Pandemik Coronavirus dan Kapitalisme Sedang Membinasakan Kehidupan Manusia : Berjuang Demi Sosialisme Untuk Memelihara Masa Depan Semua!

Ketibaan pandemik Covid19 telah menggegarkan sistem ekonomi kapitalisme yang sudahpun berada di ambang sebuah kemelesetan yang teruk. Dasar-dasar neo-liberalisme kapitalis yang diimplimentasi selama ini telah mewujudkan sebuah masyarakat yang tidak mampu untuk melindungi dirinya daripada ancaman seperti Covid19 dan pada masa yang sama terdedah dengan krisis ekonomi yang akan memberi kesan yang mendalam. Dalam situasi […]

Kapitalisme Mengheret Dunia Ke Arah Kemusnahan – Pembinaan Alternatif Sosialis Diperlukan!

Krisis pandemik Coronavirus telah mengheret sistem ekonomi kapitalisme dan masyarakat dunia ke arah satu era baru yang akan dipenuhi dengan pelbagai pergolakan massa. Di satu demi satu negara, apabila pandemik ini mula tersebar, segala kelemahan sistem kapitalisme sudah mula terdedah dengan sangat cepat. Bermula dari skandal rejim China yang pada awalnya telah cuba untuk merahsiakan […]

Seruan Kelas Pekerja dalam Menangani Krisis Covid-19

Coronavirus mendedahkan ketempangan sistem kapitalisme dalam menangani krisis! Kebajikan Kelas Pekerja haruslah di bela! Perkhidmatan Kesihatan Negara Tingkatkan peruntukkan dana perubatan, kecemasan dan kesihatan dengan segera. Bekalkan perlindungan yang mencukupi bagi semua pekerja barisan hadapan yang sedang berhadapan dengan tugas untuk membendung penyebaran wabak ini. Kerajaan harus mengambil alih infrastruktur dan kakitangan pusat perubatan swasta […]

Kerajaan Pintu Belakang Digugat oleh COVID-19: Kegawatan ekonomi dan konflik dalaman—Berapa lama Perikatan Nasional mampu bertahan? Apa politik alternatif kepada rakyat biasa?

Belum sampai dua tahun memerintah Malaysia, kerajaan Pakatan Harapan telah kehilangan majoriti di Parlimen dan telah berjaya digulingkan oleh pihak pembangkang. Perpecahan dalaman PKR, keputusan PPBM keluar dari PH dan muslihat pihak-pihak pembangkang yang menukar-nukar calon Perdana Menteri mengikut keadaan telah mendedahkan kelemahan sistem politik di negara ini kepada rakyat umum. Selain perubahan kuasa kerajaan […]

Coronavirus mendedahkan kelemahan sistem kesihatan dalam kapitalisme

Tragedi seperti penyebaran wabak Novel Coronavirus (Covid-19) yang telah membunuh lebih 1300 orang setakat ini bukanlah sekadar sebuah bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Bencana seperti ini tidak boleh diasingkan daripada sistem sosial dan terbentuk sebagai akibat kepada kelemahan sistem kapitalisme itu sendiri.  Menjelang bulan Februari, lebih daripada 63 ribu orang disahkan telah dijangkiti oleh […]

Gaji Hidup Wajar Perlu Dituntut untuk Meningkatkan Taraf Hidup Pekerja

Pihak kerajaan telah meluluskan perintah gaji minimum baru pada tahun 2020 ke RM1200 di 57 buah kawasan yang dianggap sebagai bandar utama. Kawasan- kawasan lain yang tidak tersenarai akan masih menerima gaji minimum RM1100 seperti sebelum ini. Berita ini telah mewujudkan kekecewaan di kalangan majoriti daripada pekerja yang telah mengharapkan peningkatan gaji yang lebih banyak […]

Berjuang Demi Sosialisme Demi Kesejahteraan Manusia

Oxfam (NGO yang mengkaji jurang kaya miskin global) telah mengeluarkan sebuah laporan yang mendedahkan bahawa hanya 2153 orang jutawan kaya di dunia kini memiliki lebih banyak duit berbanding 60% daripada populasi global, iaitu 4.6 bilion orang biasa. Golongan kaya 1% teratas kini memiliki dua kali ganda lebih daripada jumlah harta bagi 99% rakyat. Jurang kekayaan […]

Pindaan Undang-undang Sahaja Tidak Cukup, Kesatuan Sekerja yang Demokratik dan Mantap Perlu untuk Memperjuangkan Hak Pekerja

Pada persidangan Dewan Negara terakhir bagi tahun 2019, para Senator telah meluluskan beberapa pindaan ke atas Akta Perhubungan Perusahaan yang sudahpun dicadangkan oleh Menteri Sumber Manusia Kulasegaran dan diluluskan di peringkat Dewan Rakyat. Proses pindaan akta ini telah berjalan dengan perbalahan dari pelbagai pihak dan tanpa sebuah persetujuan daripada kepimpinan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) […]

‘Malaysia Baru’ Masih Dicengkam oleh Ketidakstabilan Ekonomi Pasaran Bebas dan Agenda Kapitalisme

Pakatan Harapan meneruskan agenda ekonomi kapitalisme sepertimana Barisan Nasional…Politik alternatif berlandaskan program sosialisme perlu untuk membina ekonomi dan sosial alternatif yang berlandaskan harapan rakyat Belanjawan 2020 yang di bentangkan oleh kerajaan PH pada awal Oktober 2019 jelas meneruskan agenda neo-liberalisme dan ekonomi pasaran bebas yang telah diperkembangkan oleh BN ketika menerajui kerajaan lebih 60 tahun. […]