Protes massa di Iran: Kelas pekerja, anak muda dan golongan wanita bangkit menentang rejim penindas
Tragedi kematian Mahsa Amini, seorang wanita yang didapati tidak berpakaian sopan ketika berurusan di pejabat kerajaan kemudian mati dalam tahanan ‘polis moral’ telah mencetuskan protes menentang rejim kerajaan di Iran. Namun, protes yang tercetus bukan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Situasi ekonomi yang semakin parah sejak sekatan ekonomi oleh AS pada tahun 2015 telah menyebabkan kehidupan […]
Perjuangan Rakyat Indonesia Memerlukan Kepimpinan Politik Yang Jelas
Indonesia sekali lagi menjadi medan perjuangan rakyat menentang polisi-polisi menindas dari kerajaan. Pada September lalu, kerajaan Indonesia telah terpaksa mengerah ribuan anggota keselamatan di seluruh negara untuk melindungi stesen-stesen minyak daripada diserang oleh kemarahan rakyat biasa yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak terbaru. Para mahasiswa dan siswi di Jakarta telah bertembung dengan pihak […]
Sri Lanka: Rakyat Massa Serbu Bandar Colombo dan Menghalau Keluar Presiden Gotabaya
9 Julai 2022 menjadi hari bersejarah di Sri Lanka apabila rakyat massa dari seluruh negara telah turun ke ibu kota Colombo dan bertempur dengan pihak berkuasa untuk menyingkirkan Presiden Gotabaya Rajapaksa (dikenali sebagai Gota). Jutaan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah bersatu hati dan bertekad untuk menggulingkan keluarga Rajapaksa yang dianggap korup dan gagal untuk […]
Filipina : Bagaimana Marcos Jr., Anak Kepada Diktator Yang Terkenal Telah Berjaya Menawan Kerajaan
Dalam kemenangan besar, Ferdinand Marcos Jr., lebih dikenali sebagai Bong Bong Marcos atau ringkasannya BBM, bakal menjadi presiden Filipina pada akhir Mei. Anak kepada diktator terkenal Ferdinand Marcos itu telah berjaya memperoleh 31 juta undi, lebih daripada dua kali ganda jumlah saingan terdekatnya dan naib presiden semasa, Leni Robredo. Ini merupakan Presiden pertama yang menerima […]
Krisis di Sri Lanka: Apakah solusi kepada perjuangan kelas pekerja dan rakyat
Sejak pertengahan Mac lalu, masyarakat Sri Lanka sedang berjuang di jalan raya dan di tempat kerja untuk membantah kondisi ekonomi yang teruk dan untuk menolak kerajaan yang tidak mampu mencari jalan penyelesaian untuk rakyat yang sedang merana. Sekurang kurangnya 8 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan yang berlaku untuk mendapatkan bahan bakar seperti minyak dan […]
Putin menghantar tentera ke Ukraine – Bina perpaduan kelas pekerja untuk menentang perang dan kapitalisme!
Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan pada hari Khamis, 24 Februari bahawa tentera Rusia telah diarahkan untuk melancarkan “operasi ketenteraan khas” di Ukraine. Sosialis dan gerakan kelas pekerja yang lebih luas harus mengutuk pencerobohan tentera Rusia ke Ukraine, yang akan membawa kepada kehilangan nyawa dan kemusnahan yang meluas kepada rakyat biasa yang tidak melakukan sebarang kesalahan. […]
Perjuangan Rakyat di Myanmar Kekal Berterusan!
Tahun 2022 menjadi saksi kepada keberanian rakyat Myanmar yang tekal dan teguh menentang kudeta rejim Tatmadaw. Berita hukuman Aung San Suu Kyi yang bakal dipenjarakan selama empat tahun diterima dengan perasaan skeptisisme di kalangan rakyat Myanmar, dek kerana hukuman ini dan penahanan sosok pimpinan berumur 75 tahun ini tidak lain tidak bukan merupakan taktik kotor […]
Petani di India menang menentang kerajaan Modi
Pada 19hb November yang lepas Perdana Menteri India, Narendra Modi memansuhkan tiga rang undang-undang penternakan yang pernah diluluskan pada tahun lepas. Ini adalah kemenangan yang bersejarah buat kelas petani di India dan juga rakyat massa yang menentang rejim autoritarian BJP (Bharatiya Janata Party). September tahun lepas, kerajaan telah menggubal tiga undang-undang iaitu Perjanjian Jaminan Harga […]
Kabul Tumbang : Tamparan Hebat kepada Imperialis AS dan Barat – Penderitaan Rakyat Afghanistan Berterusan di bawah Taliban
Pada 15 Ogos, kumpulan Taliban telah memasuki ibu kota Afghanistan, Kabul dan menyingkirkan kerajaan Ashraf Ghani yang disokong oleh Amerika Syarikat daripada kuasa. Ribuan penduduk Afghanistan telah berpusu-pusu ke lapangan terbang untuk cuba melarikan diri daripada situasi huru-hara di negara mereka. Setelah pemimpin kerajaan Ghani meninggalkan Afghanistan, militia Taliban telah mengambil alih istana presiden dan […]
Myanmar: Tentangan terhadap pemerintahan tentera berubah menjadi perjuangan bersenjata
Angkatan tentera Myanmar terus memegang kuasa melalui penindasan dan tindakan membunuh rakyat jelata. Sejak berlangsungnya kudeta tentera pada bulan Februari yang lepas, lebih 800 rakyat telah dibunuh dan ramai pula dicederakan. Berpuluh-puluh ribu rakyat juga terpaksa lari meninggalkan kediaman mereka. Malah, pihak tentera juga dikatakan telah membakar hangus keseluruhan kampung Kinma di daerah tengah Myanmar. […]