Mogok Umum di India

220 JUTA PEKERJA MENYERTAI AKSI MASSA BERSEJARAH Tanpa sebarang ragu-ragu, mogok Umum 48 jam yang dilancarkan oleh hampir 220 juta orang para pekerja, petani, pekedai kecil dan sebagainya di India akan menjadi rekod sejarah dari segi angka penglibatan kelas pekerja di dalam satu aksi yang serentak dan tersusun. Menariknya, mogok umum kedua terbesar juga berlangsung […]

Venezuela: Bagi mobilisasi kelas pekerja untuk melawan birokrasi korup dan untuk membina sosialisme yang sebenar.

Kenyataan dari CWI Venezuela (Izquierda Revolucionaria) 24/1/2019 Sejak sehari lepas, situasi politik di Venezuela sedang semakin genting dan huru hara. Pemimpin blok sayap kanan Venezuela, Guaido (presiden baru di dalam Dewan Undangan Nasional yang didominasi oleh pembangkang kerajaan) telah mengumumkan dirinya sebagai Presiden interim bagi Venezuela dan mendeklarasi bahawa kepimpinan Maduro adalah tidak sah. Guaido menyeru […]

Protes Jaket Kuning: Kebangkitan Anak Muda dan Pekerja di France

Untuk hampir 2 bulan, gerakan ‘Gilet Jaunes’ ataupun ‘Jaket Kuning’ telah menarik ratusan ribu rakyat France ke dalam perjuangan menentang Presiden Macron yang di label sebagai ‘Presiden untuk orang kaya’. Sejak 17 November lalu, seramai 300 ribu anak muda dan rakyat biasa telah menyertai gerakan ‘Jaket Kuning’ ini di lebih 2 ribu lokasi di seluruh […]

Bajet 2019 Mengecewakan Para Pekerja: Gaji Minimum RM1100 Tidak Boleh Diterima!

Kenyataan Gabungan Bantah Rm1050 Bajet 2019 mengecewakan para pekerja, gaji minimum RM1100 tidak boleh diterima! Gabungan Bantah RM1050 sangat kecewa dengan pengumuman Belanjawan 2019 dari kerajaan yang menawarkan pelbagai jenis habuan dan kelonggaran cukai kepada korporat kaya disamping memangsakan jutaan rakyat miskin dengan pelbagai jenis penjimatan sosial. Semua kritikan dan cadangan yang diberi oleh perwakilan […]

Tuntut Peningkatan Gaji Minimum dari Kerajaan PH

Gaji Minimum RM1100 : Kerajaan PH menepati kehendak kapitalisme dengan mengabaikan kebajikan pekerja Pada pembentangan Bajet 2019, kerajaan PH mengumumkan peningkatan gaji minimum sebanyak RM100 yang diselaraskan di seluruh Malaysia kepada RM1100. Pengumuman ini telah mewujudkan reaksi yang bercampur dari pelbagai pihak. Seperti yang dijangkakan, organisasi majikan MEF telah mencemuh langkah kerajaan dan menuduh bahawa […]

Perjuangan Pekerja di Malaysia Baru: Protes Menuntut Gaji Minimum yang Adil!

Oktober 17, seramai 300 orang pekerja, badan Kesatuan Sekerja, wakil-wakil NGO, pejuang hak asasi manusia dan aktivis sosial telah turun ke perkarangan Parlimen untuk membantah penetapan gaji minimum kerajaan yang hanya melihat kenaikan sebanyak RM50 yang akan berkuat kuasa mulai Januari tahun depan. Bantahan aman yang diketuai oleh MTUC(Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) dan dianjurkan oleh […]

Kenyataan Akhbar Bersama oleh Gabungan Bantah RM1050 – Menuntut Kerajaan untuk Mengkaji Semula Gaji Minimum RM1050

Selepas berdolak dalik selama berbulan-bulan, Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah akhirnya mengumumkan kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 untuk pekerja di Semenanjung dan RM130 bagi pekerja di Sabah dan Sarawak. Gaji minimum baru ini merupakan sebuah penghinaan bagi warga pekerja dan mendedahkan watak sebenar kerajaan yang tidak mengambil peduli mengenai keperitan hidup seorang pekerja miskin. Seramai […]

Konflik Perdagangan dan Impak kepada Malaysia

Konflik perdagangan di antara dua gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat dan China, telah mula memberikan kesan kepada ekonomi negara-negara membangun. Masing-masing Amerika dan China bersaing untuk mengenakan tarif dan halangan perdagangan untuk melindungi pasaran dan ekonomi negara masing-masing. Akibatnya ekonomi China sudah mula menunjukkan kesan memandangkan Amerika merupakan rakan perdagangan utama China. Walaupun dengan […]

100 Hari PH: Warga Pekerja Mengundi PH, PH Mengutamakan Golongan Terkaya 1%!

Warga pekerja dan rakyat biasa tidak puashati apabila kerajaan PH mengumumkan gaji minimum baru RM1050 iaitu kenaikan sebanyak RM50 dan RM 130 masing-masing di Semenanjung Malaysia, dan, Sabah/Sarawak. Kebanyakan warga pekerja yang telah menyokong dan mengangkat PH sebagai kerajaan dalam PRU14 dengan harapan ‘Malaysia baru’ yang memihak kepada mereka sudah terbina, tetapi merasa hampa dan […]