Sosialis Alternatif
PEKERJA KUASA PERUBAHAN
Arkib

Kenyataan

Sosialis Alternatif

Solidariti Buat Pekerja Migran di Syarikat Mediceram yang Sedang Mogok Kali Ketiga Dalam Memperjuangkan Hak Mereka!

Kami, organisasi Jaringan Solidariti Pekerja, AKSI dan juga Sekolah Merdeka, menyatakan solidariti sepenuhnya dalam menyokong tindakan pekerja yang sedang mogok demi menuntut hak mereka. Mustahil pokok boleh bergoncang jika tiada angin yang meniupnya. Tindakan mogok yang diteruskan oleh pekerja di Mediceram merupakan reaksi terhadap penindasan yang dilakukan oleh pihak majikan itu sendiri. Perjuangan pekerja migran di Malaysia perlu disokong dan diperkukuhkan oleh organisasi pekerja tempatan — khususnya kesatuan sekerja yang kuat dan berprinsip.

Shaqirah Shauqi

Kenyataan Hari Buruh 2025 oleh Sosialis Alternatif: Kelas pekerja harus bangkit bina perjuangan dalam era cabaran baru!

Tahun ini, kelas pekerja di seluruh dunia menyambut Hari Pekerja dalam ketidaktentuan ekonomi dan politik yang mencerminkan cabaran era baru. Perang dagang antara AS dan China, konflik dan kemusnahan di Timur Tengah, telah menjadi ciri utama dalam sambutan hari pekerja tahun ini. Gelombang kebangkitan semula gerakan massa terutama dalam menentang kekejaman Israel, turut menjadi ciri utama sambutan Hari Pekerja.

Shaqirah Shauqi

Protes Mahasiswa dan Anak Muda: Rakyat Benci Rasuah

Dengan perubahan PM lebih dari 3 kali dalam tempoh kurang dari 2 tahun sejak PRU ke-15 sementara penindasan terhadap rakyat dan politik rasuah masih berterusan, bermakna anak muda dan mahasiswa sudah tidak percayakan politik elit dan memaksa mereka menuntut perubahan yang benar-benar konkrit di jalanan.

Kelvin Lai

Solidarity with Nurses and Healthcare Workers Against 45-Hour Work Week!

The government can never, and will never, treat our nurses and doctors fairly, so long as it remains pro-capitalist, not pro-worker. This was the case in the BN-UMNO era, and so is it now with this “progressive” Madani state. So long as the capitalist economic system of general labor exploitation remains unchallenged, and so long as capitalist politics remains the order of the day, all public services, healthcare included, can never truly serve the public — laborers and consumers alike.

Shaqirah Shauqi

Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang

Kami daripada Sosialis Alternatif ingin memanjangkan kata solidariti kepada inisiatif anak muda dan mahasiswa dalam mewujudkan Sekolah Alternatif bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di Sabah. Sememangnya ia merupakan usaha murni daripada anak muda yang prihatin terhadap isu rakyat. Dan inisiatif ini sememangnya bukan sekadar harus diangkat pada tahap puji-pujian, tetapi perhatian juga harus diberikan pada isu yang didedahkan melalui inisiatif ini. Iaitu isu akses pendidikan, kewarganegaraan dan penempatan yang merupakan sebahagian besar isu yang melatari inisiatif ini.