Pilihan Raya PKR 2022 : Krisis Perpecahan Dalaman Parti Berterusan

Pemilihan barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat telah berlangsung dengan penyertaan sebanyak 147 ratus ribu pengundi dari lebih satu ribu cawangan dari seluruh Malaysia. Tetapi ini hanya merangkumi sekitar 13% daripada keahlian dan sememangnya pemilihan kepimpinan PKR tidak mendapat sambutan besar dari kalangan ahlinya sejak 2018 lagi. Proses pemilihan kali ini juga memperkenalkan sistem mengundi atas talian. Tetapi, kemudahan itu juga gagal untuk meningkatkan jumlah peratusan pengundi keseluruhan.

Walaupun belum diistiharkan secara rasmi (akan dibuat di Perjumpaan Agung PKR), kiraan undi kasar menunjukkan bahawa Rafizi Ramli yang mencabar pilihan Presiden parti iaitu Saifuddin Nasution sebagai calon Timbalan Presiden telah menang besar. Di peringkat cawangan juga, ramai diantara penyokong Rafizi dilihat sebagai menggondol sokongan ahliahli yang menyertai pemilihan tersebut. Rafizi meraih hampir 70 ribu undi berbanding Saifuddin yang hanya mendapat sekitar 50 ribu. 

Daripada 4 orang Naib Presiden baru yang dipilih, Chang Lih Kang (MP Teluk Intan), Nik Nazmi (MP Setiawangsa) dan Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan) telah menyokong Rafizi Ramli untuk menjadi Timbalan Presiden. Cuma Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari sahaja yang secara terbuka menyokong Saifuddin Nasution sebagai calon Timbalan. 

Pertandingan untuk ketua Anak Muda Keadilan pula dimenangi oleh bekas aktivis mahasiswa Adam Adli yang mengalahkan seorang lagi bekas aktivis mahasiswa, Fahmi Zainol. Hala tuju dan sokongan anak muda ini tidak jelas untuk masa ini tetapi dijangkakan lebih rapat ke arah kem Rafizi. 

Selain itu, beberapa nama besar juga telah kecundang dalam pemilihan kali ini dan gagal mempertahankan kedudukan kepimpinan mereka. Antaranya adalah MP Sungai Petani Johari Abdul, Ketua Penerangan Parti Shamsul Iskandar dan Naib Presiden Tian Chua telah masingmasing kalah dalam pemilihan menjadi ketua cabang kawasan mereka. 

Strategi Rafizi

Kemenangan Rafizi Ramli menjadi Timbalan Presiden menandakan pergeseran yang wujud diantara kepimpinan PKR yang sedia ada dengan akar umbi parti. Rafizi Ramli secara terbuka telah menolak strategi ‘kemah besar’ (pembinaan koalisi politik yang lebar dengan parti di luar PH) yang dibawa oleh Presiden parti Anwar Ibrahim sebagai strategi untuk menang di PRU yang bakal berlangsung. Rafizi juga telah mengkritik langkah kepimpinan PH yang telah menandatangani dokumen kerjasama dengan BN dan PN selama ini. 

Strategi Rafizi adalah untuk menumpukan usaha dalam menguatkan koalisi PH sebelum cuba memenangi PRU. Pada waktu ini, melihat kekalahan teruk di PRN Melaka dan Johor, kem Rafizi merasakan bahawa kepimpinan parti harus menumpukan usaha untuk menjadi pembangkang yang kuat dalam kerajaan yang akan datang. Daripada sana, ianya dilihat sebagai lebih mudah untuk memenangi PRUPRU yang akan datang di masa hadapan. 

Rafizi juga cuba membawa kembali slogan ‘reformasi’ yang pernah menjadi program asas kepada pembentukkan PKR. Selepas mendapat kuasa kerajaan pada 2018, kepimpinan PH dan PKR dilihat sebagai sudah melupakan komitmen mereka terhadap program reformasi di mana mereka menjanjikan untuk mengubah struktur ekonomi, politik dan sosial negara demi kepentingan rakyat. Malah, pelopor awal slogan ‘reformasi’, Anwar Ibrahim sendiri dilihat sebagai figura yang menghambat kemajuan PKR dengan mengutamakan citacita politik peribadi untuk menjadi PM negara. Semakin ramai ahli akar umbi PKR yang kecewa dengan hala tuju Anwar Ibrahim melihat Rafizi sebagai calon yang sesuai untuk memimpin PKR. 

Krisis Kepimpinan PKR

Anwar Ibrahim yang merupakan ketua ‘de facto’ PH dan calon PM, tidak berjaya mencapai citacita politik jangka masa panjangnya untuk menjadi ketua kerajaan negara sehingga hari ini. Beberapa percubaan Anwar untuk merebut kembali kuasa kerajaan daripada PN dan BN telah gagal dan akhirnya dia tidak berjaya mendapat sokongan di kalangan ahli Parlimen untuk menjadi PM. Selain itu, prestasi buruk PH di tampuk kekuasaan selama 2 tahun telah mengundang kekecewaan rakyat yang menunjukkan keengganan untuk menyokong caloncalon PH di Pilihan Raya Kecil atau Pilihan Raya Negeri yang berlangsung. 

Situasi ini sedang memaksa kepimpinan PH untuk cuba mewujudkan sebuah koalisi yang lebih besar daripada komponen parti PH yang sedia ada bagi menjamin kemenangan di PRU yang akan datang. Ini bermakna bahawa kepimpinan PH bersedia untuk melakukan kerjasama dengan partiparti yang pernah berpecah daripada PH seperti Bersatu, Pejuang dan MUDA, yang dilabel sebagai pengkhianat setakat ini. Pada masa yang sama, PH juga bersedia untuk melakukan kerjasama dengan PAS atau mana mana pihak lain, sematamata untuk mendapat kemenangan di PRU yang akan datang. 

Strategi ini dilihat sebagai tidak ikhlas dan membelakangkan ideologi parti oleh ahliahli biasa yang telah mengangkat Rafizi sebagai kepimpinan yang mampu untuk membawa PKR kembali ke hala tuju perjuangan asal. 

PKR dan PH tidak mewakili kepentingan rakyat

Kemenangan Rafizi menjadi Timbalan Presiden baru PKR disambut baik oleh para penyokong PH dan organisasi NGO yang rapat dengan pembangkang. Ini dilihat sebagai nafas baru kepada koalisi PH yang sudah semakin kehilangan sokongan di kalangan rakyat. Rafizi dilihat sebagai figura anak muda yang mempunyai kebolehan untuk membawa ideaidea baru dalam menangani krisis dan masalah yang dihadapi rakyat Malaysia. 

Tetapi hakikatnya, Rafizi juga, sama seperti kepimpinan yang lain dari PKR atau PH, tidak mempunyai sebarang solusi untuk menyelesaikan krisis ekonomi dan politik yang sedang berpanjangan di Malaysia. Pemimpin PKR seperti Rafizi atau Nurul Izzah sering menonjolkan diri mereka sebagai sosok progresif tanpa sebarang perancangan yang konkrit untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat miskin.  

Pada PRU 2018, rakyat telah bersepakat dan memberikan mandat kepada PH dengan harapan bahawa mereka akan memulihkan kondisi ekonomi rakyat yang semakin merosot di bawah BN. Tetapi selepas menjadi kerajaan, PH telah mengabaikan janji mereka disamping meremehkan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat. Oleh itu, ianya tidak pasti jika PH dapat memulihkan sokongan mereka di kalangan rakyat biasa dengan hanya mengulangi retorikretorik ‘reformasi’ yang dilaungkan selama lebih 20 tahun. 

Rafizi tidak membentangkan sebarang idea untuk menangani inflasi yang membelenggu ekonomi negara dan kejatuhan nilai matawang. Bagaimana dengan peningkatan kadar pengangguran, kenaikan kos kehidupan, kekurangan infrastruktur pendidikan dan kesihatan awam, peningkatan kos pengangkutan dan banyak lagi isu yang sedang membebankan rakyat? Apakah solusi kepimpinan PKR dalam menangani krisis ekonomi global yang bakal menimpa negara?

Hanya kerana Rafizi membawa perwatakan dan retorik yang berbeza, ia tidak bermaksud bahawa Rafizi juga tidak akan mengecewakan rakyat, sama seperti semua pemimpin yang datang sebelum ini.

Rafizi dan semua kepimpinan PKR dan PH lain tidak mempunyai keupayaan untuk menangani krisis ekonomi yang sedang berkembang setiap hari di skala dunia. Ini merupakan krisis yang berlaku akibat kerakusan sistem ekonomi kapitalisme yang mengutamakan keuntungan kelas majikan dan mengabaikan keperluan majoriti rakyat biasa. PH, sama dengan BN dan kini PN, semuanya merupakan pertubuhan politik yang diwujudkan untuk memelihara sistem ekonomi kapitalisme dan mewakili kepentingan golongan elit kaya. Oleh kerana itu, manamana kepimpinan yang datang daripada pertubuhan tersebut tidak akan melawan agenda kelas kapitalis. Bermakna, di dalam keadaan krisis ekonomi global, rakyat biasa akan terus dibebankan dengan kemiskinan manakala golongan kaya dapat terus menikmati kemewahan. 

Alternatif untuk rakyat

Pertubuhan PH dan PKR sudahpun didedahkan sebagai pengampu kelas majikan dan pemodal kaya dan tidak berupaya untuk memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak. Oleh itu, ianya tidak munasabah bagi rakyat massa untuk terus menaruh harapan dengan pertubuhan tersebut. Secara asasnya, tiada sebarang perbezaan yang ketara dari segi program ekonomi di antara BN, PN dan PH. Dan masingmasing sudahpun didedahkan sebagai korup, pengkhianat dan rakus. 

Oleh kerana itu, kelas pekerja dan rakyat biasa haruslah mencurah tenaga dan usaha untuk mewujudkan pertubuhan politik massa yang benar benar mewakili kepentingan majoriti dan jangan membazir masa dengan pertubuhan politik arus perdana. Pertubuhan kelas pekerja seperti Kesatuan Sekerja, Organisasi Buruh, pertubuhan akar umbi rakyat dan organisasi anak muda harus berganding bahu dan mewujudkan satu kepimpinan politik yang kuat. 

Kepimpinan politik rakyat haruslah bersifat demokratik dan membawa perjuangan rakyat ke hadapan melalui program yang progresif seperti peningkatan gaji berdasarkan inflasi, kawalan harga barangan, pendidikan dan kesihatan percuma, sistem perumahan awam dan banyak lagi tuntutan popular rakyat. Pada masa yang sama, pertubuhan ini juga harus mempunyai hal tuju yang jelas untuk melawan kekuasaan kelas kapitalis ke atas kerajaan dan ekonomi demi membela dan meningkatkan kebajikan rakyat biasa. 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Scroll to Top