Tragedi Keganasan di Paris: Kelas Pekerja dan Rakyat Biasa Harus Bersatu Menentang Kezaliman!
Sebuah tragedi keganasan telah melanda kota Paris sekali lagi. Kali ini, lebih 120 orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi tercedera di tempat-tempat hiburan di mana pekerja dan anak-anak muda berkumpul di hujung minggu (Stade de France, pusat muzik di Bataclan). Tragedi ini berlaku di tempat yang padat dengan kelas pekerja dan masyarakat minoriti dari pelbagai latar […]
Mogok Umum Pekerja Indonesia Menuntut Upah Layak
Saat ini, para pekerja di Indonesia masih sedang berupaya melaksanakan perlawanan umum dalam bentuk Mogok Nasional selama empat hari (24-27 November) menuntut dihapuskannya Peraturan Pemerintah tentang Pengupahan no.78/2015 yang dianggap merugikan para pekerja. Lagipula, Peraturan Pemerintahan itu bertentangan dengan Undang-undang No.13/2003 tentang Tenaga Kerja yang menyatakan bahawa setiap pekerja berhak memperoleh penghasilan untuk memenuhi kehidupan […]
Kapitalis Ada Dua Parti – Rakyat Biasa Perlukan Parti Sendiri
‘Gajah sama Gajah berjuang, Pelanduk mati di tengah-tengah’, inilah situasi politik sistem dua parti dan akibatnya kepada rakyat biasa di negara ini. Sejak PRU-12, persaingan untuk kuasa pemerintahan antara BN dan Pakatan semakin sengit. Di tengah-tengah pertarungan kuasa ini, rakyat biasa terus dipinggirkan daripada manfaat pembangunan negara, dan ditindas dengan serangan demi serangan terhadap hak […]
Turki: Lebih 100 Nyawa Terkorban Dalam Peristiwa Pengeboman di Aman
Seramai 128 orang telah terbunuh dan ramai lagi tercedera dalam peristiwa letupan bom di perhimpunan aman yang dianjurkan oleh kesatuan-kesatuan sekerja di Ankara, ibu negara Turki pada 10 Oktober lalu. Ia adalah serangan pengganas yang terbesar dalam sejarah negara itu. Ramai mangsa masih berada di unit rawatan rapi di hospital-hospital, manakala banyak lagi mayat-mayat yang […]
Wiji Thukul
Di Malaysia akhir-akhir ini kita sering melihat tekanan politik yang semakin kuat daripada pemerintah terhadap segala macam bentuk penentangan terhadap kekuasaan Barisan Nasional. Situasi ini sebenarnya bukan merupakan perkara yang luar biasa bagi sebuah negara yang dipimpin oleh sebuah kuasa yang telah terlalu lama di tampuk pemerintahan dan semakin takut akan kehilangan kuasanya. Apalagi kalau […]
Buruh Paksa Landasan Kereta Api Maut Siam-Burma 1942-1945
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak kesan politik, ekonomi dan sosial. Salah satu kesan yang sentiasa menjadi ingatan pahit adalah tentang buruh kereta api maut Siam-Burma yang telah melibatkan ramai orang tanpa mengira bangsa. Setelah tentera Jepun berjaya menakluk Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, dibawah Jeneral Yamashita mereka juga telah berhasil menakluk Tanah Melayu pada tahun 1942. Rentetan itu, rancangan peluasan penaklukan ke India melalui Burma pula telah dilancarkan. Ia ada kaitannya dengan pembinaan landasan kereta api dari Siam ke Burma. Bahkan, ia juga kerana kepentingan ekonomi dalam aspek pengangkutan dan perdagangan.