Krisis di Sri Lanka: Apakah solusi kepada perjuangan kelas pekerja dan rakyat

Krisis Ekonomi di Sri Lanka
Askar mengawal stesen servis ketika orang ramai menunggu untuk mendapatkan minyak di Colombo. Negara kepulauan Asia Selatan ini sedang bergelut dengan kegawatan ekonomi yang paling teruk dalam lebih tujuh dekad, dengan bekalan elektrik terputus dan barangan keperluan seperti makanan dan gas memasak juga kekurangan.

Sejak pertengahan Mac lalu, masyarakat Sri Lanka sedang berjuang di jalan raya dan di tempat kerja untuk membantah kondisi ekonomi yang teruk dan untuk menolak kerajaan yang tidak mampu mencari jalan penyelesaian untuk rakyat yang sedang merana. 

Sekurang kurangnya 8 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan yang berlaku untuk mendapatkan bahan bakar seperti minyak dan petrol di kedai setakat ini. Ratusan lagi terkorban kerana tidak cukup makanan, kemudahan asas dan perubatan. Harga barangan makanan sudah meningkat lebih 30% menurut laporan rasmi. Dalam keadaan terdesak rakyat biasa dari semua lapisan masyarakat terpaksa turun ke jalan raya beramairamai untuk menyatakan kemarahan mereka. 

Pada Sabtu lepas, lebih 1000 orang menghadiri upacara pengebumian Chaminda Lakshan yang ditembak mati oleh anggota polis Sri Lanka di salah sebuah cetusan protes yang berlaku. Chaminda yang merupakan pencari nafkah tunggal untuk isteri dan 2 orang anaknya telah dizalimi hanya kerana menyertai protes aman untuk memperjuangkan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya. 

Walaupun rakyat jelata dikasari dengan ganas oleh pihak berkuasa, lebihlebih lagi dengan deklarasi darurat di Colombo oleh kerajaan, semangat rakyat tidak luntur dan perjuangan mereka terus berkembang. 

Rakyat yang sedang berjuang datang dari pelbagai latar belakang dengan tuntutan mereka sendiri. Pekerja kilang, penjawat awam, para guru, mahasiswa/i universiti, peladang dan ramai lagi telah menganjurkan protesprotes jalanan secara spontan dan tanpa kepimpinan daripada manamana pertubuhan. 

Kerajaan Gothabaya Sedang Tumbang

Walaupun rakyat dari pelbagai latar belakang telah terkesan dengan krisis ekonomi yang dihadapi, hampir semua daripada perjuangan mereka menuntut supaya Presiden Gothabaya Rajapaksha dan keluarganya berundur dari posisi kerajaan dengan serta merta. Ini kerana, keluarga Rajapaksha yang memegang posisi penting kerajaan dilihat sebagai korup dan telah menyebabkan krisis ekonomi yang sedang dihadapi. Mereka juga langsung tidak meletakkan sebarang harapan bahawa kerajaan ini akan mampu mengemudi ekonomi Sri Lanka keluar daripada krisis ini. 

Keluarga Rajapaksha mempunyai pengaruh politik yang kuat. Abang Gothabaya iaitu Mahinda Rajapakshe pernah menjadi Presiden Sri Lanka untuk hampir 10 tahun, dari 2005 ke 2015 apabila dia kalah kepada pembangkang Maitribala Srisena. Mahinda merupakan penganjur Perang Sivil Sri Lanka pada 2009 yang telah menghancurkan masyarakat Tamil di Utara yang di label sebagai teroris. Mahinda mengangkat dirinya sebagai pejuang tanah air yang telah mengakhiri pertelingkahan yang berlangsung di antara kerajaan Sri Lanka di Selatan dan masyarakat Tamil di Utara yang ingin mendirikan negara mereka sendiri.

Tetapi, Perang Sivil tersebut merupakan sebuah peristiwa berdarah bagi masyarakat Tamil yang di serang dengan bertubi tubi oleh askar Sri Lanka dengan senjata senjata moden dari negaranegara maju seperti Israel dan China. Rakyat yang tidak bersalah dan tidak mempunyai senjata telah di bunuh dengan kejam tanpa mengira umur. Oleh itu, sebahagian besar daripada masyarakat Tamil masih menyimpan dendam ke atas keluarga Rajapakshe yang telah menghancurkan komuniti mereka. 

Selain Perang Sivil tersebut, Mahinda Rajapaksha juga diangkat sebagai wira ekonomi yang telah membawa masuk pelaburan asing dan mengembangkan ekonomi Sri Lanka. Di sepanjang waktu pemerintahan Mahinda, dia menjalinkan hubungan rapat dengan China yang telah memberikan hutang bernilai berbilionbilion kepada Sri Lanka. Pada masa yang sama, keluarga Rajapaksha juga telah mendapat kelebihan ekonomi yang lumayan dan pangkat pangkat politik yang prominen. 

Selain perbelanjaan untuk menampung Perang Sivil, peningkatan bajet tentera dengan mendadak dan hutanghutang yang diambil oleh Mahinda dan kini disambung oleh Gothabaya merupakan faktor utama kepada kegawatan ekonomi yang dihadapi oleh Sri Lanka. Tambahan pula, ahli keluarga Rajapakshe yang mengambil alih sebahagian daripada kerajaan telah memerintah secara kuku besi dan menjalankan rejim yang sangat korup dan membazir. 

Basil Rajapaksa, adik kepada Mahinda dan Gothabaya merupakan antara figura yang dikenali umum sebagai sangat korup dan menggondol kekayaan melalui kontrak kerajaan yang besar. Walaupun terpaksa lari ke Amerika Syarikat untuk melepaskan diri dari disabit kesalahan atas tuduhan korupsi pada 2015, Basil kembali ke Sri Lanka dan menjadi Menteri Kewangan selepas Gothabaya memenangi kerusi Presiden. Bukan saja Basil, malah seluruh keluarga Rajapaksa, termasuk Gothabaya dan Mahinda, mempunyai 2 kewarganegaraan dan boleh lari ke Amerika Syarikat pada bila bila masa.  

Presiden Gothabaya berada dalam keadaan yang sangat lemah pada waktu ini. Hampir semua partiparti lain yang berada dalam Parlimen, termasuk parti yang sebelum ini menyokong Gothabaya, kini menarik balik sokongan mereka. Tekanan daripada rakyat yang berjuang tidak boleh dipandang ringan dan ahliahli politik sedang mengatur langkah untuk merebut kuasa dari Gothabaya dan keluarganya yang sudah lemah. 

Walaupun begitu, Gothabaya masih belum melepaskan cengkamannya ke atas kuasa kerajaan. Dia menggunakan undangundang yang tidak demokratik dan kekuatan tentera untuk menghancurkan sebarang cabaran yang dihadapi. Presiden Gothabaya yang pernah menjadi Menteri Pertahanan pada waktu Perang Sivil 2009, mempunyai hubungan rapat dengan generalgeneral tentera dan telah memberikan kelebihan politik kepada mereka. Oleh itu, ianya masih sukar untuk menggulingkan Gothabaya dengan mudah.

Di ibu negara, rakyat berarak ke arah dataran utama Colombo, menjerit slogan dan membawa sepanduk bertulis “Hentikan Penindasan” dan “Gota pulang”. Gota ialah versi ringkas nama pertama presiden.

 

Keadaan ekonomi

Pada waktu ini, kerajaan Sri Lanka sudahpun gagal untuk menjelaskan hutang dalam masa yang dipersetujui sebelum ini. Syarikatsyarikat agen penarafan ekonomi sudah mengeluarkan kenyataan bahawa situasi kemuflisan di Sri Lanka tidak boleh dielakkan lagi. 

Kerajaan Sri Lanka sudah menyeru kepada hampir semua pertubuhan dunia termasuk India, China, pertubuhan kewangan seperti IMF dan Bank Dunia yang masing masing telah menolak permintaan untuk memberikan hutang tambahan. Oleh itu, Gothabaya sedang semakin kehilangan jalan keluar daripada krisis ini. 

Sri Lanka pada waktu ini dibelenggu dengan hutang negara yang melebihi 100% kadar pendapatan negara (KDNK) dan krisis inflasi yang meningkat lebih 5 kali ganda berbanding tahun lalu. Akibat polisi ekonomi neo liberal yang menswastakan semua sektor ekonomi dan mengambil hutanghutang besar untuk membiayai infrastruktur yang boleh menarik pelaburan asing, keadaan hutang negara melebihi pendapatan dan kerajaan tidak mempunyai dana untuk menguruskan hal ehwal negara. 

Apabila negaranegara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah mengalami kegawatan ekonomi pada 2007 yang masih sedang berpanjangan sehingga ke hari ini, para kapitalis China telah mengambil kesempatan ini untuk menjalin hubungan ekonomi dengan negaranegara kurang berpendapatan rendah seperti Sri Lanka. Ini termasuk dengan memberikan hutanghutang yang besar dengan mudah dan tanpa meletakkan syarat yang tinggi. 

Tetapi apabila Sri Lanka gagal untuk membayar balik hutang, asetaset negara seperti pelabuhan dan lapangan terbang di rampas dan diletakkan dibawah kawalan kapitalis China. Pada waktu ini, dalam keadaan dimana ekonomi China sendiri berada dalam kegawatan dan tiada pertumbuhan, para kapitalis dari China enggan untuk memberikan sebarang penangguhan dan menuntut kerajaan Sri Lanka untuk membayar balik hutang mereka dalam masa yang ditetapkan. 

Sri Lanka merupakan hanya salah satu negara yang terperangkap dengan krisis hutang dan antara pertama di Asia yang mungkin akan diisytiharkan sebagai muflis tidak lama lagi. Dalam bulanbulan yang akan datang, semakin banyak negara yang terjerumus dengan krisis hutang akan terpaksa deklarasi kemuflisan akibat tidak mampu untuk membayar hutang mereka dan untuk menguruskan negara masingmasing. 

Negaranegara seperti Djibouti, Laos, Mongolia, Kyrgyzstan dan 40 lagi negara berpendapatan rendah atau sederhana, termasuk Malaysia, mempunyai hutang dari kapitalis China yang tidak mampan dan tidak selari dengan pendapatan negara. Oleh itu, krisis ekonomi di Sri Lanka dikhuatiri akan mengakibatkan ‘kesan domino’ (domino effect) yang akan memulakan satu siri kejatuhan ekonomi di negaranegara dalam benua Asia, Afrika dan Amerika Selatan. 

Kepimpinan Rakyat

Memandangkan situasi ekonomi global, kelas pekerja dan rakyat biasa di Sri Lanka sedang menerajui gerakan rakyat yang belum tercetus di negaranegara lain yang juga berada dalam tahap krisis yang serupa. Kejayaan gerakan rakyat di Sri Lanka akan memberi impak yang besar kepada gerakan rakyat tertindas di seluruh dunia yang boleh mendapat inspirasi daripada perjuangan ini. 

Walaupun kelas pekerja dan rakyat biasa di Sri Lanka sedang mengambil risiko dan sedang berjuang bersungguhsungguh tanpa ketakutan, tetapi, kepimpinan politik yang ada di negara itu tidak menawarkan sebarang solusi yang munasabah kepada rakyat. 

Partiparti politik yang wujud, termasuk partiparti pembangkang, hanya memberi sokongan kepada perjuangan rakyat secara terhad. Iaitu mereka hanya sanggup untuk membawa solusi sekadar untuk menggantikan keluarga Rajapaksha dengan pemerintah yang berbeza. Dari segi pemulihan ekonomi negara dan taraf kehidupan rakyat biasa, tidak ada ahli politik di Sri Lanka yang membawa sebarang cadangan yang munasabah untuk mencari jalan keluar kepada krisis ini. Masing masing membawa idea untuk mengambil hutanghutang baru dari pertubuhan kapitalis antarabangsa seperti IMF dan World Bank untuk menampal hutang yang mereka hadapi pada waktu ini. 

IMF dan World Bank sudahpun menegaskan bahawa Sri Lanka perlu memotong perbelanjaan mereka, termasuk perbelanjaan sosial yang diperlukan oleh rakyat bagi melayakkan diri untuk mengambil hutang baru. Tetapi, dalam keadaan rakyat yang berada dalam kemiskinan yang melampau, sebarang pemotongan dana sosial akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, ideaidea pertubuhan politik yang sedia ada untuk mendapatkan lebih banyak hutang, akan hanya meningkatkan beban kepada rakyat yang sudahpun tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain untuk turun ke jalan raya untuk mengadu nasib malang mereka. 

Buat masa ini, kepimpinan rakyat seperti pemimpin Kesatuan Sekerja atau kepimpinan organisasi akar umbi rakyat belum menawarkan diri mereka untuk menganjurkan gerakangerakan yang tersusun untuk melanjutkan perjuangan rakyat ke arena politik dan untuk mencari alternatif yang sesuai kepada situasi krisis yang sedang dihadapi. Selain daripada parti United Socialist Party yang diketuai oleh bekas calon Presiden Sritunga Jayasuriya, ahliahli politik lain hanya berdiam diri dan sedang cuba untuk mempergunakan perjuangan rakyat untuk membawa agenda perkauman dan cuba memecah belahkan perpaduan mereka. 

Salah sebuah protes yang dianjurkan oleh rakyat

 

Pendirian USP

Sebagai parti berhaluan kiri dan membawa idea sosialisme, USP telah memberikan perspektif yang jelas dalam krisis yang dihadapi oleh masyarakat Sri Lanka dan juga menyertakan program yang bukan sahaja mampu mencari jalan keluar daripada krisis ekonomi kapitalis, tetapi juga mampu untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan membawa aturan demokrasi yang tulen kepada semua. 

Berbeza dengan partiparti arus perdana yang lain, USP menolak sebarang usaha untuk membayar balik hutang yang diberikan oleh golongan kapitalis antarabangsa, yang dengan sengaja bertujuan untuk mengawal sumber alam dan tenaga kerja masyarakat Sri Lanka. Ini dilakukan berulang kali di negaranegara lain dan rakyat Sri Lanka juga harus menyedari bahawa diri mereka sedang ditipu dan dipaksa untuk menanggung beban hutang kelas kapitalis. 

Golongan kapitalis di Sri Lanka, termasuk keluarga dan kuncukuncu Presiden Gothabaya, bersama dengan para kapitalis antarabangsa, telah berpakat dan menggondol segala kekayaan di Sri Lanka. Mereka telah menggandakan kekayaan mereka berdasarkan kepada polisipolisi ekonomi kerajaan yang sentiasa memangsakan kelas pekerja dan rakyat biasa. Oleh itu, ia hanyalah wajar bagi kelas kapitalis itu sendiri untuk menanggung hutang tersebut dan ia tidak boleh diletakkan di atas kepala kelas pekerja yang sudahpun miskin dan tertindas. 

USP juga bukanlah naif dan sedar bahawa tindakan untuk tidak membayar hutang akan mengundang serangan dari negaranegara maju dalam bentuk sekatan ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, ia juga sangat penting untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi tersebut dengan beberapa langkah susulan. Pertama sekali, USP menuntut supaya kerajaan Sri Lanka harus memilik negarakan semua sektorsektor ekonomi yang besar termasuk sektor kewangan supaya pihak kapitalis tidak berjaya membawa keluar segala aset yang ada di dalam negara. 

Berikutan, sektorsektor ekonomi milik negara haruslah diletakkan di bawah kawalan penuh kelas pekerja yang mempunyai hubungan yang terus menerus dengan ekonomi tersebut secara demokratik. Aturan sistem kapitalisme yang meletakkan semua kawalan ekonomi di bawah kelas kapitalis yang segelintir tidak boleh di amalkan jika Sri Lanka dan di negaranegara lain yang juga sedang menghadapi krisis ekonomi dan keluar daripada krisis tersebut. 

Pada masa yang sama, dengan kuasa ekonomi di tangan kelas pekerja dan rakyat biasa, ekonomi tempatan harus di bangun mengikut kelestarian alam yang membawa manfaat kepada semua. Sistem kapitalisme yang berasaskan kepada pengagihan kekayaan yang tidak sekata di antara kelas kapitalis elit dan rakyat biasa haruslah dihapuskan dan diganti dengan sistem ekonomi yang mampan dan mengagihkan kekayaan dengan adil kepada semua rakyat yang telah menyumbang kepada ekonomi tersebut. 

Alternatif Sosialisme

Walaupun ini merupakan alternatif untuk bukan sahaja keluar daripada perangkap hutang kapitalisme, malah untuk membawa aturan ekonomi dan politik yang munasabah, hampir  semua pertubuhan politik di Sri Lanka masih ingin mencari jalan untuk melangsaikan hutang negara dan meneruskan ekonomi negara di bawah aturan kapitalisme yang menindas. Bukan sahaja ini bercanggah dengan kehendak rakyat untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka, malah ia tidak menjamin sebarang pemulihan ekonomi sistem kapitalisme yang sedang merosot di skala antarabangsa. 

Kelas pekerja dan rakyat biasa Sri Lanka tidak mempunyai pilihan lain selain untuk berganding bahu dengan kesatuan sekerja dan organisasi politik seperti USP yang sanggup berjuang, untuk membina sebuah kepimpinan politik yang kuat dan mampu mewakili suara mereka. Melalui perjuangan rakyat yang sedang terbentuk, sebuah kepimpinan boleh diwujudkan untuk menganjurkan gerakan dan aksiaksi tersusun seperti mogok umum bagi melemahkan kelas kapitalis. Dan dengan kepimpinan yang mempunyai perspektif politik, idea dan semangat perjuangan yang kental, kelas pekerja dan rakyat biasa di Sri Lanka boleh melepaskan diri daripada cengkaman penindasan kelas kapitalis dan mula membina aturan masyarakat yang adil dan saksama. 

Jika ini menjadi hakikat di Sri Lanka, maka perjuangan tersebut bukan sahaja akan menjadi inspirasi kepada rakyat tertindas dunia, malah ia berpotensi untuk mencetuskan gerakan gerakan massa yang boleh terbentuk di setiap pelosok dunia, di negara negara berpendapatan rendah atau tinggi. 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top