Kongres Dunia CWI 2025 ke-14, Sosialis Alternatif Menghantar 2 Delegasi

Pada 27 Julai hingga 31 Julai yang lalu, Sosialis Alternatif Malaysia telah menghantar 2 ahli untuk menghadiri Kongres Dunia ke-14 Committee for a Workers International (CWI) yang diadakan di Berlin. Kongres telah menghimpunkan delegasi, ex-officio, dan tetamu dari seluruh dunia. Terdapat 24 delegasi, 28 wakil ex-officio, 28 tetamu CWI, dan 14 pelawat dari organisasi sosialis lain. Komrad dari Australia, Jepun dan negara lain yang tidak dapat hadir secara fizikal telah menyertai kongres melalui Zoom.
Perjumpaan Nasional 2025 Sosialis Alternatif

Sosialis Alternatif telah berjaya mengadakan satu perjumpaan nasional untuk kali pertama dalam jangka masa lebih dari 7 tahun.
Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini, Sosialis Alternatif telah menyertai perhimpunan Hari Wanita Sedunia Malaysia yang diadakan di Taman Jaya, Kuala Lumpur. Perhimpunan yang telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa Hari Wanita Sedunia Malaysia yang terdiri dari anak muda dan aktivis akar umbi, telah dihadiri oleh hampir 300 peserta, serta kumpulan NGO hak wanita dan orang asli serta organisasi akar umbi. Antara 5 tuntutan bertema Hari Wanita Sedunia tahun ini, Sosialis Alternatif telah menjadi tetamu jemputan bagi menyahut tuntutan keadilan ekonomi dan anti-kapitalisme.
Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif

Sekali lagi kami menyahut seruan ini sambil juga berkempen dan menyeru agar kepimpinan SRBR mengambil pendirian mandiri yang bersifat anti kapitalisme dan berpendirian solidariti kelas pekerja, agar gerakan dapat bertahan kemandiriannya daripada menjadi tunggangan politik elit yang hakikatnya juga dipimpin individu yang langsung tidak mempunyai profil berjuang bersama rakyat dan juga terpalit tuduhan korupsi. Bagi kami SA dan SP, hanya melalui jalinan solidariti bersama politik pekerja kemandirian ini dapat dipertahankan.
Protes Tangkap MO1 (27/8/2016)
[foogallery id=”9782″]
Protes TPPA (23/01/2016)
[foogallery id=”304″]
Bersih 4.0 (30/08/2015)
[foogallery id=”283″]
Protes Kebebasan Media (8/8/2015)
[foogallery id=”274″]
May Day 2015
[foogallery id=”261″]