Hari Wanita Sedunia: Bina perjuangan kelas untuk mempertahankan hak rakyat tertindas!
Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun menandakan perjuangan wanita dalam mempertahankan hak dan kebajikan mereka yang bermula lebih 110 tahun dahulu dan masih berpanjangan sehingga ke hari ini. Walaupun golongan wanita zaman ini sedang menikmati hak-hak yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini, penindasan terhadap wanita masih lagi menjadi isu yang […]
Darurat tidak membawa solusi kepada krisis ekonomi dan politik: Bina kepimpinan rakyat yang mampu melawan sistem kapitalisme!
Kecamuk politik di Malaysia yang sudah berpanjangan untuk hampir satu tahun telah mengambil liku baru dan mewujudkan seribu tanda tanya berikutan pengumuman Darurat oleh PM Muhyiddin pada 12 Januari lalu. Walaupun peningkatan kes Covid-19 yang mendadak telah dirujuk sebagai motif utama untuk mengumumkan darurat pada waktu ini, terdapat kecurigaan jika pandemik ini hanya dipergunakan sebagai […]
Sepuluh Tahun Sejak ‘Arab Spring’ – Pengajaran yang Penting bagi Sosialis di seluruh Dunia
Tahun 2011 bermula dengan tunjuk perasaan besar-besaran yang telah tersebar di Timur Tengah dan Afrika Utara dan menggegarkan rejim-rejim autokratik yang bermaharajalela di rantau ini. Para diktator – Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir – yang tampil teguh untuk berdekad-dekad lamanya, disingkirkan dari kekuasaan oleh gerakan anak muda dan kelas pekerja yang […]
Pandemik Covid Mendedahkan Sifat Sebenar Sistem dan Kerajaan Kapitalis, Bina Alternatif Sosialis untuk Membela Hak dan Kebajikan Rakyat Biasa
Tahun 2020 telah dilanda dengan pelbagai berita buruk yang telah memberi kesan kepada ekonomi, politik dan keadaan sosial jutaan penghuni dunia. Bermula dengan kejatuhan harga minyak dan disusuli pula dengan pandemik Covid-19 yang telah membawa malapetaka kesihatan, dunia kini sedang menghadapi sebuah krisis ekonomi global yang terburuk sejak 1930an. Unjuran BNM pada November lepas melaporkan […]
2020: Sebuah Dekad Pergolakan dan Ketidaktentuan Sudah Bermula
Ketika tahun 2020 berakhir, kekecohan dan kucar-kacir yang telah menggegarkan kapitalisme global sedang terus berlanjutan. Tahun ini menjadi titik perubahan dalam sejarah yang mempengaruhi setiap aspek masyarakat. Pengulas dan sejarahwan masa hadapan akan merujuk tahun 2020 dan 2021 sebagai ‘pra-COVID’ dan ‘pasca-COVID’. Pandemik COVID 19, yang telah membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada jutaan orang di […]
Pilihanraya di Myanmar: Apakah jaminan kelas pekerja di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi
Mana-mana pilihanraya yang berlaku pada tahun ini berlangsung dengan latar belakang yang mempunyai impak yang besar dan signifikan; terutamanya persoalan yang berkaitan dengan krisis ekonomi di era baru dan juga jangkitan pandemik Covid-19 yang telah pun meragut lebih sejuta nyawa. Negara di rantau Indo-China juga tidak terkecuali dalam hal ini dan pilihan raya di Myanmar […]
Top Glove: Ribuan pekerja menjadi mangsa kerakusan kapitalisme
Berita penularan wabak Covid-19 di asrama kilang di serata Malaysia telah datang pada waktu rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan kes jangkitan yang paling tinggi dalam tahun ini. Kluster ‘Teratai’ yang berpunca daripada asrama pekerja migran kilang Top Glove di Meru kini sudah menjangkaui 5000 kes dan sedang terus meningkat setiap hari. Sepertimana yang berlaku di […]
Perjanjian RCEP: Solusi kepada kemelesetan ekonomi?
Selepas hampir 8 tahun dalam rundingan, sebuah Perjanjian Perdagangan yang dinamakan sebagai Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah dipersetujui oleh 15 buah negara di Summit ASEAN ke 37 yang berlangsung di atas talian akibat kekangan pandemik Covid19. Perjanjian RCEP merangkumi 10 negara ASEAN (Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) dan 5 […]
Bajet 2021: Peruntukan tinggi untuk menyelematkan pasaran bebas, tetapi tanpa penyelesaian konkrit untuk meningkatkan taraf hidup dan keperluan rakyat
Bajet 2021 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul pada awal November lalu di dalam keadaan yang penuh dengan keraguan dan ketidakpastian. Parti pemerintah PN yang menyediakan Bajet ini belum pasti mempunyai majoriti daripada sokongan Parlimen dan belum ada sebarang kepastian jika Bajet ini akan diluluskan tanpa bantahan. Malah pada waktu ini, pihak pembangkang PH […]
Kapitalisme Menghadapi Krisis yang Parah – Tingkatkan Perjuangan ke arah Sosialisme!
Lebih satu dekad lalu, berikutan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada 2008, sidang pengarang Financial Times telah mengucapkan tahniah kepada sistem kapitalisme yang berjaya berpegang pada kuasa dan tidak dicabar oleh kuasa-kuasa ‘kiri’ yang seharusnya boleh menentang sistem tersebut. Dalam krisis ekonomi yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua, tidak ada sebarang usaha dari […]