Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif

Protes Rakyat Benci Rasuah berlangsung pada 27 Januari 2025 di Kuala Lumpur. Perarakan sedang mula bergerak ke Dataran Merdeka daripada Sogo.

Telah berlangsung protes Rakyat Benci Rasuah yang dianjurkan oleh pertubuhan mahasiswa HARAM dan beberapa kumpulan NGO serta anak muda pada Sabtu 27 Januari lepas di hadapan Dataran Merdeka. Acara telah bermula di hadapan Sogo dan berarak sehingga ke Dataran. Hampir 200 peserta telah menyertai acara yang dianjurkan. Protes dan perhimpunan yang diadakan adalah untuk menyatakan bantahan terhadap budaya rasuah di dalam politik negara. Setelah berarak peserta berkumpul di dataran untuk mendengar ucapan daripada barisan kepimpinan anak muda.

Turut kelihatan placard dan kain rentang yang membawa mesej bantah rasuah seperti “mahasiswa melawan rasuah”, dan “belia usah sibuk pertahan pemimpin rasuah” serta “posisi (jawatan) bukan untuk korupsi”. Ucapan dari kepimpinan mahasiswa juga turut lantang menyatakan bantahan terhadap rasuah dan kekecewaan terhadap pimpinan kerajaan Madani yang dipimpin Anwar. Kes Najib, Zahid Hamidi, dan Bung Mokhtar telah menjadi antara kes yang disebut dalam ucapan perhimpunan dan tertulis atas kain rentang. Perarakan dan perhimpunan telah berjalan dengan dengan aman dan mengikut tatacara pihak berkuasa. Tetapi lebih 20 anggota pihak polis masih kelihatan di sekitar acara menunjukkan langkah intimidasi pihak polis terhadap gerakan anak muda. 

Kami dari Sosialis Alternatif dan Solidariti Pekerja juga turut hadir menyatakan sokongan (kenyataan sokongan boleh dibaca dalam akhbar Solidariti Pekerja edisi 32) dan membawa placard yang bertulis ‘rasuah adalah simptom, kapitalisme adalah punca’, ‘bina perikatan politik independen pekerja dan mahasiswa’, ‘kerajaan pekerja = kerajaan telus dan demokratik’ dan ‘bina parti pekerja revolusioner, dari pekerja untuk pekerja’. Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lanjut pendirian dan perspektif kami, anda boleh jemput baca di sini. Pada tahap ini, kepimpinan anak muda yang menyusun gerakan RBR iaitu Serikat Rakyat Benci Rasuah SRBR senada membawa naratif politik yang mandiri. Seperti yang disebut dalam ucapan oleh kepimpinan ‘meskipun ada individu-individu yang berlatar belakang politik yang berbeza tetapi matlamat dan tujuan adalah sama iaitu rasuah perlu hapuskan’. 

Sekali lagi kami menyahut seruan ini sambil juga berkempen dan menyeru agar kepimpinan SRBR mengambil pendirian mandiri yang bersifat anti kapitalisme dan berpendirian solidariti  kelas pekerja. Seruan ini adalah dengan harapan agar gerakan dapat bertahan kemandiriannya daripada menjadi tunggangan politik elit seperti PAS, BN, UMNO, mahupun MUDA yang hakikatnya juga dipimpin individu yang langsung tidak mempunyai profil berjuang bersama rakyat dan juga terpalit tuduhan korupsi. Bagi kami SA dan SP, hanya melalui jalinan solidariti bersama politik pekerja kemandirian ini dapat dipertahankan. 

Siri individu korup memenuhi jawatan dalam kerajaan kemudian diteruskan dalam pemerintahan MADANI bukan disebabkan beberapa individu seperti Anwar yang dikatakan “bapa pembebas rasuah” yang menyebabkan rasuah kekal berleluasa, tetapi disebabkan sistem perundangan negara itu sendiri yang bersifat birokratik dan menyebelahi kelas kapitalis kroni. Pelantikan Musa Aman sebagai YDP 1 Januari lepas menunjukkan sifat sebenar kerajaan yang sanggup melantik individu yang tidak boleh dipercayai untuk mentadbir negeri. Gerakan Rakyat Benci Rasuah sememangnya harus berjalan terus tetapi mesti berperisaikan pendirian politik solidariti kelas pekerja agar gerakan terus mandiri dan selanjutnya lebih radikal dan progresif menentang sistem kapitalisme yang membiakkan rasuah, kronisme dan individu korup mengambil jawatan pentadbiran negara.

Kongsi Artikel Ini

Tinggalkan Komen Anda

Artikel Berkaitan

Reformasi Is Dead: A Successful First Public Discussion at Our New Organising Centre
2026 06 01 reformasi dead public discussion 1 sosialis alternatif scaled Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif Sosialis Alternatif
Socialist Alternative held its first public discussion at our new organising centre, examining Reformasi’s dead end and the urgent need to build an independent working-class alternative.
BACA
Rafizi's Reformasi Rebrand and the Crisis of Malaysian Capitalist Politics
2026 05 28 bersama rafizi reformasi rebrand sosialis alternatif 1 Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif Sosialis Alternatif
Bersama presents itself as a fresh alternative, but beneath its reformasi rhetoric lies the same capitalist politics that have failed workers and youth for decades. As Malaysia’s political crisis deepens, this article argues that only...
BACA
Sosialis Alternatif Menyertai Sambutan Hari Pekerja 2026 Sebagai Kontinjen
2026 05 19 hari pekerja 2026 laporan 1 sosialis alternatif e1779177213616 Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif Sosialis Alternatif
Perarakan Hari Pekerja 2026 menyerlahkan lagi cabaran bagi kepimpinan pekerja dan kesatuan untuk membina politik pekerja dan keperluan untuk berjuang untuk membina parti pekerja massa. Ayuh sertai perjuangan ini, hubungi kami untuk berbincang...
BACA

Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *