Mahasiswa Menentang Agenda Penswastaan Pendidikan

Sejak lima tahun yang lepas, kita menyaksikan pengurangan kadar peruntukan pendidikan, di mana secara keseluruhannya bajet Kementerian Pendidikan pada tahun 2017 telah berkurang sebanyak 9.3% daripada tahun sebelumnya manakala peruntukan keseluruhan bagi 20 universiti awam pada tahun yang sama, telah jatuh sebanyak 19.23%. Pengurangan peruntukan ini telah menjadi suatu penghalang yang besar terhadap kesinambungan pengurusan […]

“Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah”

Perang dagang di antara negara Amerika dan China, yang sudah melebihi setahun masih berlanjutan tanpa sebarang titik noktah, dan ketegangan ini sedang mengkucar-kacirkan pasaran dan ekonomi dunia. Sebagai gergasi ekonomi dunia, Amerika dan China masing-masing menuding jari untuk menuduh punca kepada konflik ini, tetapi pada masa yang sama berlumba-lumba untuk menjadi jaguh ekonomi dunia. Donald […]

Papua Barat: Bina Perpaduan Pekerja Untuk Memperjuangkan Hak Rakyat Papua Bagi Menguruskan Ekonomi dan Politik Mereka Secara Demokratik.

Kerajaan Indonesia telah menghantar lebih 1000 orang askar dan memotong bekalan internet di Papua berikutan sebuah demonstrasi massa yang berpanjangan selama lebih satu minggu di rantau tersebut. Demonstrasi ini tercetus pada minggu lalu apabila pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan beberapa organisasi sayap kanan telah menganiaya beberapa mahasiswa Papua di Surabaya ( Java Timur ) […]

Lebih Setahun Kerajaan Berubah, Rakyat Terus Tertekan, Golongan Minoriti dengan Berbilion Ringgit Terus Kaya

Ketika pilihanraya umum ke-14, Pakatan Harapan (PH) berjanji dalam manifesto bahawa selepas setahun mereka mentadbir, beban hidup rakyat akan dikurangkan. Tetapi, rakyat biasa dan warga pekerja merasakan harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat, sekaligus meningkatkan kos dan beban hidup walaupun GST di bawah pemerintahan BN sudah pun dimansuhkan. Kini ramai mampu membuat kesimpulan bahawa politik […]

Hong Kong: Pergolakan Rakyat Meningkat

Gerakan massa yang menentang boneka rejim Beijing di Hong Kong sedang berhadapan dengan penindasan yang teruk. Sepanjang 9 minggu yang lalu, kira-kira 600 orang ditahan dan lebih 40 orang daripada itu dituduh sebagai pencetus rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun.  Pada Sabtu (10 Ogos) protes-protes besar tercetus di seluruh bandar yang telah bertempur […]

Penubuhan kembali Committee for a Workers International (CWI) berteraskan kaedah dan program Trotskyisme

Untuk laporan dalam Bahasa Inggeris sila layari : http://socialistworld.net/index.php/192-cwi/10249-refounding-the-committee-for-a-workers-international-on-the-basis-of-a-trotskyist-programme-and-method Pada sebuah mesyuarat yang berlangsung di London pada 22 ke 25 Julai lalu, lebih dari 200 delegasi ‘Faksi Pertahanan Kelas Pekerja Trotskyis CWI’ telah mengambil keputusan untuk menilai dan menubuhkan kembali CWI selari dengan program dan kaedah Trotskyis dalam perkembangan dunia semasa. Perwakilan dan penyokong faksi […]

Perjuangan Revolusi Rakyat Algeria

Sejak 5 bulan yang lalu, kelas pekerja dan rakyat biasa di Algeria sedang terlibat dalam sebuah gerakan massa menentang rejim pemerintah yang kuku besi. Gerakan ini dengan cepat dapat mengumpul momentum dengan protes-protes gergasi yang dilancarkan oleh anak muda dan rakyat biasa termasuk mogok umum dari kelas pekerja. Kami menyiarkan kenyataan dari rakan perjuangan kami […]

Sudan: Bantah Keganasan Rejim dengan Perjuangan Revolusi Sosialisme

Setelah hampir 2 bulan sejak penggulingan bekas diktator Omar al Bashir yang memerintah Sudan untuk 30 tahun, kini, pergelutan antara kuasa revolusioner dan kontra revolusioner sedang mencapai tahap kritikal. Protes yang tercetus pada Disember 2018 telah memaksa kuasa-kuasa kerajaan untuk memecat Omar al Bashir selaku ketua kerajaan bagi membendung gerakan rakyat yang membantah rejim tersebut […]

Malapetaka Iklim Melanda Dunia: Perancangan Ekonomi Sosialis Diperlukan

Pada akhir tahun lepas, sebuah kajian oleh IPCC (badan yang ditubuh oleh PBB untuk menyelidik krisis iklim yang sedang melanda dunia) telah mengejutkan dunia dengan menganggarkan bahawa jika keadaan sekarang berterusan untuk 12 tahun lagi, teknologi dan kemampuan manusia tidak akan dapat menghentikan kemerosotan alam sekitar dan iklim dunia. Jika umat manusia tidak mengubah hala […]