Thailand: Kebangkitan Anak Muda dan ketidakpopularan rejim junta

Sejak awal tahun ini, Thailand telah menyaksikan kebangkitan anak muda yang telah melancarkan protes besar-besaran di beberapa bandar utama dan institut pengajian tinggi. Walaupun pada awalnya hanya tertumpu di IPT tertentu, protes-protes tersebut sudahpun mula tersebar ke jalan raya dan disertai oleh kelas pekerja dan rakyat biasa. Gerakan ini telah terhenti seketika apabila dunia dilanda […]

PRU Singapura: Sokongan kepada PAP semakin merosot dengan jurang kekayaan yang semakin meningkat dan ekonomi yang semakin merudum

Pembinaan Parti Massa dengan Kepimpinan Kelas Pekerja  berlandaskan Program Sosialisme perlu sebagai alternatif kepada krisis dalam pasaran bebas kapitalisme   Pilihanraya umum Singapura berlangsung pada 11 Julai lepas dengan sebanyak 11 parti bertanding demi 93 kerusi Parlimen. Parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah 57 tahun semenjak 1965 (selepas keluar daripada Malaysia), terus […]

Coronavirus mendedahkan kelemahan sistem kesihatan dalam kapitalisme

Tragedi seperti penyebaran wabak Novel Coronavirus (Covid-19) yang telah membunuh lebih 1300 orang setakat ini bukanlah sekadar sebuah bencana alam yang tidak dapat dielakkan. Bencana seperti ini tidak boleh diasingkan daripada sistem sosial dan terbentuk sebagai akibat kepada kelemahan sistem kapitalisme itu sendiri.  Menjelang bulan Februari, lebih daripada 63 ribu orang disahkan telah dijangkiti oleh […]

Chile, Lebanon, Haiti, Iraq, Algeria, Ecuador… Gerakan Protes Massa Melanda Dunia

Kebangkitan massa secara besar-besaran sedang tercetus di banyak negara dunia pada waktu ini. Pada 25 Oktober lalu, seramai dua juta orang telah membanjiri jalan raya- jalan raya utama di ibu kota Chile, Santiago, bagi meluahkan kemarahan mereka dengan kepimpinan kerajaan dan keadaan ekonomi rakyat yang sedang merosot. Pada minggu yang sama, seramai lima ratus ribu […]

Anak Muda Indonesia Bangkit Mempertahankan Demokrasi dan Melawan Korupsi

2 orang terbunuh dan beratus-ratus lain cedera dalam pertempuran yang berlaku di antara anak muda, mahasiswa/i universiti/sekolah dan rakyat Indonesia dengan pihak berkuasa kerajaan seperti polis dan anggota keselamatan negara sepanjang minggu terakhir September lepas. Tambahan pula, pada minggu yang sama, tidak kurang daripada 32 warga di Wamena Papua Barat, sama ada yang berbangsa Papua […]

“Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati ditengah-tengah”

Perang dagang di antara negara Amerika dan China, yang sudah melebihi setahun masih berlanjutan tanpa sebarang titik noktah, dan ketegangan ini sedang mengkucar-kacirkan pasaran dan ekonomi dunia. Sebagai gergasi ekonomi dunia, Amerika dan China masing-masing menuding jari untuk menuduh punca kepada konflik ini, tetapi pada masa yang sama berlumba-lumba untuk menjadi jaguh ekonomi dunia. Donald […]

Hong Kong: Pergolakan Rakyat Meningkat

Gerakan massa yang menentang boneka rejim Beijing di Hong Kong sedang berhadapan dengan penindasan yang teruk. Sepanjang 9 minggu yang lalu, kira-kira 600 orang ditahan dan lebih 40 orang daripada itu dituduh sebagai pencetus rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun.  Pada Sabtu (10 Ogos) protes-protes besar tercetus di seluruh bandar yang telah bertempur […]

Perjuangan Revolusi Rakyat Algeria

Sejak 5 bulan yang lalu, kelas pekerja dan rakyat biasa di Algeria sedang terlibat dalam sebuah gerakan massa menentang rejim pemerintah yang kuku besi. Gerakan ini dengan cepat dapat mengumpul momentum dengan protes-protes gergasi yang dilancarkan oleh anak muda dan rakyat biasa termasuk mogok umum dari kelas pekerja. Kami menyiarkan kenyataan dari rakan perjuangan kami […]

Sudan: Bantah Keganasan Rejim dengan Perjuangan Revolusi Sosialisme

Setelah hampir 2 bulan sejak penggulingan bekas diktator Omar al Bashir yang memerintah Sudan untuk 30 tahun, kini, pergelutan antara kuasa revolusioner dan kontra revolusioner sedang mencapai tahap kritikal. Protes yang tercetus pada Disember 2018 telah memaksa kuasa-kuasa kerajaan untuk memecat Omar al Bashir selaku ketua kerajaan bagi membendung gerakan rakyat yang membantah rejim tersebut […]

Mogok Umum di India

220 JUTA PEKERJA MENYERTAI AKSI MASSA BERSEJARAH Tanpa sebarang ragu-ragu, mogok Umum 48 jam yang dilancarkan oleh hampir 220 juta orang para pekerja, petani, pekedai kecil dan sebagainya di India akan menjadi rekod sejarah dari segi angka penglibatan kelas pekerja di dalam satu aksi yang serentak dan tersusun. Menariknya, mogok umum kedua terbesar juga berlangsung […]