Pada 1 November 2025, Sosialis Alternatif telah mengadakan acara tahunan memperingati Hartal Se-Malaya, yakni mogok umum terbesar dalam sejarah Malaysia, tercetus 78 tahun yang lepas.
Sejarah mencatatkan sepanjang hari pada 20 Oktober 1947, lebih 70% dari keseluruhan jumlah pekerja, merangkumi kesemuanya dari pelbagai sektor perindustrian dan latar belakang yang berlainan, bersama pekerja ladang, pemilik kedai kecil serta pekerja perkhidmatan awam, telah melibatkan diri di dalam aksi hartal tersebut. Dianggarkan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Penjajah British melebihi 4 juta pound, semuanya dalam satu hari sahaja.
Pembinaan kesatuan di setiap tempat kerja adalah sebuah hak asas bagi setiap kelas pekerja di negara kita. Ia merupakan wadah perjuangan kelas pekerja bagi menuntut hak pekerjaan yang bermaruah, dan bagi kelas pekerja untuk berjuang membantah tekanan hidup yang melarat. Persoalan seperti kenaikan gaji, bonus tahunan, elaun kesihatan, pengangkutan dan seumpamanya dapat dirunding bersama majikan melalui perjanjian kolektif – dimeterai secara sah melalui suara kesatuan dan jaminan keadaan pekerjaan yang baik.
Penangkapan dan penahanan oleh rejim Zionis terhadap pekerja bantuan, aktivis keamanan, wakil pekerja serta beberapa ahli parlimen yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla telah mencetuskan mogok umum di seluruh Itali.
We, the Workers’ Solidarity Network, Sosialis Alternatif, and AKSI (Socialist Student Alliance), believe that the employer’s continued betrayal of existing agreements reflects the management’s utter disregard for the workers’ basic demands. The company is driven purely by profit, willing to act arbitrarily and exploit workers who are fighting for their rights. Likewise, the government must take firmer and more transparent action in fulfilling its responsibility — especially in defending the dignity of the working class struggling for justice.
Kami, Jaringan Solidariti Pekerja, Sosialis Alternatif dan AKSI mengecam tindakan majikan yang tamak dan tidak berperikemanusiaan, serta kelemahan kerajaan dalam melindungi pekerja. Perjuangan pekerja Mediceram adalah sebahagian daripada perjuangan kelas menentang penindasan kapitalisme. Hanya perpaduan pekerja tanpa mengira negara, kaum atau agama dapat membina kekuatan sejati menuju ke arah sistem sosialis yang adil.
Trump — yang memimpin suara sayap kanan, yang mengangkat langkah-langkah militeristik dalam pemerintahan kerajaan untuk mengekang gerakan massa, juga mengangkat politik yang bersifat pecah belah serta pelopor sistem ekonomi kapitalis yang menjadi asas agenda perang — bukanlah satu-satunya figura yang wujud dalam pemerintahan kerajaan dunia dalam era baru yang dipenuhi krisis. Malah figura seperti Trump adalah simptom kepada krisis ekonomi global yang turut memberi impak kepada politik kerajaan kapitalis di seluruh dunia…
Pada 27 Julai hingga 31 Julai yang lalu, Sosialis Alternatif Malaysia telah menghantar 2 ahli untuk menghadiri Kongres Dunia ke-14 Committee for a Workers International (CWI) yang diadakan di Berlin. Kongres telah menghimpunkan delegasi, ex-officio, dan tetamu dari seluruh dunia. Terdapat 24 delegasi, 28 wakil ex-officio, 28 tetamu CWI, dan 14 pelawat dari organisasi sosialis lain. Komrad dari Australia, Jepun dan negara lain yang tidak dapat hadir secara fizikal telah menyertai kongres melalui Zoom.
… jelas bagaimana pendidikan telah dikomodifikasikan dan dijadikan alat pengumpulan modal kapitalis. Dengan merendahkan peruntukan kepada pendidikan awam dan mewujudkan PTPTN, kelas kapitalis mengaut keuntungan — pertama melalui pemotongan perbelanjaan kerajaan dalam institusi awam, kemudian melalui hutang pelajar yang dikenakan faedah, dan akhirnya graduan memenuhi pasaran buruh sebagai “pelatih” dengan gaji yang rendah.
Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja OlehSosialis Alternatif pada13/08/2025 suntingan terkini13/08/2025 Himpunan solidariti untuk Zara Qairina dilaporkan berlaku di beberapa tempat di…