Penubuhan kembali Committee for a Workers International (CWI) berteraskan kaedah dan program Trotskyisme

Untuk laporan dalam Bahasa Inggeris sila layari : http://socialistworld.net/index.php/192-cwi/10249-refounding-the-committee-for-a-workers-international-on-the-basis-of-a-trotskyist-programme-and-method Pada sebuah mesyuarat yang berlangsung di London pada 22 ke 25 Julai lalu, lebih dari 200 delegasi โ€˜Faksi Pertahanan Kelas Pekerja Trotskyis CWIโ€™ telah mengambil keputusan untuk menilai dan menubuhkan kembali CWI selari dengan program dan kaedah Trotskyis dalam perkembangan dunia semasa. Perwakilan dan penyokong faksi […]

Malapetaka Iklim Melanda Dunia: Perancangan Ekonomi Sosialis Diperlukan

Pada akhir tahun lepas, sebuah kajian oleh IPCC (badan yang ditubuh oleh PBB untuk menyelidik krisis iklim yang sedang melanda dunia) telah mengejutkan dunia dengan menganggarkan bahawa jika keadaan sekarang berterusan untuk 12 tahun lagi, teknologi dan kemampuan manusia tidak akan dapat menghentikan kemerosotan alam sekitar dan iklim dunia. Jika umat manusia tidak mengubah hala […]

Hari Pekerja Sedunia 2019: Berjuang Demi Alternatif Sosialis

Hari Pekerja Sedunia merupakan hari peringatan kepada perjuangan kelas pekerja dalam mendapatkan hak-hak yang sedang dinikmati oleh para pekerja di seluruh dunia. Perjuangan hari pekerja ini bermula dengan tuntutan untuk menghadkan hari kerja kepada 8 jam sehari hampir 150 tahun lalu. Sejak itu, kelas pekerja dari seluruh dunia telah menggunakan hari pekerja yang ditetapkan pada […]

Mengakhiri Perubahan Iklim Memerlukan Pengakhiran Kapitalisme

Pada 15 Mac 2019 lepas, pelajar dan anak muda di seluruh dunia turun ke jalan untuk menyertai Global Climate Strike. Protes ini dimulakan pada tahun lepas oleh Greta Thunberg, seorang pelajar sekolah yang melancarkan mogok di depan Parlimen Sweden untuk mengangkat isu bencana ekologi yang sedang dialami di seluruh dunia. Greta hanya berumur 16 tahun […]

Kepentingan untuk Membina Alternatif Politik

Dengan kejatuhan rejim BN yang telah memerintah negara selama lebih 6 dekad pada Mei lalu, rakyat Malaysia telah mengharapkan sebuah kepimpinan baru yang boleh meningkatkan taraf hidup kelas pekerja dan rakyat miskin dan pada masa yang sama mampu menguatkan perpaduan di kalangan rakyat dari latar belakang berbeza. Tetapi, selepas hampir setahun di bawah pemerintahan pihak […]

Ulang tahun ke-100 kematian Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht

Januari tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 pembunuhan dua orang pejuang kelas pekerja yang penting di Jerman, Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht. Mereka merupakan tokoh yang sehingga ke hari ini telah menjadi simbol bagi penentangan terhadap kapitalisme dan imperialisme dan telah berjuang dan mati demi sebuah masa depan sosialis. Mereka telah meninggalkan sebuah legasi yang […]

Rasisme dan Kapitalisme Berpisah Tiada! Lawan Kapitalisme untuk Membina Masa Depan yang Bahagia dan Aman untuk Semua!

Peristiwa kekecohan yang berlaku di Kuil Ladang Seafield di Subang Jaya baru-baru ini telah mendedahkan peranan sistem ekonomi dan sistem politik negara dalam menyebarkan sentimen perkauman yang tidak sihat. Isu Kuil Seafield merupakan pertikaian hak milik tanah di antara komuniti setempat dan pihak pemaju One City Development. Kes pengusiran paksa seperti ini berlaku secara berleluasa […]

Peranan Kesatuan dalam Menuntut Kebajikan Pekerja

Perubahan kerajaan pemerintah yang telah berkuasa untuk lebih 6 dekad ini sedang membuka jalan baru bagi rakyat Malaysia untuk menuntut pembaharuan dalam kehidupan mereka. Selama ini, rakyat biasa telah dibelenggu oleh kepimpinan kuku besi BN yang mempergunakan sentimen perkauman dan agama untuk memecah-belahkan rakyat bagi meneruskan penguasaan kerajaan. Tetapi selepas perubahan kerajaan kepada PH pada […]

Tunaikan Janji Pilihanraya!

TINGKATKAN CUKAI UNTUK GOLONGAN TERKAYA 1 PERATUS UNTUK PENGAGIHAN KEKAYAAN YANG ADIL DAN SAKSAMA! Pakatan Harapan membentuk kerajaan dengan sokongan pekerja, anak muda dan rakyat biasa. Rakyat sedang mengharapkan perkara-perkara yang dijanjikan dalam manifesto PH dilaksanakan. Setakat ini, beban hutang negara yang ditinggalkan oleh kerajaan BN yang menjangkau RM 1 trillion dijadikan alasan untuk sama […]

Tingkatkan Cukai Untuk 1% Terkaya Bagi Meningkatkan Keperluan Rakyat

Kerajaan Pakatan Harapan melancarkan Tabung Harapan Malaysia (THM) untuk menampung hutang negara yang sudah mencecah lebih daripada RM1 trillion. Jumlah tersebut adalah 80% daripada pendapatan negara (KDNK/GDP) jauh daripada had 55% yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini. Menurut kerajaan PH, hutang ini adalah akibat perbelanjaan dan keborosan tidak terkawal kerajaan BN, dan jika tidak dikurangkan […]