Pandemik Coronavirus dan Kapitalisme Sedang Membinasakan Kehidupan Manusia : Berjuang Demi Sosialisme Untuk Memelihara Masa Depan Semua!
Ketibaan pandemik Covid19 telah menggegarkan sistem ekonomi kapitalisme yang sudahpun berada di ambang sebuah kemelesetan yang teruk. Dasar-dasar neo-liberalisme kapitalis yang diimplimentasi selama ini telah mewujudkan sebuah masyarakat yang tidak mampu untuk melindungi dirinya daripada ancaman seperti Covid19 dan pada masa yang sama terdedah dengan krisis ekonomi yang akan memberi kesan yang mendalam. Dalam situasi […]
Kapitalisme Mengheret Dunia Ke Arah Kemusnahan – Pembinaan Alternatif Sosialis Diperlukan!
Krisis pandemik Coronavirus telah mengheret sistem ekonomi kapitalisme dan masyarakat dunia ke arah satu era baru yang akan dipenuhi dengan pelbagai pergolakan massa. Di satu demi satu negara, apabila pandemik ini mula tersebar, segala kelemahan sistem kapitalisme sudah mula terdedah dengan sangat cepat. Bermula dari skandal rejim China yang pada awalnya telah cuba untuk merahsiakan […]
Seruan Kelas Pekerja dalam Menangani Krisis Covid-19
Coronavirus mendedahkan ketempangan sistem kapitalisme dalam menangani krisis! Kebajikan Kelas Pekerja haruslah di bela! Perkhidmatan Kesihatan Negara Tingkatkan peruntukkan dana perubatan, kecemasan dan kesihatan dengan segera. Bekalkan perlindungan yang mencukupi bagi semua pekerja barisan hadapan yang sedang berhadapan dengan tugas untuk membendung penyebaran wabak ini. Kerajaan harus mengambil alih infrastruktur dan kakitangan pusat perubatan swasta […]
Kenyataan Hari Wanita Sedunia 2020
Mantapkan hak wanita melalui pembinaan solidariti dan perjuangan kelas pekerja ! Lawan kapitalisme dan bina sosialisme untuk hak demokrasi, ekonomi dan sosial yang adil dan saksama ! Tahun 2020 sudah menampakkan titik suram dengan suasana politik dan ekonomi negara yang semakin pincang. Ketidaktentuan dalam ekonomi di peringkat global, dan wabak COVID 19 yang semakin merebak, […]
Berjuang Demi Sosialisme Demi Kesejahteraan Manusia
Oxfam (NGO yang mengkaji jurang kaya miskin global) telah mengeluarkan sebuah laporan yang mendedahkan bahawa hanya 2153 orang jutawan kaya di dunia kini memiliki lebih banyak duit berbanding 60% daripada populasi global, iaitu 4.6 bilion orang biasa. Golongan kaya 1% teratas kini memiliki dua kali ganda lebih daripada jumlah harta bagi 99% rakyat. Jurang kekayaan […]
‘Malaysia Baru’ Masih Dicengkam oleh Ketidakstabilan Ekonomi Pasaran Bebas dan Agenda Kapitalisme
Pakatan Harapan meneruskan agenda ekonomi kapitalisme sepertimana Barisan Nasional…Politik alternatif berlandaskan program sosialisme perlu untuk membina ekonomi dan sosial alternatif yang berlandaskan harapan rakyat Belanjawan 2020 yang di bentangkan oleh kerajaan PH pada awal Oktober 2019 jelas meneruskan agenda neo-liberalisme dan ekonomi pasaran bebas yang telah diperkembangkan oleh BN ketika menerajui kerajaan lebih 60 tahun. […]
Politik Ketiga Perlu Berlandaskan Harapan dan Hak Kelas Pekerja dan Anak Muda
Muafakat Nasional merupakan satu gabungan di antara parti UMNO dan PAS yang telah diumumkan dalam perhimpunan Penyatuan Ummah yang dihadiri oleh kepimpinan kedua-dua parti tersebut pada September lalu. Agenda utama perhimpunan tersebut adalah untuk mewujudkan kerjasama antara dua parti yang berasaskan bangsa Melayu-Islam terbesar di Malaysia, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 bagi menentang […]
Sokongan Pakatan Harapan Semakin Merosot… Kerajaan Gagal Meningkatkan Hak Sosial dan Ekonomi Yang Memihak Kepada Rakyat Terbanyak
Kekalahan memalukan calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil untuk kawasan Parlimen Tanjung Piai, mencerminkan ketidakpuasan rakyat berbilang kaum terhadap kerajaan PH yang tidak mampu merealisasikan harapan rakyat untuk satu taraf hidup yang lebih baik dan terjamin. Tanpa peningkatan gaji yang berpatutan dan kawalan harga barangan dan kos perkhidmatan di bawah ekonomi terancang yang demokratik berlandaskan […]
Adakah wajar untuk meningkatkan umur persaraan bagi kelas pekerja?
Berikutan pengumuman belanjawan 2020, beberapa isu pekerja menjadi perbincangan dan perdebatan di kalangan pertubuhan pekerja dan badan-badan kerajaan. Antara isu yang hangat di bincangkan adalah berkaitan dengan had umur persaraan bagi pekerja di Malaysia yang menjadi tumpuan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) dan pada waktu ini sedang membuat kempen untuk menyeru kepada pihak kerajaan supaya […]
Mahasiswa/i Universiti Malaya Menentang Rasisme
Selepas lebih 40 tahun terpaksa mendiamkan diri kerana dikongkong oleh kerajaan dengan akta-akta yang tidak demokratik, Persatuan Mahasiswa/i Universiti Malaya akhirnya telah kembali ke tradisi mereka untuk menganjurkan sebuah perarakan dan perhimpunan pada minggu orientasi yang berlangsung pada awal September lalu. Aksi ini dijalankan di bawah tema ‘mahasiswa/i menentang rasisme’ dan telah mengutarakan beberapa isu […]