Kesatuan RUM Bantah Perjanjian RNAA!
Kesatuan Pekerja Kereta api Tanah Melayu (KTMB) yang dikenali sebagai Railwaymen Union of Malaysia (RUM) membantah sekeras-kerasnya perancangan kerajaan untuk membuat perjanjian baru diantara Perbadanan Aset Kereta api (RAC) di bawah Kementerian Pengangkutan dan KTMB. Perjanjian Akses Rangkaian Kereta api (RNAA) ini bertujuan untuk memberikan kawalan urus tadbir KTMB kepada Kementerian Pengangkutan untuk diswastakan kepada […]
Hari Mei 1 dan Kesatuan Sekerja
Satu perarakan Hari Mei diadakan di Kuala Lumpur, di mana Sosialis Alternatif dengan membawa slogan “Mantapkan Perjuangan…Kukuhkan Kesatuan, Lawan Kapitalisme…Bina Alternatif” juga telah melibatkan diri dalam perarakan tersebut yang diorganisasi di bawah Jawatankuasa Satu Mei dengan tuntutan ‘Laksanakan Tabung Pemberhentian Pekerja’. Di kebanyakan negara, perarakan-perarakan sebegini dengan penglibatan pekerja yang lebih ramai akan dipelopori dan […]
Peringatan Hari Pekerja dan 100 Tahun Revolusi Rusia
Sambutan hari pekerja 1 Mei di seluruh dunia pada tahun ini bersamaan dengan peringatan seratus tahun Revolusi Rusia. Revolusi yang mencapai puncaknya pada bulan Oktober tahun 1917 di sebuah negara paling miskin di Eropah pada waktu itu tercatat dalam sejarah sebagai sebuah revolusi yang berjaya menjatuhkan kuasa raja zalim berdasarkan kepada kekuatan golongan miskin yang […]
Pertahankan Peserta Protes Jobstown!
Pada 24 April 2016, sebagai protes terhadap penswastaan air di Republik Ireland, sebuah komuniti kelas pekerja telah menghalang kereta bekas Timbalan Perdana Menteri Joan Burton dalam sebuah aksi duduk dan bantah di bandar Jobstown. Sekarang, para peserta protes tersebut sedang didakwa sebagai melakukan penculikan. Joan Burton yang juga adalah pemimpin Parti Labour merupakan antara orang […]
Pekerja Kilang Ais Meraikan Kemenangan
PEKERJA KILANG ATLAS EDIBLE AIS DI KEPONG DAN BATU CAVES MERAIKAN KEMENANGAN DALAM PERJUANGAN MENUNTUT CARUMAN KWSP KE ATAS KOMISEN Hampir RM800,000 berjaya dituntut oleh 100 pekerja Kilang Atlas Edible Ais di Kepong dan Batu Caves! RM5 juta yang dilesapkan oleh majikan daripada 23 cawangan Kilang Atlas Edible Ais di Lembah Kelang, Selangor dan Negeri […]
Mampukah Kepimpinan Baru Memantapkan MTUC?
Pada bulan November 2016, perhimpunan agung MTUC (Kesatuan Sekerja Malaysia) telah memilih kepimpinan baru dengan Solomon sebagai setiausaha agung. Solomon juga merupakan setiausaha agung NUBE (Kesatuan Sekerja Nasional Pekerja-Pekerja Bank) yang juga merupakan kesatuan yang paling aktif di Malaysia. Sebelum pemilihan kepimpinan MTUC, pasukan Solomon telah berkempen untuk menukar imej MTUC kepada kesatuan kebangsaan yang […]
Bina Kuasa Pekerja dan Anak Muda!
Solidariti Pekerja menyokong tuntutan BERSIH 5.0 seperti ‘Pilihanraya Bersih’, ‘Kerajaan Bersih’, ‘Perkukuh Demokrasi Parlimen’ dan ‘Hak Membantah’ yang disuarakan semenjak tahun 2007 lagi. Sudah lama hak-hak yang diperjuangkan oleh BERSIH dicabuli untuk kepentingan kuasa elit dan parti pemerintah. Rakyat daripada berbagai lapisan, kaum dan agama telah melibatkan diri dalam BERSIH dengan harapan untuk melihat satu […]
Bagaimana hendak mengorganisasi pemandu-pemandu Uber
Temubual bersama Don Creery oleh ahli Socialist Alternative USA ( CWI USA ). Don Creery merupakan seorang pemandu sepenuh-masa Uber dan salah seorang pemimpin di Persatuan Pemandu Aplikasi ( ABDA ) di Seattle, Amerika Syarikat. Soalan: Bagaimana anda bermula memandu untuk Uber? Creery: Saya bermula apabila saya membaca artikel di Seattle Weekly pada musim panas 2013 […]
Kondisi Pekerja Migran di Malaysia
Duta Nepal di Malaysia telah menerima sebanyak 461 laporan kematian bagi pekerja Nepal pada tahun lepas. 70% daripada kematian ini berpunca dari serangan jantung dan majoriti daripada mereka meninggal dalam tidur. Dikatakan bahawa, tekanan hidup,kerja berat dan berkerja di bawah terik matahari sepanjang hari menjadi penyebab bagi kematian ini. Kekurangan masa rehat yang disediakan oleh […]
Perjuangan Pekerja Kilang Ais Atlas
Perjuangan dan Solidariti Pekerja Atlas Ais di Kepong dan Batu Caves Berjaya Menuntut caruman KWSP ke atas komisen Pada bulan Ogos yang lalu, pihak KWSP telah memaklumkan kepada Jawatankuasa Pekerja Atlas Ais Kepong dan Batu Caves bahawa majikan Atlas Ais telah didapati bersalah akibat tidak mencarum KWSP untuk komisen, dan dengan itu KWSP akan menuntut […]