Analisa PRN 2023: Krisis politik berterusan
Pilihan Raya Negeri yang berlangsung di enam buah negeri pada Ogos 2023 telah mendapat perhatian yang luar biasa di kalangan penduduk negara. Biasanya, PRN di Malaysia diadakan seiring dengan Pilihan Raya Umum yang menentukan agihan kerusi Parlimen, komposisi kerajaan federal dan pemilihan Perdana Menteri yang menjadi tumpuan utama. Oleh itu, rakyat kurang memberi perhatian kepada pemilihan ADUN yang menentukan kepimpinan kerajaan di peringkat negeri yang mempunyai tanggungjawab yang berbeza dengan kerajaan pusat. Tetapi, akibat kemelut politik yang melanda negara semenjak beberapa tahun ini, pemilihan negeri dan pusat tidak boleh lagi diselaraskan dan terpaksa diadakan secara berasingan. Pada masa ini, kecuali negeri Perlis, Perak dan Pahang, semua negeri lain tidak lagi mengikuti kitaran dan tempoh pemerintahan kerajaan pusat.
Analisa PRU 15: Bina alternatif sosialis kepada sistem kapitalis rakus
Malaysia sedang melalui krisis politik yang sudah berpanjangan selama hampir 3 tahun dan melihat perubahan kuasa Perdana Menteri beberapa kali. Parti pemerintah yang memegang kerajaan pada waktu ini tidak mempunyai mandat rakyat dan tidak menyandang kuasa melalui Pilihan Raya. Pada masa yang sama, PM Ismail Sabri juga tidak mempunyai sokongan yang kukuh dikalangan ahli Parlimen […]
Najib dipenjara, apakah seterusnya untuk Malaysia?
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak yang disabit atas pertuduhan korupsi telah akhirnya menjadi kenyataan. Selain penjara 12 tahun dan denda sebanyak 210 juta Ringgit, Najib masih sedang menghadapi pertuduhan-pertuduhan lain yang boleh membawa hukuman yang lebih berat daripada apa yang dialami sekarang. Malah isterinya Rosmah Mansor juga baru-baru ini disabit kesalahan di Mahkamah Tinggi […]
Kerajaan Tunda Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 : Bina Gerakan Kelas Pekerja Untuk Menentang Agenda Kelas Kapitalis!
Walaupun Pindaan Akta Kerja 1955 yang terbaru sudahpun dibahas di Dewan Rakyat, mendapat kelulusan Dewan Negara, diwarta dan menjadi undang-undang negara, Kementerian Sumber Manusia dan kabinet kerajaan membuat keputusan untuk menangguh penguatkuasaan Pindaan ini ke Januari tahun 2023. Pada awalnya, Menteri Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan bahawa Pindaan tersebut akan dikuat kuasa bermula 1 September. Tetapi, […]
Pilihan Raya PKR 2022 : Krisis Perpecahan Dalaman Parti Berterusan
Pemilihan barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat telah berlangsung dengan penyertaan sebanyak 147 ratus ribu pengundi dari lebih satu ribu cawangan dari seluruh Malaysia. Tetapi ini hanya merangkumi sekitar 13% daripada keahlian dan sememangnya pemilihan kepimpinan PKR tidak mendapat sambutan besar dari kalangan ahlinya sejak 2018 lagi. Proses pemilihan kali ini juga memperkenalkan sistem mengundi atas […]
Perintah Gaji Minimum Baru Tidak Mampu Mengatasi Krisis Ekonomi Dan Sosial Yang Bakal Menimpa Rakyat
PM Ismail Sabri baru baru ini mengumumkan bahawa kerajaan akan meningkatkan gaji minimum para pekerja dari RM 1200 ke RM 1500 bermula 1 Mei 2022. Ini merupakan peningkatan yang banyak jika dibandingkan dengan penyelarasan gaji minimum yang di kuat kuasa selama ini. Walaupun PH yang pada awalnya menjanjikan gaji minimum RM1500, kerajaan PH sendiri hanya […]
PRN Johor: Bina Perwakilan Politik Sosialis untuk Anak Muda dan Kelas Pekerja!
Pilihan Raya Negeri Johor yang berlangsung baru baru ini berakhir dengan kemenangan besar kepada Barisan Nasional yang telah menguatkan posisi mereka di kerajaan negeri tersebut. Ini merupakan PRN yang ke empat sejak PRU 2018 lepas dan ke tiga selepas Ismail Sabri menyandang jawatan PM bermula Ogos tahun lalu. Johor juga merupakan antara 3 negeri di […]
Banjir dan kapitalisme : Apakah jalan penyelesaian?
Sejak 16 Disember 2021, Malaysia digegarkan dengan banjir-banjir besar yang membawa satu malapetaka yang besar. Setakat ini, 52 nyawa telah terkorban dan sekurang-kurangnya 200 ribu rakyat mendapat kesan buruk akibat banjir ini. Mengambil kira jumlah kematian, kemusnahan harta dan keluasan kawasan terbabit, ini merupakan antara insiden banjir yang paling teruk dalam sejarah Malaysia. Rakyat semenanjung […]
PRN Melaka : Krisis Politik Kapitalisme Berterusan
Melaka secara tradisinya merupakan kubu kuat Barisan Nasional yang hanya jatuh pada PRU-14 lepas apabila Pakatan Harapan telah berjaya menang di 15 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri. Tetapi selepas langkah ‘Sheraton’ yang melihat kuasa kerajaan pusat bertukar tangan, kerajaan Melaka juga jatuh pada Mei tahun lepas apabila beberapa ADUN dari PH lompat ke kem […]
Pilihan Raya Negeri Melaka : Apa Pilihan Untuk Rakyat?
Dalam kemelut politik negara yang berpanjangan, Pilihan Raya Negeri Melaka yang bakal diadakan pada 20 November ini merupakan episod terbaru. Pada 4 Oktober lalu, speaker DUN Melaka telah membubarkan Dewan tersebut setelah 4 orang ahli DUN telah menarik balik sokongan mereka kepada Idris Haron yang merupakan Ketua Menteri Melaka pada waktu itu. Pada Mac tahun […]