Kabul Tumbang: Tamparan Hebat kepada Imperialis AS dan Barat – Penderitaan Rakyat Afghanistan Berterusan di bawah Taliban
Pada 15 Ogos, kumpulan Taliban telah memasuki ibu kota Afghanistan, Kabul dan menyingkirkan kerajaan Ashraf Ghani yang disokong oleh Amerika Syarikat daripada kuasa. Ribuan penduduk Afghanistan telah berpusu-pusu ke lapangan terbang untuk cuba melarikan diri daripada situasi huru-hara di negara mereka. Setelah pemimpin kerajaan Ghani meninggalkan Afghanistan, militia Taliban telah mengambil alih istana presiden dan […]
Myanmar: Tentangan terhadap pemerintahan tentera berubah menjadi perjuangan bersenjata
Angkatan tentera Myanmar terus memegang kuasa melalui penindasan dan tindakan membunuh rakyat jelata. Sejak berlangsungnya kudeta tentera pada bulan Februari yang lepas, lebih 800 rakyat telah dibunuh dan ramai pula dicederakan. Berpuluh-puluh ribu rakyat juga terpaksa lari meninggalkan kediaman mereka. Malah, pihak tentera juga dikatakan telah membakar hangus keseluruhan kampung Kinma di daerah tengah Myanmar. […]
Sekreteriat Solidariti Rakyat tidak mempunyai kepimpinan yang jelas. Bina perjuangan berdasarkan keperluan dan kesedaran kelas pekerja dan rakyat biasa!
Masyarakat Malaysia sedang berperang dengan bencana Covid-19 untuk hampir 2 tahun tanpa sebarang jalan penyelesaian. Kes Covid yang berada pada sekitar 2 ribu pada waktu Darurat diumumkan pada Februari lalu kini sudah menghampiri 20 ribu kes sehari. Jumlah keseluruhan kes juga sudah mencecah 1 juta orang. Pihak kerajaan sedang gagal bukan sahaja untuk membendung penyebaran […]
Amerika Latin – Gelombang perjuangan dan krisis yang terbaru
Amerika Latin terus dilanda wabak pandemik Covid-19 dan tidak terlihat akan penghujungnya. Sejak ketibaan penjajah daripada Sepanyol dan juga Portugal di rantau Amerika Latin dan juga kepulauan Carribean, kematian seramai 1,300,000 ini kemungkinan besar adalah angka kematian yang terburuk di alami di keseluruhan rantau tersebut,. Jumlah kematian yang paling teruk adalah di Brazil iaitu seramai […]
Kempen ‘Bendera Putih’, ‘Bendera Hitam’ mencerminkan keadaan negara yang tenat. Bina alternatif sosialisme untuk menghadapi krisis kapitalisme
Kempen ‘Bendera Putih’ yang mula menular di media sosial pada akhir Jun lalu telah menjadi simbol kepada keadaan ekonomi rakyat yang semakin tenat. Rakyat yang tidak dapat menampung kehidupan akibat kekangan kewangan digalakkan untuk mengibarkan bendera putih di hadapan rumah mereka supaya masyarakat umum dapat mengetahui keadaan mereka dan menghulurkan bantuan. Pandemik Covid-19 dan sekatan […]
Iran: Mogok Pekerja Industri Minyak dan Gas Menyambut Presiden Baru
Sejurus selepas berlangsungnya pilihanraya presiden di Iran pada Jun yang lepas, sebuah mogok nasional menyusul di sektor yang penting iaitu minyak, gas dan petrokimia dan masih berlangsung sehingga kini. Sebuah inisiatif yang digerakkan secara akar umbi, tindakan mogok ini mendapat sokongan yang meluas. Ini disebabkan tuntutan yang di bawa oleh mereka dan juga tuntutan yang […]
Hartal Doktor Kontrak
Baru-baru ini, para doktor yang diambil kerja oleh institut kesihatan awam di bawah kontrak tahunan telah melancarkan sebuah kempen media dan media sosial untuk berjuang menuntut hak mereka. Kempen yang bernama ‘Hartal Doktor Kontrak’ ini sedang bersiap sedia untuk melancarkan satu aksi mogok pada 26 Julai yang akan datang jika pihak kerajaan gagal untuk menyelesaikan […]
MAGERAN tidak menawarkan sebarang solusi kepada krisis politik negara: Bina perwakilan massa untuk memperjuangkan nasib rakyat biasa
[et_pb_section bb_built=”1″][et_pb_row][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text] MAGERAN ataupun Majlis Gerakan Negara ditubuhkan pertama kali selepas peristiwa 13 Mei 1969 apabila sebuah darurat diumumkan oleh perdana menteri Tunku Abdul Rahman. Akibat Darurat yang diumumkan sejurus selepas PRU, MAGERAN sudahpun diwujudkan sebelum kerajaan dan kabinet baru boleh dibentuk. Walaupun kerajaan baru akan dibentuk dan kabinet baru diumumkan pada 20 Mei […]
Pemerkasa tidak membawa solusi kepada jutaan rakyat: Bina perjuangan kelas pekerja dan massa untuk menuntut kebajikan yang berpatutan bagi rakyat
Berikutan jangkitan Covid-19 yang mendadak naik sejak beberapa bulan lepas, kerajaan telah terpaksa melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi menghadkan penyebaran virus. Akibat langkah-langkah kerajaan yang membuka ekonomi dan sekolah secara pramatang, kini, seluruh ekonomi negara terpaksa dihentikan secara tiba-tiba. Pelaksanaan PKP 3.0 ini akan memberikan impak negatif kepada jutaan pekerja yang bergantung […]
Kemalangan LRT Mendedahkan Kegagalan Syarikat Prasarana. Kelas Pekerja Harus Mengambil Alih Kawalan Untuk Semua Perkhidmatan Awam
Isnin 24 Mei lepas, kemalangan ngeri 2 tren LRT yang bertembung dengan satu sama lain telah mengejutkan rakyat, terutamanya dari kalangan yang bergantung dengan tren LRT untuk ulang alik dari kerja setiap hari. Kejadian yang berlaku di dalam terowong antara stesen Kampung Baru dan KLCC telah mengakibatkan seramai 64 orang penumpang cedera parah dan dimasukkan […]