PRU Singapura: Sokongan kepada PAP semakin merosot dengan jurang kekayaan yang semakin meningkat dan ekonomi yang semakin merudum
Pembinaan Parti Massa dengan Kepimpinan Kelas Pekerja berlandaskan Program Sosialisme perlu sebagai alternatif kepada krisis dalam pasaran bebas kapitalisme Pilihanraya umum Singapura berlangsung pada 11 Julai lepas dengan sebanyak 11 parti bertanding demi 93 kerusi Parlimen. Parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah 57 tahun semenjak 1965 (selepas keluar daripada Malaysia), terus […]
Impak Pandemik COVID-19 Boleh Menjurus kepada Satu Krisis Ekonomi yang Parah
Krisis pendemik Covid 19 yang sedang menggegarkan dunia juga sedang menjadi pencetus kepada sebuah krisis ekonomi yang dahsyat dan belum pernah dialami dalam sejarah ekonomi kapitalis. Walaupun sebelum ketibaan pendemik ini, para penganalisa ekonomi dan syarikat-syarikat sekuriti saham sudahpun meramalkan bahawa ekonomi dunia sedang menuju ke arah sebuah krisis yang sangat merbahaya. Negara-negara pengekspot besar […]
Pelarian Rohingya: Mangsa Penindasan Sistem Kapitalisme dan Krisis Kemanusiaan
Baru-baru ini, isu pelarian Rohignya yang di cemuh dengan kata-kata keras oleh pengguna media sosial di Malaysia telah mendapat perhatian ramai. Isu ini juga mencetuskan perdebatan yang hangat di kalangan rakyat yang mempunyai pandangan yang berbeza-beza. Di satu sudut, propaganda dari ahli-ahli politik dan NGO-NGO agama telah mengangkat isu pelarian Rohignya sebagai isu perjuangan agama […]
Kerajaan Pintu Belakang Digugat oleh COVID-19: Kegawatan ekonomi dan konflik dalaman—Berapa lama Perikatan Nasional mampu bertahan? Apa politik alternatif kepada rakyat biasa?
Belum sampai dua tahun memerintah Malaysia, kerajaan Pakatan Harapan telah kehilangan majoriti di Parlimen dan telah berjaya digulingkan oleh pihak pembangkang. Perpecahan dalaman PKR, keputusan PPBM keluar dari PH dan muslihat pihak-pihak pembangkang yang menukar-nukar calon Perdana Menteri mengikut keadaan telah mendedahkan kelemahan sistem politik di negara ini kepada rakyat umum. Selain perubahan kuasa kerajaan […]
Coronavirus mendedahkan kelemahan sistem kesihatan dalam kapitalisme
Tragedi seperti penyebaran wabak Novel Coronavirus (Covid-19) yang telah membunuh lebih 1300 orang setakat ini bukanlah sekadar sebuah bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Bencana seperti ini tidak boleh diasingkan daripada sistem sosial dan terbentuk sebagai akibat kepada kelemahan sistem kapitalisme itu sendiri. Menjelang bulan Februari, lebih daripada 63 ribu orang disahkan telah dijangkiti oleh […]
Gaji Hidup Wajar Perlu Dituntut untuk Meningkatkan Taraf Hidup Pekerja
Pihak kerajaan telah meluluskan perintah gaji minimum baru pada tahun 2020 ke RM1200 di 57 buah kawasan yang dianggap sebagai bandar utama. Kawasan- kawasan lain yang tidak tersenarai akan masih menerima gaji minimum RM1100 seperti sebelum ini. Berita ini telah mewujudkan kekecewaan di kalangan majoriti daripada pekerja yang telah mengharapkan peningkatan gaji yang lebih banyak […]
Pindaan Undang-undang Sahaja Tidak Cukup, Kesatuan Sekerja yang Demokratik dan Mantap Perlu untuk Memperjuangkan Hak Pekerja
Pada persidangan Dewan Negara terakhir bagi tahun 2019, para Senator telah meluluskan beberapa pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan yang sudahpun dicadangkan oleh Menteri Sumber Manusia Kulasegaran dan diluluskan di peringkat Dewan Rakyat. Proses pindaan akta ini telah berjalan dengan perbalahan dari pelbagai pihak dan tanpa sebuah persetujuan daripada kepimpinan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) […]
Chile, Lebanon, Haiti, Iraq, Algeria, Ecuador… Gerakan Protes Massa Melanda Dunia
Kebangkitan massa secara besar-besaran sedang tercetus di banyak negara dunia pada waktu ini. Pada 25 Oktober lalu, seramai dua juta orang telah membanjiri jalan raya- jalan raya utama di ibu kota Chile, Santiago, bagi meluahkan kemarahan mereka dengan kepimpinan kerajaan dan keadaan ekonomi rakyat yang sedang merosot. Pada minggu yang sama, seramai lima ratus ribu […]
Pekerja Foodpanda Melancarkan Aksi Mogok di Seluruh Malaysia!
Pekerja penghantar makanan Foodpanda dari hampir setiap pelusuk negara sedang melancarkan protes dan mogok bagi memperjuangkan hak mereka. Bermula dengan pekerja Pulau Pinang dan Johor pada minggu lepas, kini, mogok tersebut telah tersebar ke Negeri Sembilan, Perak, Sabah dan termasuk di beberapa kawasan di Lembah Kelang. Pada 30 September lepas, seramai 200 pekerja Foodpanda telah […]
Anak Muda Indonesia Bangkit Mempertahankan Demokrasi dan Melawan Korupsi
2 orang terbunuh dan beratus-ratus lain cedera dalam pertempuran yang berlaku di antara anak muda, mahasiswa/i universiti/sekolah dan rakyat Indonesia dengan pihak berkuasa kerajaan seperti polis dan anggota keselamatan negara sepanjang minggu terakhir September lepas. Tambahan pula, pada minggu yang sama, tidak kurang daripada 32 warga di Wamena Papua Barat, sama ada yang berbangsa Papua […]