Quo Vadis, Mahasiswa?

Sidang media Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) menentang rasuah di Sabah.

Pada 5hb Julai 2024, lima kesatuan mahasiswa telah bergabung ke dalam sebuah organisasi yang bertujuan untuk merapatkan jurang di antara rakyat tertindas dan mahasiswa; serta bersolidariti sesama kepimpinan anak muda. Hal yang tercetus berikutan penentangan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah terhadap pengurusan kerajaan negeri telah menjurus kepada inisiatif kesatuan mahasiswa di semenanjung untuk mula mengatur langkah dan membuat keputusan untuk turut berjuang bersama menentang hal yang sama. Maka tertubuhlah organisasi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) yang terdiri daripada Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, Suara Siswa Universiti Malaya, Demokratik Siswa, Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Kongres Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kenyataan Umum Solidariti Mempertahan Sekolah Alternatif di Teluk Layang

Cikgu sukarelawan sedang mengajar di Sekolah Alternatif.

Kami daripada Sosialis Alternatif ingin memanjangkan kata solidariti kepada inisiatif anak muda dan mahasiswa dalam mewujudkan Sekolah Alternatif bagi kanak-kanak tidak berwarganegara di Sabah. Sememangnya ia merupakan usaha murni daripada anak muda yang prihatin terhadap isu rakyat. Dan inisiatif ini sememangnya bukan sekadar harus diangkat pada tahap puji-pujian, tetapi perhatian juga harus diberikan pada isu yang didedahkan melalui inisiatif ini. Iaitu isu akses pendidikan, kewarganegaraan dan penempatan yang merupakan sebahagian besar isu yang melatari inisiatif ini.

Gaji Minimum untuk Semua Pekerja, dan Pelatih Industri (Intern) Juga Pekerja!

Aktivis bergambar dengan sepanduk bertulis "Pelatih Industri (Intern) Bukan Buruh Bercuma".

Isu pelatih industri yang tidak dibayar gaji atau dibayar rendah di Malaysia bukan sekadar kegagalan etika; ia merupakan masalah sistemik yang mendedahkan kezaliman eksploitasi sistem kapitalisme. Pelatih industri adalah pekerja — sama seperti pekerja sepenuh masa di dalam syarikat, pelatih industri juga tertakluk di bawah ketetapan polisi dan undang-undang syarikat seperti jam bekerja dan skop pekerjaan syarikat. Oleh itu, mereka berhak menerima gaji dan perlindungan yang setimpal seperti pekerja sepenuh masa yang lain. Namun, ketiadaan perlindungan undang-undang bagi pelatih industri di Malaysia mencerminkan operasi pasaran buruh yang menganggap pekerja boleh ‘dipakai-buang’, sambil mengekalkan kitaran eksploitasi terhadap pelatih industri di bawah topeng ‘peluang’ dan ‘latihan’. Kitaran ini amat menguntungkan syarikat terutama CEO dan pihak majikan.

Analisa PRN 2023: Krisis politik berterusan

Bendera PN, PH, dan BN berkibar-kibar semasa musim PRN 2023.

Pilihan Raya Negeri yang berlangsung di enam buah negeri pada Ogos 2023 telah mendapat perhatian yang luar biasa di kalangan penduduk negara. Biasanya, PRN di Malaysia diadakan seiring dengan Pilihan Raya Umum yang menentukan agihan kerusi Parlimen, komposisi kerajaan federal dan pemilihan Perdana Menteri yang menjadi tumpuan utama. Oleh itu, rakyat kurang memberi perhatian kepada pemilihan ADUN yang menentukan kepimpinan kerajaan di peringkat negeri yang mempunyai tanggungjawab yang berbeza dengan kerajaan pusat. Tetapi, akibat kemelut politik yang melanda negara semenjak beberapa tahun ini, pemilihan negeri dan pusat tidak boleh lagi diselaraskan dan terpaksa diadakan secara berasingan. Pada masa ini, kecuali negeri Perlis, Perak dan Pahang, semua negeri lain tidak lagi mengikuti kitaran dan tempoh pemerintahan kerajaan pusat.

Protes massa di Iran: Kelas pekerja, anak muda dan golongan wanita bangkit menentang rejim penindas

iranmahsaaminiprotest Protes massa di Iran: Kelas pekerja, anak muda dan golongan wanita bangkit menentang rejim penindas Sosialis Alternatif

Tragedi kematian Mahsa Amini, seorang wanita yang didapati tidak berpakaian sopan ketika berurusan di pejabat kerajaan kemudian mati dalam tahanan ‘polis moral’ telah mencetuskan protes menentang rejim kerajaan di Iran. Namun, protes yang tercetus bukan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Situasi ekonomi yang semakin parah sejak sekatan ekonomi oleh AS pada tahun 2015 telah menyebabkan kehidupan […]

Analisa PRU 15: Bina alternatif sosialis kepada sistem kapitalis rakus

cwi banner Analisa PRU 15: Bina alternatif sosialis kepada sistem kapitalis rakus Sosialis Alternatif

Malaysia sedang melalui krisis politik yang sudah berpanjangan selama hampir 3 tahun dan melihat perubahan kuasa Perdana Menteri beberapa kali. Parti pemerintah yang memegang kerajaan pada waktu ini tidak mempunyai mandat rakyat dan tidak menyandang kuasa melalui Pilihan Raya. Pada masa yang sama, PM Ismail Sabri juga tidak mempunyai sokongan yang kukuh dikalangan ahli Parlimen […]

Perjuangan Rakyat Indonesia Memerlukan Kepimpinan Politik Yang Jelas

Tolak Omnibus Law Perjuangan Rakyat Indonesia Memerlukan Kepimpinan Politik Yang Jelas Sosialis Alternatif

Indonesia sekali lagi menjadi medan perjuangan rakyat menentang polisi-polisi menindas dari kerajaan. Pada September lalu, kerajaan Indonesia telah terpaksa mengerah ribuan anggota keselamatan di seluruh negara untuk melindungi stesen-stesen minyak daripada diserang oleh kemarahan rakyat biasa yang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak terbaru. Para mahasiswa dan siswi di Jakarta telah bertembung dengan pihak […]

Najib dipenjara, apakah seterusnya untuk Malaysia?

najib penjara Najib dipenjara, apakah seterusnya untuk Malaysia? Sosialis Alternatif

Pemenjaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak yang disabit atas pertuduhan korupsi telah akhirnya menjadi kenyataan. Selain penjara 12 tahun dan denda sebanyak 210 juta Ringgit, Najib masih sedang menghadapi pertuduhan-pertuduhan lain yang boleh membawa hukuman yang lebih berat daripada apa yang dialami sekarang. Malah isterinya Rosmah Mansor juga baru-baru ini disabit kesalahan di Mahkamah Tinggi […]

Kerajaan Tunda Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955: Bina Gerakan Kelas Pekerja Untuk Menentang Agenda Kelas Kapitalis!

Walaupun Pindaan Akta Kerja 1955 yang terbaru sudahpun dibahas di Dewan Rakyat, mendapat kelulusan Dewan Negara, diwarta dan menjadi undang-undang negara, Kementerian Sumber Manusia dan kabinet kerajaan membuat keputusan untuk menangguh penguatkuasaan Pindaan ini ke Januari tahun 2023. Pada awalnya, Menteri Sumber Manusia mengeluarkan kenyataan bahawa Pindaan tersebut akan dikuat kuasa bermula 1 September. Tetapi, […]

Sri Lanka: Rakyat Massa Serbu Bandar Colombo dan Menghalau Keluar Presiden Gotabaya

gota go home Sri Lanka: Rakyat Massa Serbu Bandar Colombo dan Menghalau Keluar Presiden Gotabaya Sosialis Alternatif

9 Julai 2022 menjadi hari bersejarah di Sri Lanka apabila rakyat massa dari seluruh negara telah turun ke ibu kota Colombo dan bertempur dengan pihak berkuasa untuk menyingkirkan Presiden Gotabaya Rajapaksa (dikenali sebagai Gota). Jutaan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah bersatu hati dan bertekad untuk menggulingkan keluarga Rajapaksa yang dianggap korup dan gagal untuk […]