Venezuela: Bagi mobilisasi kelas pekerja untuk melawan birokrasi korup dan untuk membina sosialisme yang sebenar.

Kenyataan dari CWI Venezuela (Izquierda Revolucionaria) 24/1/2019 Sejak sehari lepas, situasi politik di Venezuela sedang semakin genting dan huru hara. Pemimpin blok sayap kanan Venezuela, Guaido (presiden baru di dalam Dewan Undangan Nasional yang didominasi oleh pembangkang kerajaan) telah mengumumkan dirinya sebagai Presiden interim bagi Venezuela dan mendeklarasi bahawa kepimpinan Maduro adalah tidak sah. Guaido menyeru […]

Protes Jaket Kuning: Kebangkitan Anak Muda dan Pekerja di France

Untuk hampir 2 bulan, gerakan ‘Gilet Jaunes’ ataupun ‘Jaket Kuning’ telah menarik ratusan ribu rakyat France ke dalam perjuangan menentang Presiden Macron yang di label sebagai ‘Presiden untuk orang kaya’. Sejak 17 November lalu, seramai 300 ribu anak muda dan rakyat biasa telah menyertai gerakan ‘Jaket Kuning’ ini di lebih 2 ribu lokasi di seluruh […]

Konflik Perdagangan dan Impak kepada Malaysia

Konflik perdagangan di antara dua gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat dan China, telah mula memberikan kesan kepada ekonomi negara-negara membangun. Masing-masing Amerika dan China bersaing untuk mengenakan tarif dan halangan perdagangan untuk melindungi pasaran dan ekonomi negara masing-masing. Akibatnya ekonomi China sudah mula menunjukkan kesan memandangkan Amerika merupakan rakan perdagangan utama China. Walaupun dengan […]

Apakah Motif di Sebalik Perjanjian Trump dan Kim Jong-un?

Pendamaian Tanpa Komitmen Pada 2 Jun lalu, President Amerika Syarikat Donald Trump dan diktator Korea Utara Kim Jong Un telah bersidang di Singapura untuk mencapai sebuah perjanjian di antara dua negara tersebut. Selepas lebih 5 dekad dalam konflik, kepimpinan dari kedua-dua negara tersebut akhirnya bersetuju untuk bertemu dan membincangkan cara penyelesaian kepada permasalahan yang ada. […]

Pekerja dan Anak Muda Mencabar Rejim Iran

Sejak hujung tahun lepas, sebuah kebangkitan massa telah tercetus di beberapa bandar di Iran disebabkan oleh bantahan rakyat terhadap kegagalan industri kewangan, kenaikan inflasi yang mendadak, korupsi dikalangan golongan elit, polisi neo liberal dari kerajaan dan penindasan terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa oleh kelas majikan kaya selama berdekad-dekad lamanya. Bandar-bandar besar seperti Tehran, Mashhad, […]

Israel–Palestine: Deklarasi Trump Mencetuskan Kemarahan Massa

Langkah Presiden Amerika Trump untuk mengiktirafkan Jerusalem sebagai ibu kota unilateral bagi Israel sambil mengabaikan kepentingan rakyat Palestin yang mempunyai hak ke atas bandar tersebut, telah mencetuskan gelombang protes di seluruh dunia dan sudahpun menaikkan jumlah kematian di kalangan rakyat Palestin. Seramai empat orang Palestin sudah terbunuh, beratus lagi tercedera, Israel sudah mula melancarkan roket […]

Zimbabwe: Mugabe Telah Jatuh Tetapi Rejimnya Kekal Berkuasa!

Selepas 37 tahun memegang kuasa sebagai pemerintah Zimbabwe dan dikenali sebagai diktator kuku besi, Robert Mugabe (93) telah digulingkan dalam sebuah rampasan kuasa tentera yang dirancang oleh ahli partinya sendiri. Percubaan Mugabe untuk meletakkan isterinya Grace Mugabe sebagai penggantinya tidak diterima baik daripada kepimpinan parti Zanu PF. Dalam proses itu, Mugabe juga telah melucutkan kawan […]

Catalonia–Sepanyol: Aksi massa diperlukan untuk menjatuhkan kerajaan PP!

Untuk Sebuah Republik Sosialis Catalan! Pada 1 Oktober lalu, hampir di setiap pelosok, negeri Catalonia menjadi huru-hara seakan-akan berada di bawah pemerintahan tentera. Beribu-ribu polis dan penguat-kuasa sivil – yang dihantar oleh kerajaan Partido Popular (Partai Rakyat / PP) dan Jabatan Kehakiman Negara – telah menggunakan kekerasan yang melampau untuk menghalang pemungutan suara dalam referendum […]

Keputusan Kes Jobstown: Semua tuduhan digugurkan oleh juri!

Dalam satu kekalahan yang besar bagi pihak kelas pemerintah, para juri dalam kes #jobstownnotguilty mendapati semua 6 yang tertuduh tidak bersalah dan dibebaskan tanpa disabit kesalahan. Semua 6 individu tersebut telah dikenakan tuduhan menggangu ketenteraman apabila komuniti setempat Jobstown telah menghalang kereta Joan Burton ( bekas Timbalan Perdana Menteri ) daripada bergerak sebagai tanda protes […]

Pilihanraya UK: Tamparan hebat kepada Parti Konservatif!

Bersatu dan berjuang untuk polisi-polisi Corbyn! Parlimen tergantung Sebuah pilihanraya yang bersejarah telah berlangsung di United Kingdom (UK) pada 8 Jun lalu yang menyaksikan satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri Theresa May yang gagal untuk mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan di Parlimen. Sejak pilihanraya ini diumumkan, para elit di UK mengimpikan satu mandat yang besar […]