Pinjaman PTPTN Cecah Hampir RM40 Billion Awal 2025: Penyelesaian Reformis Gagal Menangani Akar Krisis
… jelas bagaimana pendidikan telah dikomodifikasikan dan dijadikan alat pengumpulan modal kapitalis. Dengan merendahkan peruntukan kepada pendidikan awam dan mewujudkan PTPTN, kelas kapitalis mengaut keuntungan — pertama melalui pemotongan perbelanjaan kerajaan dalam institusi awam, kemudian melalui hutang pelajar yang dikenakan faedah, dan akhirnya graduan memenuhi pasaran buruh sebagai “pelatih” dengan gaji yang rendah.
Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja
Menuntut Keadilan untuk Zara Qairina melalui Solidariti Pekerja OlehSosialis Alternatif pada13/08/2025 suntingan terkini13/08/2025 Himpunan solidariti untuk Zara Qairina dilaporkan berlaku di beberapa tempat di Sabah — Tawau, Sipitang, dan Labuan. Jumlah peserta secara keseluruhan kira-kira 10,000. Kes Zara Qairina telah mendedahkan masalah sistemik yang wujud dalam sistem pendidikan negara. Isu kemiskinan, sosial, sementara korupsi dan […]
“Suara yang Dibisukan”: Lebih 1,000 pekerja bank dan ahli kesatuan NUBE berhimpun di Putrajaya menuntut keadilan sempena Hari Pekerja
Tema yang dibawa dalam perhimpunan bukan sekadar simbolik, tetapi satu ekspresi yang menunjukkan penindasan majikan menggunakan taktik kotor untuk membisukan suara pekerja yang menuntut dan melampaui batas hak berkesatuan. Ini turut mendedahkan bahawa kelas majikan gelisah jika perjuangan pekerja tersebar lebih luas.
Kelas Pekerja Terkapai Dalam Lautan Krisis: MTUC lumpuh, MEF mengganas
Pada 4 Februari 2025, akhbar New Straits Times melaporkan bahawa MTUC kini dipimpin oleh Presiden Memangku, Datuk Dauzkaply Nor Ghazali dan Setiausaha Agung, Kamarul Bahrain. Mereka telah memecat bekas Presiden Effendy Abdul Ghani, serta melarang beliau daripada mewakili MTUC dalam sebarang kapasiti perwakilan atau bertanding jawatan. Namun, tindakan ini mencetuskan dakwaan balas oleh Effendy yang mendakwa pemecatan tersebut tidak sah, serta beliau masih Presiden sah MTUC. Pertikaian ini hanyalah satu episod terkini dalam sejarah panjang kecelaruan kepimpinan MTUC.
Kongres PKR Mencerminkan Krisis Dalaman: Bina parti pekerja massa sebagai alternatif
Keputusan dari pemilihan kongres PKR yang berlangsung Mei lalu menunjukkan parti kekal di bawah pengaruh Anwar Ibrahim walaupun ditentang oleh Rafizi Ramli selaku Menteri Ekonomi merebut jawatan Timbalan Presiden parti melalui kempennya HIRUK (Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa) daripada Nurul Izzah. Hasil pemilihan menunjukkan Anwar Ibrahim menang posisi Presiden parti tanpa dicabar oleh mana-mana calon. Manakala jawatan Timbalan Presiden telah dimenangi oleh Nurul Izzah dengan jumlah majoriti 71.72%. Mengalahkan Rafizi Ramli yang hanya memperoleh 28.28% daripada jumlah undi. Walaupun berjaya mengekalkan cabangnya, Pandan, kekalahan ini menunjukkan struktur akar umbinya semakin goyah.
Ordinan Buruh Sabah dan Sarawak Diperkasa, Pekerja Lebih Dilindungi
Sambutan Hari Pekerja 2025 menyaksikan satu lonjakan besar selepas kerajaan Sabah dan Sarawak mengumumkan penyelarasan Ordinan Buruh negeri tersebut dengan Akta Buruh 1955… Majikan yang melanggar undang-undang buruh boleh dikenakan tindakan denda tidak kurang dari RM 10,000 untuk setiap kes pekerja ataupun penjara paling kurang 2 tahun jika gagal memberikan kerjasama. Perubahan ini harus disambut baik oleh pekerja, persoalannya kini adalah pelaksanaan oleh kelas majikan dan penguatkuasaan kerajaan terhadap majikan yang enggan memberi kerjasama.
PRK Ayer Kuning: Kelesuan dalam kalangan pengundi terhadap proses politik dan peningkatan undi yang ketara untuk parti PSM
PRK Ayer Kuning bagi PSM seharusnya dianggap sebagai kempen nasional bagi idea kiri dan anti-kapitalisme. PSM mampu menjadi faktor untuk menyatukan kelas pekerja sekiranya PSM memutuskan hubungan dengan parti-parti kapitalis seperti MUDA dan membawa tuntutan ekonomi yang mencabar kelas kapitalis neoliberal dan kroni. Penurunan jumlah undi yang merosot dalam masa yang sama peningkatan jumlah undi kepada PSM adalah satu perubahan yang cukup menarik dan memungkinkan satu perkembangan baru dalam arena politik negara. Apakah langkah seterusnya bagi PSM amat dinanti-nantikan.
Kenyataan Hari Buruh 2025 oleh Sosialis Alternatif: Kelas pekerja harus bangkit bina perjuangan dalam era cabaran baru!
Tahun ini, kelas pekerja di seluruh dunia menyambut Hari Pekerja dalam ketidaktentuan ekonomi dan politik yang mencerminkan cabaran era baru. Perang dagang antara AS dan China, konflik dan kemusnahan di Timur Tengah, telah menjadi ciri utama dalam sambutan hari pekerja tahun ini. Gelombang kebangkitan semula gerakan massa terutama dalam menentang kekejaman Israel, turut menjadi ciri utama sambutan Hari Pekerja.
Protes Rakyat Benci Rasuah: Refleksi Sosialis Alternatif
Sekali lagi kami menyahut seruan ini sambil juga berkempen dan menyeru agar kepimpinan SRBR mengambil pendirian mandiri yang bersifat anti kapitalisme dan berpendirian solidariti kelas pekerja, agar gerakan dapat bertahan kemandiriannya daripada menjadi tunggangan politik elit yang hakikatnya juga dipimpin individu yang langsung tidak mempunyai profil berjuang bersama rakyat dan juga terpalit tuduhan korupsi. Bagi kami SA dan SP, hanya melalui jalinan solidariti bersama politik pekerja kemandirian ini dapat dipertahankan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ): Bak kata pepatah ‘beri betis hendak peha’
JS-SEZ adalah cermin ketamakan sistem kapitalis yang mengorbankan manusia dan alam demi keuntungan. Namun, sejarah membuktikan kelas pekerja mampu mengubah nasib—jika bersatu dan berani. Di Johor, masa depan bukan milik Anwar Ibrahim atau Sultan, tetapi milik pekerja yang membina infrastruktur, menggerakkan ekonomi, dan berjuang untuk dunia tanpa eksploitasi.