Sepuluh Tahun Sejak ‘Arab Spring’ – Pengajaran yang Penting bagi Sosialis di seluruh Dunia
Tahun 2011 bermula dengan tunjuk perasaan besar-besaran yang telah tersebar di Timur Tengah dan Afrika Utara dan menggegarkan rejim-rejim autokratik yang bermaharajalela di rantau ini. Para diktator – Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir – yang tampil teguh untuk berdekad-dekad lamanya, disingkirkan dari kekuasaan oleh gerakan anak muda dan kelas pekerja yang […]
2020: Sebuah Dekad Pergolakan dan Ketidaktentuan Sudah Bermula
Ketika tahun 2020 berakhir, kekecohan dan kucar-kacir yang telah menggegarkan kapitalisme global sedang terus berlanjutan. Tahun ini menjadi titik perubahan dalam sejarah yang mempengaruhi setiap aspek masyarakat. Pengulas dan sejarahwan masa hadapan akan merujuk tahun 2020 dan 2021 sebagai ‘pra-COVID’ dan ‘pasca-COVID’. Pandemik COVID 19, yang telah membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada jutaan orang di […]
Perjanjian RCEP: Solusi kepada kemelesetan ekonomi?
Selepas hampir 8 tahun dalam rundingan, sebuah Perjanjian Perdagangan yang dinamakan sebagai Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah dipersetujui oleh 15 buah negara di Summit ASEAN ke 37 yang berlangsung di atas talian akibat kekangan pandemik Covid19. Perjanjian RCEP merangkumi 10 negara ASEAN (Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) dan 5 […]
Kapitalisme Menghadapi Krisis yang Parah – Tingkatkan Perjuangan ke arah Sosialisme!
Lebih satu dekad lalu, berikutan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada 2008, sidang pengarang Financial Times telah mengucapkan tahniah kepada sistem kapitalisme yang berjaya berpegang pada kuasa dan tidak dicabar oleh kuasa-kuasa ‘kiri’ yang seharusnya boleh menentang sistem tersebut. Dalam krisis ekonomi yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua, tidak ada sebarang usaha dari […]
Kesatuan Sekerja – Pimpinan ke Arah Pembinaan Politik Kelas Pekerja
Majoriti pekerja pada hari ini, sekali lagi menghadapi krisis yang bakal memudaratkan lagi keadaan kehidupan mereka. Kemampuan untuk terus melangsungkan kehidupan, sama ada bagi mereka yang sudah pun kehilangan kerja mahupun menerima potongan gaji dalam peratusan yang besar sekali lagi dihalang oleh kenaikan kes pandemik gelombang ketiga. Tidak lupa juga, kita telah pun mendengar berita […]
Bolehkah parti MUDA membawa solusi kepada krisis politik dan ekonomi yang sedang parah? Adakah ia merupakan alternatif kepada kepimpinan anak muda?
Bekas pemimpin sayap pemuda parti Bersatu dan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq telah baru-baru ini mengumumkan keputusannya untuk tidak menyertai parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan oleh mentornya Mahathir dan sebaliknya akan mengusahakan pembinaan sebuah parti baru yang berdasarkan kepada anak muda. Berita ini telah mendapat pelbagai reaksi yang bercanggah daripada ahli-ahli politik, para penganalisa […]
Krisis ekonomi dunia mengancam Asia Tenggara
Berikutan krisis kesihatan global pandemik Covid19, negara-negara Asia Tenggara yang kebanyakannya merupakan pengekspot komoditi, dijangka akan menghadapi sebuah malapetaka ekonomi dalam bulan-bulan dan tahun-tahun yang akan datang. Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini menegaskan bahawa kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku pada waktu ini akan berpanjangan dan boleh mengambil masa lebih 10 tahun untuk kembali pulih. Ini […]
Hari Pekerja Sedunia: Kelas Pekerja Harus Bangkit Menentang Kehendak Kapitalis
Hari pekerja sedunia di sambut pada 1 Mei di seluruh dunia sebagai penghargaan bagi pengorbanan para pekerja dalam menyumbang kepada kemajuan negara. Hari ini, dalam keadaan krisis kesihatan pandemik Covid19, kita telah menyaksikan dengan sendiri, bagaimana kelas pekerja merupakan nadi utama bagi mana-mana masyarakat. Merekalah yang menguruskan segala barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh seluruh […]
1 Mei: Pembinaan kuasa kelas pekerja perlu untuk mengatasi penindasan dan kebinasaan akibat krisis ekonomi dan sosial kapitalisme
1 Mei yang merupakan Hari Pekerja Sedunia pada tahun ini datang dalam situasi yang penuh dengan pelbagai cabaran bagi jutaan para pekerja. Ketidakstabilan politik yang melanda negara-negara dunia selama ini sudah mula tercetus di negara ini juga. Kemelesetan ekonomi dunia juga sudahpun memberi impak kepada pekerja di sini dengan peningkatan kadar pengangguran, terutamanya di kalangan […]
Pandemik Covid 19: Krisis kapitalis dan polarisasi kelas di Amerika Syarikat
Pada waktu ini, keruntuhan sosio-ekonomi disebabkan oleh pandemik Covid19 yang sedang mencetuskan sebuah krisis ekonomi dalam sistem kapitalisme global telahpun dirasai di setiap benua. Ini boleh menyebabkan sebuah situasi kemelesetan ekonomi yang berpanjangan dengan unsur-unsur kemurungan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah sistem kapitalisme. Kejatuhan harga minyak mendadak yang untuk pertama kalinya mencatatkan harga negatif […]