Pinjaman PTPTN Cecah Hampir RM40 Billion Awal 2025: Penyelesaian Reformis Gagal Menangani Akar Krisis
… jelas bagaimana pendidikan telah dikomodifikasikan dan dijadikan alat pengumpulan modal kapitalis. Dengan merendahkan peruntukan kepada pendidikan awam dan mewujudkan PTPTN, kelas kapitalis mengaut keuntungan — pertama melalui pemotongan perbelanjaan kerajaan dalam institusi awam, kemudian melalui hutang pelajar yang dikenakan faedah, dan akhirnya graduan memenuhi pasaran buruh sebagai “pelatih” dengan gaji yang rendah.
Hari Wanita Sedunia Malaysia 2025
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini, Sosialis Alternatif telah menyertai perhimpunan Hari Wanita Sedunia Malaysia yang diadakan di Taman Jaya, Kuala Lumpur. Perhimpunan yang telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa Hari Wanita Sedunia Malaysia yang terdiri dari anak muda dan aktivis akar umbi, telah dihadiri oleh hampir 300 peserta, serta kumpulan NGO hak wanita dan orang asli serta organisasi akar umbi. Antara 5 tuntutan bertema Hari Wanita Sedunia tahun ini, Sosialis Alternatif telah menjadi tetamu jemputan bagi menyahut tuntutan keadilan ekonomi dan anti-kapitalisme.
Gerakan Wanita Komunis: Wanita dan revolusi
Legasi Gerakan Wanita Komunis sepanjang tiga tahun yang kritikal dari 1920–1922 tetap hidup, dan, dengan mengambil kira perbezaan sejarah, ia memberikan pandangan yang cukup menarik dan berguna terutama bagi mereka yang sedang berjuang hari ini untuk menghapuskan ketidaksamaan dan penindasan gender serta membebaskan wanita melalui transformasi demokratik sosialis
The Pointless Debate over Bumiputera Quotas Between Racists and Meritocrats
“In a planned economy that serves the needs of human beings, there would be no need for such moralistic alternatives to racist quotas as merit, which presupposes in the first place a competitive economy that ultimately serves the needs of the wealthy and powerful. At best it is a coping mechanism on the part of the petty bourgeois who have had trouble dealing with the myth of upward mobility all crumbling down on him at once; at worst it is a cruel insult callously thrown at the workers of the world who feed, clothe, and shelter all of us, and who have brought us all the technological wonders of the world not because, but in spite, of their exploitation.”
Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif
Sekali lagi kami menyahut seruan ini sambil juga berkempen dan menyeru agar kepimpinan SRBR mengambil pendirian mandiri yang bersifat anti kapitalisme dan berpendirian solidariti kelas pekerja, agar gerakan dapat bertahan kemandiriannya daripada menjadi tunggangan politik elit yang hakikatnya juga dipimpin individu yang langsung tidak mempunyai profil berjuang bersama rakyat dan juga terpalit tuduhan korupsi. Bagi kami SA dan SP, hanya melalui jalinan solidariti bersama politik pekerja kemandirian ini dapat dipertahankan.
Protes Mahasiswa dan Anak Muda: Rakyat Benci Rasuah
Dengan perubahan PM lebih dari 3 kali dalam tempoh kurang dari 2 tahun sejak PRU ke-15 sementara penindasan terhadap rakyat dan politik rasuah masih berterusan, bermakna anak muda dan mahasiswa sudah tidak percayakan politik elit dan memaksa mereka menuntut perubahan yang benar-benar konkrit di jalanan.
The Reformist Doctor Who Treats the Symptom, Not the Cause
Because PSM does not recognize, as we do, the material fact that the state is nothing more than an instrument of the ruling class—that is, a tool for domination of one class over another—thus it is at best reluctant, and at worst unwilling, to challenge the capitalist state at its core. Instead, its strategy revolves around operating within the constraints of the existing system, lobbying for reforms and seeking the support of progressive liberal allies along the way, promising to curb the excesses of capitalism.
Perjuangan Pendidikan Percuma Harus Diteruskan
Pendidikan, sebagai hak asasi manusia yang fundamental, telah lama dianggap sebagai pemangkin kesamarataan. Namun, di Malaysia, janji pendidikan sebagai laluan kepada mobiliti sosial dan jaminan ekonomi telah digugat oleh komodifikasi pembelajaran yang semakin keterlaluan. Pengenalan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) membuka ruang kepada syarikat swasta untuk meraih keuntungan daripada pendidikan. Hari ini, peralihan ke arah neoliberalisme telah menambah beban keluarga dengan kos pendidikan yang melampau, mengikat graduan dalam kitaran hutang, dan mengukuhkan ketidaksamarataan.
Quo Vadis, Mahasiswa?
Pada 5hb Julai 2024, lima kesatuan mahasiswa telah bergabung ke dalam sebuah organisasi yang bertujuan untuk merapatkan jurang di antara rakyat tertindas dan mahasiswa; serta bersolidariti sesama kepimpinan anak muda. Hal yang tercetus berikutan penentangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah terhadap pengurusan kerajaan negeri telah menjurus kepada inisiatif kesatuan mahasiswa di semenanjung untuk mula mengatur langkah dan membuat keputusan untuk turut berjuang bersama menentang hal yang sama. Maka tertubuhlah organisasi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) yang terdiri daripada Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Suara Siswa Universiti Malaya, Demokratik Siswa, Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Kongres Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang
Kami daripada Sosialis Alternatif ingin memanjangkan kata solidariti kepada inisiatif anak muda dan mahasiswa dalam mewujudkan Sekolah Alternatif bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di Sabah. Sememangnya ia merupakan usaha murni daripada anak muda yang prihatin terhadap isu rakyat. Dan inisiatif ini sememangnya bukan sekadar harus diangkat pada tahap puji-pujian, tetapi perhatian juga harus diberikan pada isu yang didedahkan melalui inisiatif ini. Iaitu isu akses pendidikan, kewarganegaraan dan penempatan yang merupakan sebahagian besar isu yang melatari inisiatif ini.
Gaji Minimum untuk Semua Pekerja, dan Pelatih Industri (Intern) Juga Pekerja!
Isu pelatih industri yang tidak dibayar gaji atau dibayar rendah di Malaysia bukan sekadar kegagalan etika; ia merupakan masalah sistemik yang mendedahkan kezaliman eksploitasi sistem kapitalisme. Pelatih industri adalah pekerja — sama seperti pekerja sepenuh masa di dalam syarikat, pelatih industri juga tertakluk di bawah ketetapan polisi dan undang-undang syarikat seperti jam bekerja dan skop pekerjaan syarikat. Oleh itu, mereka berhak menerima gaji dan perlindungan yang setimpal seperti pekerja sepenuh masa yang lain. Namun, ketiadaan perlindungan undang-undang bagi pelatih industri di Malaysia mencerminkan operasi pasaran buruh yang menganggap pekerja boleh ‘dipakai-buang’, sambil mengekalkan kitaran eksploitasi terhadap pelatih industri di bawah topeng ‘peluang’ dan ‘latihan’. Kitaran ini amat menguntungkan syarikat terutama CEO dan pihak majikan.
Bina Perjuangan Politik untuk Menangani Krisis Kesihatan Negara
Mogok doktor kontrak yang dilancarkan pada hari Isnin lepas telah mengetengahkan isu yang membelenggu bukan sahaja para pekerja kesihatan yang terlibat, tetapi juga mewujudkan tanda tanya mengenai sistem kesihatan negara yang sedang menjurus ke arah krisis.
Kerajaan Campuran PH-BN akan Gagal. Bina Alternatif Politik untuk Mempertahankan Kebajikan dan Hak Rakyat!
Sebahagian daripada rakyat Malaysia telah menarik nafas lega apabila Anwar Ibrahim akhirnya dipilih menjadi PM dan Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan. Tetapi pada masa yang sama, sebahagian besar daripada rakyat, terutamanya rakyat di pantai timur dan negeri-negeri utara, tidak bersetuju dengan hala tuju kerajaan campuran yang mengandungi koalisi Barisan Nasional yang dianggap sebagai parti yang […]
PRU 15: Krisis politik semakin parah. Bina alternatif kiri untuk selamatkan rakyat
Keputusan PRU ke 15 telah melihat kegagalan semua koalisi politik untuk mendapat bilangan kerusi yang cukup untuk menubuhkan kerajaan. Situasi ‘hung Parlimen’ ataupun Parlimen tergantung merupakan pertama kali berlaku dalam sejarah politik negara. Pada awalnya, koalisi politik yang berbeza telah mendakwa bahawa mereka mempunyai majoriti yang cukup untuk menjadi kerajaan. Tetapi akhirnya selepas campur tangan […]
Che Guevara: Simbol Perjuangan
“Tembak, pengecut, anda hanya akan membunuh seorang lelaki”. Ini adalah ucapan terakhir Che Guevara sebelum beliau dibunuh pada 9 Oktober 1967 di Bolivia, ketika umur Che hanya 39 tahun. Hampir lima puluh tahun selepas kematiannya, bendera, sepanduk, potret dan slogan dengan gambar Che masih dipergunakan secara meluas termasuk dalam demonstrasi dan protes. Walaupun bagi kebanyakan […]
Hikayat Tanah Tikus (The Story of Mouseland)
Kapsyen (Sumber) Add Your Heading Text Here Ini adalah kisah mengenai sebuah tempat yang bernama Tanah Tikus. Tanah Tikus adalah tempat di mana semua tikus kecil tinggal dan beriadah, dilahirkan dan meninggal dunia. Dan mereka tinggal lebih kurang sama seperti kamu dan saya. Mereka juga mempunyai sebuah Parlimen. Setiap lima tahun mereka mempunyai pilihan raya. […]
Bina Perjuangan Rakyat Untuk Lawan Kenaikan Harga Barangan
Pengumuman pihak kerajaan bahawa harga kawalan untuk beberapa bahan makanan asas seperti ayam, telur dan minyak yang akan dimansuhkan bermula Julai ini telah mewujudkan keresahan di kalangan rakyat biasa. Ekoran kritikan dari rakyat dan ahli politik lain, PM Ismail Sabri dengan tergopoh-gopoh memperkenalkan kembali harga kawalan untuk ayam dengan penambahan sebanyak 50 sen pada RM9.40 […]
Krisis Inflasi Dunia: Simptom Sistem Kapitalisme
Krisis inflasi yang melanda dunia pada tahun ini sedang menimbulkan keresahan berkenaan dengan pemulihan ekonomi global selepas ditimpa pandemik yang berpanjangan selama 2 tahun. Kebanyakan daripada negara dunia sudahpun mula melonggarkan sekatan pergerakkan rakyat dan sedang cuba memulihkan ekonomi yang merudum selama ini. Tetapi malangnya, pemulihan ini tidak berjaya bergerak lancar akibat krisis inflasi yang […]
Imbasan 2021 dan Masa Depan Kelas Pekerja dan Rakyat Biasa
[et_pb_section admin_label=”section”] [et_pb_row admin_label=”row”] [et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]Tahun 2021 juga akhirnya berakhir dengan kehampaan bagi jutaan rakyat Malaysia yang belum melihat sebarang pemulihan dalam kehidupan mereka selepas bergelut dengan Pandemik Covid-19 selama 2 tahun. Hujah kerajaan bahawa vaksin merupakan satu-satunya solusi untuk menamatkan pandemik dan kembali ke kehidupan lama nampaknya tidak benar dan jangkitan Covid-19 masih […]
Inflasi global dan tempatan meningkat. Apa nasib rakyat miskin?
Selepas terbelenggu selama hampir 2 tahun akibat pandemik Covid-19, pihak kerajaan telah mula membuka balik kebanyakan sektor industri dan sedang cuba untuk memulihkan ekonomi negara. Tetapi, kenaikan inflasi dan harga barangan pada tahun ini sedang mewujudkan persoalan mengenai pemulihan ekonomi yang diajukan oleh pihak kerajaan. Harga barangan yang naik bukan sahaja meningkatkan beban terhadap rakyat […]
Simpanan KWSP Berkurangan, Pekerja Semakin Miskin. Bina Kepimpinan Kelas untuk Mempertahankan Kebajikan Rakyat!
Berikutan pandemik Covid-19 yang telah menghancurkan ekonomi dunia selama hampir 2 tahun, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada para pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang simpanan mereka bagi menampung beban kehidupan yang meningkat akibat pandemik ini. Para pekerja yang kehilangan kerja, kehilangan elaun-elaun tertentu dan mengalami pemotongan gaji di sepanjang pendemik ini telah terpaksa mengorbankan wang simpanan […]
Sekreteriat Solidariti Rakyat tidak mempunyai kepimpinan yang jelas. Bina perjuangan berdasarkan keperluan dan kesedaran kelas pekerja dan rakyat biasa!
Masyarakat Malaysia sedang berperang dengan bencana Covid-19 untuk hampir 2 tahun tanpa sebarang jalan penyelesaian. Kes Covid yang berada pada sekitar 2 ribu pada waktu Darurat diumumkan pada Februari lalu kini sudah menghampiri 20 ribu kes sehari. Jumlah keseluruhan kes juga sudah mencecah 1 juta orang. Pihak kerajaan sedang gagal bukan sahaja untuk membendung penyebaran […]
Kempen ‘Bendera Putih’, ‘Bendera Hitam’ mencerminkan keadaan negara yang tenat. Bina alternatif sosialisme untuk menghadapi krisis kapitalisme
Kempen ‘Bendera Putih’ yang mula menular di media sosial pada akhir Jun lalu telah menjadi simbol kepada keadaan ekonomi rakyat yang semakin tenat. Rakyat yang tidak dapat menampung kehidupan akibat kekangan kewangan digalakkan untuk mengibarkan bendera putih di hadapan rumah mereka supaya masyarakat umum dapat mengetahui keadaan mereka dan menghulurkan bantuan. Pandemik Covid-19 dan sekatan […]
Pemerkasa tidak membawa solusi kepada jutaan rakyat: Bina perjuangan kelas pekerja dan massa untuk menuntut kebajikan yang berpatutan bagi rakyat
Berikutan jangkitan Covid-19 yang mendadak naik sejak beberapa bulan lepas, kerajaan telah terpaksa melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bagi menghadkan penyebaran virus. Akibat langkah-langkah kerajaan yang membuka ekonomi dan sekolah secara pramatang, kini, seluruh ekonomi negara terpaksa dihentikan secara tiba-tiba. Pelaksanaan PKP 3.0 ini akan memberikan impak negatif kepada jutaan pekerja yang bergantung […]
Peranan kesatuan sekerja dalam gerakan massa
Pandemik Covid-19 yang bermula lebih satu tahun lalu sedang mewujudkan penderitaan yang berterusan kepada jutaan kelas pekerja dan rakyat miskin di seluruh dunia. Kerajaan dan kepimpinan dunia yang diamanahkan untuk menangani pandemik ini sedang gagal untuk memikul tanggungjawab mereka. Projek vaksin mereka sedang menghadapi masalah bekalan untuk memenuhi keperluan rakyat dunia, terutamanya bagi rakyat di […]
Selamat Hari Pekerja Sedunia 2021: Bina kepimpinan politik untuk menentang kapitalisme
Hari 1 Mei yang menjadi simbol perjuangan kelas pekerja untuk lebih 150 tahun terpaksa disambut di dalam keadaan yang penuh dengan ketidaktentuan dan huru hara pada tahun ini. Pandemik Covid-19 dan kemurungan ekonomi global sedang memberikan kesan yang mendalam kepada jutaan kelas pekerja dan rakyat miskin dari seluruh dunia. Tetapi, walaupun dalam keadaan ini, perjuangan-perjuangan […]
Vaksin tidak boleh menyelesaikan masalah ekonomi dan politik: Bina perjuangan untuk menuntut alternatif sosialisme!
Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan yang berharap untuk mengedarkan vaksin Covid-19 kepada seluruh penghuni Malaysia, termasuk warga asing, telahpun dilancarkan oleh PM Muhyiddin Yassin yang menerima dos pertama vaksin berjenama Pfizer baru-baru ini. Berikutan itu, sebuah risalah yang menggariskan semua butiran berkenaan program ini telah dikeluarkan ke masyarakat umum oleh kerajaan. Mengikut risalah tersebut, pihak kerajaan […]
Hari Wanita Sedunia: Bina perjuangan kelas untuk mempertahankan hak rakyat tertindas!
Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun menandakan perjuangan wanita dalam mempertahankan hak dan kebajikan mereka yang bermula lebih 110 tahun dahulu dan masih berpanjangan sehingga ke hari ini. Walaupun golongan wanita zaman ini sedang menikmati hak-hak yang lebih baik berbanding generasi sebelum ini, penindasan terhadap wanita masih lagi menjadi isu yang […]
Sepuluh Tahun Sejak ‘Arab Spring’ – Pengajaran yang Penting bagi Sosialis di seluruh Dunia
Tahun 2011 bermula dengan tunjuk perasaan besar-besaran yang telah tersebar di Timur Tengah dan Afrika Utara dan menggegarkan rejim-rejim autokratik yang bermaharajalela di rantau ini. Para diktator – Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir – yang tampil teguh untuk berdekad-dekad lamanya, disingkirkan dari kekuasaan oleh gerakan anak muda dan kelas pekerja yang […]
2020: Sebuah Dekad Pergolakan dan Ketidaktentuan Sudah Bermula
Ketika tahun 2020 berakhir, kekecohan dan kucar-kacir yang telah menggegarkan kapitalisme global sedang terus berlanjutan. Tahun ini menjadi titik perubahan dalam sejarah yang mempengaruhi setiap aspek masyarakat. Pengulas dan sejarahwan masa hadapan akan merujuk tahun 2020 dan 2021 sebagai ‘pra-COVID’ dan ‘pasca-COVID’. Pandemik COVID 19, yang telah membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada jutaan orang di […]
Perjanjian RCEP: Solusi kepada kemelesetan ekonomi?
Selepas hampir 8 tahun dalam rundingan, sebuah Perjanjian Perdagangan yang dinamakan sebagai Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah dipersetujui oleh 15 buah negara di Summit ASEAN ke 37 yang berlangsung di atas talian akibat kekangan pandemik Covid19. Perjanjian RCEP merangkumi 10 negara ASEAN (Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand, Vietnam) dan 5 […]
Kapitalisme Menghadapi Krisis yang Parah – Tingkatkan Perjuangan ke arah Sosialisme!
Lebih satu dekad lalu, berikutan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada 2008, sidang pengarang Financial Times telah mengucapkan tahniah kepada sistem kapitalisme yang berjaya berpegang pada kuasa dan tidak dicabar oleh kuasa-kuasa ‘kiri’ yang seharusnya boleh menentang sistem tersebut. Dalam krisis ekonomi yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua, tidak ada sebarang usaha dari […]
Kesatuan Sekerja – Pimpinan ke Arah Pembinaan Politik Kelas Pekerja
Majoriti pekerja pada hari ini, sekali lagi menghadapi krisis yang bakal memudaratkan lagi keadaan kehidupan mereka. Kemampuan untuk terus melangsungkan kehidupan, sama ada bagi mereka yang sudah pun kehilangan kerja mahupun menerima potongan gaji dalam peratusan yang besar sekali lagi dihalang oleh kenaikan kes pandemik gelombang ketiga. Tidak lupa juga, kita telah pun mendengar berita […]
Bolehkah parti MUDA membawa solusi kepada krisis politik dan ekonomi yang sedang parah?
Setakat ini tidak ada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan bahawa parti MUDA akan membawa harapan anak muda dan memberikan sebuah solusi kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun belum lagi jelas pada waktu ini, kebanyakkan besar anggota pertubuhan ini merupakan golongan usahawan, teknokrat, pendakwah dan aktivis yang muda dan mempunyai sedikit pengaruh di kalangan rakyat biasa, terutamanya di kalangan golongan belia.
Krisis ekonomi dunia mengancam Asia Tenggara
Berikutan krisis kesihatan global pandemik Covid19, negara-negara Asia Tenggara yang kebanyakannya merupakan pengekspot komoditi, dijangka akan menghadapi sebuah malapetaka ekonomi dalam bulan-bulan dan tahun-tahun yang akan datang. Kerajaan Amerika Syarikat baru-baru ini menegaskan bahawa kemelesetan ekonomi yang sedang berlaku pada waktu ini akan berpanjangan dan boleh mengambil masa lebih 10 tahun untuk kembali pulih. Ini […]
Hari Pekerja Sedunia: Kelas Pekerja Harus Bangkit Menentang Kehendak Kapitalis
Hari pekerja sedunia di sambut pada 1 Mei di seluruh dunia sebagai penghargaan bagi pengorbanan para pekerja dalam menyumbang kepada kemajuan negara. Hari ini, dalam keadaan krisis kesihatan pandemik Covid19, kita telah menyaksikan dengan sendiri, bagaimana kelas pekerja merupakan nadi utama bagi mana-mana masyarakat. Merekalah yang menguruskan segala barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh seluruh […]
1 Mei: Pembinaan kuasa kelas pekerja perlu untuk mengatasi penindasan dan kebinasaan akibat krisis ekonomi dan sosial kapitalisme
1 Mei yang merupakan Hari Pekerja Sedunia pada tahun ini datang dalam situasi yang penuh dengan pelbagai cabaran bagi jutaan para pekerja. Ketidakstabilan politik yang melanda negara-negara dunia selama ini sudah mula tercetus di negara ini juga. Kemelesetan ekonomi dunia juga sudahpun memberi impak kepada pekerja di sini dengan peningkatan kadar pengangguran, terutamanya di kalangan […]
Pandemik Covid 19: Krisis kapitalis dan polarisasi kelas di Amerika Syarikat
Pada waktu ini, keruntuhan sosio-ekonomi disebabkan oleh pandemik Covid19 yang sedang mencetuskan sebuah krisis ekonomi dalam sistem kapitalisme global telahpun dirasai di setiap benua. Ini boleh menyebabkan sebuah situasi kemelesetan ekonomi yang berpanjangan dengan unsur-unsur kemurungan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah sistem kapitalisme. Kejatuhan harga minyak mendadak yang untuk pertama kalinya mencatatkan harga negatif […]
Pandemik Coronavirus dan Kapitalisme Sedang Membinasakan Kehidupan Manusia : Berjuang Demi Sosialisme Untuk Memelihara Masa Depan Semua!
Ketibaan pandemik Covid19 telah menggegarkan sistem ekonomi kapitalisme yang sudahpun berada di ambang sebuah kemelesetan yang teruk. Dasar-dasar neo-liberalisme kapitalis yang diimplimentasi selama ini telah mewujudkan sebuah masyarakat yang tidak mampu untuk melindungi dirinya daripada ancaman seperti Covid19 dan pada masa yang sama terdedah dengan krisis ekonomi yang akan memberi kesan yang mendalam. Dalam situasi […]
Kapitalisme Mengheret Dunia Ke Arah Kemusnahan – Pembinaan Alternatif Sosialis Diperlukan!
Krisis pandemik Coronavirus telah mengheret sistem ekonomi kapitalisme dan masyarakat dunia ke arah satu era baru yang akan dipenuhi dengan pelbagai pergolakan massa. Di satu demi satu negara, apabila pandemik ini mula tersebar, segala kelemahan sistem kapitalisme sudah mula terdedah dengan sangat cepat. Bermula dari skandal rejim China yang pada awalnya telah cuba untuk merahsiakan […]
Seruan Kelas Pekerja dalam Menangani Krisis Covid-19
Coronavirus mendedahkan ketempangan sistem kapitalisme dalam menangani krisis! Kebajikan Kelas Pekerja haruslah di bela! Perkhidmatan Kesihatan Negara Tingkatkan peruntukkan dana perubatan, kecemasan dan kesihatan dengan segera. Bekalkan perlindungan yang mencukupi bagi semua pekerja barisan hadapan yang sedang berhadapan dengan tugas untuk membendung penyebaran wabak ini. Kerajaan harus mengambil alih infrastruktur dan kakitangan pusat perubatan swasta […]
Kenyataan Hari Wanita Sedunia 2020
Mantapkan hak wanita melalui pembinaan solidariti dan perjuangan kelas pekerja ! Lawan kapitalisme dan bina sosialisme untuk hak demokrasi, ekonomi dan sosial yang adil dan saksama ! Tahun 2020 sudah menampakkan titik suram dengan suasana politik dan ekonomi negara yang semakin pincang. Ketidaktentuan dalam ekonomi di peringkat global, dan wabak COVID 19 yang semakin merebak, […]
Berjuang Demi Sosialisme Demi Kesejahteraan Manusia
Oxfam (NGO yang mengkaji jurang kaya miskin global) telah mengeluarkan sebuah laporan yang mendedahkan bahawa hanya 2153 orang jutawan kaya di dunia kini memiliki lebih banyak duit berbanding 60% daripada populasi global, iaitu 4.6 bilion orang biasa. Golongan kaya 1% teratas kini memiliki dua kali ganda lebih daripada jumlah harta bagi 99% rakyat. Jurang kekayaan […]
‘Malaysia Baru’ Masih Dicengkam oleh Ketidakstabilan Ekonomi Pasaran Bebas dan Agenda Kapitalisme
Pakatan Harapan meneruskan agenda ekonomi kapitalisme sepertimana Barisan Nasional…Politik alternatif berlandaskan program sosialisme perlu untuk membina ekonomi dan sosial alternatif yang berlandaskan harapan rakyat Belanjawan 2020 yang di bentangkan oleh kerajaan PH pada awal Oktober 2019 jelas meneruskan agenda neo-liberalisme dan ekonomi pasaran bebas yang telah diperkembangkan oleh BN ketika menerajui kerajaan lebih 60 tahun. […]
Politik Ketiga Perlu Berlandaskan Harapan dan Hak Kelas Pekerja dan Anak Muda
Muafakat Nasional merupakan satu gabungan di antara parti UMNO dan PAS yang telah diumumkan dalam perhimpunan Penyatuan Ummah yang dihadiri oleh kepimpinan kedua-dua parti tersebut pada September lalu. Agenda utama perhimpunan tersebut adalah untuk mewujudkan kerjasama antara dua parti yang berasaskan bangsa Melayu-Islam terbesar di Malaysia, terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 bagi menentang […]
Sokongan Pakatan Harapan Semakin Merosot… Kerajaan Gagal Meningkatkan Hak Sosial dan Ekonomi Yang Memihak Kepada Rakyat Terbanyak
Kekalahan memalukan calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil untuk kawasan Parlimen Tanjung Piai, mencerminkan ketidakpuasan rakyat berbilang kaum terhadap kerajaan PH yang tidak mampu merealisasikan harapan rakyat untuk satu taraf hidup yang lebih baik dan terjamin. Tanpa peningkatan gaji yang berpatutan dan kawalan harga barangan dan kos perkhidmatan di bawah ekonomi terancang yang demokratik berlandaskan […]
Adakah wajar untuk meningkatkan umur persaraan bagi kelas pekerja?
Berikutan pengumuman belanjawan 2020, beberapa isu pekerja menjadi perbincangan dan perdebatan di kalangan pertubuhan pekerja dan badan-badan kerajaan. Antara isu yang hangat di bincangkan adalah berkaitan dengan had umur persaraan bagi pekerja di Malaysia yang menjadi tumpuan MTUC (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia) dan pada waktu ini sedang membuat kempen untuk menyeru kepada pihak kerajaan supaya […]
Mahasiswa/i Universiti Malaya Menentang Rasisme
Selepas lebih 40 tahun terpaksa mendiamkan diri kerana dikongkong oleh kerajaan dengan akta-akta yang tidak demokratik, Persatuan Mahasiswa/i Universiti Malaya akhirnya telah kembali ke tradisi mereka untuk menganjurkan sebuah perarakan dan perhimpunan pada minggu orientasi yang berlangsung pada awal September lalu. Aksi ini dijalankan di bawah tema ‘mahasiswa/i menentang rasisme’ dan telah mengutarakan beberapa isu […]
15% Rakyat Berada di dalam Situasi Kemiskinan… BN dan PH Tiada Penyelesaian
BINA PARTI PEKERJA SEBAGAI LANDASAN POLITIK PEKERJA DAN RAKYAT BIASA Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang telah melakukan sebuah kajian di Malaysia telah mendapati bahawa angka rasmi yang diberikan oleh pihak kerajaan mengenai kadar kemiskinan negara merupakan angka yang tidak berpatutan dan tidak selari dengan realiti. Laporan dan hujah kerajaan bahawa Malaysia mempunyai kadar kemiskinan yang […]
Orang Asal Tertindas di bawah Kapitalisme
Masyarakat pribumi, lebih dikenali sebagai masyarakat Orang Asli atau Orang Asal, telah wujud di Malaysia sejak 60,000 tahun dahulu. Masyarakat ini kaya dengan pelbagai budaya, adat, bahasa, kepercayaan, malah ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai flora dan fauna. Bagi pengkaji perkembangan sosial dalam masyarakat seperti Karl Marx dan Engels, masyarkat pribumi selalu dijadikan contoh masyarakat yang […]
Lebih Setahun Kerajaan Berubah, Rakyat Terus Tertekan, Golongan Minoriti dengan Berbilion Ringgit Terus Kaya
Ketika pilihanraya umum ke-14, Pakatan Harapan (PH) berjanji dalam manifesto bahawa selepas setahun mereka mentadbir, beban hidup rakyat akan dikurangkan. Tetapi, rakyat biasa dan warga pekerja merasakan harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat, sekaligus meningkatkan kos dan beban hidup walaupun GST di bawah pemerintahan BN sudah pun dimansuhkan. Kini ramai mampu membuat kesimpulan bahawa politik […]
50 Tahun Selepas Peristiwa 13 Mei, Sentimen Perkauman Masih Berleluasa. Apakah Jalan Penyelesaian?
Tahun ini merupakan ulang tahun ke 50 peristiwa berdarah 13 Mei yang menjadi titik hitam dalam sejarah Malaysia. Akan tetapi, peristiwa ini hanya dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menakutkan rakyat dan tiada analisa yang ikhlas dan mendalam dilakukan untuk mencari satu penyelesaian. Malah dalam buku teks sejarah sekolah juga, hanya beberapa ayat mengenai peristiwa ini […]
Penubuhan kembali Committee for a Workers International (CWI) berteraskan kaedah dan program Trotskyisme
Untuk laporan dalam Bahasa Inggeris sila layari : http://socialistworld.net/index.php/192-cwi/10249-refounding-the-committee-for-a-workers-international-on-the-basis-of-a-trotskyist-programme-and-method Pada sebuah mesyuarat yang berlangsung di London pada 22 ke 25 Julai lalu, lebih dari 200 delegasi ‘Faksi Pertahanan Kelas Pekerja Trotskyis CWI’ telah mengambil keputusan untuk menilai dan menubuhkan kembali CWI selari dengan program dan kaedah Trotskyis dalam perkembangan dunia semasa. Perwakilan dan penyokong faksi […]
Malapetaka Iklim Melanda Dunia: Perancangan Ekonomi Sosialis Diperlukan
Pada akhir tahun lepas, sebuah kajian oleh IPCC (badan yang ditubuh oleh PBB untuk menyelidik krisis iklim yang sedang melanda dunia) telah mengejutkan dunia dengan menganggarkan bahawa jika keadaan sekarang berterusan untuk 12 tahun lagi, teknologi dan kemampuan manusia tidak akan dapat menghentikan kemerosotan alam sekitar dan iklim dunia. Jika umat manusia tidak mengubah hala […]
Hari Pekerja Sedunia 2019: Berjuang Demi Alternatif Sosialis
Hari Pekerja Sedunia merupakan hari peringatan kepada perjuangan kelas pekerja dalam mendapatkan hak-hak yang sedang dinikmati oleh para pekerja di seluruh dunia. Perjuangan hari pekerja ini bermula dengan tuntutan untuk menghadkan hari kerja kepada 8 jam sehari hampir 150 tahun lalu. Sejak itu, kelas pekerja dari seluruh dunia telah menggunakan hari pekerja yang ditetapkan pada […]
Mengakhiri Perubahan Iklim Memerlukan Pengakhiran Kapitalisme
Pada 15 Mac 2019 lepas, pelajar dan anak muda di seluruh dunia turun ke jalan untuk menyertai Global Climate Strike. Protes ini dimulakan pada tahun lepas oleh Greta Thunberg, seorang pelajar sekolah yang melancarkan mogok di depan Parlimen Sweden untuk mengangkat isu bencana ekologi yang sedang dialami di seluruh dunia. Greta hanya berumur 16 tahun […]
Kepentingan untuk Membina Alternatif Politik
Dengan kejatuhan rejim BN yang telah memerintah negara selama lebih 6 dekad pada Mei lalu, rakyat Malaysia telah mengharapkan sebuah kepimpinan baru yang boleh meningkatkan taraf hidup kelas pekerja dan rakyat miskin dan pada masa yang sama mampu menguatkan perpaduan di kalangan rakyat dari latar belakang berbeza. Tetapi, selepas hampir setahun di bawah pemerintahan pihak […]
Ulang tahun ke-100 kematian Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht
Januari tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 pembunuhan dua orang pejuang kelas pekerja yang penting di Jerman, Rosa Luxemburg dan Karl Liebknecht. Mereka merupakan tokoh yang sehingga ke hari ini telah menjadi simbol bagi penentangan terhadap kapitalisme dan imperialisme dan telah berjuang dan mati demi sebuah masa depan sosialis. Mereka telah meninggalkan sebuah legasi yang […]
Rasisme dan Kapitalisme Berpisah Tiada! Lawan Kapitalisme untuk Membina Masa Depan yang Bahagia dan Aman untuk Semua!
Peristiwa kekecohan yang berlaku di Kuil Ladang Seafield di Subang Jaya baru-baru ini telah mendedahkan peranan sistem ekonomi dan sistem politik negara dalam menyebarkan sentimen perkauman yang tidak sihat. Isu Kuil Seafield merupakan pertikaian hak milik tanah di antara komuniti setempat dan pihak pemaju One City Development. Kes pengusiran paksa seperti ini berlaku secara berleluasa […]
Peranan Kesatuan dalam Menuntut Kebajikan Pekerja
Perubahan kerajaan pemerintah yang telah berkuasa untuk lebih 6 dekad ini sedang membuka jalan baru bagi rakyat Malaysia untuk menuntut pembaharuan dalam kehidupan mereka. Selama ini, rakyat biasa telah dibelenggu oleh kepimpinan kuku besi BN yang mempergunakan sentimen perkauman dan agama untuk memecah-belahkan rakyat bagi meneruskan penguasaan kerajaan. Tetapi selepas perubahan kerajaan kepada PH pada […]
Tunaikan Janji Pilihanraya!
TINGKATKAN CUKAI UNTUK GOLONGAN TERKAYA 1 PERATUS UNTUK PENGAGIHAN KEKAYAAN YANG ADIL DAN SAKSAMA! Pakatan Harapan membentuk kerajaan dengan sokongan pekerja, anak muda dan rakyat biasa. Rakyat sedang mengharapkan perkara-perkara yang dijanjikan dalam manifesto PH dilaksanakan. Setakat ini, beban hutang negara yang ditinggalkan oleh kerajaan BN yang menjangkau RM 1 trillion dijadikan alasan untuk sama […]
Tingkatkan Cukai Untuk 1% Terkaya Bagi Meningkatkan Keperluan Rakyat
Kerajaan Pakatan Harapan melancarkan Tabung Harapan Malaysia (THM) untuk menampung hutang negara yang sudah mencecah lebih daripada RM1 trillion. Jumlah tersebut adalah 80% daripada pendapatan negara (KDNK/GDP) jauh daripada had 55% yang ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini. Menurut kerajaan PH, hutang ini adalah akibat perbelanjaan dan keborosan tidak terkawal kerajaan BN, dan jika tidak dikurangkan […]
Perarakan Hari Wanita Sedunia 2018 di Kuala Lumpur
Gerakan Pembebasan Wanita ( kempen Sosialis Alternatif ) bersama dengan organisasi yang memperjuangkan hak wanita dan gerakan akar umbi yang lain telah menganjurkan beberapa aktiviti menjelang sambutan Hari Wanita Sedunia di Malaysia. Pada kemuncak aktiviti tersebut adalah perarakan Hari Wanita Sedunia anjuran Jawatankuasa Hari Wanita ( gabungan organisasi hak wanita ) yang telah berarak di […]
Hari Wanita Sedunia 2018: Kapitalisme Menindas Wanita – Berjuang Demi Sosialisme!
Menjelang abad ke-21, anak muda wanita terutamanya dari negara-negara maju telah diberitahu bahawa mereka tidak lagi memerlukan gerakan feminisme dan sistem ekonomi kapitalisme akan memenuhi aspirasi mereka untuk mencapai kesaksamaan. Tidak lagi perlu berjuang untuk hak-hak mereka kerana sistem kapitalisme menawarkan kesejahteraan bagi semua dan menjamin masa depan yang bahagia. Hari ini, jelas bahawa hujah-hujah […]
Kempen Undi Rosak: Mampukah membawa perubahan politik?
Peningkatan populariti gerakan undi rosak di kalangan anak muda terutamanya di laman-laman sosial, telah mewujudkan berbagai-bagai reaksi. Sebilangan anak muda melancarkan kempen ini sebagai bantahan terhadap Pakatan Harapan, terutamanya selepas pengumuman Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang. Ini juga adalah reaksi daripada anak muda terhadap tingkahlaku dan sifat politik pembangkang yang semakin menyerupai acuan politik […]
Pekerja dan Anak Muda Mencabar Rejim Iran
Sejak hujung tahun lepas, sebuah kebangkitan massa telah tercetus di beberapa bandar di Iran disebabkan oleh bantahan rakyat terhadap kegagalan industri kewangan, kenaikan inflasi yang mendadak, korupsi dikalangan golongan elit, polisi neo liberal dari kerajaan dan penindasan terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa oleh kelas majikan kaya selama berdekad-dekad lamanya. Bandar-bandar besar seperti Tehran, Mashhad, […]
Gelembung Ekonomi Robot, Teknologi Baru dan Krisis yang Menanti
IMF dalam ramalan terakhirnya memuji ekonomi kapitalisme yang nampak seperti seakan-akan sedang pulih dan kembali stabil. Mengikut analisa IMF, walaupun masih wujud beberapa krisis politik yang belum selesai, keadaan ekonomi telah pulih sepenuhnya dan akan menuju ke arah kemakmuran. Walaubagaimanapun, gambaran yang diberikan itu hanya dari segi permukaan dan realitinya, krisis kapitalisme masih sedang meruncing […]
Acara Memperingati API: Perspektif dan Hala Tuju Anak Muda dalam Perjuangan Rakyat
Perspektif, Halatuju dan Prinsip Perjuangan Sebagai Landasan Kepada Anak Muda dalam Mencetuskan Perubahan Bersama Gerakan Massa Pada 23hb Disember ini, Malaysia Muda akan menganjurkan ‘perarakan dan pementasan semula Kongres Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Pameran Jalanan Wajah Merdeka’ sempena memperingati ulang tahun ke-71 API, iaitu sebuah pertubuhan politik kiri anak muda pra-merdeka. Sosialis Alternatif akan […]
Pilihanraya Kampus Universiti Awam dan Gerakan Mahasiswa
Mahasiswa, yang juga tergolong dalam golongan anak muda tidak akan kekal menjadi mahasiswa, dalam tempoh yang singkat, mereka juga akan masuk ke alam pekerjaan dan menyumbang tenaga lebur mereka untuk pulangan gaji lalu mengejar kebahagiaan dan maksud masing-masing dalam hidup. Oleh itu, fasa mahasiswa ialah pra-fasa seorang pekerja. Namun, mahasiswa kini dalam dillema apabila ilmu-ilmu […]
Anak Muda dan Pilihanraya Umum
Menjelang Pilihanraya Umum ke 14, rakyat Malaysia, terutamanya anak muda sedang semakin terasing daripada proses pemilihan yang tidak memberikan sebarang suara kepada mereka. Mengikut laporan rasmi dari SPRM, didapati sekitar 4 juta anak muda belum lagi mendaftar sebagai pengundi untuk pilihanraya yang akan datang dan ramai lagi yang tidak menunjukkan sebarang minat dalam arena politik. […]
Solidariti Global: Hentikan penindasan di Hong Kong – Lepaskan tahanan politik!
Kemerosotan negara Hong Kong yang menjadi pusat penindasan dan pemerintahan kuku besi telah mengejutkan masyarakat dunia. Kebelakangan ini, dan terutamanya sejak Carrie Lam menjadi Ketua Eksekutif pada bulan Julai 2017, Hong Kong sedang mengalami sebuah tsunami penindasan. Sehingga sekarang, seramai 16 aktivis demokrasi anak muda termasuk pemimpin penting Gerakan ‘Umbrella’ 2014 telah dipenjara dan seramai […]
Indonesia: 50 Tahun Selepas Pembunuhan Massal
Sempena memperingati lebih satu juta mangsa yang terkorban dalam peristiwa pembunuhan massal yang berlaku di Indonesia pada 1965, kami menerbitkan kembali artikel yang ditulis pada tahun lepas. Jika kita menyusun senarai tragedi kemanusiaan yang paling kejam pernah berlaku dalam dunia moden ini, maka pembunuhan besar-besaran terhadap orang-orang yang dituduh komunis di Indonesia sudah pasti berada […]
Perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik!’
Kenyataan Gerakan Pembebasan Wanita untuk perarakan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’. Keadaan ekonomi dan sosial negara sedang menjadi semakin teruk dari hari ke hari. Kemelesetan ekonomi global yang bermula pada tahun 2008 sedang memberikan kesan yang besar dalam kehidupan harian kelas tertindas dan perkara ini sedang merosot kondisi sosial wanita bukan sahaja di Malaysia malah di […]
Obituari: Erick Nicholas Mujah (1987–2017)
ERICK NICHOLAS MUJAH (25 Jun 1987- 16 Ogos 2017) Erick meninggal dunia pada 16 Ogos yang lalu selepas bertarung nyawa selama 10 hari di hospital Kajang akibat komplikasi paru-paru berair, dan kegagalan multi-organ. Dia baru mencapai usia 30 pada tahun. Erick menyertai Sosialis Alternatif pada tahun 2010, dan merupakan antara komrad yang memainkan peranan penting […]
20 Tahun Selepas Krisis Ekonomi Asia
ADAKAH EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN KUKUH SELEPAS 20 TAHUN KRISIS KEWANGAN ASIA? 20 tahun yang lalu, krisis kewangan Asia yang bermula di Thailand pada 2 Julai 1997, merebak ke kebanyakan negara-negara di Asia termasuk Malaysia. Akibat krisis ini, ribuan pekerja kehilangan pendapatan apabila syarikat-syarikat antarabangsa dan tempatan gulung tikar, sekaligus meranapkan kehidupan rakyat biasa. Seramai 10400 […]
Ketidaktentuan Ekonomi Global dan Kesannya kepada Malaysia
Krisis sistem kapitalisme menghasilkan jurang kekayaan yang ekstrem. Manifestasi krisis ini terlihat jelas dari lensa global dan negara Malaysia juga tidak terkecuali, menjadi sebahagian daripada jaringan masalah realiti kehidupan kita secara umum. Majalah Forbes pada bulan Mac tahun ini, mengeluarkan artikel mengenai kekayaan para jutawan Malaysia yang semakin meningkat. Robert Kuok misalnya, menduduki tangga tertinggi […]
Anwar, Mahathir dan Posisi Kiri
Kebelakangan ini wujud ketidakpastian atau kekeliruan di kalangan beberapa golongan Kiri sama ada patut menyertai dan memberikan sokongan atau berkerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan UMNO/BN dalam PRU14 kerana kini Pakatan berkerjasama dengan Mahathir, yang telah bersifat diktator ketika menjadi perdana menteri. Manakala segolongan Kiri yang lain termasuk beberapa individu yang dianggap Kiri dalam PKR, […]
Kongres Anak Muda Malaysia 2017
Kongres Anak Muda Malaysia 2017 yang dianjurkan oleh gabungan anak muda dan aktivis seperti Demi Malaysia telah berlangsung dengan berjaya pada 13 dan 14 Mei lepas. Bermula pada hari yang signifikan bagi Malaysia (ulang tahun peristiwa Mei 13 1969), kongres ini telah berjaya membawa anak muda dari pelbagai negeri dan latar belakang dalam bilangan yang […]
Peringatan Hari Pekerja dan 100 Tahun Revolusi Rusia
Sambutan hari pekerja 1 Mei di seluruh dunia pada tahun ini bersamaan dengan peringatan seratus tahun Revolusi Rusia. Revolusi yang mencapai puncaknya pada bulan Oktober tahun 1917 di sebuah negara paling miskin di Eropah pada waktu itu tercatat dalam sejarah sebagai sebuah revolusi yang berjaya menjatuhkan kuasa raja zalim berdasarkan kepada kekuatan golongan miskin yang […]
Hari Wanita Sedunia Kuala Lumpur 2017
Gerakan Pembebasan Wanita, sebuah kempen berciri anti kapitalisme dan perjuangan wanita, telah menganjurkan beberapa acara sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang ke 100 di Malaysia. Kami juga mengangkat rentang dan sepanduk di sekitar jalan raya di Kuala Lumpur pada 11 Mac dan mengundang sesiapa yang menyokong perjuangan wanita untuk menyertai kami. Seramai 40 orang anak […]
Selamat Hari Wanita Sedunia!
Perjuangan untuk menjamin hak dan kebajikan wanita adalah perjuangan melawan agenda kapitalisme! 8 Mac adalah hari penting yang menggambarkan perjuangan hak dan kebajikan wanita di seluruh dunia. Sehingga hari ini, wanita masih lagi ditindas berganda. Pertama, mereka berada dalam cengkaman kekuasaan kapitalis dan kedua, mereka ditindas di dalam masyarakat kerana status gender mereka. Dalam konteks […]
Amalan Poligami dalam Masyarakat Kelas Menindas Golongan Wanita!
Sebelum kita mengkaji poligami, kita haruslah memperhalusi asas kepada institusi keluarga. Marxist berhujah bahawa institusi keluarga wujud untuk menyokong sistem kelas. Institusi keluarga dalam apa bentuk sekalipun, berakar dalam patriaki dan mempunyai sejarah penindasan wanita. Intitusi ini membebankan wanita dari segi kerja domestik yang dilakukan secara percuma dan mewujudkan kebergantungan kepada lelaki yang menjadi punca […]
Revolusi Februari 1917: Apakah pengajaran bagi masa ini?
Seratus tahun lalu, kelas pekerja Rusia dipimpin oleh pekerja Petrograd ( kini dikenali sebagai St. Petersburg ), bangkit menggulingkan rejim diktator Tsar yang bermaharajalela selama lebih 1000 tahun. Kebangkitan pekerja ini telah memulakan sebuah proses revolusi dan kaunter-revolusi yang berpanjangan selama 9 bulan sehingga ke Oktober 1917. Oktober 1917 menandakan titik bersejarah di mana kelas […]
Asal-usul Penindasan Wanita
Sejak beribu-ribu tahun lalu, ketidaksamaan antara lelaki dan wanita dianggap sebagai intrinsik atau sebahagian daripada sifat manusia. Banyak hujah berdasarkan biologi digunakan untuk mewajarkan penindasan wanita sebagai semula jadi dan sebagai satu bentuk pembahagian kerja. Banyak juga pergerakan feminis yang sentiasa memberi tumpuan kepada struktur biologi atau sosial dan teori mereka berkisar bahawa ketuanan lelaki […]
Gelombang Feminis Baru?
Dengan kemunculan sebuah generasi baru yang menginginkan jawapan untuk menentang seksisme, Laura Fitzgerald menunjukkan bagaimana sebuah gerakan feminis yang berorientasi sosialis dan anti-kapitalis adalah amat relevan. “Dan akhirnya, kepada semua wanita di mana jua kamu, saya bersamamu. Apabila kamu rasa sunyi, saya bersamamu. Apabila orang lain meragui kamu, saya bersamamu. Saya berjuang setiap hari untukmu. […]
Populisme, Rasisme dan Nasionalisme untuk Menyelamatkan Kapitalisme
BINA PARTI MASSA PEKERJA UNTUK SELAMATKAN RAKYAT! Semenjak 2008, keadaan ekonomi negara yang tidak stabil dan taraf hidup rakyat yang semakin merosot telah mengucar-kacirkan keadaan politik negara. Seperti PRU 12 dan PRU 13 yang lalu, agenda populisme, rasisme dan nasionalisme sekali lagi akan menjadi landasan propaganda kepada parti pemerintah dan parti pembangkang untuk memenangi pilihanraya […]
Bantah Agenda Rasisme Trump!
Hari pertabalan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat merupakan hari yang sedih dan sebuah berita buruk bagi bukan sahaja rakyat AS, malah untuk seluruh dunia. Seorang wakil kelas jutawan yang taksub telah menjadi pemegang jawatan tertinggi di negara yang paling berkuasa di dunia. Akan tetapi, hari penabalan Trump akan di balas dengan protes besar-besaran dari […]
Ulang Tahun 100 Revolusi Rusia
Diterjemah dari Sidang Pengarang majalah Socialism Today edisi Dec/Jan dari Socialist Party UK. Tahun 2017 menandakan ulang tahun ke-100 revolusi Rusia. Revolusi 1917 menonjol sebagai peristiwa yang paling penting dalam sejarah – setakat ini – walaupun kepentingannya telah pasti tercalar disebabkan oleh kemerosotan Kesatuan Soviet yang menjadi birokrasi kejam dan ditambah oleh fitnah-fitnah palsu daripada […]
Bina Kuasa Pekerja dan Anak Muda!
Solidariti Pekerja menyokong tuntutan BERSIH 5.0 seperti ‘Pilihanraya Bersih’, ‘Kerajaan Bersih’, ‘Perkukuh Demokrasi Parlimen’ dan ‘Hak Membantah’ yang disuarakan semenjak tahun 2007 lagi. Sudah lama hak-hak yang diperjuangkan oleh BERSIH dicabuli untuk kepentingan kuasa elit dan parti pemerintah. Rakyat daripada berbagai lapisan, kaum dan agama telah melibatkan diri dalam BERSIH dengan harapan untuk melihat satu […]
Sepanyol: Mogok umum pelajar yang bersejarah
Dibawah kami menerbitkan terjemahan kenyataan pertama dari Kesatuan Pelajar Sepanyol ( Sindicato de Estudiantes ) berkenaan mogok pelajar yang bersejarah pada 26 Oktober. CWI dan Sosialis Alternatif menyokong penuh aksi mogok ini dan telah menganjurkan aksi solidariti di lebih 20 negara. Sebuah mogok umum yang dipanggil oleh Kesatuan Pelajar (Sindicato de Estudiantes) di Sepanyol pada […]
Kenyataan Solidariti untuk Gerakan ‘Repeal The 8th’ di Ireland
Gerakan ‘Repeal the 8th’ ( mansuhkan artikel 8 dari perlembagaan ) merupakan gerakan yang menuntut pemansuhan akta dalam perlembagaan Ireland yang mengharamkan penguguran kandungan. Kami di Malaysia menyokong gerakan ‘Repeal the 8th’ Ireland. 28 September ini menandakan hari aksi sedunia dalam perjuangan mendapatkan hak menggugurkan kandungan dengan selamat. Maka, pada tahun ini, ‘Repeal the 8th’ […]
Kondisi Pekerja Migran di Malaysia
Duta Nepal di Malaysia telah menerima sebanyak 461 laporan kematian bagi pekerja Nepal pada tahun lepas. 70% daripada kematian ini berpunca dari serangan jantung dan majoriti daripada mereka meninggal dalam tidur. Dikatakan bahawa, tekanan hidup,kerja berat dan berkerja di bawah terik matahari sepanjang hari menjadi penyebab bagi kematian ini. Kekurangan masa rehat yang disediakan oleh […]
Kecurian dalam Sistem Kapitalisme
Kebelakangan ini, kes curi dalam kalangan rakyat biasa sudah semakin berleluasa dan sering mendapat liputan luas terutamanya di media-media sosial. Kes penganggur mencuri paket Milo, ibu tunggal mencuri barangan bayi, mahasiswa mencuri makanan dan pelbagai barangan asas daripada tin sardin ke tuala wanita telah menjadi tumpuan beberapa orang yang terdesak. Kebanyakan yang tertangkap mencuri barangan […]
Book Review: My Side Of History By Chin Peng
This book is important from a number of points of view. The author was the leader of the Communist Party of Malaya (CPM), which he joined as a 15-year old schoolboy, and which played an important role in two guerrilla struggles – in the Second World War and in the post-war 12-year ‘Emergency’, in reality […]
Ke arah perjuangan sosialisme antarabangsa!
Laporan persidangan antarabangsa anak muda CWI oleh wakil dari Malaysia Perjuangan gerakan sosialis menekankan organisasi sosialis dibina bersandar perspektif antarabangsa. Pertimbangan ini mengambil kira proses globalisasi yang memboleh negara-negara yang berjauhan didekatkan dengan teknologi dan infrastruktur yang moden. Secara tidak langsung, dari segi perdagangan setiap negara saling berkait rapat dengan barang keperluan domestik masing-masing. Setiap […]
China: Konflik di Laut Cina Selatan
Penulis : Vincent Kolo ( editor bagi chinaworker.info ) Pemenang terbesar dalam tribunal ini adalah industri senjata! Pada 12 Julai lalu, sebuah badan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mahkamah Permanent Court of Arbitration (PCA), telah mengeluarkan keputusan yang memihak kepada Filipina dalam perebutan beberapa pulau kecil di Laut Cina Selatan oleh negara China. Walaupun China sudah […]
Keganasan Seksual Tidak Boleh Dijadikan Bahan Jenaka
Setiap tahun, di Malaysia sahaja, seramai 3000 wanita sedang menjadi mangsa rogol. Dikatakan setiap 35 minit, seorang gadis dirogol dan sejumlah besarnya adalah dari golongan 16 tahun ke bawah. Kesan-kesan emosi dan psikologi mangsa rogol ini sudahpun didokumen dengan teliti oleh masyarakat moden dan diketahui umum. Tetapi kesan ini tidak sahaja terpalit pada mangsa individu, […]
Sosialisme: Zaman Silam atau Masa Depan
Ulasan buku ‘Post Capitalism : A guide to our future’ (Paul Mason) oleh Peter Taafe Kedua-dua Mason dan Rifkin bersetuju bahawa “kematian kapitalisme” akan dibawa oleh pembangunan teknologi yang amat besar, terutamanya teknologi maklumat yang tidak boleh dihadkan di dalam kerangka negara dan cara pengeluaran swasta kapitalisme. Perangsang besar buat produktiviti berpunca perkembangan teknologi ini […]
Konflik Kelas dalam Feudalisme dan Kapitalisme
ULASAN BUKU: IDEA MELAYU TENTANG PEMBANGUNAN- DARIPADA FEUDALISME KE KAPITALISME PENULIS: SHAHARUDDIN MAARUF DITERBITKAN: 2014 Buku ‘Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Feudalisme ke Kapitalisme’ mengupas pemikiran golongan intelektual melalui karya-karya mereka dengan mengambil kira latar belakang perkembangan feudalisme dan kolonial kapitalisme di Tanah Melayu dan di Malaya/Malaysia daripada abad ke-18 hingga ke abad 20an. Buku […]
Sistem Ekonomi Menyumbang Kepada Pemanasan Global
Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan keadaan iklim setempat yang lebih panas daripada biasa, mengakibatkan keadaan yang tidak selesa serta pelbagai musibah yang lain seperti masalah kesihatan dan sebagainya. Ini adalah disebabkan tiadanya perancangan dalam menggunakan bahan bakar oleh para pengusaha dan pemodal kaya. Berdasarkan Penilaian Iklim Kebangsaan di Amerika Syarikat, aktiviti manusia adalah penyebab […]
Lima Tahun setelah “Arab Spring”
Lima tahun yang lepas, golongan hartawan, raja-raja, para sheikh dan para diktator di kawasan Timur Tengah dan Maghreb bersama sekutu antarabangsa mereka telah mendapati diri mereka dalam keadaan yang tidak menentu apabila jutaan rakyat biasa bangkit dan turun ke jalan raya, dari Tunis ke Sanaa, dari Manama ke Cairo. Kebangkitan itu dicetuskan oleh Mohamed Bouazizi, […]
Pendekatan anak muda dalam menentang pemerintah zalim dan korup
Krisis politik yang sedang menjadi semakin kusut dalam arena politik arus perdana sedang mewujudkan sebuah lapisan anak muda yang mula tidak mempercayai mana-mana parti arus perdana. Sebuah perasaan anti-parti sedang menakluk pemikiran anak muda yang kecewa dengan hala tuju parti-parti politik yang pernah menjadi pemimpin mereka. Apabila PKR dan DAP bersetuju untuk bersekongkol dengan kuasa-kuasa […]
Perancis: Kelas Pekerja dan Anak Muda Bantah Undang-Undang Anti-Pekerja
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Perancis sedang menghadapi tekanan ekonomi dan sosial akibat kemerosotan dalam sektor industri yang mengakibatkan pemotongan perbelanjaan awam dari kerajaan. Pemotongan bajet sedang bertambah dan posisi kerajaan PS ( Parti Socialiste ) yang jelas menyebelahi kelas pemerintah kapitalis semakin terdedah setiap hari. Pada 9 April 2015, sebahagian daripada kelas pekerja yang […]
Hari Wanita: Berjuang Demi Hak Wanita dan Sosialisme
Pada tiap-tiap 8 Mac, Hari Wanita Sedunia diraikan sebagai titik tolak kepada permulaan wanita untuk berorganisasi, bergerak dan bangkit berjuang untuk hak-hak mereka. Bahkan, seluruh perjuangan yang dilakukan oleh wanita-wanita terdahulu, meskipun sudah berpuluh-puluh tahun yang lalu, masih relevan dengan situasi wanita di dunia pada hari ini. Walaupun Hari Wanita Sedunia berawal di negara-negara lain, […]
Ketua Polis Mengharamkan Perbincangan Akademik Mengenai Marxisme
Marxisme untuk Menentang Kezaliman dan Penindasan, Bukan untuk Mempromosi Keganasan Ketua Polis Negara (KPN) Khalid Abu Bakar telah mengejutkan ramai pihak dengan ‘tweet’ terbarunya yang menuduh acara Kursus Marxisme sebagai percubaan oleh PSM untuk menghidupkan balik fahaman komunis di Malaysia. Ini merupakan sebuah tuduhan yang tidak berasaskan mana-mana fakta yang bernas dan percubaan untuk memburukkan […]
Moraliti Marxisme
Di terjemah dari tulisan Phil Gasper dari International Socialist Review ( CLICK untuk membaca artikel asal ) Kebanyakan orang menjadi sosialis atau Marxis bukan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk menentang elemen-elemen masyarakat yang dianggap sebagai tidak bermoral seperti ancaman rasisme, seksisme, perang imperialis yang membunuh jutaan manusia dan sistem yang memusnahkan kehidupan orang ramai […]
Kemerosotan Sains dan Teknologi di bawah Kapitalisme
Walaupun perkembangan masyarakat kelas bermula kira-kira 10 ribu tahun lalu dan kemudian kemunculan kapitalisme telah mendorong perkembangan sains secara mendadak, kita dapat lihat hari ini bahawa kuasa-kuasa yang sama yang sebelum ini membawa kepada kemajuan kini telah menjadi halangan besar kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan kuasa-kuasa produktif secara umum. Khususnya, dibawah sistem kapitalisme yang berasaskan […]
Leon Trotsky
Idea Sosialis Revolusioner Masih Releven Untuk Perjuangan Masa Kini Tujuh puluh lima tahun yang lalu, pada 21 Ogos 1940, revolusioner hebat yang masih hidup pada waktu itu, Leon Trotsky, telah dibunuh oleh Ramon Mercader, orang suruhan Josef Stalin. Sebelum ini sudah terdapat banyak percubaan untuk membunuh Trotsky. Walau bagaimanapun, kali ini cubaan mereka berjaya memusnahkan nadi kelas pekerja dan simbol kelantangan penentangan terhadap […]
Peranan Intelektual dalam Gerakan Anak Muda
Secara tradisi, golongan intelektual mengambil peranan untuk menyediakan pelbagai pertahanan ideologi dan hujah-hujah bagi pergerakan rakyat dan pada masa yang sama memberikan interpretasi sejarah yang lebih dalam dan menyeluruh bagi kegunaan pejuang di masa hadapan. Dalam sejarah, kebanyakan tokoh yang telah melakarkan dan membawa idea-idea revolusi ke hadapan adalah terdiri daripada golongan intelektual. Karl Marx, […]
Puisi Pekerja
Pekerja Bangun awal sebelum senja, Mandi-manda bergegas ke kerja, Akur menurut arahan majikan, Rajin memikul beban yang disediakan, Mengumpul harta bagi yang berada, Walaupun maksudnya merompak yang tiada, Keperitan hidup tidak dihiraukan, Asal ada kuli walaupun yang disederhanakan, Kepenatan petang dirasa di badan, Kepenatan pagi dirasa di hati, Satu-satunya risau pekerja, Dapatkah suap anak dan […]
Adakah ‘Fitrah’ Manusia Penghalang kepada Sosialisme?
Dunia semakin kucar-kacir. Peperangan, kemiskinan dan penindasan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kepada berbillion manusia di seluruh pelusuk dunia. Malahan, 80% daripada jumlah populasi -5.4 billion- berpendapatan harian di bawah 10 dolar. Sekarang, dunia benar-benar dilanda krisis dan in dipersetujui sendiri oleh ketua Bank Dunia sendiri yang mengatakan ” krisis ini akan menyebabkan bencana kemanusiaan […]
Gelandangan dan Sistem Kapitalisme
Di Malaysia, isu tentang golongan gelandangan bukanlah sesuatu yang baharu. Bahkan, peningkatan jumlah golongan ini di banyak bandar telah menunjukkan betapa ia semakin serius di negara ini. Secara umumnya, golongan gelandangan adalah mereka yang berasal dari kampung dan desa, yang telah berhijrah ke bandar-bandar untuk mencuba nasib. Walau bagaimanapun, mereka tidak memiliki pendidikan yang baik, […]
Perang Dunia Pertama: 100 Tahun Sejak Pembunuhan Besar-besaran
Perang dunia pertama yang bermula 100 tahun yang lalu menyaksikan kepada pembunuhan pada skala yang tidak dapat disangka. Ulang tahun ke 100 perang dunia pertama telah dipaparkan dengan meluas dalam media-media kapitalis nasional dan antarabangsa. Tetapi, media-media tersebut gagal untuk menjelaskan mengapa berjuta-juta rakyat biasa yang kebanyakannya kelas pekerja telah dihantar ke jurang kematian dalam […]
“Orang Miskin Dilarang Sekolah”
Bukan lagi omong-omong kosong bahawa di mana sahaja, pendidikan sudah semakin mahal. Malaysia turut tidak terkecuali. Meminjam tajuk buku Eko Prasetyo, sememangnya saat ini orang miskin dilarang sekolah. Ini kerana pendidikan telah dibebankan dengan biaya dan perbelanjaan yang sangat tinggi. Yang menjadi mangsa pula, sudah tentu orang-orang miskin dan golongan buruh yang tidak mampu untuk […]
Isu Bauksit: Pencemaran Alam Semakin Berleluasa
Akhir-akhir ini, masalah pencemaran alam yang berpunca daripada aktiviti penerokaan hasil alam dengan tidak terkawal semakin berleluasa. Kemusnahan tempat tadahan air semulajadi di hutan-hutan simpanan akibat penebangan hutan yang terlampau telah menyebabkan banjir-banjir luar biasa di timur dan utara semenanjung Malaysia dalam beberapa tahun ini. Beratus ribu rakyat telah hilang tempat tinggal dan terpaksa bergantung […]
Wiji Thukul
Di Malaysia akhir-akhir ini kita sering melihat tekanan politik yang semakin kuat daripada pemerintah terhadap segala macam bentuk penentangan terhadap kekuasaan Barisan Nasional. Situasi ini sebenarnya bukan merupakan perkara yang luar biasa bagi sebuah negara yang dipimpin oleh sebuah kuasa yang telah terlalu lama di tampuk pemerintahan dan semakin takut akan kehilangan kuasanya. Apalagi kalau […]