International Solidarity Campaign: Justice for the 177 Fired Mediceram Workers
We, the socialist, labour, and youth organisations endorsing this statement, demand that the Malaysian government, particularly the Department of Industrial Relations and the Department of Labour, take action to resolve the crisis faced by Bangladeshi workers who have been exploited and oppressed under the management of local agents and Malaysian companies. We also call on the Government of Bangladesh, especially the Ministry of Expatriates’ Welfare and Overseas Employment, to urgently act on the official appeal submitted by the Mediceram Workers’ Committee on 6 November 2025, which demands investigation, compensation, and justice.
Penahanan Flotilla Gaza oleh Israel Cetuskan Mogok Umum di Serata Itali
Penangkapan dan penahanan oleh rejim Zionis terhadap pekerja bantuan, aktivis keamanan, wakil pekerja serta beberapa ahli parlimen yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla telah mencetuskan mogok umum di seluruh Itali.
Kongres Dunia CWI 2025 ke-14, Sosialis Alternatif Menghantar 2 Delegasi
Pada 27 Julai hingga 31 Julai yang lalu, Sosialis Alternatif Malaysia telah menghantar 2 ahli untuk menghadiri Kongres Dunia ke-14 Committee for a Workers International (CWI) yang diadakan di Berlin. Kongres telah menghimpunkan delegasi, ex-officio, dan tetamu dari seluruh dunia. Terdapat 24 delegasi, 28 wakil ex-officio, 28 tetamu CWI, dan 14 pelawat dari organisasi sosialis lain. Komrad dari Australia, Jepun dan negara lain yang tidak dapat hadir secara fizikal telah menyertai kongres melalui Zoom.
Kecoh di Pameran Kerja Bekasi Indonesia: Ketidakpastian Kerja di Bawah Kapitalisme
Lebih dari sebulan yang lalu, tepatnya tanggal 27 Mei 2025 Pemerintahan Kabupaten Bekasi melaksanakan acara bursa kerja yang bernama “Job Fair Bekasi Pasti Kerja”. Bursa kerja yang dilaksanakan di President University Convention Center, Jababeka, Cikarang ini dihadiri oleh 25.000 peserta. Padahal, lowongan pekerjaan yang tersedia pada bursa tersebut hanya mencapai 2500 lowongan, yang disediakan oleh 64 perusahaan yang terpisah. Meski venue tempat pelaksanaan bursa kerja dapat terbilang luas, convention center yang dimiliki oleh Universitas Presiden (President University) ini tidak mampu menampung total peserta yang hadir. Alhasil, suasana ricuh pun tak terelakkan. Beberapa diantara peserta yang ikut dalam acara ini sampai ada yang pingsan akibat berdesak-desakan dengan banyak peserta lainnya.
Gerakan Wanita Komunis: Wanita dan revolusi
Legasi Gerakan Wanita Komunis sepanjang tiga tahun yang kritikal dari 1920–1922 tetap hidup, dan, dengan mengambil kira perbezaan sejarah, ia memberikan pandangan yang cukup menarik dan berguna terutama bagi mereka yang sedang berjuang hari ini untuk menghapuskan ketidaksamaan dan penindasan gender serta membebaskan wanita melalui transformasi demokratik sosialis
Protes massa di Iran: Kelas pekerja, anak muda dan golongan wanita bangkit menentang rejim penindas
Tragedi kematian Mahsa Amini, seorang wanita yang didapati tidak berpakaian sopan ketika berurusan di pejabat kerajaan kemudian mati dalam tahanan ‘polis moral’ telah mencetuskan protes menentang rejim kerajaan di Iran. Namun, protes yang tercetus bukan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Situasi ekonomi yang semakin parah sejak sekatan ekonomi oleh AS pada tahun 2015 telah menyebabkan kehidupan […]
Perjuangan Rakyat Indonesia Memerlukan Kepimpinan Politik Yang Jelas
Indonesia sekali lagi menjadi medan perjuangan rakyat menentang polisi-polisi menindas dari kerajaan. Pada September lalu, kerajaan Indonesia telah terpaksa mengerah ribuan anggota keselamatan di seluruh negara untuk melindungi stesen-stesen minyak daripada diserang oleh kemarahan rakyat biasa yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak terbaru. Para mahasiswa dan siswi di Jakarta telah bertembung dengan pihak […]
Sri Lanka: Rakyat Massa Serbu Bandar Colombo dan Menghalau Keluar Presiden Gotabaya
9 Julai 2022 menjadi hari bersejarah di Sri Lanka apabila rakyat massa dari seluruh negara telah turun ke ibu kota Colombo dan bertempur dengan pihak berkuasa untuk menyingkirkan Presiden Gotabaya Rajapaksa (dikenali sebagai Gota). Jutaan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah bersatu hati dan bertekad untuk menggulingkan keluarga Rajapaksa yang dianggap korup dan gagal untuk […]
Filipina: Bagaimana Marcos Jr., Anak Kepada Diktator Yang Terkenal Telah Berjaya Menawan Kerajaan
Dalam kemenangan besar, Ferdinand Marcos Jr., lebih dikenali sebagai Bong Bong Marcos atau ringkasannya BBM, bakal menjadi presiden Filipina pada akhir Mei. Anak kepada diktator terkenal Ferdinand Marcos itu telah berjaya memperoleh 31 juta undi, lebih daripada dua kali ganda jumlah saingan terdekatnya dan naib presiden semasa, Leni Robredo. Ini merupakan Presiden pertama yang menerima […]
Krisis di Sri Lanka: Apakah solusi kepada perjuangan kelas pekerja dan rakyat
Sejak pertengahan Mac lalu, masyarakat Sri Lanka sedang berjuang di jalan raya dan di tempat kerja untuk membantah kondisi ekonomi yang teruk dan untuk menolak kerajaan yang tidak mampu mencari jalan penyelesaian untuk rakyat yang sedang merana. Sekurang kurangnya 8 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan yang berlaku untuk mendapatkan bahan bakar seperti minyak dan […]
Putin menghantar tentera ke Ukraine – Bina perpaduan kelas pekerja untuk menentang perang dan kapitalisme!
Presiden Rusia Vladimir Putin mengisytiharkan pada hari Khamis, 24 Februari bahawa tentera Rusia telah diarahkan untuk melancarkan “operasi ketenteraan khas” di Ukraine. Sosialis dan gerakan kelas pekerja yang lebih luas harus mengutuk pencerobohan tentera Rusia ke Ukraine, yang akan membawa kepada kehilangan nyawa dan kemusnahan yang meluas kepada rakyat biasa yang tidak melakukan sebarang kesalahan. […]
Perjuangan Rakyat di Myanmar Kekal Berterusan!
Tahun 2022 menjadi saksi kepada keberanian rakyat Myanmar yang tekal dan teguh menentang kudeta rejim Tatmadaw. Berita hukuman Aung San Suu Kyi yang bakal dipenjarakan selama empat tahun diterima dengan perasaan skeptisisme di kalangan rakyat Myanmar, dek kerana hukuman ini dan penahanan sosok pimpinan berumur 75 tahun ini tidak lain tidak bukan merupakan taktik kotor […]
Petani di India menang menentang kerajaan Modi
Pada 19hb November yang lepas Perdana Menteri India, Narendra Modi memansuhkan tiga rang undang-undang penternakan yang pernah diluluskan pada tahun lepas. Ini adalah kemenangan yang bersejarah buat kelas petani di India dan juga rakyat massa yang menentang rejim autoritarian BJP (Bharatiya Janata Party). September tahun lepas, kerajaan telah menggubal tiga undang-undang iaitu Perjanjian Jaminan Harga […]
Kabul Tumbang: Tamparan Hebat kepada Imperialis AS dan Barat – Penderitaan Rakyat Afghanistan Berterusan di bawah Taliban
Pada 15 Ogos, kumpulan Taliban telah memasuki ibu kota Afghanistan, Kabul dan menyingkirkan kerajaan Ashraf Ghani yang disokong oleh Amerika Syarikat daripada kuasa. Ribuan penduduk Afghanistan telah berpusu-pusu ke lapangan terbang untuk cuba melarikan diri daripada situasi huru-hara di negara mereka. Setelah pemimpin kerajaan Ghani meninggalkan Afghanistan, militia Taliban telah mengambil alih istana presiden dan […]
Myanmar: Tentangan terhadap pemerintahan tentera berubah menjadi perjuangan bersenjata
Angkatan tentera Myanmar terus memegang kuasa melalui penindasan dan tindakan membunuh rakyat jelata. Sejak berlangsungnya kudeta tentera pada bulan Februari yang lepas, lebih 800 rakyat telah dibunuh dan ramai pula dicederakan. Berpuluh-puluh ribu rakyat juga terpaksa lari meninggalkan kediaman mereka. Malah, pihak tentera juga dikatakan telah membakar hangus keseluruhan kampung Kinma di daerah tengah Myanmar. […]
Amerika Latin – Gelombang perjuangan dan krisis yang terbaru
Amerika Latin terus dilanda wabak pandemik Covid-19 dan tidak terlihat akan penghujungnya. Sejak ketibaan penjajah daripada Sepanyol dan juga Portugal di rantau Amerika Latin dan juga kepulauan Carribean, kematian seramai 1,300,000 ini kemungkinan besar adalah angka kematian yang terburuk di alami di keseluruhan rantau tersebut,. Jumlah kematian yang paling teruk adalah di Brazil iaitu seramai […]
Iran: Mogok Pekerja Industri Minyak dan Gas Menyambut Presiden Baru
Sejurus selepas berlangsungnya pilihanraya presiden di Iran pada Jun yang lepas, sebuah mogok nasional menyusul di sektor yang penting iaitu minyak, gas dan petrokimia dan masih berlangsung sehingga kini. Sebuah inisiatif yang digerakkan secara akar umbi, tindakan mogok ini mendapat sokongan yang meluas. Ini disebabkan tuntutan yang di bawa oleh mereka dan juga tuntutan yang […]
Hentikan keganasan kerajaan Israel terhadap rakyat Palestin
Penindasan yang kejam dan ganas oleh pasukan bersenjata Israel terhadap rakyat Palestin telah mencetuskan satu lagi situasi kecemasan di rantau itu dengan ancaman perang yang boleh berpanjangan. Kali ini, pihak berkuasa Israel sedang menghadapi sebuah pemberontakan dan protes dari seluruh masyarakat Palestin yang sudah tidak berupaya untuk memendam kemarahan mereka untuk lebih lama lagi. Pada […]
Gerakan Rakyat Myanmar Menentang Kudeta Ketenteraan Menghadapi Saat Kritikal
Di Myanmar, seruan mogok umum pada 8hb Mac yang lepas telah berhadapan dengan tindakan yang kejam oleh pihak tentera. Berdasarkan laporan sedia ada, sekurang-kurangnya dua orang awam telah ditembak mati oleh pihak tentera – yang turut melakukan serbuan yang dilakukan pada waktu malam, bagi menangkap para aktivis dan pemimpin kesatuan. Namun, tindakan menindas ini tidak […]
Pilihanraya di Myanmar: Apakah jaminan kelas pekerja di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi
Mana-mana pilihanraya yang berlaku pada tahun ini berlangsung dengan latar belakang yang mempunyai impak yang besar dan signifikan; terutamanya persoalan yang berkaitan dengan krisis ekonomi di era baru dan juga jangkitan pandemik Covid-19 yang telah pun meragut lebih sejuta nyawa. Negara di rantau Indo-China juga tidak terkecuali dalam hal ini dan pilihan raya di Myanmar […]
Nigeria: Gerakan Rakyat Menggugat Rejim Buhari
1 Oktober adalah hari kemerdekaan yang ke 60 buat negara Nigeria. Seiring dengan proses penyahjajahan yang sedang rancak berlangsung di rantau negara membangun, penjajah empayar British menghadapi tekanan tuntutan yang semakin meningkat di negara-negara jajahan mereka. Risiko akan hilangnya kekuasaan melalui gerakan pembebasan yang lebih radikal menyebabkan kuasa imperialisme besar sewaktu itu memindahkan penguasaan mereka […]
Indonesia: Jutaan kelas pekerja dan anak muda bangkit melancarkan mogok dan membantah ‘Omnibus Law’
Sejak pengumuman Presiden Jokowi untuk meluluskan Undang-undang Cipta Kerja atau lebih dikenali sebagai ‘Omnibus Laws’ pada Isnin 5 Oktober, kelas pekerja dan anak muda Indonesia telah bangkit dan sedang melancarkan sebuah bantahan besar-besaran di seluruh negara. Langkah kerajaan untuk meluluskan akta-akta yang akan menghakis hak pekerja disamping mengabaikan kesihatan alam sekitar ini telah meraih kemarahan […]
Thailand: Kebangkitan Anak Muda dan ketidakpopularan rejim junta
Sejak awal tahun ini, Thailand telah menyaksikan kebangkitan anak muda yang telah melancarkan protes besar-besaran di beberapa bandar utama dan institut pengajian tinggi. Walaupun pada awalnya hanya tertumpu di IPT tertentu, protes-protes tersebut sudahpun mula tersebar ke jalan raya dan disertai oleh kelas pekerja dan rakyat biasa. Gerakan ini telah terhenti seketika apabila dunia dilanda […]
PRU Singapura: Sokongan kepada PAP semakin merosot dengan jurang kekayaan yang semakin meningkat dan ekonomi yang semakin merudum
Pembinaan Parti Massa dengan Kepimpinan Kelas Pekerja berlandaskan Program Sosialisme perlu sebagai alternatif kepada krisis dalam pasaran bebas kapitalisme Pilihanraya umum Singapura berlangsung pada 11 Julai lepas dengan sebanyak 11 parti bertanding demi 93 kerusi Parlimen. Parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah 57 tahun semenjak 1965 (selepas keluar daripada Malaysia), terus […]
Coronavirus mendedahkan kelemahan sistem kesihatan dalam kapitalisme
Tragedi seperti penyebaran wabak Novel Coronavirus (Covid-19) yang telah membunuh lebih 1300 orang setakat ini bukanlah sekadar sebuah bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Bencana seperti ini tidak boleh diasingkan daripada sistem sosial dan terbentuk sebagai akibat kepada kelemahan sistem kapitalisme itu sendiri. Menjelang bulan Februari, lebih daripada 63 ribu orang disahkan telah dijangkiti oleh […]
Chile, Lebanon, Haiti, Iraq, Algeria, Ecuador… Gerakan Protes Massa Melanda Dunia
Kebangkitan massa secara besar-besaran sedang tercetus di banyak negara dunia pada waktu ini. Pada 25 Oktober lalu, seramai dua juta orang telah membanjiri jalan raya- jalan raya utama di ibu kota Chile, Santiago, bagi meluahkan kemarahan mereka dengan kepimpinan kerajaan dan keadaan ekonomi rakyat yang sedang merosot. Pada minggu yang sama, seramai lima ratus ribu […]
Anak Muda Indonesia Bangkit Mempertahankan Demokrasi dan Melawan Korupsi
2 orang terbunuh dan beratus-ratus lain cedera dalam pertempuran yang berlaku di antara anak muda, mahasiswa/i universiti/sekolah dan rakyat Indonesia dengan pihak berkuasa kerajaan seperti polis dan anggota keselamatan negara sepanjang minggu terakhir September lepas. Tambahan pula, pada minggu yang sama, tidak kurang daripada 32 warga di Wamena Papua Barat, sama ada yang berbangsa Papua […]
“Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah”
Perang dagang di antara negara Amerika dan China, yang sudah melebihi setahun masih berlanjutan tanpa sebarang titik noktah, dan ketegangan ini sedang mengkucar-kacirkan pasaran dan ekonomi dunia. Sebagai gergasi ekonomi dunia, Amerika dan China masing-masing menuding jari untuk menuduh punca kepada konflik ini, tetapi pada masa yang sama berlumba-lumba untuk menjadi jaguh ekonomi dunia. Donald […]
Hong Kong: Pergolakan Rakyat Meningkat
Gerakan massa yang menentang boneka rejim Beijing di Hong Kong sedang berhadapan dengan penindasan yang teruk. Sepanjang 9 minggu yang lalu, kira-kira 600 orang ditahan dan lebih 40 orang daripada itu dituduh sebagai pencetus rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun. Pada Sabtu (10 Ogos) protes-protes besar tercetus di seluruh bandar yang telah bertempur […]
Perjuangan Revolusi Rakyat Algeria
Sejak 5 bulan yang lalu, kelas pekerja dan rakyat biasa di Algeria sedang terlibat dalam sebuah gerakan massa menentang rejim pemerintah yang kuku besi. Gerakan ini dengan cepat dapat mengumpul momentum dengan protes-protes gergasi yang dilancarkan oleh anak muda dan rakyat biasa termasuk mogok umum dari kelas pekerja. Kami menyiarkan kenyataan dari rakan perjuangan kami […]
Sudan: Bantah Keganasan Rejim dengan Perjuangan Revolusi Sosialisme
Setelah hampir 2 bulan sejak penggulingan bekas diktator Omar al Bashir yang memerintah Sudan untuk 30 tahun, kini, pergelutan antara kuasa revolusioner dan kontra revolusioner sedang mencapai tahap kritikal. Protes yang tercetus pada Disember 2018 telah memaksa kuasa-kuasa kerajaan untuk memecat Omar al Bashir selaku ketua kerajaan bagi membendung gerakan rakyat yang membantah rejim tersebut […]
Mogok Umum di India
220 JUTA PEKERJA MENYERTAI AKSI MASSA BERSEJARAH Tanpa sebarang ragu-ragu, mogok Umum 48 jam yang dilancarkan oleh hampir 220 juta orang para pekerja, petani, pekedai kecil dan sebagainya di India akan menjadi rekod sejarah dari segi angka penglibatan kelas pekerja di dalam satu aksi yang serentak dan tersusun. Menariknya, mogok umum kedua terbesar juga berlangsung […]
Venezuela: Bagi mobilisasi kelas pekerja untuk melawan birokrasi korup dan untuk membina sosialisme yang sebenar.
Kenyataan dari CWI Venezuela (Izquierda Revolucionaria) 24/1/2019 Sejak sehari lepas, situasi politik di Venezuela sedang semakin genting dan huru hara. Pemimpin blok sayap kanan Venezuela, Guaido (presiden baru di dalam Dewan Undangan Nasional yang didominasi oleh pembangkang kerajaan) telah mengumumkan dirinya sebagai Presiden interim bagi Venezuela dan mendeklarasi bahawa kepimpinan Maduro adalah tidak sah. Guaido menyeru […]
Protes Jaket Kuning: Kebangkitan Anak Muda dan Pekerja di France
Untuk hampir 2 bulan, gerakan ‘Gilet Jaunes’ ataupun ‘Jaket Kuning’ telah menarik ratusan ribu rakyat France ke dalam perjuangan menentang Presiden Macron yang di label sebagai ‘Presiden untuk orang kaya’. Sejak 17 November lalu, seramai 300 ribu anak muda dan rakyat biasa telah menyertai gerakan ‘Jaket Kuning’ ini di lebih 2 ribu lokasi di seluruh […]
Konflik Perdagangan dan Impak kepada Malaysia
Konflik perdagangan di antara dua gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat dan China, telah mula memberikan kesan kepada ekonomi negara-negara membangun. Masing-masing Amerika dan China bersaing untuk mengenakan tarif dan halangan perdagangan untuk melindungi pasaran dan ekonomi negara masing-masing. Akibatnya ekonomi China sudah mula menunjukkan kesan memandangkan Amerika merupakan rakan perdagangan utama China. Walaupun dengan […]
Apakah Motif di Sebalik Perjanjian Trump dan Kim Jong-un?
Pendamaian Tanpa Komitmen Pada 2 Jun lalu, President Amerika Syarikat Donald Trump dan diktator Korea Utara Kim Jong Un telah bersidang di Singapura untuk mencapai sebuah perjanjian di antara dua negara tersebut. Selepas lebih 5 dekad dalam konflik, kepimpinan dari kedua-dua negara tersebut akhirnya bersetuju untuk bertemu dan membincangkan cara penyelesaian kepada permasalahan yang ada. […]
Pekerja dan Anak Muda Mencabar Rejim Iran
Sejak hujung tahun lepas, sebuah kebangkitan massa telah tercetus di beberapa bandar di Iran disebabkan oleh bantahan rakyat terhadap kegagalan industri kewangan, kenaikan inflasi yang mendadak, korupsi dikalangan golongan elit, polisi neo liberal dari kerajaan dan penindasan terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa oleh kelas majikan kaya selama berdekad-dekad lamanya. Bandar-bandar besar seperti Tehran, Mashhad, […]
Israel–Palestine: Deklarasi Trump Mencetuskan Kemarahan Massa
Langkah Presiden Amerika Trump untuk mengiktirafkan Jerusalem sebagai ibu kota unilateral bagi Israel sambil mengabaikan kepentingan rakyat Palestin yang mempunyai hak ke atas bandar tersebut, telah mencetuskan gelombang protes di seluruh dunia dan sudahpun menaikkan jumlah kematian di kalangan rakyat Palestin. Seramai empat orang Palestin sudah terbunuh, beratus lagi tercedera, Israel sudah mula melancarkan roket […]
Zimbabwe: Mugabe Telah Jatuh Tetapi Rejimnya Kekal Berkuasa!
Selepas 37 tahun memegang kuasa sebagai pemerintah Zimbabwe dan dikenali sebagai diktator kuku besi, Robert Mugabe (93) telah digulingkan dalam sebuah rampasan kuasa tentera yang dirancang oleh ahli partinya sendiri. Percubaan Mugabe untuk meletakkan isterinya Grace Mugabe sebagai penggantinya tidak diterima baik daripada kepimpinan parti Zanu PF. Dalam proses itu, Mugabe juga telah melucutkan kawan […]
Catalonia–Sepanyol: Aksi massa diperlukan untuk menjatuhkan kerajaan PP!
Untuk Sebuah Republik Sosialis Catalan! Pada 1 Oktober lalu, hampir di setiap pelosok, negeri Catalonia menjadi huru-hara seakan-akan berada di bawah pemerintahan tentera. Beribu-ribu polis dan penguat-kuasa sivil – yang dihantar oleh kerajaan Partido Popular (Partai Rakyat / PP) dan Jabatan Kehakiman Negara – telah menggunakan kekerasan yang melampau untuk menghalang pemungutan suara dalam referendum […]
Keputusan Kes Jobstown: Semua tuduhan digugurkan oleh juri!
Dalam satu kekalahan yang besar bagi pihak kelas pemerintah, para juri dalam kes #jobstownnotguilty mendapati semua 6 yang tertuduh tidak bersalah dan dibebaskan tanpa disabit kesalahan. Semua 6 individu tersebut telah dikenakan tuduhan menggangu ketenteraman apabila komuniti setempat Jobstown telah menghalang kereta Joan Burton ( bekas Timbalan Perdana Menteri ) daripada bergerak sebagai tanda protes […]
Pilihanraya UK: Tamparan hebat kepada Parti Konservatif!
Bersatu dan berjuang untuk polisi-polisi Corbyn! Parlimen tergantung Sebuah pilihanraya yang bersejarah telah berlangsung di United Kingdom (UK) pada 8 Jun lalu yang menyaksikan satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri Theresa May yang gagal untuk mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan di Parlimen. Sejak pilihanraya ini diumumkan, para elit di UK mengimpikan satu mandat yang besar […]
Venezuela: Majlis Perlembagaan dan tugas-tugas revolusioner
Pada 1 Mei, Presiden Nicolas Maduro mengumumkan rancangan untuk memanggil sebuah Majlis Perlembagaan bagi “mencapai keamanan di Republik, mengalahkan cubaan untuk rampasan kuasa oleh fasis dan untuk mempertahankan kedaulatan rakyat. “ Deklarasi ini muncul dalam konteks krisis ekonomi dan sosial yang tenat, dengan kadar inflasi melebihi 700% (3,000% untuk harga makanan) dan juga kemerosotan kondisi […]
China Menyerang Hak Demokrasi Hong Kong!
Leung Kwok-hung atau lebih dikenali sebagai ‘long hair’ merupakan seorang aktivis veteran yang memperjuangkan hak-hak demokrasi di Hong Kong. Dia juga menduduki dewan perundangan yang dikenali sebagai Legco dan kini sedang menghadapi ancaman perlucutan jawatan daripada pihak berkuasa Hong Kong yang dikawal oleh negara China. Bersama Leung, 3 lagi ahli Legco yang memenangi pilihanraya September […]
Pertahankan Peserta Protes Jobstown!
Pada 24 April 2016, sebagai protes terhadap penswastaan air di Republik Ireland, sebuah komuniti kelas pekerja telah menghalang kereta bekas Timbalan Perdana Menteri Joan Burton dalam sebuah aksi duduk dan bantah di bandar Jobstown. Sekarang, para peserta protes tersebut sedang didakwa sebagai melakukan penculikan. Joan Burton yang juga adalah pemimpin Parti Labour merupakan antara orang […]
Protes Spontan di Lapangan Terbang telah Berjaya Menyekat Agenda Rasisme Trump!
Sebuah cetusan protes massa di lapangan terbang di seluruh Amerika Syarikat telah mengakibatkan salah satu daripada polisi Trump untuk mengharamkan kemasukkan golongan Muslim ke dalam AS telah berjaya dikalahkan untuk sementara waktu. Trump mengarahkan penyekatan terhadap semua pelarian perang daripada memasuki AS untuk 120 hari dan menolak visa bagi 6 negara majoriti Muslim. Penyekatan tersebut […]
Trump Mengancam Komuniti Imigran
Pertahankan Komuniti Imigran! Donald Trump sedang bergerak pantas untuk menunaikan beberapa janji kempen pilihanraya yang menindas golongan minoriti, terutamanya golongan migran dan Muslim. Pada hari kelima selaku Presiden AS, Donald Trump sudahpun memberikan ‘lampu hijau’ untuk memulakan kerja-kerja pembinaan sebuah tembok di sempadan negara Mexico. Bersama itu, dana untuk penguatkuasa imigresen ditambah dengan 5000 peronda […]
Hentikan Serangan Terhadap Perhimpunan Aman!
Kebangkitan bersejarah oleh kumpulan mahasiswa dan belia di Tamil Nadu yang menentang pengharaman ‘Jallikattu’ (tradisi petani Tamil yang menandakan musim menuai) oleh kerajaan pusat India sedang ditindas dengan teruk oleh pihak penguasa. Kebangkitan rakyat Tamil Nadu ini mencerminkan aspirasi rakyat biasa yang enggan ditekan oleh kuasa-kuasa besar dan tidak tunduk pada penindasan dari kerajaan pusat […]
Fidel Castro, Pemimpin Revolusi Cuba 1959 Meninggal Pada Usia 90
Kematian Fidel Castro, berumur 90 tahun, telah diumumkan oleh adiknya Raul, di televisyen negara Cuba hampir seminggu lalu. Berjuta-juta pekerja di Cuba dan di seluruh dunia akan meratapi pemergian pemimpin revolusi Cuba 1959 bersama dengan Che Guevara. Pada masa yang sama, kuasa-kuasa reaksi kapitalisme akan mempergunakan waktu ini untuk cuba dan memulihkan sistem ekonomi pasaran […]
Sosialis Alternatif Malaysia Mendukung Hak Menentukan Nasib Sendiri untuk Papua Barat!
Penipuan Sejarah Pada 27 Disember 1949, ketika pengisytiharan kedaulatan Negara Republik Indonesia oleh Belanda, West Papua masih merupakan jajahan yang tidak berpemerintahan sendiri. Hanya pada 1 Disember 1961, rakyat West Papua baru mendeklarasikan kemerdekaan mereka dan telah membentuk Dewan Nieuwgunearaad. Walau bagaimanapun, deklarasi tersebut tidak diakui oleh Soekarno yang menganggap ia sebagai negara boneka buatan […]
Video: Protes Bantah Trump! 40 ribu menyahut seruan kami!
Protes Bantah Trump yang dipanggil oleh Socialist Alternative USA (CWI Amerika Syarikat) telah disahut oleh hampir 40 ribu rakyat, terutamanya dari kalangan anak muda di seluruh negara. Klik disini untuk membaca kenyataan Socialist Alternative Bahasa Melayu Click here to read Socialist Alternative statement in English https://youtu.be/tna-1ulON8M
Protes Bantah Trump! 40 ribu telah menyahut seruan kami!
Kenyataan dari Socialist Alternative USA (CWI Amerika Syarikat) Sesuatu yang tidak masuk akal telah berlaku – Donald Trump telah menjadi Presiden Amerika Syarikat ke 45.Selanjutnya, Parti Republikan telah telah mendapat kekuasaan di kedua-dua dewan Kongres. Bersama, mereka sedang menanti untuk melancarkan serangan demi serangan ke atas kehidupan rakyat biasa dan memecah belahkan perpaduan di kalangan […]
Bina gerakan massa menentang Trump dan bangunkan parti untuk rakyat biasa!
Rakyat Amerika Syarikat dan seluruh dunia terkejut dengan berita kemenangan jutawan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 45 baru-baru ini. Tahun ini menandakan kebangkitan politik rakyat Amerika dalam menentang parti-parti politik yang dianggap sebagai sebahagian daripada pertubuhan elit yang mengawal hidup mereka dan membawa polisi-polisi neo-liberalisme yang hanya menguntungkan segelintir elit. Ini dicerminkan dengan […]
Sepanyol: Mogok umum pelajar yang bersejarah
Dibawah kami menerbitkan terjemahan kenyataan pertama dari Kesatuan Pelajar Sepanyol ( Sindicato de Estudiantes ) berkenaan mogok pelajar yang bersejarah pada 26 Oktober. CWI dan Sosialis Alternatif menyokong penuh aksi mogok ini dan telah menganjurkan aksi solidariti di lebih 20 negara. Sebuah mogok umum yang dipanggil oleh Kesatuan Pelajar (Sindicato de Estudiantes) di Sepanyol pada […]
Bagaimana hendak mengorganisasi pemandu-pemandu Uber
Temubual bersama Don Creery oleh ahli Socialist Alternative USA ( CWI USA ). Don Creery merupakan seorang pemandu sepenuh-masa Uber dan salah seorang pemimpin di Persatuan Pemandu Aplikasi ( ABDA ) di Seattle, Amerika Syarikat. Soalan: Bagaimana anda bermula memandu untuk Uber? Creery: Saya bermula apabila saya membaca artikel di Seattle Weekly pada musim panas 2013 […]
Kenyataan Solidariti untuk Gerakan ‘Repeal The 8th’ di Ireland
Gerakan ‘Repeal the 8th’ ( mansuhkan artikel 8 dari perlembagaan ) merupakan gerakan yang menuntut pemansuhan akta dalam perlembagaan Ireland yang mengharamkan penguguran kandungan. Kami di Malaysia menyokong gerakan ‘Repeal the 8th’ Ireland. 28 September ini menandakan hari aksi sedunia dalam perjuangan mendapatkan hak menggugurkan kandungan dengan selamat. Maka, pada tahun ini, ‘Repeal the 8th’ […]
India: Mogok Umum Menuntut Gaji Minimum
Kenyataan oleh New Socialist Alternative ( CWI India ) Pada 2hb. September yang lalu, berjuta-juta pekerja telah mengambil bahagian dalam mogok umum di India, yang dipanggil oleh semua kesatuan sekerja utama. Di antara tuntutan mereka adalah, menuntut gaji minimum tidak kurang daripada Rs 18 000 (RM 1100) setiap bulan, pencen dipertingkatkan dan menamatkan semua serangan […]
Kenyataan Sosialis Alternatif bagi perjuangan mahasiswa Papua Barat di Jogjakarta
Hentikan penindasan terhadap rakyat Papua Barat ! Mengikut kejadian semasa di Jogja kelmarin Jumaat 15 Julai sehingga Sabtu 16 Julai 2016, kami dari Sosialis Alternatif Malaysia ingin berdiri bersolidariti bersama masyarakat Papua, terutamanya mahasiswa Papua Barat di Jogja. Dalam bulan-bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa Indonesia telah mengepung dan mengurung mahasiswa yang ingin mengadakan perarakan untuk […]
Turki: Percubaan Kudeta Gagal
Tidak kepada pemerintahan tentera, tidak kepada pemerintahan Erdogan ! Berjuang demi alternatif kelas pekerja ! Pada malam 15 Julai, beberapa jeneral berpangkat sederhana, bekas jeneral dan kolonel tentera Turki cuba untuk melakukan kudeta dan menggulingkan kerajaan AKP dan Presiden Erdogan. Pada masa percubaan rampasan kuasa itu, Erdogan sedang bercuti di pantai Aegean. Komplot kudeta tentera […]
Britain: Selepas Brexit
Penulis : Hannah Sell, Socialist Party ( CWI di UK ) Parti Konservatif keluar! Pilihanraya umum dengan serta-merta! Berjuang untuk mogok umum 24 jam! Financial Times telah melaporkan hasil referendum Brexit (terma yang digunakan untuk menandakan peninggalan negara Britain daripada EU) sebagai titik hitam dalam sejarah Kesatuan Eropah ( EU ) dan golongan elit di […]
Revolusi Politik di Amerika Syarikat
Kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat mencerminkan sebuah titik perubahan dalam perjuangan kelas pekerja, kelas menengah, mahasiswa/i dan rakyat biasa yang dieksploitasi oleh kapitalisme. Masyarakat AS diselubungi dengan idea-idea radikal yang menolak kedua-dua parti utama mereka, Demokrat dan Republikan. Hampir separuh daripada pengundi yang berdaftar di Amerika adalah penyokong calon bebas yang tidak yakin dengan […]
Kertas Panama: Bina Alternatif Politik untuk Membendung Penipuan Cukai
Kira-kira setahun lalu, sebanyak 11.5 juta fail perbankan daripada firma guaman Mossack Fonseca dari Panama telah dibocorkan ke Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa ( ICIJ ) oleh sebuah sumber yang tidak diketahui. Mossack Fonseca merupakan sebuah firma undang-undang Panama yang pakar dalam penubuhan syarikat-syarikat kosong ( shell companies ) yang boleh di isi dengan jutaan dolar […]
Perancis: Kelas Pekerja dan Anak Muda Bantah Undang-Undang Anti-Pekerja
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Perancis sedang menghadapi tekanan ekonomi dan sosial akibat kemerosotan dalam sektor industri yang mengakibatkan pemotongan perbelanjaan awam dari kerajaan. Pemotongan bajet sedang bertambah dan posisi kerajaan PS ( Parti Socialiste ) yang jelas menyebelahi kelas pemerintah kapitalis semakin terdedah setiap hari. Pada 9 April 2015, sebahagian daripada kelas pekerja yang […]
Pengeboman Pengganas di Brussels
Berjuang menentang terrorisme, keganasan, peperangan dan kemiskinan ! Berpuluh-puluh orang mati atau tercedera dan rakyat Belgium berada dalam kejutan berikutan serangan pengganas di lapangan terbang Zaventem dan stesen metro Maelbeek di Brussels pada 22 Mac lalu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan rakan-rakan mereka. Mangsa, sekali lagi, adalah dari kalangan orang-orang biasa. Keganasan kejam […]
Rakyat Brazil Menuntut Keadilan!
Lebih daripada 3.5 juta rakyat Brazil telah menyertai perhimpunan anti-kerajaan di seluruh negara, menambah tekanan ke atas Presiden Dilma Rousseff yang sedang dalam skandal korupsi. Dilma dan beberapa kepimpinan tertinggi parti neoliberal yang menyamar menjadi parti pekerja itu terlibat dalam sebuah skandal korupsi bernilai jutaan dolar yang melibatkan syarikat minyak milik kerajaan Petrobras. Demonstrasi […]
Ribuan Pekerja Lombong Arang Mogok di China
Beribu-ribu pekerja syarikat lombong arang Longmay di timur utara China sedang bermogok selama lebih seminggu untuk menentang pemotongan kerja dan gaji yang belum dibayar. Mogok itu bermula pada 9 Mac lalu di salah satu daripada 10 lombong arang yang dimiliki syarikat Longmay di bandar Shuangyashan. Longmay adalah syarikat perlombongan milik kerajaan yang terbesar dan mempunyai […]
Sanders Membuka Era Baru dalam Politik Amerika Syarikat
Kemenangan Bernie Sanders di pemilihan calon Presiden Parti Demokrat di New Hampshire telah mengoncangkan arena politik Amerika Syarikat. Buat kali pertama dalam sejarah Amerika Syarikat, calon yang memanggil dirinya sebagai sosialis telah menang di banyak tempat yang utama di Amerika Syarikat, dan dengan margin yang paling besar dalam sejarah New Hampshire. Dengan 22 mata di hadapan, […]
Kemenangan Untuk Politik Kelas Pekerja dan Sosialisme di Seattle, Amerika Syarikat
Pada pemilihan ahli Majlis Bandaraya Seattle di Amerika Syarikat untuk penggal seterusnya pada awal bulan November ini, Kshama Sawant wakil Sosialis Alternatif (CWI Amerika Syarikat) telah memenangi lebih 55 peratus undi untuk berkhidmat empat tahun lagi di Majlis Bandaraya Seattle. Ini adalah satu pencapaian bersejarah bagi pekerja-pekerja di Seattle dan di seluruh Amerika. Dengan sokongan […]
Kekalahan Kiri di Pilihanraya Dewan Rakyat Venezuela
Kemenangan untuk konservatif sayap kanan mencerminkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat. Pilihanraya dewan rakyat ini mengambil tempat dalam situasi krisis sosial dan ekonomi yang amat teruk. Rakyat Venezuela sedang menghadapi kadar inflasi melebihi 100% dan taraf kehidupan yang merosot dengan gejala sosial semakin meningkat. Kemelesetan ekonomi ini disebabkan oleh beberapa faktor utama. Antaranya […]
Tragedi Keganasan di Paris: Kelas Pekerja dan Rakyat Biasa Harus Bersatu Menentang Kezaliman!
Sebuah tragedi keganasan telah melanda kota Paris sekali lagi. Kali ini, lebih 120 orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi tercedera di tempat-tempat hiburan di mana pekerja dan anak-anak muda berkumpul di hujung minggu (Stade de France, pusat muzik di Bataclan). Tragedi ini berlaku di tempat yang padat dengan kelas pekerja dan masyarakat minoriti dari pelbagai latar […]
Mogok Umum Pekerja Indonesia Menuntut Upah Layak
Saat ini, para pekerja di Indonesia masih sedang berupaya melaksanakan perlawanan umum dalam bentuk Mogok Nasional selama empat hari (24-27 November) menuntut dihapuskannya Peraturan Pemerintah tentang Pengupahan no.78/2015 yang dianggap merugikan para pekerja. Lagipula, Peraturan Pemerintahan itu bertentangan dengan Undang-undang No.13/2003 tentang Tenaga Kerja yang menyatakan bahawa setiap pekerja berhak memperoleh penghasilan untuk memenuhi kehidupan […]
Turki: Lebih 100 Nyawa Terkorban Dalam Peristiwa Pengeboman di Aman
Seramai 128 orang telah terbunuh dan ramai lagi tercedera dalam peristiwa letupan bom di perhimpunan aman yang dianjurkan oleh kesatuan-kesatuan sekerja di Ankara, ibu negara Turki pada 10 Oktober lalu. Ia adalah serangan pengganas yang terbesar dalam sejarah negara itu. Ramai mangsa masih berada di unit rawatan rapi di hospital-hospital, manakala banyak lagi mayat-mayat yang […]