Perjuangan Pekerja di Malaysia Baru: Protes Menuntut Gaji Minimum yang Adil!

Oktober 17, seramai 300 orang pekerja, badan Kesatuan Sekerja, wakil-wakil NGO, pejuang hak asasi manusia dan aktivis sosial telah turun ke perkarangan Parlimen untuk membantah penetapan gaji minimum kerajaan yang hanya melihat kenaikan sebanyak RM50 yang akan berkuat kuasa mulai Januari tahun depan. Bantahan aman yang diketuai oleh MTUC(Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) dan dianjurkan oleh […]

Kenyataan Akhbar Bersama oleh Gabungan Bantah RM1050 – Menuntut Kerajaan untuk Mengkaji Semula Gaji Minimum RM1050

Selepas berdolak dalik selama berbulan-bulan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah akhirnya mengumumkan kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 untuk pekerja di Semenanjung dan RM130 bagi pekerja di Sabah dan Sarawak. Gaji minimum baru ini merupakan sebuah penghinaan bagi warga pekerja dan mendedahkan watak sebenar kerajaan yang tidak mengambil peduli mengenai keperitan hidup seorang pekerja miskin. Seramai […]

100 Hari PH: Warga Pekerja Mengundi PH, PH Mengutamakan Golongan Terkaya 1%!

Warga pekerja dan rakyat biasa tidak puashati apabila kerajaan PH mengumumkan gaji minimum baru RM1050 iaitu kenaikan sebanyak RM50 dan RM 130 masing-masing di Semenanjung Malaysia, dan, Sabah/Sarawak. Kebanyakan warga pekerja yang telah menyokong dan mengangkat PH sebagai kerajaan dalam PRU14 dengan harapan ‘Malaysia baru’ yang memihak kepada mereka sudah terbina, tetapi merasa hampa dan […]

Kerajaan PH mengkhianati para pekerja! Naikkan Gaji Minimum ke RM1500 dengan serta-merta!

Selepas berdolak dalik selama berbulan–bulan, PM Mahathir akhirnya mengumumkan kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 iaitu dari RM1000 ke RM1050. Berbanding dengan manifesto PRU kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum sebanyak RM500, kenaikan RM50 yang diumumkan ini mendedahkan bahawa kerajaan PH tidak bersedia untuk menunaikan janji mereka. Seramai 14 juta pekerja yang telah memenangkan kerajaan ini pada […]

Perjuangkan Hak Perumahan Yang Adil!

KONTRADIKSI KAPITALISME : PENGUSIRAN PAKSA MENINGKAT, RUMAH DIBINA TIDAK TERJUAL Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, pada suku awal tahun ini, jumlah unit residensi yang tidak terjual iaitu apartmen, pejabat-pejabat kecil, termasuk rumah dalam pejabat (SoHos) adalah sebanyak 34,532, keseluruhannya berharga RM22.26bil. Menurut mereka, terdapat peningkatan sebanyak 55.7% dalam jumlah unit yang tidak terjual. Iaitu […]

Hentikan Penindasan Terhadap Pekerja Migran!

Kenyataan MTUC menyokong langkah kerajaan yang sedang menindas pekerja migran tidak mencerminkan kepimpinan yang berwibawa! Setiausaha Agung MTUC, J. Solomon telah mengeluarkan sebuah kenyataan bagi memberikan sokongannya kepada langkah kerajaan PH yang sedang menggiatkan usaha menangkap pekerja migran tanpa dokumentasi termasuk memecah masuk ke tempat kediaman mereka dan melakukan serbuan dan penindasan yang tidak beretika. […]

Apakah halatuju PRM ?

Parti Rakyat Malaysia yang merupakan antara parti politik yang terawal di Malaysia yang berakar daripada perjuangan pembebasan negara sebelum merdeka sedang kembali aktif pada PRU kali ini selepas berdekad-dekad mendiamkan diri. PRM telah menamakan calon untuk 31 kerusi DUN dan 6 kerusi Parlimen di beberapa negeri. PRM tidak menawarkan diri untuk menyertai sebarang koalisi pembangkang […]

Kerajaan BN Runtuh… Pembentukan Elit Politik Baru

Kemarahan rakyat akibat impak sosial dan ekonomi yang keterlaluan membentuk kesepakatan untuk meruntuhkan rejim BN dalam PRU14 Pada 9hb. Mei 2018, satu sejarah baru dibina dalam politik Malaysia apabila kesatuan pembangkang dalam PRU, untuk pertama kali berjaya menjatuhkan rejim BN yang telah berkuasa selama enam dekad. Dalam PRU14 ini, majoriti rakyat berbilang kaum dan agama, […]

Hari Pekerja 2018: Pekerja Kuasa Perubahan!

Mei 1 yang menjadi simbol pengorbanan dan perjuangan kelas pekerja di seluruh dunia kali ini jatuh cuma 8 hari sebelum Pilihan Raya Umum berlangsung. Oleh itu, sambutan Hari Pekerja tahun ini tidak menjadi tumpuan ramai yang sedang menantikan PRU ke 14 yang dianggap akan mencetuskan persaingan yang sengit diantara pemerintah BN dan pembangkang PH. Kebanyakkan […]

Manifesto PRU BN dan PH

Menjelang PRU 14, semua parti politik sudah mengeluarkan manifesto masing-masing untuk dipertimbangkan oleh rakyat sebelum hari mengundi. Sememangnya pilihanraya ini telah dijangka oleh semua parti politik yang telah membuat persiapan yang rapi dan mengemaskini segala jentera politik mereka bagi memastikan kemenangan, lama sebelum Parlimen diumumkan untuk dibubar oleh PM Najib pada 7 April lalu. Begitu […]