Pelarian Rohingya: Mangsa Penindasan Sistem Kapitalisme dan Krisis Kemanusiaan
Baru-baru ini, isu pelarian Rohignya yang di cemuh dengan kata-kata keras oleh pengguna media sosial di Malaysia telah mendapat perhatian ramai. Isu ini juga mencetuskan perdebatan yang hangat di kalangan rakyat yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Di satu sudut, propaganda dari ahli-ahli politik dan NGO-NGO agama telah mengangkat isu pelarian Rohignya sebagai isu perjuangan agama […]
Kerajaan Pintu Belakang Digugat oleh COVID-19: Kegawatan ekonomi dan konflik dalaman—Berapa lama Perikatan Nasional mampu bertahan? Apa politik alternatif kepada rakyat biasa?
Belum sampai dua tahun memerintah Malaysia, kerajaan Pakatan Harapan telah kehilangan majoriti di Parlimen dan telah berjaya digulingkan oleh pihak pembangkang. Perpecahan dalaman PKR, keputusan PPBM keluar dari PH dan muslihat pihak-pihak pembangkang yang menukar-nukar calon Perdana Menteri mengikut keadaan telah mendedahkan kelemahan sistem politik di negara ini kepada rakyat umum. Selain perubahan kuasa kerajaan […]
Gaji Hidup Wajar Perlu Dituntut untuk Meningkatkan Taraf Hidup Pekerja
Pihak kerajaan telah meluluskan perintah gaji minimum baru pada tahun 2020 ke RM1200 di 57 buah kawasan yang dianggap sebagai bandar utama. Kawasan- kawasan lain yang tidak tersenarai akan masih menerima gaji minimum RM1100 seperti sebelum ini. Berita ini telah mewujudkan kekecewaan di kalangan majoriti daripada pekerja yang telah mengharapkan peningkatan gaji yang lebih banyak […]
Pindaan Undang-undang Sahaja Tidak Cukup, Kesatuan Sekerja yang Demokratik dan Mantap Perlu untuk Memperjuangkan Hak Pekerja
Pada persidangan Dewan Negara terakhir bagi tahun 2019, para Senator telah meluluskan beberapa pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan yang sudahpun dicadangkan oleh Menteri Sumber Manusia Kulasegaran dan diluluskan di peringkat Dewan Rakyat. Proses pindaan akta ini telah berjalan dengan perbalahan dari pelbagai pihak dan tanpa sebuah persetujuan daripada kepimpinan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) […]
Pekerja Foodpanda Melancarkan Aksi Mogok di Seluruh Malaysia!
Pekerja penghantar makanan Foodpanda dari hampir setiap pelusuk negara sedang melancarkan protes dan mogok bagi memperjuangkan hak mereka. Bermula dengan pekerja Pulau Pinang dan Johor pada minggu lepas, kini, mogok tersebut telah tersebar ke Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan termasuk di beberapa kawasan di Lembah Kelang. Pada 30 September lepas, seramai 200 pekerja Foodpanda telah […]
Mahasiswa Menentang Agenda Penswastaan Pendidikan
Sejak lima tahun yang lepas, kita menyaksikan pengurangan kadar peruntukan pendidikan, di mana secara keseluruhannya bajet Kementerian Pendidikan pada tahun 2017 telah berkurang sebanyak 9.3% daripada tahun sebelumnya manakala peruntukan keseluruhan bagi 20 universiti awam pada tahun yang sama, telah jatuh sebanyak 19.23%. Pengurangan peruntukan ini telah menjadi suatu penghalang yang besar terhadap kesinambungan pengurusan […]
Sambutan Hari Pekerja 2019: Kelas Pekerja Harus Memimpin Perjuangan Rakyat!
Sambutan Hari Pekerja Sedunia berlangsung dengan meriah sekali di Kuala Lumpur pada tahun ini. Pihak Majlis Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan sebuah acara di perkarangan ibu pejabat MTUC di Subang Jaya. Beratus-ratus para pekerja dari seluruh Malaysia telah turun ke acara ini dengan mengibarkan bendera Kesatuan masing-masing bersama rentang perjuangan. Acara yang bermula pada […]
Aksi Piket Pekerja HSBC – Perjuangan Kelas Pekerja Sedang Berkembang Di Era ‘Malaysia Baru’!
Kebelakangan ini, aksi perjuangan pekerja sudah meningkat. Adakah kerajaan baru sudahpun mula mengecewakan kelas pekerja?
Lebih Seratus Pekerja AIROD Melancarkan Aksi Piket!
Laporan dari akhbar Solidariti Pekerja Seramai lebih 100 pekerja-pekerja AIROD (syarikat penyelengaraan dan pembaikan pesawat terbang) telah berpiket di perkarangan tempat kerja bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak majikan yang menindas para pekerja semalam. Untuk pertama kalinya, kedua-dua Kesatuan Pekerja Airod (KPA) dan Kesatuan Eksekutif Airod (KEA) telah berganding bahu untuk menganjurkan piket […]
Pengusiran Paksa di Pulau Pinang, Kerajaan PH sama dengan BN!
Kes pengusiran paksa banyak berlaku semasa pemerintahan Kerajaan BN. Pasti ramai yang masih ingat kes Kampung Chubadak di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu. Kezaliman ini nampaknya berulang lagi walaupun kerajaan telah berubah. Dua bulan menjelang setahun penggantian kerajaan, Kerajaan PH semakin menunjukkan sikap tidak menyebelahi rakyat biasa. Terbaru, dalam masa serentak, dua kes pengusiran paksa […]