Delegasi dari Faksi Pertahanan Kelas Pekerja Trotskyis CWI

Delegasi dari Faksi Pertahanan Kelas Pekerja Trotskyis CWI

Penubuhan kembali Committee for a Workers International (CWI) berteraskan kaedah dan program Trotskyisme.

Posted by
Untuk laporan dalam Bahasa Inggeris sila layari : http://socialistworld.net/index.php/192-cwi/10249-refounding-the-committee-for-a-workers-international-on-the-basis-of-a-trotskyist-programme-and-method

Pada sebuah mesyuarat yang berlangsung di London pada 22 ke 25 Julai lalu, lebih dari 200 delegasi ‘Faksi Pertahanan Kelas Pekerja Trotskyis CWI’ telah mengambil keputusan untuk menilai dan menubuhkan kembali CWI selari dengan program dan kaedah Trotskyis dalam perkembangan dunia semasa. Perwakilan dan penyokong faksi ini dari England, Wales, Scotland, Ireland, Jerman, Perancis, Austria, Finland, India, Sri Lanka, Malaysia, Chile dan Amerika Syarikat telah menghadiri mesyuarat yang bersejarah ini. Malangnya, komrad-komrad dari negara Afrika Selatan dan Nigeria tidak dapat hadirkan diri akibat kekangan imigresen dan masalah visa.

Keputusan ini dibuat selepas perjuangan politik dan perdebatan sengit yang berlangsung di kalangan ahli CWI selama 7 bulan terakhir. Perjuangan politik ini berlangsung di antara pendukung kaedah Trotskyis dan program penubuhan CWI yang didirikan pada 1974 dan sebuah pembangkang yang berteraskan pada ideologi dan kaedah borjuis kecil (petty bourgeoise opposition). Pembangkang ini telah mengambil langkah-langkah oportunis, menyerah pada tekanan ‘politik identiti’, mengabaikan perjuangan yang sistematik dan konsisten dalam kesatuan sekerja dan telah membantah program revolusi sosialis yang di pertahankan oleh CWI. 

Persidangan di London ini membincangkan perkembangan dunia dan tugasan penting yang sedang dihadapi oleh kelas pekerja dan sosialis, pergolakan revolusi dan kontra-revolusi yang sedang berlangsung di dunia neo-kolonial, kesimpulan untuk perdebatan yang berlangsung di dalam CWI selama ini dan pada masa yang sama juga melihat pada tugas-tugas di hadapan kita untuk terus membina CWI.

CWI yang baru diasaskan semula akan dibentuk berdasarkan pada empat kongres komintern pertama (pertubuhan sosialis antarabangsa yang diasaskan oleh Parti Bolshevik selepas Revolusi Russia 1917), dokumen penubuhan 4th International (pertubuhan sosialis antarabangsa yang didirikan oleh Trotsky selepas degenerasi Soviet Union pada 1938) dan kongres-kongres CWI. Komitmen dan keyakinan terhadap kepimpinan di kalangan cawangan CWI yang hadir ke persidangan ini tercermin dengan jumlah sumbangan yang mencecah hampir RM 130 ribu ringgit. 

Persidangan ini mengarahkan Sekretariat Antarabangsa untuk mengusahakan sebuah kongres dunia untuk cawangan-cawangan dan penyokong yang bersedia untuk mempertahankan program CWI. Bersama itu, kami juga menjemput semua organisasi revolusioner sosialis yang komited dalam pembinaan parti sosialis berasaskan kepada kelas pekerja untuk berbincang dan berkerjasama secara jujur dan berprinsip dengan kami.

Sekretariat Antarabangsa CWI akan menerbitkan laporan lengkap mengenai persidangan ini dan bahan-bahan yang berkaitan dengan perdebatan yang telah berlaku dalam minggu-minggu yang akan datang. Kami percaya bahawa analisa ini akan mengandungi pengajaran penting bagi semua kelas pekerja dan sosialis revolusioner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*