Sumbang kepada dana perjuangan kami.

Kami tidak menerima sebarang derma daripada kelas kapitalis dan pemodal.
Setiap ringgit datang daripada ahli parti dan penyokong seperti anda.

Sistem Kapitalisme Semakin Parah – Berjuang Ke Arah Pemerkasaan Gerakan Buruh

Baru-baru ini, akhbar Kosmo melaporkan bahawa selama berlangsungnya PKP, seramai 1700 lebih kematian penunggang yang terlibat di dalam perkhidmatan penghantaran makanan. Jumlah ini merangkumi sebanyak dua pertiga daripada total keseluruhan kematian penunggang motosikal yang terbabit. Seperti kita semua yang turut membaca berita sebelum ini, terdapat banyak kes kematian melibatkan faktor-faktor luaran seperti keadaan jalan raya […]

Bantah keganasan polis dan penindasan terhadap kelas pekerja dan rakyat biasa

Secara purata, seramai 18 individu didapati meninggal dunia di dalam tahanan polis setiap tahun sejak tahun 2000. Mengikut laporan dan kajian yang dikeluarkan oleh pertubuhan tertentu, sebahagian daripada kematian di dalam tahanan polis tersebut adalah berpunca daripada kelalaian dan keganasan pihak polis dalam melayan orang dalam tahanan mereka. Kenyataan ini bukan sekadar sebuah andaian semata-mata […]

Hentikan penindasan terhadap anak muda. Bekalkan kebajikan yang mencukupi kepada rakyat yang sedang tersepit dengan beban ekonomi!

Sosialis Alternatif membantah tindakan kerajaan yang telah menindas sekumpulan anak muda yang melancarkan protes aman untuk mendedahkan situasi kecemasan yang sedang melanda penduduk di Tawau selepas di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).  Penghuni Tawau yang sebahagian besar bergantung dengan gaji harian telah kehilangan punca pendapatan mereka apabila pihak kerajaan mengumumkan PKPD di tempat tersebut […]

Perwakilan Politik Arus Perdana Hanya Mewakili Kepentingan Kelas Kapitalis. Bina Alternatif Sosialis Untuk Membawa Rakyat Keluar Daripada Krisis Ekonomi dan Politik Yang Semakin Meruncing

Selepas ditangguh dari tahun lepas akibat pandemik Covid-19, Perhimpunan Agung Umno telah akhirnya berlangsung pada 27 dan 28 Mac lalu. Berbeza dengan perhimpunan-perhimpunan sebelum ini, perhimpunan kali ini telah dinanti-nantikan oleh 3.3 juta ahli UMNO dan rakyat Malaysia yang sedang keliru dengan hala tuju parti tersebut di dalam situasi politik terkini. Antaranya adalah berkenaan dengan […]

Penutupan IBM mendedahkan kelemahan ekonomi kapitalis. Bina perjuangan ke arah sosialisme untuk mempertahankan hak kelas pekerja dan rakyat biasa.

Selepas kilang-kilang gergasi mula ditutup akibat keadaan ekonomi yang tidak stabil, kini industri Teknologi Maklumat atau lebih dikenali sebagai IT juga telah mula menjadi lemah apabila beberapa syarikat besar sudah bersiap untuk memindahkan operasi mereka ke negara lain. Pada hujung tahun lepas, hampir 1000 orang pekerja IT di Cyberjaya telah kehilangan kerja dengan penutupan syarikat […]

GERAKAN RAKYAT MYANMAR MENENTANG KUDETA KETENTERAAN MENGHADAPI SAAT KRITIKAL

Di Myanmar, seruan mogok umum pada 8hb Mac yang lepas telah berhadapan dengan tindakan yang kejam oleh pihak tentera. Berdasarkan laporan sedia ada, sekurang-kurangnya dua orang awam telah ditembak mati oleh pihak tentera – yang turut melakukan serbuan yang dilakukan pada waktu malam, bagi menangkap para aktivis dan pemimpin kesatuan. Namun, tindakan menindas ini tidak […]

Darurat tidak membawa solusi kepada krisis ekonomi dan politik : Bina kepimpinan rakyat yang mampu melawan sistem kapitalisme!

Kecamuk politik di Malaysia yang sudah berpanjangan untuk hampir satu tahun telah mengambil liku baru dan mewujudkan seribu tanda tanya berikutan pengumuman Darurat oleh PM Muhyiddin pada 12 Januari lalu. Walaupun peningkatan kes Covid-19 yang mendadak telah dirujuk sebagai motif utama untuk mengumumkan darurat pada waktu ini, terdapat kecurigaan jika pandemik ini hanya dipergunakan sebagai […]

Pandemik Covid Mendedahkan Sifat Sebenar Sistem dan Kerajaan Kapitalis, Bina Alternatif Sosialis untuk Membela Hak dan Kebajikan Rakyat Biasa

Tahun 2020 telah dilanda dengan pelbagai berita buruk yang telah memberi kesan kepada ekonomi, politik dan keadaan sosial jutaan penghuni dunia. Bermula dengan kejatuhan harga minyak dan disusuli pula dengan pandemik Covid-19 yang telah membawa malapetaka kesihatan, dunia kini sedang menghadapi sebuah krisis ekonomi global yang terburuk sejak 1930an. Unjuran BNM pada November lepas melaporkan […]

Pilihanraya di Myanmar : Apakah jaminan kelas pekerja di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi

Para pekerja sedang menyediakan kemeja-T yang mempromosikan parti Aung San Suu Kyi, Liga Nasional Demokratik (NLD) di sebuah kedai cetak di Yangon, 2 September 2020 (Ye Aung Thu / AFP melalui Getty Images)

Mana-mana pilihanraya yang berlaku pada tahun ini berlangsung dengan latar belakang yang mempunyai impak yang besar dan signifikan; terutamanya persoalan yang berkaitan dengan krisis ekonomi di era baru dan juga jangkitan pandemik Covid-19 yang telah pun meragut lebih sejuta nyawa. Negara di rantau Indo-China juga tidak terkecuali dalam hal ini dan pilihan raya di Myanmar […]

Top Glove : Ribuan pekerja menjadi mangsa kerakusan kapitalisme

Berita penularan wabak Covid-19 di asrama kilang di serata Malaysia telah datang pada waktu rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan kes jangkitan yang paling tinggi dalam tahun ini. Kluster ‘Teratai’ yang berpunca daripada asrama pekerja migran kilang Top Glove di Meru kini sudah menjangkaui 5000 kes dan sedang terus meningkat setiap hari. Sepertimana yang berlaku di […]