Pembuangan Pekerja Semakin Meningkat!
Sehingga suku tahun pertama tahun ini, dilaporkan seramai 6500 orang pekerja sektor kewangan seperti pekerja bank dan insurans telah kehilangan kerja. Tambahan pula dengan 200 pekerja kilang rokok BAT, 350 pekerja Megasteel di Banting adalah mangsa terkini pemberhentian kerja di mana mereka diberikan notis 24 jam pada 31 Mac lalu oleh majikan dengan alasan masalah […]
38,000 Pekerja Dihentikan Pada 2015!
Mengorganisasi Pekerja untuk Kukuhkan Kesatuan Sekerja Pada tahun lalu, 38000 pekerja diberhentikan kerja dalam berbagai-bagai sektor. Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak tentu, lebih ramai pekerja dijangka akan diberhentikan kerja pada tahun ini. Penindasan dan penganiyaan terhadap hak dan kebajikan pekerja juga dijangka meningkat. Bagaimana pekerja mampu memperkuatkan hak dan perjuangan mereka ? Wujudnya kesatuan […]
Konflik Kelas dalam Feudalisme dan Kapitalisme
ULASAN BUKU: IDEA MELAYU TENTANG PEMBANGUNAN- DARIPADA FEUDALISME KE KAPITALISME PENULIS: SHAHARUDDIN MAARUF DITERBITKAN: 2014 Buku ‘Idea Melayu Tentang Pembangunan: Daripada Feudalisme ke Kapitalisme’ mengupas pemikiran golongan intelektual melalui karya-karya mereka dengan mengambil kira latar belakang perkembangan feudalisme dan kolonial kapitalisme di Tanah Melayu dan di Malaya/Malaysia daripada abad ke-18 hingga ke abad 20an. Buku […]
1,000 Pekerja MAB Bakal Kehilangan Kerja
Satu lagi berita buruk menimpa pekerja MAB ( Malaysian Airlines Berhad ) apabila dikatakan 1000 pekerja kontrak akan kehilangan kerja pada hujung bulan ini. Selepas melepaskan lebih 3000 pekerja pada September tahun lepas, MAB melihat untuk mengurangkan kos operasi mereka dengan memotong lebih ramai tenaga kerja daripada syarikat tersebut. Walaupun hampir semua 3000 bekas kakitangan […]
PH Kecundang, BN Menang Besar
Keputusan penuh Pilihanraya Negeri Sarawak 2016 pada 7 Mei lepas meyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 72 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan. Keputusan ini juga menunjukkan BN menguasai lebih 2 per 3 majoriti yang diperlukan bagi memudahkan sebarang usul baru diluluskan di Dewan Undangan Negeri . Parti komponen BN seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) menang […]
Sistem Ekonomi Menyumbang Kepada Pemanasan Global
Sejak kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan keadaan iklim setempat yang lebih panas daripada biasa, mengakibatkan keadaan yang tidak selesa serta pelbagai musibah yang lain seperti masalah kesihatan dan sebagainya. Ini adalah disebabkan tiadanya perancangan dalam menggunakan bahan bakar oleh para pengusaha dan pemodal kaya. Berdasarkan Penilaian Iklim Kebangsaan di Amerika Syarikat, aktiviti manusia adalah penyebab […]
Hari 1 Mei: Pekerja Kuasa Perubahan
Dalam dua tahun terakhir, hari pekerja sedunia (Hari 1 Mei) di Kuala Lumpur telah diperingati dengan demonstrasi menolak GST. Beribu-ribu rakyat yang tidak berpuas hati turun ke jalan membantah dasar kerajaan yang mencekik rakyat. Walaupun bantahan tersebut dan pelbagai usaha lain tidak berjaya memaksa kerajaan memansuhkan GST, tetapi rakyat Malaysia boleh mendapatkan beberapa pengajaran berharga. […]
Lima Tahun setelah “Arab Spring”
Lima tahun yang lepas, golongan hartawan, raja-raja, para sheikh dan para diktator di kawasan Timur Tengah dan Maghreb bersama sekutu antarabangsa mereka telah mendapati diri mereka dalam keadaan yang tidak menentu apabila jutaan rakyat biasa bangkit dan turun ke jalan raya, dari Tunis ke Sanaa, dari Manama ke Cairo. Kebangkitan itu dicetuskan oleh Mohamed Bouazizi, […]
Revolusi Politik di Amerika Syarikat
Kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat mencerminkan sebuah titik perubahan dalam perjuangan kelas pekerja, kelas menengah, mahasiswa/i dan rakyat biasa yang dieksploitasi oleh kapitalisme. Masyarakat AS diselubungi dengan idea-idea radikal yang menolak kedua-dua parti utama mereka, Demokrat dan Republikan. Hampir separuh daripada pengundi yang berdaftar di Amerika adalah penyokong calon bebas yang tidak yakin dengan […]
Ola Bola: Ulasan Filem
Filem Ola Bola yang mula ditayangkan pada 28 Januari mendapat sambutan daripada berbagai kaum, satu perkara yang jarang berlaku dalam industri perfileman negara. Ola Bola diilhamkan dari zaman kegemilangan bolasepak negara pada awal 1980an di mana Malaysia layak untuk bertanding di Sukan Olimpik Moscow apabila berjaya mengalahkan Korea Selatan dalam pertandingan akhir kelayakan. Tetapi pasukan […]