Kenyataan Hari Buruh 2025 oleh Sosialis Alternatif: Kelas pekerja harus bangkit bina perjuangan dalam era cabaran baru!

Tahun ini, kelas pekerja di seluruh dunia menyambut Hari Pekerja dalam ketidaktentuan ekonomi dan politik yang mencerminkan cabaran era baru. Perang dagang antara AS dan China, konflik dan kemusnahan di Timur Tengah, telah menjadi ciri utama dalam sambutan hari pekerja tahun ini. Gelombang kebangkitan semula gerakan massa terutama dalam menentang kekejaman Israel, turut menjadi ciri utama sambutan Hari Pekerja.
Gempa Bumi Terkuat dalam Sejarah Melanda Myanmar Ketika Negara dalam Perang Saudara

Musibah bencana alam dalam situasi konflik bersenjata, kemiskinan dan masa depan yang tidak menentu adalah kondisi yang tidak layak untuk mana-mana individu. Terutama rakyat miskin dan kelas pekerja yang tidak mempunyai akses untuk membebaskan diri dari kondisi yang melarat. Oleh itu tidak ada cara lain bagi rakyat di Myanmar melainkan sebuah perjuangan politik dan ekonomi yang berasaskan prinsip yang merentasi identiti bangsa dan agama. Momentum dari protes menentang kudeta pada Februari 2021 yang lalu harus dilanjutkan dengan kesedaran bahawa perubahan yang benar-benar bermakna hanya wujud ditangan rakyat biasa dan kelas pekerja. Bukannya individu elit seperti Aung San Suu Kyi, atau mana-mana perwakilan NUG, mahupun kumpulan etnik bersenjata yang tidak mampu membawa sebarang alternatif terhadap situasi di Myanmar.
Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini, Sosialis Alternatif telah menyertai perhimpunan Hari Wanita Sedunia Malaysia yang diadakan di Taman Jaya, Kuala Lumpur. Perhimpunan yang telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa Hari Wanita Sedunia Malaysia yang terdiri dari anak muda dan aktivis akar umbi, telah dihadiri oleh hampir 300 peserta, serta kumpulan NGO hak wanita dan orang asli serta organisasi akar umbi. Antara 5 tuntutan bertema Hari Wanita Sedunia tahun ini, Sosialis Alternatif telah menjadi tetamu jemputan bagi menyahut tuntutan keadilan ekonomi dan anti-kapitalisme.
Gerakan Wanita Komunis: Wanita dan revolusi

Legasi Gerakan Wanita Komunis sepanjang tiga tahun yang kritikal dari 1920β1922 tetap hidup, dan, dengan mengambil kira perbezaan sejarah, ia memberikan pandangan yang cukup menarik dan berguna terutama bagi mereka yang sedang berjuang hari ini untuk menghapuskan ketidaksamaan dan penindasan gender serta membebaskan wanita melalui transformasi demokratik sosialis
Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif

Sekali lagi kami menyahut seruan ini sambil juga berkempen dan menyeru agar kepimpinan SRBR mengambil pendirian mandiri yang bersifat anti kapitalisme dan berpendirian solidariti kelas pekerja, agar gerakan dapat bertahan kemandiriannya daripada menjadi tunggangan politik elit yang hakikatnya juga dipimpin individu yang langsung tidak mempunyai profil berjuang bersama rakyat dan juga terpalit tuduhan korupsi. Bagi kami SA dan SP, hanya melalui jalinan solidariti bersama politik pekerja kemandirian ini dapat dipertahankan.
Protes Mahasiswa dan Anak Muda: Rakyat Benci Rasuah

Dengan perubahan PM lebih dari 3 kali dalam tempoh kurang dari 2 tahun sejak PRU ke-15 sementara penindasan terhadap rakyat dan politik rasuah masih berterusan, bermakna anak muda dan mahasiswa sudah tidak percayakan politik elit dan memaksa mereka menuntut perubahan yang benar-benar konkrit di jalanan.
Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang

Kami daripada Sosialis Alternatif ingin memanjangkan kata solidariti kepada inisiatif anak muda dan mahasiswa dalam mewujudkan Sekolah Alternatif bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di Sabah. Sememangnya ia merupakan usaha murni daripada anak muda yang prihatin terhadap isu rakyat. Dan inisiatif ini sememangnya bukan sekadar harus diangkat pada tahap puji-pujian, tetapi perhatian juga harus diberikan pada isu yang didedahkan melalui inisiatif ini. Iaitu isu akses pendidikan, kewarganegaraan dan penempatan yang merupakan sebahagian besar isu yang melatari inisiatif ini.
Kenyataan Hari Wanita Sedunia 2020
Mantapkan hak wanita melalui pembinaan solidariti dan perjuangan kelas pekerja ! Lawan kapitalisme dan bina sosialisme untuk hak demokrasi, ekonomi dan sosial yang adil dan saksama ! Tahun 2020 sudah menampakkan titik suram dengan suasana politik dan ekonomi negara yang semakin pincang. Ketidaktentuan dalam ekonomi di peringkat global, dan wabak COVID 19 yang semakin merebak, […]