rakyat Papua Bagi Menguruskan Ekonomi dan Politik Mereka Secara Demokratik.

Kerajaan Indonesia telah menghantar lebih 1000 orang askar dan memotong bekalan internet di Papua berikutan sebuah demonstrasi massa yang berpanjangan selama lebih satu minggu di rantau tersebut. Demonstrasi ini tercetus pada minggu lalu apabila pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan beberapa organisasi sayap kanan telah menganiaya beberapa mahasiswa Papua di Surabaya ( Java Timur ) […]

Hong Kong: Pergolakan Rakyat Meningkat

Gerakan massa yang menentang boneka rejim Beijing di Hong Kong sedang berhadapan dengan penindasan yang teruk. Sepanjang 9 minggu yang lalu, kira-kira 600 orang ditahan dan lebih 40 orang daripada itu dituduh sebagai pencetus rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun.  Pada Sabtu (10 Ogos) protes-protes besar tercetus di seluruh bandar yang telah bertempur […]

Perjuangan Revolusi Rakyat Algeria

Sejak 5 bulan yang lalu, kelas pekerja dan rakyat biasa di Algeria sedang terlibat dalam sebuah gerakan massa menentang rejim pemerintah yang kuku besi. Gerakan ini dengan cepat dapat mengumpul momentum dengan protes-protes gergasi yang dilancarkan oleh anak muda dan rakyat biasa termasuk mogok umum dari kelas pekerja. Kami menyiarkan kenyataan dari rakan perjuangan kami […]

Sudan: Bantah Keganasan Rejim dengan Perjuangan Revolusi Sosialisme

Setelah hampir 2 bulan sejak penggulingan bekas diktator Omar al Bashir yang memerintah Sudan untuk 30 tahun, kini, pergelutan antara kuasa revolusioner dan kontra revolusioner sedang mencapai tahap kritikal. Protes yang tercetus pada Disember 2018 telah memaksa kuasa-kuasa kerajaan untuk memecat Omar al Bashir selaku ketua kerajaan bagi membendung gerakan rakyat yang membantah rejim tersebut […]

Sambutan Hari Pekerja 2019: Kelas Pekerja Harus Memimpin Perjuangan Rakyat!

Sambutan Hari Pekerja Sedunia berlangsung dengan meriah sekali di Kuala Lumpur pada tahun ini. Pihak Majlis Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan sebuah acara di perkarangan ibu pejabat MTUC di Subang Jaya. Beratus-ratus para pekerja dari seluruh Malaysia telah turun ke acara ini dengan mengibarkan bendera Kesatuan masing-masing bersama rentang perjuangan. Acara yang bermula pada […]

Lebih Seratus Pekerja AIROD Melancarkan Aksi Piket!

Laporan dari akhbar Solidariti Pekerja Seramai lebih 100 pekerja-pekerja AIROD (syarikat penyelengaraan dan pembaikan pesawat terbang) telah berpiket di perkarangan tempat kerja bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak majikan yang menindas para pekerja semalam. Untuk pertama kalinya, kedua-dua Kesatuan Pekerja Airod (KPA) dan Kesatuan Eksekutif Airod (KEA) telah berganding bahu untuk menganjurkan piket […]

Pengusiran Paksa di Pulau Pinang, Kerajaan PH sama dengan BN!

Kes pengusiran paksa banyak berlaku semasa pemerintahan Kerajaan BN. Pasti ramai yang masih ingat kes Kampung Chubadak di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kezaliman ini nampaknya berulang lagi walaupun kerajaan telah berubah. Dua bulan menjelang setahun penggantian kerajaan, Kerajaan PH semakin menunjukkan sikap tidak menyebelahi rakyat biasa. Terbaru, dalam masa serentak, dua kes pengusiran paksa […]