Hentikan penindasan terhadap anak muda. Bekalkan kebajikan yang mencukupi kepada rakyat yang sedang tersepit dengan beban ekonomi!
Sosialis Alternatif membantah tindakan kerajaan yang telah menindas sekumpulan anak muda yang melancarkan protes aman untuk mendedahkan situasi kecemasan yang sedang melanda penduduk di Tawau selepas di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Penghuni Tawau yang sebahagian besar bergantung dengan gaji harian telah kehilangan punca pendapatan mereka apabila pihak kerajaan mengumumkan PKPD di tempat tersebut […]
Perwakilan Politik Arus Perdana Hanya Mewakili Kepentingan Kelas Kapitalis. Bina Alternatif Sosialis Untuk Membawa Rakyat Keluar Daripada Krisis Ekonomi dan Politik Yang Semakin Meruncing!
Selepas ditangguh dari tahun lepas akibat pandemik Covid-19, Perhimpunan Agung Umno telah akhirnya berlangsung pada 27 dan 28 Mac lalu. Berbeza dengan perhimpunan-perhimpunan sebelum ini, perhimpunan kali ini telah dinanti-nantikan oleh 3.3 juta ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang sedang keliru dengan hala tuju parti tersebut di dalam situasi politik terkini. Antaranya adalah berkenaan dengan […]
Penutupan IBM mendedahkan kelemahan ekonomi kapitalis. Bina perjuangan ke arah sosialisme untuk mempertahankan hak kelas pekerja dan rakyat biasa.
Selepas kilang-kilang gergasi mula ditutup akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil, kini industri Teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai IT juga telah mula menjadi lemah apabila beberapa syarikat besar sudah bersiap untuk memindahkan operasi mereka ke negara lain. Pada hujung tahun lepas, hampir 1000 orang pekerja IT di Cyberjaya telah kehilangan kerja dengan penutupan syarikat […]
Darurat tidak membawa solusi kepada krisis ekonomi dan politik: Bina kepimpinan rakyat yang mampu melawan sistem kapitalisme!
Kecamuk politik di Malaysia yang sudah berpanjangan untuk hampir satu tahun telah mengambil liku baru dan mewujudkan seribu tanda tanya berikutan pengumuman Darurat oleh PM Muhyiddin pada 12 Januari lalu. Walaupun peningkatan kes Covid-19 yang mendadak telah dirujuk sebagai motif utama untuk mengumumkan darurat pada waktu ini, terdapat kecurigaan jika pandemik ini hanya dipergunakan sebagai […]
Pandemik Covid Mendedahkan Sifat Sebenar Sistem dan Kerajaan Kapitalis, Bina Alternatif Sosialis untuk Membela Hak dan Kebajikan Rakyat Biasa
Tahun 2020 telah dilanda dengan pelbagai berita buruk yang telah memberi kesan kepada ekonomi, politik dan keadaan sosial jutaan penghuni dunia. Bermula dengan kejatuhan harga minyak dan disusuli pula dengan pandemik Covid-19 yang telah membawa malapetaka kesihatan, dunia kini sedang menghadapi sebuah krisis ekonomi global yang terburuk sejak 1930an. Unjuran BNM pada November lepas melaporkan […]
Top Glove: Ribuan pekerja menjadi mangsa kerakusan kapitalisme
Berita penularan wabak Covid-19 di asrama kilang di serata Malaysia telah datang pada waktu rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan kes jangkitan yang paling tinggi dalam tahun ini. Kluster ‘Teratai’ yang berpunca daripada asrama pekerja migran kilang Top Glove di Meru kini sudah menjangkaui 5000 kes dan sedang terus meningkat setiap hari. Sepertimana yang berlaku di […]
Bajet 2021: Peruntukan tinggi untuk menyelematkan pasaran bebas, tetapi tanpa penyelesaian konkrit untuk meningkatkan taraf hidup dan keperluan rakyat
Bajet 2021 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul pada awal November lalu di dalam keadaan yang penuh dengan keraguan dan ketidakpastian. Parti pemerintah PN yang menyediakan Bajet ini belum pasti mempunyai majoriti daripada sokongan Parlimen dan belum ada sebarang kepastian jika Bajet ini akan diluluskan tanpa bantahan. Malah pada waktu ini, pihak pembangkang PH […]
Krisis Pengangguran Mengancam Kehidupan Jutaan Pekerja
Baru-baru ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengeluarkan sebuah laporan yang mendedahkan bahawa seramai 90 ribu orang pekerja telah kehilangan kerja pada tahun ini. Walaupun ini hanya mengambil kira para pekerja yang layak menerima Skim Insurans Pekerja dari PERKESO, angka ini merupakan peningkatan hampir 3 kali ganda berbanding tahun lepas. Jauh lebih ramai pekerja ‘freelance’, […]
Sabah: Kerajaan Negeri Berubah, tetapi rakyat tetap merana
Selepas menjadi kerajaan pintu belakang, PM Muhyiddin dan Perikatan Nasional telah berusaha untuk menjatuhkan semua kepimpinan kerajaan negeri yang masih dikuasai oleh Pakatan Harapan. Satu demi satu, kerajaan negeri Johor, Melaka, Perak dan Kedah telahpun digulingkan dengan menggunakan taktik kotor seperti ADUN yang ‘melompat parti’ dan diganti dengan ahli-ahli politik dari PN. Walaupun gagal dalam […]
Hukuman ke atas Najib: Korupsi tidak dapat dilawan dengan undang-undang, gerakan rakyat dengan politik alternatif perlu dibina untuk membina kerajaan telus dan berlandaskan keperluan rakyat
Pada 28 Julai lalu, rakyat Malaysia digegarkan dengan berita bahawa bekas Perdana Menteri Najib Razak yang tidak asing dengan skandal-skandal korupsi yang besar telah disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun berserta denda sebanyak 210 juta ringgit. Najib didapati bersalah untuk tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram. […]