Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ): Bak kata pepatah ‘beri betis hendak peha’

Antara hal yang dibincangkan antara PM Lawrence Wong dan PM Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 7hb Januari ialah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di mana kerajaan Malaysia akan menubuhkan dana untuk menyokong pembangunan infrastruktur, manakala kerajaan Singapura akan merancang sokongan kewangan bagi memudahkan pengembangan syarikat Singapura di zon ekonomi ini.


Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah menandatangani memorandum dengan kerajaan Singapura mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), satu usaha sama dalam membangunkan ekonomi serantau. Kerajaan Malaysia melalui pimpinan neo-liberal Anwar Ibrahim dalam usaha untuk meningkatkan pelaburan asing (FDI) telah meluluskan langkah ini bersama dengan pimpinan peringkat negeri iaitu kerajaan Negeri Johor dengan keluarga diraja Johor. Persoalan yang jelas adalah, apakah faedah atau hasil dari usaha sama ini akan memberi manfaat yang baik kepada rakyat negeri Johor?

Negeri Johor bukan asing dari pelaburan asing bukan sahaja dari Singapura tetapi pemodal antarabangsa seluruh dunia dari zon Pembangunan Iskandar Malaysia kepada pelaburan industri minyak dan gas oleh syarikat gergasi antarabangsa seperti Lotte dan Saudi Aramco serta baru-baru ini pencapaian pecah rekod oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas dimana pelabuhan ini berjaya dengan mencatat sejarah sebagai terminal kontena pertama di Malaysia yang mengendalikan lebih daripada 12.25 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU) dalam tahun 2024.

JS-SEZ kini merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex, dan Desaru, dengan keluasan tanah 357,128 hektar.
JS-SEZ kini merangkumi kawasan pembangunan Iskandar, Forest City, Pengerang Integrated Petroleum Complex, dan Desaru, dengan keluasan tanah 357,128 hektar.

Sewajarnya sejarah antara dua negeri tersebut bermula semenjak zaman kolonial British. Dimana Singapura sebuah penempatan Negeri-Negeri Selat dibawah jajahan British sewaktu itu menempatkan infrastruktur kolonial mereka serta kepentingan perdagangan di pulau-pulau sekitar Semenanjung Tanah Melayu, lantas menjadikan antara tanah pertama yang menerima pengaruh kapitalisme melalui penjajahan kolonial. Walaupun melalui zaman pasca-kemerdekaan, rakyat Johor kian dibawah penindasan pemodal antarabangsa semenjak zaman pra-merdeka lagi. Ini boleh dijawab dengan kenapa kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim tidak berjaya memutuskan tradisi pengantungan negeri Johor terhadap Kerajaan Singapura. Dari Perjanjian Air pada tahun 1961 dan 1963 sehinggalah JS-SEZ sampai kini, rakyat Johor lah yang menanggung kesan tersebut, dari tanah ke air mereka dijual kepada negara Singapura dan terutamanya kelas pemodal dan penguasa Singapura.

JS-SEZ diwar-warkan sebagai pemangkin ekonomi, tetapi hakikatnya, ia mekanisme pemerasan terhadap kelas pekerja. Pekerja di kilang, pelabuhan, dan sektor perkhidmatan JS-SEZ dipaksa bekerja dengan upah rendah, jam kerja yang panjang, dan persekitaran yang tidak selamat. Seperti isu pekerja asing di Johor, kelas kapitalis dan para pemodal mengambil pekerja asing untuk mengurangkan kos operasi bagi mengaut keuntungan semaksima mungkin. Seperti baru-baru ini di Pengerang 733 pekerja asing telah melancarkan aksi mogok menuntut majikan untuk membayar tunggakan lebih RM 1 juta kepada pekerja. Ini termasuklah beberapa siri kebakaran kilang berlaku sejak akhir-akhir ini. Pelabuhan Tanjung Pelepas yang mencatat 12.25 juta TEU pada 2024, misalnya, tidak mempunyai apa-apa rancangan yang konkrit untuk menjamin kesejahteraan pekerjanya, ataupun kepada komuniti setempat yang terjejas terutama golongan nelayan. Ini adalah manifestasi keterasingan pekerja — fenomena di mana buruh terpisah dari hasil kerja mereka dan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan hak ekonomi. 

Rakyat di negeri Johor harus memulakan langkah untuk membebaskan diri dari belenggu cengkaman sistem ekonomi yang dikawal kelas kapitalis. Pertama, pembentukan kesatuan sekerja yang radikal bebas tegas dengan prinsip hak pekerja. Kesatuan sekerja tradisional sering kompromi dengan majikan, sedangkan kesatuan mandiri perlu berani melancarkan mogok, menuntut gaji minima RM3,600 sebulan, dan menolak kontrak tidak adil. Gerakan buruh di Jerman dan Korea Selatan membuktikan organisasi akar umbi mampu memaksa korporat tunduk pada tuntutan pekerja.

Kedua, pendidikan politik kelas perlu dihidupkan di kilang, kampung, dan kampus. Kapitalisme bertahan kerana ideologinya mengaburi kesedaran rakyat. Program pendidikan sosialis harus mendedahkan hakikat eksploitasi perjanjian JS-SEZ dan mengangkat kesedaran tentang kuasa kolektif pekerja.

Ketiga, pembentukan parti pekerja revolusioner yang menyatukan tuntutan buruh, petani, dan komuniti terpinggir. Parti seperti Sosialis Alternatif Malaysia menekankan perjuangan antarabangsa dan pengambilalihan alat produksi oleh pekerja. Di Johor, parti sebegini perlu menjadi suara bagi mereka yang ditindas oleh projek JS-SEZ.

Keempat, solidariti antarabangsa dalam membantah pembangunan tidak terancang yang menyebabkan kemusnahan sistem ekologi. JS-SEZ bukan sekadar isu tempatan — ia projek imperalis yang mengancam alam sekitar Johor untuk keuntungan segelintir elit. Pekerja perlu bersekutu dengan gerakan global seperti Keadilan Iklim dan Pertahanan Hak Petani untuk melawan perampasan tanah dan pencemaran industri. Kemenangan petani India menentang polisi pro-korporat Modi membuktikan perpaduan rakyat mampu menggagalkan agenda kapitalis.

Kelima, penghapusan sistem monarki dan kapitalis kroni. Keluarga diraja Johor dan elit politik tempatan adalah kaki tangan pemodal. Rakyat perlu menolak legitimasi mereka melalui aksi massa dan desakan untuk demokrasi langsung dan memiliknegarakan prasarana ekonomi dan pengagihan kekayaan yang adil dan saksama. Penguasaan tanah Sultan Johor di projek seperti Forest City wajib dikembalikan sebagai milik kolektif rakyat.

JS-SEZ adalah cermin ketamakan sistem kapitalis yang mengorbankan manusia dan alam demi keuntungan. Namun, sejarah membuktikan kelas pekerja mampu mengubah nasib — jika bersatu dan berani. Di Johor, masa depan bukan milik Anwar Ibrahim atau Sultan, tetapi milik pekerja yang membina infrastruktur, menggerakkan ekonomi, dan berjuang untuk dunia tanpa eksploitasi.

Bersatulah! Hancurkan kapitalisme — Bangunkan sosialisme!

Kongsi Artikel Ini

Tinggalkan Komen Anda

Artikel Berkaitan

Gerakan Wanita Komunis: Wanita dan revolusi
2025 03 03 wanita dan revolusi russia bolshevik 1917 sosialis alternatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ): Bak kata pepatah ‘beri betis hendak peha’ Sosialis Alternatif
Legasi Gerakan Wanita Komunis sepanjang tiga tahun yang kritikal dari 1920–1922 tetap hidup, dan, dengan mengambil kira perbezaan sejarah, ia memberikan pandangan yang cukup menarik dan berguna terutama bagi mereka yang sedang berjuang...
BACA
Apabila Sosialisme Menjadi Saintifik
2025 02 23 marx engels 1848 sosialisme saintifik teori sosialis alternatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ): Bak kata pepatah ‘beri betis hendak peha’ Sosialis Alternatif
Pergerakan sosial tidak bergerak dengan lurus ke arah suatu matlamat yang mutlak. Ia akan mencapai kemenangan dan kegagalan, mengambil satu langkah ke hadapan dan kadangkala terpaksa undur dua langkah ke belakang. Walau bagaimanapun, menggunakan...
BACA
The Pointless Debate over Bumiputera Quotas Between Racists and Meritocrats
2025 02 18 review mkini lapang dada podcast ep03 bumiputera quotas sosialis alternatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ): Bak kata pepatah ‘beri betis hendak peha’ Sosialis Alternatif
“In a planned economy that serves the needs of human beings, there would be no need for such moralistic alternatives to racist quotas as merit, which presupposes in the first place a competitive economy that ultimately serves the needs...
BACA

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ): Bak kata pepatah ‘beri betis hendak peha’

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *