Kongres Dunia CWI 2025 ke-14, Sosialis Alternatif Menghantar 2 Delegasi

Delegasi dan tetamu CWI yang menghadiri kongres dunia CWI yang ke 14 di Berlin.

Pada 27 Julai hingga 31 Julai yang lalu, Sosialis Alternatif Malaysia telah menghantar 2 ahli untuk menghadiri Kongres Dunia ke-14 Committee for a Workers International (CWI) yang diadakan di Berlin. Kongres telah menghimpunkan delegasi, ex-officio, dan tetamu dari seluruh dunia. Terdapat 24 delegasi, 28 wakil ex-officio, 28 tetamu CWI, dan 14 pelawat dari organisasi sosialis lain. Komrad dari Australia, Jepun dan negara lain yang tidak dapat hadir secara fizikal telah menyertai kongres melalui Zoom.

Kongres telah diadakan dengan jayanya, dengan perbincangan politik yang meluas daripada komrad yang sedang berjuang dalam perjuangan kelas di negara masing-masing.

Perspektif dunia

Kongres dimulakan dengan memperingati rakan seperjuangan CWI yang baru sahaja meninggal dunia, termasuk Peter Taaffe dan Lynn Walsh, yang kedua-duanya memainkan peranan penting dalam CWI selama beberapa dekad dengan berdiam sejenak.

Sesi perbincangan pertama memberi tumpuan krisis sistem kapitalisme dalam era baru dan perjuangan untuk sosialisme. Perbincangan ini didahului oleh Tony Saunois, dengan sumbangan daripada rakan seperjuangan di seluruh Eropah, benua Amerika, Asia, dan Afrika, Afrika Selatan, Israel-Palestin, Sri Lanka, Malaysia, Ireland, Austria, Scotland, England dan Wales, AS, India, dan Kazakhstan. Bob Labi kemudian memberikan kesimpulan dan jawapan kepada perbincangan tersebut.

Gaza

Perbincangan kemudian diikuti dengan konflik di Timur Tengah dan perang di Gaza. Judy Beishon telah mendahului perbincangan. Komrad daripada Israel-Palestin telah memberikan intervensi yang amat penting dalam perbincangan – keperluan menekankan analisa sosialis terhadap situasi konflik di Gaza dan Timur Tengah, dan perlunya penyelesaian sosialis untuk menggantikan sistem kapitalisme yang tidak mampu memberikan sebarang solusi terhadap konflik dan peperangan.

Afrika dan Asia

Dalam perbincangan mengenai Afrika dan Asia, komrad dari Nigeria, Afrika Selatan, Perancis, Sri Lanka, Pakistan, India, dan lain-lain berkongsi pandangan mengenai krisis dalam sistem kapitalisme dan perjuangan pekerja. Bob Labi mendahului perbincangan Afrika dan Senan mendahului sesi mengenai Asia.

Hari ketiga Kongres diakhiri dengan sesi memperingati Peter Taaffe. Komrad dari Sri Lanka, Afrika Selatan, Britain, Ireland, Perancis, dan Sekretariat Antarabangsa CWI telah memberi penghormatan kepada legasinya dengan memberikan ucapan mengenai perjuangan Peter Taaffe yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan CWI.

Hari keempat memberi tumpuan kepada ‘Pembinaan CWI’ dengan sumbangan daripada rakan seperjuangan di seluruh benua. Sesi ini didahului  oleh Sean Figg kemudian disimpulkan oleh Sascha Staničić.

Eropah

Hari kelima bermula dengan perbincangan Kongres mengenai perspektif Eropah. Niall Mulholland memperkenalkan perbincangan ini. Komrad dari Austria, Israel-Palestin, England dan Wales, Ireland, Sweden, Perancis, Jerman, Romania, Belanda, Norway, dan Scotland memberikan sumbangan kepada perbincangan. Perbincangan kemudian disimpulkan oleh Hannah Sell.

Satu Jawatankuasa Eksekutif Antarabangsa yang baru telah dipilih oleh Kongres bersama dengan badan antarabangsa lain. Kongres Dunia ke-14 kemudian akhiri dengan nyanyian The Internationale, lagu sosialis yang melambangkan perpaduan, internasionalisme, dan komitmen kepada perjuangan sosialis.

Dalam beberapa hari akan datang, kami akan kongsikan dokumen-dokumen utama yang diterima pakai oleh Kongres, dan juga video perhimpunan memperingati Peter Taaffe.

Kongsi Artikel Ini

Tinggalkan Komen Anda

Artikel Berkaitan

Reformasi Is Dead: A Successful First Public Discussion at Our New Organising Centre
2026 06 01 reformasi dead public discussion 1 sosialis alternatif scaled Kongres Dunia CWI 2025 ke-14, Sosialis Alternatif Menghantar 2 Delegasi Sosialis Alternatif
Socialist Alternative held its first public discussion at our new organising centre, examining Reformasi’s dead end and the urgent need to build an independent working-class alternative.
BACA
Rafizi's Reformasi Rebrand and the Crisis of Malaysian Capitalist Politics
2026 05 28 bersama rafizi reformasi rebrand sosialis alternatif 1 Kongres Dunia CWI 2025 ke-14, Sosialis Alternatif Menghantar 2 Delegasi Sosialis Alternatif
Bersama presents itself as a fresh alternative, but beneath its reformasi rhetoric lies the same capitalist politics that have failed workers and youth for decades. As Malaysia’s political crisis deepens, this article argues that only...
BACA
Sosialis Alternatif Menyertai Sambutan Hari Pekerja 2026 Sebagai Kontinjen
2026 05 19 hari pekerja 2026 laporan 1 sosialis alternatif e1779177213616 Kongres Dunia CWI 2025 ke-14, Sosialis Alternatif Menghantar 2 Delegasi Sosialis Alternatif
Perarakan Hari Pekerja 2026 menyerlahkan lagi cabaran bagi kepimpinan pekerja dan kesatuan untuk membina politik pekerja dan keperluan untuk berjuang untuk membina parti pekerja massa. Ayuh sertai perjuangan ini, hubungi kami untuk berbincang...
BACA

Kongres Dunia CWI 2025 ke-14, Sosialis Alternatif Menghantar 2 Delegasi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *